Memaparkan catatan dengan label TENSION. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TENSION. Papar semua catatan

Selasa, 21 November 2017

Perut Buncit: Anda Sedang Bahagia Atau Menanggung Derita

PERUT BUNCIT?



Kenapa makin ramai masyarakat kita mengalami perut buncit? Ada orang kata kalau suami kita sebelum kawin perut dia flat, lepas kawin perut terus membuncit dari tahun ke tahun, maknanya suami sedang bahagia? Betul ke?

Kalau bahagia alhamdulillah, tapi membuncit tu jangan sampai penyakit pun sama datang bersama lagi bahaya..

Perut buncit ni tak semestinya pada lelaki je tau, perempuan pun ada juga yang mengalaminya, Ha! Jangan tak tau!

Sebenarnya bila mengalami masalah perut buncit ni, sedikit sebanyak tahap keyakinan diri kita akan menurun.. Yerlah kalau beli baju dah nak kena cari baju yang besar yang boleh cover perut kita tu, kiranya susah juga kalau nak mengikut berfesyen terkini. 

Bukan itu aje, bila berhadapan dengan orang ramai, kita mesti terasa rendah diri sangatkan!

Sebenarnya apakah faktor yang boleh menyebabkan perut kita menjadi buncit?

Pakar kesihatan juga turut menjelaskam bahawa banyak faktor yang boleh menyebabkan perut menjadi buncit.

Antaranya:
~Faktor keturunan yang diwarisi daripada orang tua
~Faktor penuaan
~Faktor penjagaan makanan harian
~Faktor disiplin ketika menjamah makanan.
~Faktor psikologi seseorang serperti selalu stress dan tertekan 
~Faktor sistem penghadaman.

Kenapa faktor STRESS seringkali dikaitkan dengan PERUT BUNCIT?


Jika kita stress, ia mampu menganggu aktiviti semulajadi tubuh badan kita. Stress boleh menyebabkan rasa kenyang dan menimbulkan masalah keupayaan tubuh menyimpan lemak.

Inilah yang mengakibatkan perut kita kelihatan lebih mengembang daripada saiz yang sepatutnya. Untuk mengatasi masalah ni anda perlu belajar untuk lebih relaks dan bernafas secara perlahan.

Tau tak, golongan wanita kebiasaannya lebih mudah dilanda stress, jadinya mereka lebih cenderung memiliki lemak berlebihan di bahagian perut. 

Perubahan hormon juga terutama ketika menopous juga menyebabkan lemak menjadi tidak sekata yang boleh menyebabkan orang yang bertubuh kecil juga boleh mengalami perut buncit.

Menurut kata pakar kesihatan, faktor pemakanan seperti pengambilan karbohidrat secara berlebihan seperti nasi dan makanan berasaskan tepung seperti mi dan roti dalam kuantiti yang banyak. Akibatnya karbohidrat yang berlebihan akan disimpan dalam bentuk lemak terutamanya di perut, atau lebih tepat di rongga -rongga di antara organ dalam perut.

Tabiat suka tidur selepas makan juga boleh menyebabkan berlakunya masalah perut buncit kerana proses penghadamqn tidak dapat berfungsi dengan baik.

Penampakan lemak -lemak diperut juga menjadi petunjuk bahawa kurangnya aktiviti fizikal dan penurunan kadar metabolisma tubuh dalam diri seseorang.

Sebenarnya lemak yang menyebabkan perut buncit sebenarnya terdiri daripada dua jenis.

Pertama LEMAK SUBKUTANEUS iaitu lemak yang disimpan oleh tubuh dibawah kulit.

Kedua ialah LEMAK VISERAL iaitu lemak yang disimpan oleh tubuh di rongga perut dan mengelilingi organ-organ didalam perut. Lemak viseral yang berada di sekeliling perut adalah sumber asid lemak bebas yang terus masuk ke hati melalui vena portal.

Lemak VISERAL nyata lebih BERBAHAYA kerana lemak ini mempunyai kaitan antara metabolisma seperti pertahanan insulin, diabetes dan sistem peredaran darah.


Menurut pakar kesihatan lagi, semakin buncit perut seseorang, semakin tinggilah kemungkinan dia mengalami ketahanan insulin.

Keadaan ini jika dibiarkan dan tidak dikawal boleh menyebabkan penyakit mudah datang seperti sakit jantung, strok, diabetes dan mungkin lebih serius lagi adalah kanser.

Mana satu pilihan anda? Adakah 
Tepuk dada tanya hati..

"Berperut buncit atau berperut flat".


Rabiatul


Jumaat, 21 April 2017

Tips Hadapi Stress Dan Depresi Supaya Hidup Anda Lebih Tenang

"Aahh stress nye!! Tension! Rasa nak menjerit je ni.."

"Serabutlah macam ni" 



Siapa yang pernah mengalami perasaan stress macam situasi di atas?

Rasanya sejak kebelakangan ni,dengan keadaan ekonomi yang tak berapa nak stabil, memang ramai rakyat Malaysia yang mengalami stress yang kronik. 

Stress dan tekanan boleh berlaku dalam pelbagai sebab seperti masalah kewangan, masalah ditempat kerja,masalah keluarga,masalah kesihatan dan sebagainya.

Bila kita stress minda kita  tak boleh berfikir secara logik dan akhirnya kita akan buat sesuatu keputusan diluar kawalan rasional kita.

Saya kongsikan 11-tips tangani stress dengan mudah.

1)Tenangkan diri kita dari segala tekanan
 2)Cuba bernafas secara dalam
3)Sentiasa berkata pada diri sendiri dengan perkataan yang positif, contoh "relaxlah"
4)Lakukan solat sunat, membaca Al Quran
5)Berkongsi perasaan dan masalah pada orang yang tersayang
6)Sekali sekala pergi ke spa atau berurut
7)Berehat dan mendengar muzik
8)Beriadah dan pergi bercuti ke tempat yang jauh dan mendamaikan seperti ke pulau, kawasan pendalaman
9)Bersenam
10)Berfikiran positif
11)Ambil supemen anti stress B Complex.

🎀Cara saya, kalau stress,selalunya saya akan cuba tenangkan fikiran saya dengan mendengar alunan ayat AlQuran.

Ayat AlQuran ni merupakan penghibur kita dikala kita bersedih dan berserabut. 

🎀Bila tiba waktu rehat ( di ofis) saya akan cuba take a nap atau dalam islam dikenali sebagai tidur Qailullah dalam 10 minit.Dengan cara begini mampu mengelakkan diri kita dari stress,
keletihan dan burn out. 

🎀Saya juga akan luangkan masa bersama orang tersayang .Bila kita ketawa,bercerita dan berkongsi masalah duka lara akan buatkan kita berasa lebih baik dan masalah kita akan lebih terkawal.

💓Yang paling penting, saya akan pastikan setiap hari mesti makan B Complex.


🎀Eh! Bukan ke BComplex ni sesuai untik ibu hamil je ke?

🎀Jangan tak tahu ye,BComplex Shaklee ni special tau sebab mengandungi 8jenis vitamin B yang tiada pada keluaran lain di pasaran.

🎀BComplex Shaklee ni mengandungi Vitamin B1,B2,B3,B5,B6,B12, Asid Folik dan 100% Biotin.

🎀kalau kita tengah stress dan tertekan memang elok telan BComplex ni setiap hari, kerana BComplex dapat membantu melancarkan perjalanan darah untuk membawa oksigen yang secukupnya ke otak. 

🎀BComplex juga mampu melawan tekanan dengan memastikan kesihatan fungsi sarafnya,boleh meredakan sakit kepala,mengurangkan kelesuan, keresahan dan meningkatkan stamina badan.

Jadi,start dari hari ni,mari kita amalkan pengambilan BComplex setiap hari.

Free Consultation
Shaklee Distributor & Business Leader
RABIATUL 012-5584478

Pengedar Shaklee Rawang
Pengedar Shaklee Jalan TAR / KLCC
Pengedar Shaklee Selayang