Sabtu, 25 April 2015

Masalah Sembelit Di Awal Kehamilan



Siapa pernah mengalami masalah sembelit ketika hamil? Memang akan rasa terseksa diri. Samalah dengan apa yang saya alami sekarang ni. Memang menyeksakan dan badan pun akan rasa lain macam je.Sebelum ni saya memang jenis ke toilet setiap pagi, tapi disebabkan perubahan hormon ketika pregnant ni, susah pula rasanya.


Pregnant kali ketiga ni betul-betul menduga masalah pembuangan saya, Sebelum ni langsung tidak mengalami masalah untuk ke toilet. Mungkin pregnant kali ni, saya kurang pengambilan air masak, kerana tekak saya hanya boleh terima air yang masam je, kalau air masak tu hanya minum bila perlu. Kalau minum dalam kuantiti yang banyak mulalah tekak rasa loya tahap maksimum.

Jom kita cari punca kenapa Sembelit boleh terjadi ketika hamil?

Sembelit adalah masalah bengkak urat pada bahagian dubur dan ia menyerang wanita hamil disebabkan oleh tekanan janin terhadap saluran darah (vena) pada dubur.

Perubahan hormon progsterone juga mengakibatkan pergerakan usus menjadi perlahan, seterusnya tidak dapat melakukan penghadaman dengan lancar dan boleh mengakibatkan najis menjadi keras.

Tahap sembelit berbeza-beza, ada yang tidak membuang air besar selama berhari-hari, ada yang najis keras dan sukar dikeluarkan sehingga menyebabkan pendarahan.

Sebenarnya sembelit ini lebih cenderung kepada kekerasan najisnya. Ini kerana setiap orang mempunyai tabiat pembuangan najis yang berbeza.

Ada orang membuang air besar setiap hari, ada orang membuang air besar dua hari sekali. Oleh itu, yang menjadikan seseorang itu sembelit ialah tahap kekerasan najisnya.

Apa yang saya lakukan untuk mengelak sembelit setiap hari?

Disebabkan tekak saya tidak dapat menerima kandungan air masak yang banyak untuk di minum, so saya terpaksa mencari alternative lain untuk melawaskan system penghadaman saya. Disini ada beberapa panduan untuk anda yang mengalami masalah sembelit yang sama macam saya.



Perkara wajib yang saya lakukan setiap hari untuk elak sembelit :-

1. Makan buah-buahan terutama buat orange sebelum makan tengahari dan makan malam.

2. Minum jus yorgart atau air orange sunquick sebelum tidur dan selepas bangun tidur setiap pagi. (memang berkesan amalkan sebelum anda minum or makan di waktu pagi)

3. Setiap pagi makan kurma 3 biji.

Cuba amalkan setiap hari memang anda akan rasa perut memulas untuk ke toilet. Selain itu saya juga mengamalkan minum ESP setiap malam dan ambil 4 biji Ostematrix sebelum tidur untuk melancarkan lagi proses pembuangan saya.

Antara tips yang berguna yang boleh dikongsi bersama adalah:-

1. Amalkan pengambilan nutrien yang seimbang dan jumlah yang mencukupi dalam pemakanan harian.

2. Amalkan pengambilan makanan berserat dan secair setiap hari.

3. Biasakan meminum air kosong satu gelas selepas bangun pagi atau 1½ hingga 2 liter sehari semalam

4. Amalkan senaman atau gerakan fizikal setiap hari

Sekiranya sembelit menyerang…

1. Banyakkan mengambil makanan berserat.
  • Sayur-sayuran dan buah-buahan segar atau kering, contoh bijirin, kekacang atau betik
2. Banyakkan minum air atau jus buah-buahan 
  • Air dan jus buah-buahan sangat penting bagi pergerakan sisa buangan dalam salurannya.
3. Dapatkan nasihat doktor
  • Jika sembelit masih tidak berkurang, dapatkan nasihat doktor, kemungkinan anda perlukan supplement.

Perlu Diingatkan, Jangan sesekali mengambil ubat-ubatan berbentuk julap yang boleh didapati di pasaran tanpa mendapat nasihat daripada doktor anda terlebih dahulu. Jika perubahan pada diet dan gaya hidup tidak membantu, mungkin doktor anda boleh memberi ubat yang selamat diambil semasa hamil. 
ikhlas dari hati,
Rabiatul
012-5584478
(atulrazali@yahoo.com)

Tiada ulasan: