Memaparkan catatan dengan label Sukar Tidur Ketika Hamil. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sukar Tidur Ketika Hamil. Papar semua catatan

Khamis, 19 Oktober 2017

Manfaat Dan Kebaikan Ostematrix Shaklee

Sempena hari Osteoporosis Sedunia, telah berlangsungnya Promosi pembelian suplemen OSTEMATRIX iaitu beli 3 dapat diskaun 5%. Bestkan!! Sememangnya di nantikan oleh pengguna tegar suplimen Ostematrix ni.


Promosi ni hanya berlangsung 2hari saja tau, bermula dari 18.10.2017  hinggalah 20.10.2017.

Ostematrix ni bukan sekadar suplemen kalsium semata-mata je tau, malah ianya mempunyai pelbagai kelebihan dan manfaat yang lain untuk tubuh badan kita. Mana nak cari suplemen kalsium sebegini kat pasarankan!!

Kenapa Ostematrix ni lain daripada yang lain?

Tahu tak dalam 1 tablet Ostematrix ni mengandungi:-

1⃣️Kalsium (1000mg) - Sumber semulajadi yang berkonsentrasi dan mudah diserap.

2⃣Magnesium (400mg) - Bantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang & menguatkannya.

3⃣️Vitamin D (400IU) - Merangsangkan penyerapan kalsium.

4⃣️Boron - Bantu dalam metabolisme tulang.

5⃣️Mangan, tembaga & zink - Mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang.


Zaman sekarang ni rata-rata orang nak cepat dan mudah. Begitu juga dengan pemakanan suplemen. Kalau boleh 1 biji vitamin tu boleh cover untuk semua fungsi dalan badan kita. 

Ha! Korang jangan risau, Ostematrix ni mengandungi banyak keistimewaannya untuk tubuh badan kita, antaranya:

1. Menguatkan tulang
Kalsium menghalang osteporosis, menguatkan kuku, membina tulang dan gigi yang kuat dan sistem saraf.
Membantu merawat tulang retak, gusi berdarah dan meransang kepekatan darah

2. Memperbaiki kekejangan dan rasa kebas
600mg kalsium sebelum tidur akan membantu memperbaiki kebas dan kekejangan, skait sendi dan arthritis

3. Meringankan stress
Ia dapat mengimbangi tekanan darah, denyutan jantung, memberi tidur yang selesa, membantu mood swing, sakit kepala dan migrain

4. Memperbaiki masalah haid :
Pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium dapat meringankan sakit sewaktu haid,
Mengurangkan sakit senggugut

5. Mengurangkan masalah sembelit
Magnesium membantu memudahkan rembesan enzim mengeluarkan sisa dari perut dan usus

6. Mengimbangi alkali tubuh
Memastikan imbangan pH tubuh dan menghalang obesiti di usia tua
Menstabilkan denyutan jantung tidak sekata.
Mengurangkan formasi sakit batu karang dan batu hempedu

Siapa Yang Memerlukan Ostematrix ni?

📍Ibu menyusu
Untuk memberi kesegaran dan kecergasan kerana menyusukan anak kadangkala mengalami masalah penat berlebihan

📍Ibu Hamil
Ibu hamil memerlukan lebih kalsium untuk disalurkan kepada janin agar janin mendapat kalsium yang cukup untuk pembentukan tulang dan saraf. Selain itu ia dapat memelihara kadar kalsium dalam badan ibu agar tidka mengalami kekejangan kaki diwaktu malam, masalah gigi dan osteoporosis

📍Wanita yang meningkat umur
Ketumpatan tulang wanita yang berumur akan menjadi berkurangan

📍Semua yang mementingkan kesihatan tulang

📍Anda yang mempunyai masalah sembelit

📍Orang tua yang sering sengal kaki, lutut rasa ketat.

Apakah kebaikan Ostematrix Shaklee

• Membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang sihat
• Mengelakkan penyakit osteoporosis (tulang rapuh)
• Memulihkan kekejangan dan kebas-kebas
• Meringankan stress
• Menstabilkan tekanan darah
• Melegakan sakit ketika haid
• Membantu dalam masalah gastrik
• Penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf & merehatkan otot sewaktu kontraksi
• Mengurangkan risiko praeklampsia
• Membantu mengurangkan sakit belakang
• Mengurangkan risiko osteoporosis
• Membantu mengurangkan kebas dan sesemut
• Membantu melegakan sembelit
• Membantu dalam masalah tumit kaki sakit/pecah-pecah
• Membantu masalah kolestrol
• Menggalakkan kulit yang cantik
• Melegakan sakit-sakit sendi
• Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
• Membantu melembutkan najis
• Membantu mengatasi migrain
• Membantu masalah buasir


Jika korang memang payah nak minum susu untuk dapatkan sumber kalsium, jadinya korang digalakkan mengambil suplemen Ostematrix n

Suplemen Ostematrix yang bukan sekadar kalsium saje,malah banyak khasiat yang lain untuk tubuh badan kita.

Your Trusted SID
RABIATUL
012-5584478

COD:
Bandar Country Homes,Rawang
Jalan TAR/KLCC
Selayang

Sabtu, 25 April 2015

Sukar Tidur Waktu Hamil: Penyebab dan Cara Mengatasi


Berita kehamilan pada setiap individu memang ditunggukan bagi pasangan yang baru berumah tangga mahupun yang dah lama berkahwin tetapi belum mempunyai anak. Memang seronok bila kita dapat tahu yang kita dah mengandung. Apabila sudah memasuki fasa perubahan yang berlaku dalam badan kita semasa hamil, maka bermulalah episod gangguan tidur sekaligus akan menyebabkan kita kurang bertenaga pada keesokan harinya. Antara faktor penyebabnya adalah perubahan hormon di sepanjang tempoh kehamilan.

Dalam fasa awal kehamilan, sesetengah individu mungkin mendapati loya membuat mereka tidak boleh tidur. Apabila kandungan kita semakin membesar, simptom-simptom lain mungkin mengganggu rehat kita. Antaranya seperti:

· pedih ulu hati
· lenguh kaki
· berdengkur, samada anda sendiri atau suami
· sesak nafas
· hidung tersumbat
· bimbang mengenai keadaan bayi dan tanggung jawab sebagi ibu
· sakit-sakit dan lenguh badan
· menagalami kejang kaki

Ini belum lagi faktor apabila bayi dalam kandungan semakin membesar, maka makin kerap terasa tendangannya. Dan memandangkan waktu rehat kita dan bayi tidak sama, tidur kita mungkin akan terganggu oleh tendangannya pada waktu malam. Selain itu kekerapan kita ke tandas pada waktu malam juga antara menyumbang faktor kita mengalami sukar tidur.


Apakah yang boleh saya lakukan untuk memudahkan saya tidur?

Berikut adalah beberapa tip untuk membantu kita tidur dengan lebih baik, ketika kita hamil.  
Dapatkan jadual tidur yang tetap

  • Cuba latih badan untuk tidur dan bangun pada masa yang sama setiap hari. Memanglah enak jika dapat bangun lewat terutamanya pada hujung minggu, tetapi kita mungkin sukar untuk tidur pula pada waktu malam.

Rehat sebelum tidur


  • Mulakan rutin tidur dengan aktiviti yang menenangkan seperti membaca atau mandi, atau minum minuman panas. Buatlah aktiviti ini selama lebih kurang 20 hingga 30 minit sebelum masuk tidur.

Jadikan bilik tidur selesa untuk tidur

  • Gunakan langsir yang tebal untuk menghalang cahaya daripada masuk. Gunakan penyumbat telinga untuk menghindar bunyi bising. Cahaya dan bunyi bising boleh mengejutkan kita daripada tidur yang tidak lena.Salah satu faktor ibu hamil akan rasa panas daripada biasa, jadi sebelum tidur pasangkan kipas atau aircond terlebih dahulu untuk sejukkanlah bilik kita.

Gunakan katil anda hanya untuk tidur

  • Jika kita biasa menggunakan komputer riba atau menonton televisyen di atas katil, hentikan tabiat ini. Gunakan katil untuk aktiviti-aktiviti lain yang menyeronokkan seperti tidur ,membaca dan sebagainya.


Belajar tidur mengiring ke kiri

  • Latih diri kita untuk tidur mengiring ke kiri dalam masa beberapa bulan pertama kehamilan. Posisi ini boleh membantu peredaran darah dan nutrien kepada bayi dan uterus (rahim) dan membantu buah pinggang mengkumuhkan bahan buangan dan cecair. Posisi ini juga membantu kita lebih selesa dan tidur dengan lebih baik sewaktu kandungan semakin membesar.

  • Jika kita terjaga daripada tidur dan mendapati posisi tidur kita dalam keadaan menelentang, pusing sahaja ke sisi kiri dan tidur semula. Boleh cuba menggunakan bantal untuk membantu kekal dalam posisi tersebut dan menghalang kita daripada berbaring menelentang semasa tidur.


Ambil Kalsium sebelum tidur

  • Pastikan kita mengambil supplemen yang mengandungi kalsium bagi mengelakkan dari kaki kejang. Sebaiknya dapatkan supplemen yang disarankan oleh doktor kerana tidak semua supplemen sesuai diambil oleh ibu yang sedang mengandung.Sila baca info mengenai Kalsium

Extra Bantal untuk tubuh badan

  • Letakkan bantal di bahagian belakang badan terutama di bahagian belakang pinggang. Ini dapat membantu mengurangkan sakit pinggang. Juga, letakkan bantal di celah kedua-dua kaki (biasanya di bahagian lutut) bagi memberikan lebih keselesaan.


Apakah makanan dan minuman yang boleh menjejaskan tidur saya?

Berhati-hati dengan kafein

Kita akan tidur lebih lena jika tidak mengambil minuman berkafein dalam tempoh enam jam sebelum masuk tidur. Kafein terkandung dalam kopi, teh (termasuk teh hijau), minuman kola, minuman tenaga dan coklat.

Oleh kerana ia adalah stimulan, kafein membuatkan akan rasa lebih segar, dan ini bukan sesuatu yang kita inginkan sebelum tidur.


Makan hidangan yang ringan dan ringkas

Makanan yang berlemak atau pedas, coklat, buah-buahan sitrus, alkohol dan kopi boleh menyebabkan pedih ulu hati dan ketakcernaan. Begitu juga makan terlalu banyak hampir pada waktu tidur. Sebaliknya, jangan makan hidangan berat dan makanlah lebih awal. Kemudian, beri masa dua atau tiga jam kepada badan untuk menghadam makanan sebelum anda masuk tidur.

Snek sebelum tidur dapat mengelakkan loya

Walau bagaimanapun, jika kita mengalami mabuk hamil pagi, lebih baik jika kita elakkan perut daripada kosong. Cuba kunyah biskut kering sebelum tidur.


Kurangkan minum pada sebelah petang dan malam

Waktu kehamilan memang disarankan untuk minum lebih banyak air,tetapi cuba kurangkan minum menjelang waktu malam. Ini dapat mengelakkan daripada terpaksa pergi ke tandas pada tengah malam.

 Semoga info yang diberi akan memberi manfaat pada kaum hawa yang mengalami masalah seperti di atas.


ikhlas dari hati,
Rabiatul
012-5584478
(atulrazali@yahoo.com