Memaparkan catatan dengan label KESIHATAN LELAKI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KESIHATAN LELAKI. Papar semua catatan

Rabu, 18 Julai 2018

Kenapa Lelaki Perlu Ambil B Complex

Bila sebut pasal BComplex ni pasti ramai yang mengatakan keperluan nutrisi untuk kaum Hawa terutama wanita yang hamil.

Sebenarnya tidak tepat sama sekali. Tahu tak rupanya BComplex ni bukan untuk kaum wanita aje,

tetapi...

LELAKI, pun bolah ambil juga.

Banyak kebaikan BComplex ni untuk tubuh badan kita tau! Sebab tu wajib ambil hari-hari..

Zaman sekarang ni, ramai sangat orang stress memanjang dengan masalah masing-masing, bila selalu stress, automatik sistem imun badan pun boleh jadi lemah, bila dah lemah selalulah sakit datang menjelma, macam-macam jenis penyakit yang datang serentak. Bila dah sakit ditambah pula stress lagi, lambatlah tubuh badan nak recover balik.

Untuk elak perkara ni berlaku, wajib ambil B Complex setiap hari. Tahu tak, B COMPLEX juga dikenali  sebagai ubat penenang.

B complex ni fungsinya untuk elakkan stress juga.. kalau tengah hot, angin puting beliung datang tak tentu pasal dengan tiba-tiba, elok la amalkan Bcomplex ni.

Ia  juga bertindak untuk menstabilkan hormon, dan memberi ketenangan.

Ok disini saya terangkan kenapa B Complex ni penting untuk tubuh badan kita.

B-Complex merupakan vitamin asas untuk badan kita.
Vitamin B sangat penting untuk fungsi tubuh, kerana vitamin B akan bertindak membantu menukar makanan kepada tenaga untuk sel-sel badan.

Ada banyak pilihan Vitamin B yang boleh kita dapati di pasaran.

Namun, kenapa perlu memilih B-Complex  Shaklee? 

LENGKAP 8 JENIS VITAMIN B

B-Complex Shaklee mengandungi KESEMUA 8 jenis vitamin B iaitu
1. Vitamin B1 (Thiamine)
2. Vitamin B2 (Riboflavin)
3. Niacin
4. Vitamin B6
5. Folic Acid
6. Vitamin B12
7. Biotin
8. Calcium D-Panthothenate

Saya tak pernah jumpa lagi vitamin B jenama lain yang lengkap sebegini. Kalau ada, bolehlah kongsikan bersama. 

Namun, ianya tetap berbeza jikapun ada, kerana suplemen Shaklee adalah suplemen semulajadi.

SISTEM PENYERAPAN BIOAKTIF BERPATEN

Asid folik, salah satu jenis vitamin B adalah kritikal dan tidak mudah diserap oleh badan. Maka, Shaklee telah membangunkan sistem penyerapan bioaktif yang menjadikan nutrien ini lebih mudah diserap.

Dan, teknologi berpaten ini adalah milik eksklusif Shaklee.
Tiada company lain yang boleh tiru teknologi ini tau...          

Untuk para lelaki di luar sana yang inginkan kesihatan yang terbaik dan berpanjangan supaya anda kekal sihat dan aktif sepanjang hari, bolehlah cuba Set Kecergasan Lelaki ini.


Pengedar Sah Shaklee

RABIATUL

0125584478

COD: Bandar Country Homes, Rawang, Jalan TAR, KLCC

Selasa, 13 Mac 2018

Tips Kesuburan: 8 Sebab Kenapa Wanita Tidak Subur

Faktor kesuburan merupakan perkara yang paling ditakuti oleh wanita yang bergelar isteri. Bayangkan jika wanita yang sudah berkahwin tetapi belum lagi dikurniakan zuriat, perkataan pertama yang terkeluar daripada mulut masyarakat sekeliling adalah "eh awak mandul ye"..
"dia mandullah tu sebab tak boleh mengandung".. 

Apa perasaan anda jika di labelkan seperti itu? 
Malu..
Stress..
Semangat down..



Tahu tak ada beberapa masalah kesihatan yang tanpa disedari oleh kaum wanita yang boleh menjadi punca kenapa seseorang wanita itu susah untuk hamil.

Antara punca penyebab ketidaksuburan  seperti
OVULASI, SALURAN PERANAKAN dan RAHIM

Berikut adalah beberapa faktor yang menjadi punca kepada masalah ketidaksuburan dikalangan wanita:-

1.MASALAH PADA OVARI
Masalah dengan ovulasi antara sebab utama yang selalu dihadapi oleh kaum wanita. Dianggarkan 25% - 30% masalah pada ovari menjadi penyebab kepada kemandulan wanita.

Setiap bulan kitaran ovulasi yang normal semasa waktu reproduktif wanita, ovari wanita akan melepaskan telur atau ovum yang matang.
Bila terjadinya "Anovulation" iaitu suatu keadaan di mana ovari tidak dapat melepaskan telur yang matang setiap bulan. Jadinya jika tiada telur yang matang yang tersedia untuk sperma, maka seseorang wanita itu tidak boleh hamil dengan sendirinya.
Ada juga sesetengah kes anovulasi, ovari tidak mengeluarkan telur matang yang normal. (Sebenarnya telur matang ni ada saiz pengiraannya tau) . Ovulasi tidak akan terjadi jika telur tidak matang dan peluang untuk persenyawaan amatlah tipis sekali

2.HALANGAN DARIPADA TIUB FALLOPIO
Tiub fallopio merupakan organ dalaman wanita yang berfungsi menghubungkan antara ovari dan rahim, yang mana telur wanita akan melalui saluran sepanjang kira-kira 10cm. Tiub yang tidak berfungsi dengan baik atau tiub yang dihalang akan mengurangkan kemungkinan sperma untuk sampai ke telur, sehingga menyebabkan berlaku kegagalan persenyawaan. 

Selain itu jangkitan daripada alat kelamin boleh menyebabkan radang pada tiub fallopio dan ini akan menyebabkan kerosakan pada tiub. Antara faktor lain yang menyebabksm kerosakan pada tiub fallopio seperti pernah mengalami kehamilan ektopik atau kehamilan luar rahim, kehadiran parut yang disebabkan oleh pembedahan dan pertumbuhan spontan sel-sel lapisan rahim di luar rahim yang dikenali sebagai endometriosis.

3. POLYCYSTIC OVARIAN SINDROM  (Pcos)
Masalah PCOS juga begitu popular dan kerap terjadi dikalangan wanita moden diera ini. PCOS ini terjadi akibat ketidakseimbangan hormon di dalam badan dimana kilang telur pesakit menghadapi tahap hormon lelaki yang tinggi dan boleh menggangu ovulasi. Ini boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur dan darah haid yang berlebihan.

Dalam kes yang lebih teruk, wanita yang mempunyai PCOS mungkin mempunyai kesukaran mengawal berat badan dan pertumbuhan jerawat dan rambut atau bulu di badan yang berlebihan. 

PCOS ini jika tidak dirawat boleh menyebabkan kemandulan.

4. ENDOMETRIOSIS
Endometriosis terjadi apabila sel-sel yang biasanya tumbuh di rongga rahim berkembang  di kawasan-kawasan di luar rahim, terutamanya dalam ovari, tiub fallopio dan rongga pelvis. Ini akan membawa kepada keradangan yang boleh menyebabkan kemandulan akibat daripada kerosakan yang berlebihan dan parut ke ovari dan juga halangan tiub yang boleh merosakkan saluran peranakan dan juga kilang telur.

5. RAHIM TIDAK NORMAL
Sperma mungkin gagal mencapai telur jika parut yang disebabkan oleh pembedahan, kesumbatan atau keradangan, menghalang sperma memasuki melalui servik. 

Ini termasuk dengan kehadiran FIBROID yang melibatkan lapisan dalam rahim serta polip boleh menjadi punca kepada masalah ketidaksuburan yang berterusan atau mengalami keguguran.

6. KECACATAN SISTEM PEMBIAKAN
Dalam kes yang jarang berlaku, kesukaran kehamilan yang disebabkan oleh masalah kongenital dengan sistem pembiakan boleh menjejaskan bentuk dan saiz rahim, tiub fallopio, vagina dan gabungan semuanya.

7. FAKTOR UMUR
Faktor umur juga merupakan salaj satu punca ketidaksuburan bagi wanita. Peluang untuk hamil semakin tipis dan rendah jika semakin lewat umur kita.

8. GANGGUAN SISTEM IMUNISASI
Mempunyai tahap sistem imunisasi yang rendah juga merupakan salah satu faktor yang boleh mengakibatkan ketidaksuburan. 


Kekurangan nutrisi dalam tubuh badan kita menyebabkan sistem imun badan kita terganggu. Bila sistem imun badan menghadapi masalah, ia boleh mengganggap telur atau sperma sebagai "benda asing" dan akan menyerang telur atau sperma tersebut yang dianggap sebagai "penceroboh".

Sebaiknya, jika kita merasakan sesuatu yang kurang dalam diri kita,
jangan malu dan segan untuk kita pergi berjumpa dengan pakar perbidanan untuk mengetahui masalah sebenar yang bakal kita hadapi. Jangan kita biarkan masalah yang kita alami ini begitu saja..
Jika anda sayangkan diri sendiri laburkanlah sedikit wang untuk berjumpa dengan pakar perbidanan.

Setiap penyakit ada ubat dan rawatannya.. Mencegah lebih baik daripada mengubati.

Rabiatul
Founder Anggun Legacy

Jumaat, 23 Februari 2018

INFO KESUBURAN: Awas!! 9 Tanda Ini Menunjukkan Lelaki Dan Wanita Tidak Subur

Suburkah pasangan anda?
Soalah pertama yang bermain di fikiran anda jika korang belum lagi dikurniakan cahaya mata setelah berkahwin selama 2tahun?
Bab subur ni bukan hanya pada perempuan sahaja tau, malah kaum suami pun wajib melakukan pemeriksaan bersama.

Mari kita lihat tanda-tanda amaran yang menunjukkan korang suami isteri berkemungkinan tidak subur.

1. Tidak datang haid atau haid yang tidak tetap
Haid yang tidak tetap atau tidak langsung datang adalah tanda jelas masalah dalam penghasilan telur. Ini bermakna seseorang wanita tersebut mengalami masalah ketidakseimbangan hormon

2. Hilang nafsu dan daya fungsi seksual
Jika seseorang lelaki sukar untuk berejakulasi, atau mengalami ejakulasi yang menyakitksn, hilang nafsu seks, susah untuk mengekalkan ereksi atau ada benjolan di buah zakar besar kemungkinan mempunyai masalah kesuburan.

3. Datang haid yang banyak dan senggugut yang menyakitkan
Hampir 5-10% wanita yang tidak subur mengalami haid yang terlalu banyak, berkemungkinan mempunyai masalah fibroid rahim.

Manakala masalah senggugut yang menyakitkan pula mungkin petanda penyakit endometriosis yang boleh mengakibatkan ketidaksuburan.

4. Gangguan Penglihatan
Sekiranya anda mengalami masalah haid yang tidak teratur diikuti dengan masalah gangguan penglihatan kemungkinan anda menghidap Prolaktinoma. 

Prolaktinoma ini adalah sejenis tumor bukan kanser dibahagian kalenjar pituitari yang mampu menjejaskan kesuburan.

5. Rambut berlebihan
Jika anda mempunyai masalah rambut atau bulu yang berlebihan itu salah satu tanda anda mengidap sindrom ovarium polikistik (PCOS). PCOS antara punca masalah ketidaksuburan.

6. Masalah berat badan yang berlebihan
Menurut Center for Disease Control hampir 45% wanita tidak boleh hamil kerana masalah berat badan yang berlebihan atau obesiti.

7. Masalah Tiroid
Masalah tiroid juga mampu menjejaskan ovulasi seseorang wanita. Menurut kajian The Obstetrician & Gynaecologist, hasil kajian mendapati hampir 2.3% wanita tidak dapat hamil kerana menghidap hiperaktif tiroid.

8. Hubungan intim yang menyakitkan
Kesakitan ketika melakukan hubungan intim juga petanda anda kurang hormon estrogen, bila anda kekurangan hormon estrogen bermakna anda menghampiri kearah menopaus. 

9. Kurang vitamin D
Secara umumnya vitamin D ni untuk kesihatan tulang, jantung dan sistem imun badan. Ia juga membantu lelaki dan wanita dalam hal kesuburan. Namun ada kajian yang dilakukan, hampir 41.6% pasangan yang kekurangan vitamin D sukar untuk hamil.

Sumber : Fox News


Rabiatul
0125584478
Founder Anggun Legacy

Khamis, 22 Februari 2018

Inginkan Zuriat? Jangan Malu Untuk Dapatkan Rawatan

Isu ANAK ni sememangnya SENSITIF.Setiap pasangan yang berkahwin mesti inginkan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri hidup rumah tangga, maybe cepat atau lambat sikit untuk dapatkannya..



Sebagai wanita selagi kita belum lagi menopause, selagi itu kita berpeluang untuk mengandung tau! Yang penting kita berusaha,  ikhtiar dan berdoa pada Allah.

Lagi  satu jika dah 2-3 tahun mencuba masih lagi belum dikurniakan cahaya mata, nasihat Kak Tun pergilah berjumpa dengan pakar OnG. Bukan doktor kat klinik biasa tu, tapi doktor pakar dalam perbidanan. 

Cuba dapatkan rawatan dari doktor pakar untuk ketahui masalah yang dihadapi. 

Bab anak ni jangan salahkan si isteri je tau, No! No!.. Jangan terus tunding jari kata sang isteri mandul..
Siapa kata lelaki tak boleh mandul? Lelaki pun boleh mandul tau!

Turunkan ego kalian, jangan ingat lelaki yang mempunyai badan yang sasa dan berketul-ketul tu tiada masalah dalaman tau! 
Jangan ingat lelaki yang lembut tu tak mampu berikan zuriat..

Masalah dalaman ni hanya doktor pakar je yang boleh tahu sama ada anda ada masalah atau pun tidak.
Si suami pun perlu mendapatkan rawatan  juga. Perlulah ada sikap tolak ansur diantara satu sama lain ye..

Dah jangan sedih-sedih ye.. berbincanglah dengan pasangan masing-masing untuk mencari penyelesaian yang terbaik untuk family anda.. (sang suami jangan ingat belum dikurniakan anak sebagai alasan nak kawin lagi pula)..

Kak Tun faham perasaan anda, sebabnya Kak Tun pun pernah alami juga 6tahun penantian tau!

Selagi boleh ikhtiar kita berusaha, Allah nak menduga kita dan pasangan dengan memberi ujian anak, bila kita dah berjaya melepasi ujian tersebut inshaallah Allah akan beri ganjaran setimpal dengan pengorbanan kita..


RABIATUL
0125584478
Founder Anggun Legacy

Selasa, 31 Oktober 2017

Set Kesuburan Lelaki: Sperma Tidak Sihat Punca Isteri Tidak Hamil

SPERMA TIDAK SIHAT PUNCA ISTERI SUKAR HAMIL


Mentaliti masyarakat kita apabila jika ada pasangan yang berkahwin tetapi masih belum lagi dikurniakan zuriat akan menyalahkan kepada pihak perempuan. Mereka terus menunding jari mengatakan si isteri tidak subur dan mandul.

Tapi tahukah anda, masalah ketidaksuburan ni juga berlaku pada kaum lelaki. Lelaki juga mempunyai masalah yang sama seperti perempuan, mandul dan tidak subur salah.


Kemandulan lelaki boleh berlaku disebabkan banyak faktor termasuklah dalaman dan luaran.

Menurut Dr. Muhilan Parameswaran, perunding Urologi, MBBS (India), beliau mendapati melalui sebuah kajian dalam nisbah enam orang lelaki, salah seorang lelaki akan mengalami masalah sperma tidak berkualiti.


Apakah faktor yang menyebabkan Sperma tidak berkualiti dan tidak sihat?

Faktor-faktornya adalah seperti berikut:

1 )Pengambilan Ubat Terlarang 
Pengambilan ubatan terlarang akan menyebabkan suami mengalami impotensi dan ereksi yang lemah.

2) Pengambilan Stroid 
Seperti sedia kita maklum, kesan daripada pengambilan stroid dalam jangka masa amat merbahaya, salah satunya kesan terhadap kesuburan contohnya, mengambil suntikan untuk otot.

3)Alkohol /Minuman Keras 
Pengambilan alkohol yang berlebihan akan menyebabkan sperma akan menjadi lemah dan tidak berkualiti dan seterusnya tidak dapat hidup lama dan berenang mencari Sel telur isteri.

4)Senaman Yang Melampau 
Senaman yang melampau akan menyebabkan suhu tubuh meningkat terutama daerah skrotom, iaitu daerah sperma dibentuk. Lingkungan sperma harus suhu lebih rendah daripada badan.

5) Kekurangan Vitamin C  
Vitamin C amat penting bagi lelaki untuk sistem reproduksi lelaki.   Kekurangan vitamin c didalam makanan boleh sebabkan kemandulan!
Haa serius je bunyinya. Vitamin C ni sebenarnya membantu pergerakan sperma , salah satu syarat sperma yang bagus adalah pergerakan yang bagus untuk mencari sel telur isteri. jangan abaikan ye lepas ni. 

6)Merokok 
Merokok yang terlampau juga boleh menjejaskan kesihatan. Sebenarnya merokok boleh menjejaskan kesuburan  sperma lelaki.
Kenapa?
Merokok yang terlampau akan akan menyebabkan pembuluh darah  menyepit sehingga zat-zat yang membantu pembentukan sel sperma akan terjejas.

7)Pengambilan Nutrisi Makanan Yang Rendah 
Pengambilan makanan tidak seimbang dan tidak teratur juga penyumbang kepada masalah ini kerana ia menurunkan kualiti sperma.

8)Pekerjaan
Pekerjaan yang lingkungan merbahaya,seperti mengendalikan bahan-bahan kimia , sinar radioaktif , ini akan mengurangkan kualiti sperma. 

9)Jenis Seluar 
Jenis seluar yang terlampau ketat juga adalah faktor tidak elok , kerana bila pakai seluar yang terlampau ketat, suhu bahagian penghasilan sperma menjadi panas. suhu yang panas tidak elok untuk penghasilan sperma.

10)Ubat Antibiotik 
Jika terlampau banyak dan jangka masa lama pengambilan ubatan jenis ini untuk mengubati penyakit-penyakit tertentu, akan menurunkan kualiti sperma atau boleh menjadi mandul. jadi berbincanglah dengan doktor sebelum mengambil sebarang antibiotik.

Jadi apa yang perlu anda lakukan?

Jika ada perkara-perkara di atas pada diri anda, silalah ubahkan gaya kehidupan kepada lebih bagus untuk menjaga kualiti sperma anda supaya si isteri boleh hamil.

Sebaiknya berbincanglah dengan isteri untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Seelok-eloknya suami dan isteri perlu bersepakat untuk pergi berjumpa doktor dan menjalani ujian kesuburan supaya peluang untuk mendapatkan zuriat adalah cerah.
In Shaa Allah .

Untuk menghasilkan kualiti sperma yang baik, boleh juga mengamalkan vitamin sebagai makanan tambahan anda. Antaranya  VivixVitamin ECOQ Health Plus dan disamping boleh juga mengamalkan set kesihatan optimum seperti BComplex, Vitamin C dan Vitalea.

Vitamin E

 
📍Vitamin E juga dikenali sebagai Vitamin Cinta kerana ia membantu meningkatkan hormon seks samaada kepada kelaki mahupun perempuan.
📍Vitamin E amat penting untuk meningkatkan kesuburan untuk lelaki.
📍Kajian pada tahun 1924, mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif.
📍Kajian lain juga mendapati bahawa vitamin E mampu meningkatkan tahap kesihatan dan kualiti sperma. 📍Dalam satu kajian menunjukkan bahaea pergerakan sperma, peratus sperma hidup dan peratus daripada sperma normal, semuanya meningkat dengan penambahan vitamin E dan selenium.
📍Dalam masa yang sama, Vitamin E sangat bagus untymuk kesihatan jantung sekaligus meningkatkan tahap testisterone.

CoQ Health Plus


 📍CoQ10 amat penting untuk kesuburan lelaki kerana tahap kesuburan lelaki dipengaruhi oleh tenaga yang menurun akibat protein membentuk sebahagian besar sel-sel sperma.
📍Enzim CoQ10 dapat menghasilkan antioksidan yang tinggi dan baik untuk kesuburan Sperma. Sperma yang baik ialah sperma yang mempunyai tahap antioksidan yang tinggi.
📍CoQ10 juga dapat meningkatkan kualiti air mani dan sel sperma serta meningkatkan pergerakan sperma.
📍CoQ10 ini juga mengandungi vitamin E dan ekstrak teh hijau untuk mengukuhkan keupayaan antioksidan.

Vivix

 
📍Kaya dengan kandungan resveratrol dan polifenol yang mampu meningkatkan penghasilan sperma,memanjangkan jangka hayat sperma dan memberi tenaga pada sperma.


Untuk sebarang pertanyaan mengenai Set Kesuburan Lelaki bolehlah PM Kak Tun di talian berikut..

Pengedar Sah Shaklee
RABIATUL
012-5584478

COD: Bandar Country Homes, Rawang, Jalan TAR / KLCC dan Selayang.

Jumaat, 27 Jun 2014

COQ10 DAN ZINK COMPLEX : ATASI MASALAH SPERMA LEMAH DAN TIDAK BERKUALITI


Menurut Pakar Sakit Tuan, Dr. Ismail Thamby : Lelaki sihat menghasilkan 200 hingga 300 juta sperma berkualiti sehari atau secara purata 70,000 sperma seminit.

Proses pembiakan sperma untuk satu pusingan mengambil masa 90 hari.

Justeru, jika seseorang lelaki diberi ubat untuk merangsangkan pembiakan sperma, dia perlu memakan ubat itu sekurang-kurangnya 90 hari atau tiga bulan.

Pada masa ini, ujian air mani satu-satunya kaedah yang dapat menentukan sama ada seseorang lelaki itu ada menghasilkan sperma. Jika ada sperma, ini bermakna lelaki itu tidak mandul.

Masalah sperma sama ada kurang bilangan, kurang aktif atau kurang sperma berbentuk normal boleh berlaku pada bila-bila masa.

Ada lelaki yang satu ketika dulu mempunyai bilangan dan kualiti sperma cemerlang kemudian menghadapi masalah berkenaan.

Perlu diingatkan, masalah sperma boleh berlaku kepada lelaki yang sebelum ini dapat menghamilkan pasangannya tetapi kemudian mendapati dirinya gagal berikutan masalah sperma yang tercetus.

Sebilangan lelaki ada buah zakar kecil, sekali gus kilang spermanya tidak dapat menghasilkan sperma atau menghasilkan kurang sperma. Ada yang mengalami masalah hormon dan jika ubat penyubur diberikan, keadaan mereka akan pulih.

Usah berlengah mendapatkan rawatan kerana lagi cepat masalah dikesan, lebih mudah dan cepat kaedah untuk mengatasi masalah kesuburan 
itu dapat dijalankan.


ATASI SPERMA LEMAH DAN TIDAK BERKUALITI DENGAN COENZYME COQ10 


COENZYME CoQ10 adalah produk keluaran Shaklee yang terbukti dapat membantu untuk mengatasi masalah kesuburan lelaki. 

Satu kajian baru menunjukkan bahawa supplimen harian dengan COENZYME CoQ10  boleh membantu meningkatkan pergerakan sperma pada lelaki subur. 

COENZYME CoQ10  merupakan satu supplimen mengandungi antioksida yang boleh membantu lelaki yang mempunyai masalah sperma lemah dengan meningkatkan kualiti sperma bagi mendapatkan peluang mereka memperolehi cahayamata.

Satu kajian baru menunjukkan bahawa suplemen harian dengan COENZYME CoQ10  boleh membantu meningkatkan pergerakan sperma pada lelaki subur.

COENZYME CoQ10 MENINGKATKAN KESIHATAN SPERMA 

Penyelidik mengatakan COENZYME CoQ10  amat membantu dengan wujudnya Antioksida bagi melindungi telur dan sel sperma daripada mengalami kerosakan oksidatif yang boleh membawa kepada kematian sel sperma.

Kajian menunjukkan dengan pengambilan 200mg COENZYME CoQ10   dalam pengambilan supplimen kita seharian memberi kesan yang positif iaitu  dapat membantu para lelaki yang mempunyai kualiti sperma yang rendah kepada sperma yang subur.

Pada permulaan kajian, Para penyelidik mendapati lelaki yang mempunyai tahap kualiti sperma yang lebih rendah dalam cecair air mani mereka sebelum pengambilan COENZYME CoQ10 ; Selepas enam bulan daripada pengambilan suplimen COENZYME CoQ10  mengalami kesan lebih positif terhadap tindak balasnya. COENZYME CoQ10  menunjukkan kesan hubungan secara langsung dan peningkatan yang ketara dalam air mani dan sel sperma mereka.

Penyelidik dari Kanada yang mejalankan kajian pada tahun 2009, menunjukkan kumpulan lelaki yang diberikan suplimen COENZYME CoQ10  dapat menghasilkan telur yang lebih berkualiti serta mencatatkan kadar peratusan kehamilan yang lebih tinggi dan daripada kumpulan yang tidak menerima suplimen COENZYME CoQ10  .

Semakin kita berusia, kandungan COENZYME CoQ10 dalam tubuh kita makin berkekurangan sekaligus akan menjejaskan kesuburan kualiti sperma kita. Dengan pengambilan COENZYME CoQ10  SHAKLEE dapat membantu penghasilan kualiti sperma dengan membekalkan nutrien penting dalam tubuh kita bagi menghasilkan sperma yang berkualiti dan subur.




FUNGSI ZINK COMPLEX UNTUK HASILKAN SPERMA YANG BERKUALITI

Zink Complex merupakan antara mineral penting yang diperlukan oleh tubuh badan kita untuk aktiviti enzim dan sistem badan. Namun, terdapat beberapa khasiat Zink  yang menjadikan ia mineral penting bagi LELAKI.

1. MENINGKATKAN KESIHATAN SEKSUAL DAN TESTOSTERON LEVEL

Zink lebih dikenali sebagai ‘the ultimate sex mineral’ oleh majalah Men’s Health, zink mempengaruhi kesuburan, dan kesihatan seksual lelaki untuk jangkamasa panjang. Ia perlu untuk penghasilan sperma, kekurangan zink dalam tubuh boleh menyebabkan semen yang kurang pekat dan kekurangan level testosterone. Untuk setiap ejakulasi, 5mg zink dikeluarkan (separuh daripada keperluan harian badan). Oleh itu bagi yang ingin memulakan keluarga, zink merupakan  suplimen yang boleh membantu.

2. MENINGKATKAN MOTILITI SPERMA

Kandungan sperma yang cukup sahaja tidak memadai untuk persenyawaan. Sperma perlu cukup kuat untuk disenyawakan oleh ovum. Jadi, tambahan zink dalam diet sangat membantu meningkatkan kekuatan sperma anda.

3. MENGURANGKAN RISIKO KANSER PROSTATE

Zink penting untuk kesihatan prostat. Kajian menunjukkan sel prostat pesakit kanser mengandungi kurang zink berbanding sel prostat yang sihat. Kekurangan zink dalam tubuh juga menyebabkan pembesaran prostat dan mengakibatkan prostitis atau benign prostatic hyperplasia.
SUMBER : http://drzubaidi.com/blog/coq10-membantu-kualiti-sperma-lelaki/






COQ HEALTH PLUS= RM 124.00 (30 BIJI)
ZINK COMPLEX = RM 33.75 (120 BIJI)


TOTAL HARGA : RM 157.75


Jika anda berminat untuk mendapatkannya, boleh lah terus menghubungi Rabiatul - 012- 5584478(sms/whatsapp/wechat) . 


Pembayaran boleh diajukan pada akaun (MAYBANK) 162405147912 .
Setiap pesanan akan dibuat selepas pembayaran dilakukan. 
Sila berikan butir- butir seperti bukti transaksi, nama penuh, alamat, no telefon dan alamat email.


COD Area : BATU CAVES, RAWANG, ULU YAM, KLCC