Memaparkan catatan dengan label PENGASAS SHAKLEE. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PENGASAS SHAKLEE. Papar semua catatan

Khamis, 16 Mac 2017

Suplemen Shaklee Merbahaya Sehingga Boleh Jejaskan Buah Pinggang

MAKAN SUPLEMEN BOLEH JEJASKAN BUAH PINGGANG!!

Saya pernah diajukan soalan oleh officemate mengenai suplemen yang saya makan setiap hari..

"Atun you makan suplemen tu you tau ke ia berkesan..you tak takut ke ada kesan nanti dalam badan you"
"I tak berani nak makan suplemen yang tak tau kesan effectnye,takut woo ada chemical ke racun ke...I lebih suka mkn healthy food dan herbs yang buat sendiri"



Rupanya masih ramai lagi rakyat Malaysia yang takut-takut untuk mengambil suplemen. Faktanya suplemen tidak akan menyebabkan kesan atau effect pada tubuh badan atau organ kita. Sebab itulah kita perlu bezakan antara suplemen semulajadi dan suplemen sintetik.

Ini kerana suplemen semulajadi lebih mudah diserap dan digunakan oleh tubuh kita berbanding sintetik.

Manakala suplemen sintetik mengandungi kandungan logam berat yang boleh menyebabkan masalah buah pinggang. Suplemen sintetik ini jika diambil dalam tempoh yang panjang, ia akan terkumpul dibuah pinggang dan merosakkan fungsinya.

Jadi sangat penting mencari suplemen yang benar-benar terbuktu selamat,semulajadi dan berkesan pada tubuh badan kita.

Sebab itulah saya memilih suplemen Shaklee kerana satu-satunya suplemen yang mempunyai kajian saintifik dan Landmark Studynya tersendiri.





Hanya Shaklee sahaja satu-satunya Syarikat Nutrisi yang sanggup melakukan Landmark Study untuk setiap satu suplemen yang dihasilkan. Shaklee sanggup membayar berjuta-juta ringgit dan melantik saintis luar untuk mengkaji tahap keberkesanan suplemennya. 

Kajian yang dilakukan bukan dibuat pada haiwan tau,tetapi dikaji pada pengguna selama 20-30tahun penggunaanya.



Kajiannya merangkumi 3kelompok yang dikaji, iaitu kelompok  bagi mereka yang tidak mengambil suplemen,kelompok yang mengambil suplemen bukan jenama Shaklee dan kelompok yang mengambil suplemen Shaklee.





Hasil kajian mendapati golongan yang makan suplemen Shaklee  lebih sihat berbanding dengan mereka yang tidak mengamalkan suplemen.Ini membuktikam suplemen Shaklee langsung tidak mempunyai masalah pada organ tubuh badan jika pengambilannya diambil dalam tempoh yang panjang.

Lagipun,semua hasil kajian yang dibuat oleh para saintis untuk Kajian Landmark Study akan dipamerkan secara umum,jadi tak timbul isu penipuan testimoni untuk melakukan produk.



Sebab itu saya yakin dengan Shaklee sebab keberkesanannya dan ianya merupakan suplemen semulajadi dan selamat digunakan. 

Tugas kami bukanlah untuk mempromosi dan melakukan produk semata-mata tetapi lebih kepada memberi kesedaran tentang kebaikan pengambilan suplemen yang betul-betul selamat untuk tubuh badan kita. Jadi berubahlah kepada suplemen yang sememangnya mempunyai Landmark Studynya yang tersendiri untuk membuktikan suplemen yang kita ambil betul-betul SELAMAT,SEMULAJADI dan BERKESAN.

Segala maklumat lanjut anda boleh layari:
www.landmarkstudy.com
www.phsicians.shaklee.com
https://www.nutritionj.com/content/6/1/30/abstract


SHAKLEE DISTRIBUTOR & BUSINESS LEADER

Rabiatul 012-5584478

pengedarShakleeRawang
pengedarShakleeJalanTARKLCC
pengedarShakleeSelayang

Khamis, 16 Februari 2017

Tips Mengatasi Masalah Kewangan

Masuk je tahun baru, dah ada pengumuman kenaikan harga minyak pula. Bila harga minyak naik,apalagi segala barang keperluan harian naik jugalah harganya. Zaman sekarang ni gaji RM 6000.00 seorang pun dah tak mencukupi untuk menampung keperluan perbelanjaan family kita.

 

Memang banyak beza zaman dulu dengan sekarang,jika kita pergi ke pasaraya dengan RM 100.00 boleh dapat penuh troli..ini zaman dululah,TETAPI zaman sekarang, nilai RM 100.00 ni dah macam RM 10.00 je, duit macam air tak nampak nilainye..

Jadi bermulanya tahun baru ni,Kak Tun sarankan pada anda semua jomlah kita merancang perbelanjaan kita sebaik-baiknya supaya kita tidak mengalami masalah ketidakcukupan duit ditengah bulan. 

Disini Kak Tun nak berkongsi beberapa tips mengatasi masalah kewangan yang mudah yang boleh kita praktikkan bersama-sama demi kebaikan kita juga.

Antara tipsnya:- 

🔖Buatkan satu buku perbelanjaansetiap tahun.Tuliskan semua senarai perbelanjaan kita setiap bulan. Kalau boleh berbincang dengan pasangan dengan merujuk pada buku perbelanjaan untuk kita ketahui senarai perbelanjaan yang perlu kita wajib diutamakan dahulu.

🔖Tuliskan dan rekodkan semua hutang yang ada.
Bila tulis nampaklah yang kita ni memang serious nak bayar hutang. Bila kita rekod segala aktiviti perbelanjaan kita,dati situ kita boleh tahu flow aliran keluar masuk duit kita setiap bulan.Jadinya tak derlah masalah ketidakcukupan duit dipertengahan bulan.

🔖 Elakkan membeli segala keperluan harian dengan menggunakan kad kredit. Sebaliknya biasakan diri dengan membayar dengan kaedah tunai.Dengan cara sebegini,kita tak der terlebih berbelanja.

🔖Latih diri untuk menyimpan sekurang-kurangnya 10%  - 20% duit gaji bulanan kita untuk keperluan kita dimasa akan datang. Kita tak akan tahu apa yang bakal terjadi dimasa akan datang,jadinya simpanan yang ada ni dapatlah membantu masalah kita nanti.

🔖Kekalkan hubungan baik dengan ayah dan ibu .Jaga silaturrahim kekeluargaan kita inshaallah  akan mendatangkan rezeki yang tak disangka. 

🔖Masalah kewangan berpunca dari diri sendiri yg dibuat berbulan lepas atau setahun lepas..So,kawal dan rancang dari sekarang supaya sebulan lagi atau beberapa tahun lagi korang tidak dibelenggu dengan masalah hutang. Kalau tak korang akan pening kepala untuk menyelesaikan masalah hutang.

🔖Buat business yang tak perlukan modal besar.Ketahui kelebihan diri sendiri yg boleh dijadikan perniagaan. Zaman sekarang ni kena pandai cari dan rebut peluang di depan mata.. 
Carilah biz sambilan yang boleh dibuat dari rumah tanpa perlu memikirkan masalah urusan anak-anak.

Macam Kak Tun pun buat biz partime juga, hanya buat dirumah aje, modal pun tak besar cuma RM 79.00 aje.

Lagi satu, kalau kita betul-betul dah buntu, tertekan dan tak tahu bagaimana  nak selesaikan masalah kewangan kita,nasihat Kak Tun, kita kembalilah kepada sang pencipta. Cubalah mulakan solat diawal waktu, perbanyakkan sedekah,walaupun waktu tu kita memang menghadapi krisis kewangan,sedekah dengan nilai yang sedikit pun tak ape,kerana nilainya disisi Allah adalah besar.

Amalkan zikir ni sebanyak yang mungkin setiap hari tak kiralah dimana korang berada untuk bebas masalah kewangan :

 🔷 Ya Fattah , Ya Razzak " - 111 kali
🔷kalau  mampu , buat lah 1000 kali .

Inshaallah korang akan perolehi rezeki yang tidak disangkakan oleh Allah swt..

Shaklee Distributor & Shaklee Business Leader
📱RABIATUL 012-5584478


pengedar Shaklee Rawang 
pengedar Shaklee Jalan TARKLCC 
pengedar Shaklee Selayang

Rabu, 7 Disember 2016

Siapakah Pengasas Shaklee? Kenali Beliau Anda Akan Jatuh Hati

TAHU TAK SIAPA PENGASAS SHAKLEE?

Beliau adalah Dr. Forrest Cell Shaklee.Beliaulah yang mengasaskan Shaklee Corporation pada tahun 1956. Dah lama sebenarnya Company Shaklee ni.
Antara Falsafah penting beliau pegang ialah "Living in Harmony With Nature".
Berasaskan prinsip inilah Dr. Shaklee telah menghasilkan suplemen semulajadi dan pencuci terbaik yang mesrs alam sekitar.

JOM KENALI DR. FORREST C. SHAKLEE

Dr Forrest C. Shaklee dilahirkan pada bulan November 1894 di Carlisles,lowa.Semasa kelahiran beliau, beliau disahkan mengidap penyakit tuberculosis (batuk kering) dan doktor yang merawatnya meramalkan beliau hanya boleh hidup selama 8tahun sahaja.

Disebabkan penyakit yang beliau alami, keluarganya telah membuat keputusan untuk berpindah dari Carlisles (kawasan arang batu) ke utara lowa iaitu kawasan pendalaman yang udaranya belum lagi tercemar,masih lagi bersih,segar dan di mana tanah yang subur menghasilkan bahan-bahan pemakanan yang berkualiti. Mereka mengamalkan makanan hasil daripada ladang. Setelah 4 tahun ibunya berusaha mengubatinya dengan herba2 yang terpilih, akhirnya beliau sembuh dari penyakitnya.

Dr Shaklee berkata peningkatan kesihatan beliau bukanlah satu penyembuhan ajaib tetapi ia berlaku secara semulajadi dan perlahan serta berkaitan dengan pemakanan yang baik , persekitaran yang sihat dan senaman.

Dr Shaklee memutuskan untuk mengkaji perubatan dan mencipta produk berasaskan alam semulajadi kerana keinginannya untuk membina kesihatan seperti kata-katanya:-

"Saya tidak pernah memperlekehkan profession perubatan tetapi kita adalah dalam dua bidang yang terpisah yang diceburi. Mereka dilatih untuk merawat penyakit dan saya berminat untuk membina kesihatan. "

LANGKAH PERTAMA SEBAGAI NUTRITIONIST

Sewaktu menjadi seorang Chiropractic Practitioner, minat beliau terhadap nutrisi semakin bercambah.Beliau banyak membaca dan mengkaji tentang biochemist dan kajian saintifik terbaru tentang kepentingan nutrisi.
Pada tahun 1915, beliau telah berjaya mencipta Suplemen Pertama di dunia dalam bentuk makanan yang beliau namakan sebagai VITALIZED MINERALS yang sekarang ni dikenali sebagai VITALEA yang kini telah berusia 100 tahun.

Bukan itu aje,Dr Shaklee juga memegang ijazah dalam pemakanan, biokimia , falsafah dan ketuhanan. 

Pada tahun 1955, Dr Shaklee , yang pada ketika itu berumur 62 tahun menyatakan hasrat kepada dua orang anaknya iaitu Forrest Jr. dan Lee keinginannya untuk merubah masyarakat dalam meningkatkan kualiti pemakanan . Dia ingin memulakan perniagaan untuk mengedarkan makanan tambahan. Pada tanggal 1 April 1956, Shaklee Corporation ditubuhkan untuk memberi makanan terbaik di dunia.

Melalui kajian, pengalaman dan pengetahuan inilah bermulanya jualan langsung produk shaklee untuk mendidik pengguna tentang pemakanan tambahan semulajadi dan kini menjadi tugas kami pula pengedar2 sah Shaklee untuk menyebarkan tentang kebaikan Shaklee..

Sebenarnya kisah Dr. C Shaklee ni panjang sangat, saya hanya merumuskan saja kisah beliau.Nak tahu lebih lanjut pasal beliau boleh baca buku "The Shaklee Story" hasil tulisan Robert L.Shook.

Saya berbangga menjadi sebahagian daripada ahli Shaklee, anda bila lagi?

Nak join saya buat Shaklee?

PM Kak Tun 012-5584478