Memaparkan catatan dengan label 9tanda lelaki dan wanita tidak subur PUNCA MASALAH KETIDAKSUBURAN BAGI LELAKI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 9tanda lelaki dan wanita tidak subur PUNCA MASALAH KETIDAKSUBURAN BAGI LELAKI. Papar semua catatan

Selasa, 13 Mac 2018

Tips Kesuburan: 8 Sebab Kenapa Wanita Tidak Subur

Faktor kesuburan merupakan perkara yang paling ditakuti oleh wanita yang bergelar isteri. Bayangkan jika wanita yang sudah berkahwin tetapi belum lagi dikurniakan zuriat, perkataan pertama yang terkeluar daripada mulut masyarakat sekeliling adalah "eh awak mandul ye"..
"dia mandullah tu sebab tak boleh mengandung".. 

Apa perasaan anda jika di labelkan seperti itu? 
Malu..
Stress..
Semangat down..



Tahu tak ada beberapa masalah kesihatan yang tanpa disedari oleh kaum wanita yang boleh menjadi punca kenapa seseorang wanita itu susah untuk hamil.

Antara punca penyebab ketidaksuburan  seperti
OVULASI, SALURAN PERANAKAN dan RAHIM

Berikut adalah beberapa faktor yang menjadi punca kepada masalah ketidaksuburan dikalangan wanita:-

1.MASALAH PADA OVARI
Masalah dengan ovulasi antara sebab utama yang selalu dihadapi oleh kaum wanita. Dianggarkan 25% - 30% masalah pada ovari menjadi penyebab kepada kemandulan wanita.

Setiap bulan kitaran ovulasi yang normal semasa waktu reproduktif wanita, ovari wanita akan melepaskan telur atau ovum yang matang.
Bila terjadinya "Anovulation" iaitu suatu keadaan di mana ovari tidak dapat melepaskan telur yang matang setiap bulan. Jadinya jika tiada telur yang matang yang tersedia untuk sperma, maka seseorang wanita itu tidak boleh hamil dengan sendirinya.
Ada juga sesetengah kes anovulasi, ovari tidak mengeluarkan telur matang yang normal. (Sebenarnya telur matang ni ada saiz pengiraannya tau) . Ovulasi tidak akan terjadi jika telur tidak matang dan peluang untuk persenyawaan amatlah tipis sekali

2.HALANGAN DARIPADA TIUB FALLOPIO
Tiub fallopio merupakan organ dalaman wanita yang berfungsi menghubungkan antara ovari dan rahim, yang mana telur wanita akan melalui saluran sepanjang kira-kira 10cm. Tiub yang tidak berfungsi dengan baik atau tiub yang dihalang akan mengurangkan kemungkinan sperma untuk sampai ke telur, sehingga menyebabkan berlaku kegagalan persenyawaan. 

Selain itu jangkitan daripada alat kelamin boleh menyebabkan radang pada tiub fallopio dan ini akan menyebabkan kerosakan pada tiub. Antara faktor lain yang menyebabksm kerosakan pada tiub fallopio seperti pernah mengalami kehamilan ektopik atau kehamilan luar rahim, kehadiran parut yang disebabkan oleh pembedahan dan pertumbuhan spontan sel-sel lapisan rahim di luar rahim yang dikenali sebagai endometriosis.

3. POLYCYSTIC OVARIAN SINDROM  (Pcos)
Masalah PCOS juga begitu popular dan kerap terjadi dikalangan wanita moden diera ini. PCOS ini terjadi akibat ketidakseimbangan hormon di dalam badan dimana kilang telur pesakit menghadapi tahap hormon lelaki yang tinggi dan boleh menggangu ovulasi. Ini boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur dan darah haid yang berlebihan.

Dalam kes yang lebih teruk, wanita yang mempunyai PCOS mungkin mempunyai kesukaran mengawal berat badan dan pertumbuhan jerawat dan rambut atau bulu di badan yang berlebihan. 

PCOS ini jika tidak dirawat boleh menyebabkan kemandulan.

4. ENDOMETRIOSIS
Endometriosis terjadi apabila sel-sel yang biasanya tumbuh di rongga rahim berkembang  di kawasan-kawasan di luar rahim, terutamanya dalam ovari, tiub fallopio dan rongga pelvis. Ini akan membawa kepada keradangan yang boleh menyebabkan kemandulan akibat daripada kerosakan yang berlebihan dan parut ke ovari dan juga halangan tiub yang boleh merosakkan saluran peranakan dan juga kilang telur.

5. RAHIM TIDAK NORMAL
Sperma mungkin gagal mencapai telur jika parut yang disebabkan oleh pembedahan, kesumbatan atau keradangan, menghalang sperma memasuki melalui servik. 

Ini termasuk dengan kehadiran FIBROID yang melibatkan lapisan dalam rahim serta polip boleh menjadi punca kepada masalah ketidaksuburan yang berterusan atau mengalami keguguran.

6. KECACATAN SISTEM PEMBIAKAN
Dalam kes yang jarang berlaku, kesukaran kehamilan yang disebabkan oleh masalah kongenital dengan sistem pembiakan boleh menjejaskan bentuk dan saiz rahim, tiub fallopio, vagina dan gabungan semuanya.

7. FAKTOR UMUR
Faktor umur juga merupakan salaj satu punca ketidaksuburan bagi wanita. Peluang untuk hamil semakin tipis dan rendah jika semakin lewat umur kita.

8. GANGGUAN SISTEM IMUNISASI
Mempunyai tahap sistem imunisasi yang rendah juga merupakan salah satu faktor yang boleh mengakibatkan ketidaksuburan. 


Kekurangan nutrisi dalam tubuh badan kita menyebabkan sistem imun badan kita terganggu. Bila sistem imun badan menghadapi masalah, ia boleh mengganggap telur atau sperma sebagai "benda asing" dan akan menyerang telur atau sperma tersebut yang dianggap sebagai "penceroboh".

Sebaiknya, jika kita merasakan sesuatu yang kurang dalam diri kita,
jangan malu dan segan untuk kita pergi berjumpa dengan pakar perbidanan untuk mengetahui masalah sebenar yang bakal kita hadapi. Jangan kita biarkan masalah yang kita alami ini begitu saja..
Jika anda sayangkan diri sendiri laburkanlah sedikit wang untuk berjumpa dengan pakar perbidanan.

Setiap penyakit ada ubat dan rawatannya.. Mencegah lebih baik daripada mengubati.

Rabiatul
Founder Anggun Legacy

Isnin, 26 Februari 2018

Kesuburan: Punca Masalah Ketidaksuburan Bagi Lelaki

LELAKI MANDUL?

KETAHUI MASALAH KETIDAKSUBURAN BAGI LELAKI



Kesedaran mengenai masalah ketidaksuburan  dan rawatan bagi masalah ini masih lagi rendah dikalangan masyarakat di Malaysia. 

Isu ketidaksuburan berlaku kepada hampir 20% pasangan dan daripada jumlah tersebut sebanyak 30%-40% ketidaksuburan berpunca daripada LELAKI.

Tiada tanda yang boleh menunjukkan seseorang itu mengalami masalah ketidaksuburan melainkan mereka menjalani ujian klinikal.

Lazimnya lelaki yang mengalami tidak subur dikesan melalui 3 faktor iaitu HORMON, SPERMA dan ALAT SULIT.

Penyebab masalah kesuburan seperti
🚫Pra-testikular iaitu hormon terganggu boleh mengakibatkan testis tidak terangsang dan bermasalah untuk menghasilkan sperma yang berkualiti

🚫Testikular iaitu sperma yang sihat TETAPI tidak dapat dihasilkan berpunca dari sel yang rosak.

🚫Post testikular iaitu gagal berejakulasi walaupun berupaya menghasilkan sperma yang normal

Sperma lelaki ni begitu sensitif. Sperma boleh berpotensi untuk dipengaruhi oleh faktor persekitaran.

Antara Punca Sperma Tidak Subur 
◾Terdedah pada suhu / cuaca yang panas
◾Bahan kimia yang mempunyai kadar toksik yang tinggi
◾Bahan toksik seperti racun serangga
◾Pengambilan alkohol yang berlebihan
◾Aktiviti menunggang basikal
◾Duduk diatas kerusi dalam tempoh yang lama
◾Memakai seluar dalam yang ketat
◾Tabiat merokok
◾Pengambilan dadah
◾Pencemaran udara
◾Hadapi penyakit Klineelters syndrome (kelainan pada alat kelamin)
◾Penyakit kronik
◾Mengalami jangkitan kuman dan penyakit kelamin
◾Akibat dari penyakit varicoles atau hernia
◾Menghadapi masalah pada skorotum, bahagian yang menghasilkan air mani
◾Kecacatan semasa kecil
◾Masalah peribadi
◾Banyak mengambil ubat ubatan

Jadinya sang suami jika anda dah mendirikan rumah tangga selama 2 - 3 tahun, tapi belum lagi dikurniakan zuriat, bukalah minda anda dan pergilah berjumpa dengan doktor pakar untuk jalani rawatan susulan. Jangan anggap isteri je boleh mandul, lelaki juga ada yang mandul tau!! 


#infokesuburan
#bicarakaktun