Memaparkan catatan dengan label KALSIUM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KALSIUM. Papar semua catatan

Khamis, 19 Oktober 2017

Manfaat Dan Kebaikan Ostematrix Shaklee

Sempena hari Osteoporosis Sedunia, telah berlangsungnya Promosi pembelian suplemen OSTEMATRIX iaitu beli 3 dapat diskaun 5%. Bestkan!! Sememangnya di nantikan oleh pengguna tegar suplimen Ostematrix ni.


Promosi ni hanya berlangsung 2hari saja tau, bermula dari 18.10.2017  hinggalah 20.10.2017.

Ostematrix ni bukan sekadar suplemen kalsium semata-mata je tau, malah ianya mempunyai pelbagai kelebihan dan manfaat yang lain untuk tubuh badan kita. Mana nak cari suplemen kalsium sebegini kat pasarankan!!

Kenapa Ostematrix ni lain daripada yang lain?

Tahu tak dalam 1 tablet Ostematrix ni mengandungi:-

1⃣️Kalsium (1000mg) - Sumber semulajadi yang berkonsentrasi dan mudah diserap.

2⃣Magnesium (400mg) - Bantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang & menguatkannya.

3⃣️Vitamin D (400IU) - Merangsangkan penyerapan kalsium.

4⃣️Boron - Bantu dalam metabolisme tulang.

5⃣️Mangan, tembaga & zink - Mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang.


Zaman sekarang ni rata-rata orang nak cepat dan mudah. Begitu juga dengan pemakanan suplemen. Kalau boleh 1 biji vitamin tu boleh cover untuk semua fungsi dalan badan kita. 

Ha! Korang jangan risau, Ostematrix ni mengandungi banyak keistimewaannya untuk tubuh badan kita, antaranya:

1. Menguatkan tulang
Kalsium menghalang osteporosis, menguatkan kuku, membina tulang dan gigi yang kuat dan sistem saraf.
Membantu merawat tulang retak, gusi berdarah dan meransang kepekatan darah

2. Memperbaiki kekejangan dan rasa kebas
600mg kalsium sebelum tidur akan membantu memperbaiki kebas dan kekejangan, skait sendi dan arthritis

3. Meringankan stress
Ia dapat mengimbangi tekanan darah, denyutan jantung, memberi tidur yang selesa, membantu mood swing, sakit kepala dan migrain

4. Memperbaiki masalah haid :
Pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium dapat meringankan sakit sewaktu haid,
Mengurangkan sakit senggugut

5. Mengurangkan masalah sembelit
Magnesium membantu memudahkan rembesan enzim mengeluarkan sisa dari perut dan usus

6. Mengimbangi alkali tubuh
Memastikan imbangan pH tubuh dan menghalang obesiti di usia tua
Menstabilkan denyutan jantung tidak sekata.
Mengurangkan formasi sakit batu karang dan batu hempedu

Siapa Yang Memerlukan Ostematrix ni?

📍Ibu menyusu
Untuk memberi kesegaran dan kecergasan kerana menyusukan anak kadangkala mengalami masalah penat berlebihan

📍Ibu Hamil
Ibu hamil memerlukan lebih kalsium untuk disalurkan kepada janin agar janin mendapat kalsium yang cukup untuk pembentukan tulang dan saraf. Selain itu ia dapat memelihara kadar kalsium dalam badan ibu agar tidka mengalami kekejangan kaki diwaktu malam, masalah gigi dan osteoporosis

📍Wanita yang meningkat umur
Ketumpatan tulang wanita yang berumur akan menjadi berkurangan

📍Semua yang mementingkan kesihatan tulang

📍Anda yang mempunyai masalah sembelit

📍Orang tua yang sering sengal kaki, lutut rasa ketat.

Apakah kebaikan Ostematrix Shaklee

• Membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang sihat
• Mengelakkan penyakit osteoporosis (tulang rapuh)
• Memulihkan kekejangan dan kebas-kebas
• Meringankan stress
• Menstabilkan tekanan darah
• Melegakan sakit ketika haid
• Membantu dalam masalah gastrik
• Penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf & merehatkan otot sewaktu kontraksi
• Mengurangkan risiko praeklampsia
• Membantu mengurangkan sakit belakang
• Mengurangkan risiko osteoporosis
• Membantu mengurangkan kebas dan sesemut
• Membantu melegakan sembelit
• Membantu dalam masalah tumit kaki sakit/pecah-pecah
• Membantu masalah kolestrol
• Menggalakkan kulit yang cantik
• Melegakan sakit-sakit sendi
• Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
• Membantu melembutkan najis
• Membantu mengatasi migrain
• Membantu masalah buasir


Jika korang memang payah nak minum susu untuk dapatkan sumber kalsium, jadinya korang digalakkan mengambil suplemen Ostematrix n

Suplemen Ostematrix yang bukan sekadar kalsium saje,malah banyak khasiat yang lain untuk tubuh badan kita.

Your Trusted SID
RABIATUL
012-5584478

COD:
Bandar Country Homes,Rawang
Jalan TAR/KLCC
Selayang

Sabtu, 25 April 2015

Sukar Tidur Waktu Hamil: Penyebab dan Cara Mengatasi


Berita kehamilan pada setiap individu memang ditunggukan bagi pasangan yang baru berumah tangga mahupun yang dah lama berkahwin tetapi belum mempunyai anak. Memang seronok bila kita dapat tahu yang kita dah mengandung. Apabila sudah memasuki fasa perubahan yang berlaku dalam badan kita semasa hamil, maka bermulalah episod gangguan tidur sekaligus akan menyebabkan kita kurang bertenaga pada keesokan harinya. Antara faktor penyebabnya adalah perubahan hormon di sepanjang tempoh kehamilan.

Dalam fasa awal kehamilan, sesetengah individu mungkin mendapati loya membuat mereka tidak boleh tidur. Apabila kandungan kita semakin membesar, simptom-simptom lain mungkin mengganggu rehat kita. Antaranya seperti:

· pedih ulu hati
· lenguh kaki
· berdengkur, samada anda sendiri atau suami
· sesak nafas
· hidung tersumbat
· bimbang mengenai keadaan bayi dan tanggung jawab sebagi ibu
· sakit-sakit dan lenguh badan
· menagalami kejang kaki

Ini belum lagi faktor apabila bayi dalam kandungan semakin membesar, maka makin kerap terasa tendangannya. Dan memandangkan waktu rehat kita dan bayi tidak sama, tidur kita mungkin akan terganggu oleh tendangannya pada waktu malam. Selain itu kekerapan kita ke tandas pada waktu malam juga antara menyumbang faktor kita mengalami sukar tidur.


Apakah yang boleh saya lakukan untuk memudahkan saya tidur?

Berikut adalah beberapa tip untuk membantu kita tidur dengan lebih baik, ketika kita hamil.  
Dapatkan jadual tidur yang tetap

  • Cuba latih badan untuk tidur dan bangun pada masa yang sama setiap hari. Memanglah enak jika dapat bangun lewat terutamanya pada hujung minggu, tetapi kita mungkin sukar untuk tidur pula pada waktu malam.

Rehat sebelum tidur


  • Mulakan rutin tidur dengan aktiviti yang menenangkan seperti membaca atau mandi, atau minum minuman panas. Buatlah aktiviti ini selama lebih kurang 20 hingga 30 minit sebelum masuk tidur.

Jadikan bilik tidur selesa untuk tidur

  • Gunakan langsir yang tebal untuk menghalang cahaya daripada masuk. Gunakan penyumbat telinga untuk menghindar bunyi bising. Cahaya dan bunyi bising boleh mengejutkan kita daripada tidur yang tidak lena.Salah satu faktor ibu hamil akan rasa panas daripada biasa, jadi sebelum tidur pasangkan kipas atau aircond terlebih dahulu untuk sejukkanlah bilik kita.

Gunakan katil anda hanya untuk tidur

  • Jika kita biasa menggunakan komputer riba atau menonton televisyen di atas katil, hentikan tabiat ini. Gunakan katil untuk aktiviti-aktiviti lain yang menyeronokkan seperti tidur ,membaca dan sebagainya.


Belajar tidur mengiring ke kiri

  • Latih diri kita untuk tidur mengiring ke kiri dalam masa beberapa bulan pertama kehamilan. Posisi ini boleh membantu peredaran darah dan nutrien kepada bayi dan uterus (rahim) dan membantu buah pinggang mengkumuhkan bahan buangan dan cecair. Posisi ini juga membantu kita lebih selesa dan tidur dengan lebih baik sewaktu kandungan semakin membesar.

  • Jika kita terjaga daripada tidur dan mendapati posisi tidur kita dalam keadaan menelentang, pusing sahaja ke sisi kiri dan tidur semula. Boleh cuba menggunakan bantal untuk membantu kekal dalam posisi tersebut dan menghalang kita daripada berbaring menelentang semasa tidur.


Ambil Kalsium sebelum tidur

  • Pastikan kita mengambil supplemen yang mengandungi kalsium bagi mengelakkan dari kaki kejang. Sebaiknya dapatkan supplemen yang disarankan oleh doktor kerana tidak semua supplemen sesuai diambil oleh ibu yang sedang mengandung.Sila baca info mengenai Kalsium

Extra Bantal untuk tubuh badan

  • Letakkan bantal di bahagian belakang badan terutama di bahagian belakang pinggang. Ini dapat membantu mengurangkan sakit pinggang. Juga, letakkan bantal di celah kedua-dua kaki (biasanya di bahagian lutut) bagi memberikan lebih keselesaan.


Apakah makanan dan minuman yang boleh menjejaskan tidur saya?

Berhati-hati dengan kafein

Kita akan tidur lebih lena jika tidak mengambil minuman berkafein dalam tempoh enam jam sebelum masuk tidur. Kafein terkandung dalam kopi, teh (termasuk teh hijau), minuman kola, minuman tenaga dan coklat.

Oleh kerana ia adalah stimulan, kafein membuatkan akan rasa lebih segar, dan ini bukan sesuatu yang kita inginkan sebelum tidur.


Makan hidangan yang ringan dan ringkas

Makanan yang berlemak atau pedas, coklat, buah-buahan sitrus, alkohol dan kopi boleh menyebabkan pedih ulu hati dan ketakcernaan. Begitu juga makan terlalu banyak hampir pada waktu tidur. Sebaliknya, jangan makan hidangan berat dan makanlah lebih awal. Kemudian, beri masa dua atau tiga jam kepada badan untuk menghadam makanan sebelum anda masuk tidur.

Snek sebelum tidur dapat mengelakkan loya

Walau bagaimanapun, jika kita mengalami mabuk hamil pagi, lebih baik jika kita elakkan perut daripada kosong. Cuba kunyah biskut kering sebelum tidur.


Kurangkan minum pada sebelah petang dan malam

Waktu kehamilan memang disarankan untuk minum lebih banyak air,tetapi cuba kurangkan minum menjelang waktu malam. Ini dapat mengelakkan daripada terpaksa pergi ke tandas pada tengah malam.

 Semoga info yang diberi akan memberi manfaat pada kaum hawa yang mengalami masalah seperti di atas.


ikhlas dari hati,
Rabiatul
012-5584478
(atulrazali@yahoo.com

Isnin, 7 April 2014

KEBAIKAN KALSIUM BAGI TUBUH BADAN

Selama ini semua orang hanya mengetahui kalsium khas untuk membantu penjagaan tulang dan gigi serta mencegah osteoporosis. Ini kerana 99% kalsium dalam tubuh disimpan dalam tulang dan gigi. Tetapi kegunaan kalsium dalam tubuh kita lebih daripada itu. Kalsium adalah salah satu nutrisi utama yang memang diperlukan oleh tubuh kita untuk mengatasi masalah-masalh kesihatan yang lain.


Kebaikan Kalsium Bagi Tubuh Dan Kesihatan Kita

Tulang dan gigi yang kuat
Secara umumnya kalsium berguna untuk membantu memastikan gigi kuat dan dengan demikian boleh mencegah masalah gigi yang kronik. Kalsium boleh menguatkan jisim tulang yang makin berkurang akibat faktor usia yang makin meningkat. Kebaikan kalsium yang jarang orang tahu adalah ianya baik dalam membantu mengurangi sakit pinggang.

Membantu menjaga tekanan darah
Kalsium boleh membantu dalam mengurangkan tekanan darah ke tahap yang normal selain membantu meregangkan peredaran otot dan saraf. Dengan ini dapat mengelakkan jantung dan pembuluh darah daripada tersumbat.

Manfaat Tambahan
Kalsium diperlukan oeh tubuh untuk menukarkan enzim yang mengubah makanan menjadi tenaga. Kalsium juga berguna untuk mencegah daripada pembekuan darah.

Sumber Terbaik Kalsium
Kalsium banyak terdapat dalam makanan seperti susu, yogurt, keju dan lain-lain dan boleh juga didapati daripada supplimen. Sayuran hijau seperti bayam, serta buah-buahan juga ada yang mengandungi kalsium.

Risiko Tubuh Jika Kekurangan Kalsium
Jika anda tidak mendapatkan kalsium yang mencukupi dalam diet sehari-hari, maka anda akan menghadapi masalah kesihatan yang melibatkan masalah tulang reput.

Jika kanak-kanak mengalami kekurangan kalsium kemungkinan mereka tidak akan mencapai tinggi badan yang maksima ketika dewasa.

Bagi orang dewasa pula, kekurangan kalsium boleh menyebabkan jisim tulang anda rendah, yang merupakan faktor risiko utama osteoporosis.



JUMLAH KALSIUM YANG DIPERLUKAN OLEH TUBUH
Tubuh kita memang tidak boleh menghasilkan kalsium dengan sendirinya.Tubuh kita perlu mendapatkan jumlah maksimum kalsium yang cukup dari makanan yang kita makan. Kalsium sangat diperlukan oleh tubuh kita untuk perkembangan bayi, ibu hamil, wanita menyusu dan orang tua. 

Setelah kita berumur 30 tahun, jumlah kalsium dalam tulang semakin menurun. Selain itu bagi golongan kanak - kanak dan remaja, kalsium sangat penting untuk proses pembesaran mereka.

Dengan Pengambilan OSTEMATRIX SHAKLEE kita tidak perlu risau samaada KALSIUM dalam tubuh badan kita tidak mencukupi ataupun terlebih kalsium.  

Ini kerana :- 

1 tablet OSTE = 1 Gelas Susu Tinggi Kalsium = 80 Biji Badam




Kalsium Dalam Makanan


Sebelum ni kita hanya mengetahui hanya susu jer yang mengandungi sumber kalsium yang tinggi.. Tapi tahukah anda, daripada carian saya rupa-rupanya ada 19 jenis  sumber-sumber makanan yang mengandungi jumlah kalsium yang tinggi. 

Wah!! kredit bagi orang yang tidak suka susu, bolehlah amalkan pemakanan yang lain daripada susu ni. Rupanya kalsium boleh didapati daripada bahan makanan lain yang kaya dengan kalsium yang tinggi seperti sayur-sayuran hijau, kekacang, ikan dan lain-lain.

APAKAH ITU KALSIUM (Ca)?
Kalsium adalah mineral makro yang amat diperlukan oleh badan iaitu lebih daripada 100mg setiap hari. Kalsium memainkan peranan yang penting dalam pembentukan tulang dan gigi. Jika badan kita mengalami kekurangan kalsium, tulang kita akan terjejas dari segi pertumbuhan tulang dan kita akan mengidap osteoporosis. Bahaya tu!! tulang akan cepat mereput sebelum waktunya.

JUMLAH KALSIUM MENGIKUT UMUR

  • Orang Dewasa lebih 25 tahun = 800mg
  • Warga Tua umur 50 tahun = 1,000mg
  • Wanita Hamil dan Wanita yang menyusu = 1,200mg
  • Remaja Berumur 11- 24 tahun = 1,200mg
  • Kanak-kanak Berumur 1 - 10 tahun = 800mg
  • Bayi berumur 6 bulan - 1 tahun = 600mg
  • Bayi berumur 5 bulan = 400mg
MANFAAT KALSIUM BAGI TUBUH MANUSIA
  • Mengaktifkan saraf
  • Melancarkan peredaran darah
  • Melenturkan otot
  • Menormalkan tekanan darah
  • mengimbangkan keasidan darah
  • Menjaga keseimbangan bendalir dalam tubuh
  • Mencegah osteoporisis (tulang reput)
  • Mencegah penyakit jantung
  • Menurunkan risiko kanser usus
  • Mengatasi kekejangan otot,sakit pinggang,Penyakit sendi dan buasir
  • Meredakan kesakitan semasa haid dan monopouse
  • Mengurangkan risiko pereputan tulang terutama semasa hamil dan menyusukan bayi
  • Membantu menghalang pendarahan gusi dan menguatkan gigi
  • Mengatasi masalah kulit kering dan pecah terutaman pada tumit kaki
  • Menaikkan kembali keghairahan seks
  • Mengatasi kencing manis
18 MAKANAN YANG MENGANDUNGI KALSIUM TINGGI

1 KEJU

Keju merupakan makanan yang diperbuat daripada susu. Keju mempunyai hampir semua kandungan nutrien yang terkandung di dalam susu seperti protein, vitamin, mineral, kalsium, fosforus, lemak dan kolestrol. Walau bagaimanapun perlu diberi perhatian dengan pengambilan susu yang berlebihan dalam tubuh boleh menyebabkan gangguan pada kesihatan kita.


2  Yogurt
Yogurt dihasilkan daripada susu yang  dibuat melalui fermentasi bakteria. Yogurt adalah makanan yang tinggi dengan kalsium, ini kerana kebanyakan kandungan nutrien adalah daripada susu.

3  Sayuran Hijau
Ha! baruku tahu rupa-rupanya sayuran hijau juga mengandungi tinggi kangungan kalsium. Sayuran yang mengandungi kalsium yang tinggi terdiri daripada  Brokoli dan Bayam. So makan banyak-banyak sayuran ni untuk mendaptkan kalsium.hehe

4  Kacang Soya
Kacang soya juga mengandungi kalsium yang tinggi. 1 cawan kacang soya = 260mg kalsium. Wow banyakkan..

5  Salmon
Oh baruku tahu ikan salmon memang kaya dengan kalsium selain mengandungi jumlah protein yang memang diperlukan oleh tubuh kita. 3ons ikan salmon = 181mg kalsium.

6  Buah-buahan Kering

Buah-buahan kering menyumbangkan 135mg kalsium untuk keperluan bada kita.

7  Kacang Putih
Kacang putih mempunyai sumber kalsium yang tinggi, dalam 100mg kacang putih terdapat 442mg kalsium. Pada umumnya kacang putih mengandungi sebanyak 175mg kalsium/bahagian.

8  Lobak Putih  
Lobak Putih  mengandung kalsium yang agak tinggi sekitar 200 mg / batangnya. 

9  Sumber Bijirin
Dalam 1 auns bijirin mengandungi 280mg kalsium, jumlahnya hampir sama dengan 1gelas susu.

10 Susu Kacang Soya
Selain daripada sumber kacang soya itu sendiri, Susu soya juga kaya dengan kalsium kira-kira 300mg kalsium.

11 Buah-buahan Citrus
Buah-buahan yang berunsurkan citrus memang tidak asing lagi kepada kita. 1 biji buah oren mengandungi 60mg kalsium.

12 Oat
Oat merupakan salah satu sumber kalsium untuk tulang kita. Oat makanan terbaik untuk jantung , kaya dengan serat dan mengandungi karbohidrat.  Dalam 1 mangkuk oat = mengandungi 105mg kalsium.

13 Ikan Sardin
1 tin ikan sardin mengandungi 33% kalsium yang diperlukan dlaam tubuh kita. So makanlah sardin sekurang-kurangnya 1 minggu 1 kali.

14 Tauhu
Tauhu merupakan sumber kalsium yang senang didapati dan tinggi kandungan kalsiumnya.Di sebabkan kandungan kalsium yang tinggi ia telah disyorkan sebagai makanan gantian sebagai susu.

15 Quinoa
Merupakan sejenis bijirin yang menjadi makanan ruji bagi masyarakat india di pergunungan Andes Amerika Selatan. Jika dimasak 1 cawan quinoa = 60-100 mg kalsium

16 Brokoli
Brokoli merupakan sayur sayuran di dalam keluarga kubis.Pengambilan brokoli dalam pemakanan kita adalah baik untuk kesihatan kita. 1 Brokoli = 180mg kalsium tertinggi.

17 Badam
Badam merupakan sumber makanan snek yang kaya dengan vitamin E. Badam mengandungi 70-80mg kalsium.

18 Pisang
Pisang merupakan sejenis buah-buahan yang kaya dengan mineral seperti kalium, magnesium, fosforus, besi dan kalsium.