Memaparkan catatan dengan label ANAK BATUK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ANAK BATUK. Papar semua catatan

Khamis, 20 April 2017

Set Kesihatan Kanak -Kanak : Tiada Lagi Kerisauan Anak Kerap Sakit

TINGKATKAN TAHAP KESIHATAN ANAK-ANAK ANDA!!

Dulu masa tahun 2009-2011 masa tak kenal lagi Shaklee,Haziq kerap demam,selsema dan dalam usia mencecah setahun lebih,Haziq dah 2kali terkena virus HFMD (virus tangan,kaki dan mulut) dan 2kali terkena virus demam campak, sebabnya memang lepas pantang Haziq berada di taska sepanjang ibu bekerja. Haziq kena demam campak yang berlainan jenis,satu yang jenis bintik kecil-kecil dan satu lagi yang jenis besar ala-ala macam pelentung.

Masa ni memang ibu kena struggle menjaga Haziq, yerlah budak kecik bila dah kena virus macam ni badan akan rasa tak selesa,jadi merengek je,tak nak makan dan minum..Memang ibu risau dengan kesihatan Haziq.

Tapi itu kisah dulu,sebelum ibu kenal dengan Shaklee.. Sekarang lepas ibu dah bersama Shaklee,alhamdulillah tahap kesihatan Haziq bertambah baik. Tiada lagi serangan demam,batuk dan selsema setiap bulan. Ibu akan pastikan Haziq akan diberi OMEGA GUARD dan CHEWABLE VITAMIN C setiap hari supaya sistem imun badan haziq bertambah baik.

Tahun ni Haziq catat rekod bersih dari segi tahap kesihatannya...alhamdulillah sehingga bulan 10, 2016 ni, Haziq tak pernah dijangkiti virus demam,selsema yang teruk.Walaupun adakalanya balik dari sekolah dalam keadaan lenjun disebabkan hujan.Kalau Haziq rasa dirinya macam tak berapa sihat,cepat-cepat ibu upkan dose OMEGA GUARD,dan bekalkan NUTRIFERON untuk Haziq,supaya tak melarat keesokan harinya.

Untuk si adik,Hannah yang baru mencecah umur setahun 7bulan, boleh dikiralah dengan jari demam dan selsema yang dialami setiap bulan. Hannah juga seperti abangnya duduk di taska juga sepanjang ibu bekerja. 

Jadinya memang akan terdedah dengan virus yang senang berjangkit.Tapi ibu tak risau sangat,biasalah kadang-kadang bila terkena demam dan selsema ni, untuk menunjukkan sistem pertahanan badannya sedang bertindak balas untuk menentang virus jahat menyerang. Tak pun nak belajar benda baru..hihi.

Si Hannah ni beruntung tau, sebab dari dalam perut Ibu lagi, ibu dah bekalkan suplemen untuk pertahanan badannya.Bila dah lahir,ibu yang akan makan vitamin setiap hari dan Hannah akan mendapat manfaatnya melalui air susu ibu.

Sekarang Hannah dah setahun lebih,ibu dah mula perkenalkan Hannah dengan OMEGA GUARD. Pantang balik dari taska,sampai rumah je  mesti dah berlari ke counter bar minta vitamin.. "Bu nak bat", perkataan ini akan selalu diulang-ulang, selagi tak dapat Omega. Memang feveret cik Hannah, kadang-kadang tu minta lagi, tak cukup dengan 1kapsul. 

Satu lagi Cik Hannah ni memang suka minum MEALSHAKES setiap hari.. Abangnye je tak berapa suka dengan mealshakes sebab rasa macam susu tepung..Si Haziq ni memang anti dengan semua susu tepung, air yang bewarna putih memang dia tak kan minum.. Kalau beli susu berkultur tu pun, hanya perisa strawberi je dia minum..itupun bila umur dah cecah 6tahun..kalau tak memang tak akan minum punya.. 

Kalau mereka dah mula rasa macam nak demam ke, batuk ke, selsema ke, ibu jarang berikan ubat klinik dulu, sebaliknya akan bekalkan mereka dengan NUTRIFERON dan OMEGA GUARD setiap hari sehinggalah demam, batuk atau selsema dah tak der lagi..

Alhamdulillah sejak kenal dengan Shaklee ibu memang puas hati dengan tahap kesihatan anak-anak ibu. 

Terima kasih Shaklee.. 
Keranamu Shaklee tahap kesihatan anak anak bertambah baik.



Shaklee Distributor & Business Leader
RABIATUL 0125584478

PENGEDAR SHAKLEE RAWANG (COD Bandar Country Homes dan sekitarnya)
PENGEDAR SHAKLEE JALAN TAR/ KLCC
PENGEDAR SHAKLEE SELAYANG