Memaparkan catatan dengan label susu meriah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label susu meriah. Papar semua catatan

Rabu, 9 Ogos 2017

Susu Meriah Ibu Gembira Tiada Lagi Kerisauan : Set Penyusuan Shaklee

Setiap ibu yang melahirkan anak mesti ingin memberi penyusuan yang terbaik dan eksklusif untuk anaknya, tetapi tak semua ibu -ibu di luar sana berpeluang memberi penyusuan pada anak mereka sehingga anaknya berusia sekurang-kurangnya 2tahun.

Banyak faktor yang boleh menyebabkan proses penyusuan tidak berjaya. Antara rungutan yang selalu kita dengar seperti air susu kurang sejak dilahirkan.Bukan itu aje ada juga ibu-ibu yang kekurangan ilmu penyusuan yang menyebabkan mereka hanya bertahan separuh jalan sahaja.


Eh!, banyak pula bebelan Kak Tun dalam entry kali ni, minta ampun...😅😅

Sebenarnya,Kak Tun nak bercerita dan berkongsi pengalaman proses penyusuan untuk ketiga-tiga cahaya mata Kak Tun.

Masa anak sulung Kak Tun berjaya menyusukan secara eksklusif hanya 4bulan sahaja, bukan air susu tak ada tau tapi kekurangan ilmu didadakan, almaklumlah baru pertama kali ada anak,Kak Tun lebih mendengar kata-kata "orang dewasa" disekeliling Kak Tun. Kak Tun dah selamat beri susu formula untuk menyenangkan tugas pengasuh yang menjaga Haziq di taska.
Yerlah Kak Tun dulu keje dengan Company Contractor, jadi kadang-kadang jika ada tender terpaksa balik lambat dan jika ada meeting diluar,memang tak sempat nak pam susu badan. Siapa yang pernah melalui saat bengkak susu tu memang menyakitkan. 

Masa ni memang tak ambil sebarang suplemen atau makanan tambahan untuk memperbanyakkan air susu, tapi dah tertulis rezeki untuk Haziq, air susu Kak Tun sentiasa ada sehinggalah Haziq berusia hampir 5tahun.

Haziq ni walaupun di taska minum susu formula,tapi dekat rumah langsung tak nak minum susu formula,pegang botol susu pun dia buat muka geli. Pernah satu ketika botol susu yang ada dirumah dicampaknya dalam tong sampah gara-gara tak nak minum susu botol dirumah. 

Maybe disebabkan bercampur susu di awal usia,antibodi badan pun tak berapa nak kuat kot, kerap juga si Haziq ni kena demam,selsema, dan yang paling teruk sekali dua kali terkena chicken pox yang jenis besar dan yang jenis halus. Dua kali juga terkena virus HFMD sebelum usianya menjangkau 3tahun.


Untuk anak yang kedua Hannah, alhamdulillah Kak Tun berjaya menyusukan secara eksklusif sehingga hannah berumur 1 tahun sahaja.  

Masa Hannah ni,Kak Tun dah mengamalkan supplemen. Bukan suplemen untuk memperbanyakkan susu, tetapi supplemen untuk kesihatan diri Kak Tun. Bila dah terbiasa makan suplemen, jadi bila si Hannah dilahirkan, Kak Tun continue aje amalan makan suplemen ni. Cuma Kak Tun add on alfalfa yang terkenal sebagai penggalak penghasilan susu ibu.

Masa Hannah ni, Kak Tun memang bersungguh untuk memastikan bekalan susu mencukupi untuknya, yerlah dah belajar daripada kesilapan yang lepaskan..

Masa Hannah ni, kuantiti susu tak sama macam Haziq dulu, susu tak semeriah sangat, lagipun susu daripada breast sebelah kanan tidak memberi kerjasama, kalau dipam, paling banyak boleh dapat 4oz je, berbezalah dengan air susu disebelah kiri yang penghasilannya melebihi sebelah kanan. Dari situlah bermulanya Kak Tun mengambil suplemen Shaklee untuk memperbanyakkan air susu untuk Hannah. 

Waktu mengepam hanya di ofis semata-mata sebanyak 3kali,sebab kalau dirumah memang tak sempat nak mengepam, cuma bila weekand days baru berkesempatan boleh mengepam untuk dijadikan stok.

Alhamdulillah,bila dah mengamalkan suplemen ni, susu jadi lebih pekat dan meriahlah,sehinggalah usia Hannah menjangkau 8bulan, air susu jadi semakin berkurang.

Masa ni memang sedih sangat, selalunya bila sekali pam boleh dapat dalam 8-9oz,tetapi kali ni susu drop ke 6oz sahaja. Ape lagi Kak Tun memang risau sangat, mulalah mencuba pelbagai resepi untuk memperbanyakkan air susu.

Malangnya, air susu semakin drop, dan pada masa yang sama, rupa-rupanya Kak Tun 'terpregnant' sekali lagi. Bila keadaan semakin berlarutan, Kak Tun cuba bercerita masalah yang Kak Tun hadapi pada pakar laktasi, barulah Kak Tun tahu, makin meningkat usia kandungan kita, setengah orang hormon susu semakin berkurang. Ini ilmu baru juga ni,barulah Kak Tun tahu kenapalah air susu semakin berkurang.

Jadinya Kak Tun tekad dan berusaha untuk buat stok susu sehinggalah Hannah berusia setahun. Masa ni memang Kak Tun struggle untuk menyimpan stok susu Hannah, nasib baik si Hannah ni, dah start diberi makanan tambahan, jadinya susu hanya diperlukan ketika waktu tertenru sahaja, bukan setiap masa.

Memang sedih tau bila bekalan susu makin berkurang, bayangkan bila 10minit pam hanya dapat 2oz je..Masa ni hanya Allah yang tahu perasaan Kak Tun.. Air susu Kak Tun terus tiada bila kandungan Kak Tun mencecah umur 3bulan. Masa ni Hannah lagi 3minggu nak setahun.. Sedih sangat, bila malam Hannah merenget susu tak cukup, terpaksa berkorban beri stok yang ada di taska. Stok susu pyn makin berkurang dan licin teruslah dari peti ais tu..

Tapi perancangan Allah maha hebat, Allah mempermudahkan urusan Hannah minum susu formula tanpa sebarang masalah, 1st time beri terus je minum minum tanpa menolak..syukur sangat.Tapi walaupun hanya setahun aje dapat merasai susu badan Kak Tun, tapi berkat Kak Tun mengamalkan Shaklee ni, Hannah jarang terkena demam, selsema mahupun batuk yang berpanjangan.. Kalau ada pun demam manja gitu, hari ni kena esok lusa dah sembuh..


Bila si adik lahir, masalah baru pula timbul.. Si kakak juga nak menyusu bersama.. Nak tak nak terpaksalah Kak Tun beri juga sebab hati seorang ibukan tak sampai hati tengok si Hannah ni merajuk  dan protes tak nak makan dan minum, asyik merengek nak susu badan aje.

Sekali lagi suplemen untuk ibu menyusu diperlukan.. Kali ni Kak Tun amalkan sepenuhnya, dah 2orang anak yang menyusu, jadi kuantiti susu perlu banyak untuk menampung keperluan dua orang puteri Kak Tun.

Alhamdulillah walaupun baru 2bulan perjalanan menyusuan untuk si Husna, kali ni kuantiti susu amatlah banyak, sekali pam Kak Tun boleh dapat 12oz, syukur sangat, Allah permudahkan perjalanan penyusuan untuk anak Kak Tun kali ni..


Ha! lagi satu Kak Tun dah amalkan LECITHIN ni dari hari pertama lagi untuk elak dari berlakunya susu tersumbat terutama sekali untuk breast sebelah kanan Kak Tun ni.

Nak tau hasilnya? Alhamdulillah breast sebelah kanan ni mampu menghasilkan kuantiti susu sebanyak 5-6oz sekali pam dalam masa 5minit saje. Masa Hannah dulu memang susah sangat nak dapat kuantiti susu sebegitu.. 

Kekerapan direct breastfeeding pun menjadi punca pengeluaran susu menjadi banyak..mana taknya bila dirumah seorang melekat disebelah kiri, seorang lagi melekat disebelah kanan..

Dan yang paling bestnya walaupun kakak dan adik menyusu bersama, tidur memang sah-sah tak cukup ler, lepas turn adik menyusu, baru lelap 10minit, kakak pula nak menyusu.

Tapi Kak Tun rasa syukur sangat badan tak terasa penat  dan letih yang terlampau, sebabnya set penyusuan Shaklee memang banyak membantu memberi tenaga yang cergas sepanjang hari, ESP memang Kak Tun amalkan supaya perut tak terasa lapar bila 2orang anak memerlukan serentak.

Bukan aje kesihatan Kak Tun bertambah baik, malah anak-anak Kak Tun juga dapat manfaat bersama.

Bekalan susu pun makin meriah dan pekat, pendek kata cepat kenyanglah..

Tau tak berat badan Kak Tun pun dah makin menunjukkan penyusutan juga. Kak Tun suka!!  

Nak tahu apa yang Kak Tun amalkan?
Set Penyusuan yang lengkap seperti B Complex, Vitamin C, Vitalea,Alfalfa, ESP, Lecithin dan Ostematrix add on Omega Guard.


Buat ibu-ibu yang ingin menyusukan anak secara eksklusif, sememangnya terbaiklah dan disyorkan bagi ibu-ibu yang ingin mencuba untuk memperbanyakkan susu untuk anak yang dicintai. 

Berjuang sebelum mengalah, berusaha selagi terdaya.. Carilah ilmu penyusuan supaya kita dapat memberi yang terbaik untuk anak kita..

Rabiatul
SID SHAKLEE
012-5584478

Pengedar Shaklee Rawang ( cod Bandar Country Homes)
Pengedar Shaklee Jalan TAR / KLCC
Pengedar Shaklee Selayang