Memaparkan catatan dengan label PENYAKIT ASMA DIKALANGAN DEWASA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PENYAKIT ASMA DIKALANGAN DEWASA. Papar semua catatan

Isnin, 1 Jun 2015

Penyakit Asma Boleh Membawa Maut? Bahayakah Pada Diri Kita.


Assalamualaikum w.b.t. 

Hari ini saya nak share sedikit info tentang penyakit asma/semput atau lelah. Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang, amat mudah untuk terkena serangan asma.

Apa itu Asma?

Asma atau biasanya disebut sebagai semput atau lelah. Adakah penyakit asma berbahaya di kalangan orang dewasa? Sesungguhnya asma boleh membawa maut. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kematian akibat asma di seluruh dunia setiap tahun dianggarkan mencecah angka 250,000.

Bagaimana Asma / Lelah boleh Terjadi?

Asma adalah penyakit paru-paru kronik yang menyebabkan kesukaran bernafas yang berepisod, di mana terdapat penyempitan sementara salur pernafasan di dalam peparu, disebabkan keadaannya yang hyper aktif (oversensitive). Dalam penyakit asma, terdapat radangan (inflammation) dan pembengkakan pada lapisan salur pernafasan , peningkatan jumlah pengeluaran mukus, dan juga penyempitan otot pada dinding salur pernafasan, di mana kesemua ini menyebabkan kurangnya keluar masuk udara dari peparu.

Apakah punca yang menyebabkan serangan asma?

  • jangkitan kuman, terutamanya selsema dan demam
  • alergi (cth: bulu haiwan, habuk, tungau dll)
  • asap rokok (atau asap-asap toksik yang lain)
  • perubahan suhu dan cuaca yang mendadak
  • iritasi dari bahan dari tempat pekerjaan (cth: habuk kayu, bahan chemical, spray cat dll)
  • ubat-ubatan (cth: aspirin, ubat jantung dll)
  • sesetengah permakanan dan bahan pengawet makanan
  • senaman, terutamanya dalam cuaca yang sejuk
  • stres, emosi

Apakah simptom atau tanda-tanda asma yang kronik?

  • susah bernafas
  • sesak dada
  • mengeluarkan bunyi 'wheezing' bila bernafas
  • batuk yang berterusan (terutama pada waktu malam)
  • Pengggunaan yang kerap inhaler
  • Kebiruan pada bibir
  • Kegelisahan
  • Pertukaran warna kulit muka
  • Susah untuk bercakap
  • Berdebar-debar 

Ada harapankah untuk pulih seperti biasa kembali?

Bagi mereka yang mempunyai sejarah penyaki asma, Selalulah berjumpa dengan doktor secara rutin supaya anda boleh mengetahui tahap penyakit anda. Selain itu anda perlu elakkan daripada perkara-perkara yang boleh menyebabkan asma seperti:-
  • Membela haiwan peliharaan yang jenis berbulu seperti ayam, kucing.
  • Jangan menghampiri persekitaran yang mempunyai banyak debu, hama dan kulat. 
  • Elakkan pengambilan ubat-ubatan seperti aspirin, dextran, hydrocortisone dan penicillin. 
  • Hindarkan daripada mengambil makanan dan minuman yang boleh menyebabkan Asma seperti kekacang, susu, telur, minuman cola, pengawet, monosodium L-glutamate dan alkohol.
  • Kurangkan ketawa atau menagis secara keterlaluan kerana boleh menggalakkan Asma.
  • Hindarkan daripada bahan-bahan seperti asap rokok, asap kayu, semburan minyak wangi dan cat baru boleh juga menyebabkan Asma.
  • Keadaan cuaca yang terlalu sejuk dan lembap