Memaparkan catatan dengan label KHASIAT BIJI LABU UNTUK KESIHATAN YANG PERLU ANDA TAHU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KHASIAT BIJI LABU UNTUK KESIHATAN YANG PERLU ANDA TAHU. Papar semua catatan

Isnin, 13 Mac 2017

Khasiat Biji Labu Untuk Kesihatan Yang Perlu Anda Tahu

KELEBIHAN BIJI LABU🌸
Baru Kak Tun tahu biji labu ni banyak bebenor khasiat untuk kesihatan kita..
Selalunyalah kalau Kak Tun nak masak labu, bijinya mesti Kak Tun akan buang. Tak tahulah pula sebenarnya biji labu ni banyak sangat kelebihan yang tersembunyi didalam biji labu itu sendiri. Memang rugilah selama ni, bijinya kena buang je..


Sebenarnya, biji labu mengandungi banyak asid lemak yang bermanfaat untuk kesihatan manusia,seperti asid oleik dan asid alfa-linolenik.
ASID OLEIC diklasifikasikan sebagai asid mono-taktepu omega 9. Ia dapat menurunkan "kolestrol jahat" LDL dan meningkatkan tahap "kolestrol baik" HDL. Ia juga bertanggungjawab untuk menurunkan darah.
ALFA LINOLENIK ASID (ALA) adalah salah satu asid lemak yang diperlukan (perlu diambil dari pemakanan) dan menjadi salah satu dari komponen Omega 3.
Terdapat beberapa bukti menunjukkan penggunaan ALA terhadap kesan pencegahan terhadap penyakit kardiovaskular.
Biji labu juga kaya dengan mineral, dan tinggi antioksidan yang utama untuk melawan penyakit.
Biji labu memiliki kandungan banyak nutrisi utama seperti vitamin E, sekitar 35,10 mg, tocopherol per 100 g, vitamin B (thiamin, riboflavin, niasin, pantothenic acid, vitamin B-6 (pyridoxine) serta folate) dan vitamin K.
Selain itu, biji labu juga kaya mineral termasuk juga fosfor, magnesium, mangan, dan besi.
Wow!! rupanya banyak kandungan nutrisi yang terdapat pada biji labu ini yer dan semestinya sangat baik untuk kesihatan kita.
berikut beberapa KELEBIHAN biji labu kuning terhadap kesihatan kita:
🎃Biji labu tinggi dalam mineral penyembuhan jantung iaitu magnesium yang merupakan agen penenang semulajadi.
🎃Biji labu tinggi kandungan asid amino tryptophan yang ditukarkan kepada serotonin didalam tubuh badan dan ini dapat memastikan kita mempunyai tidur yang lebih lena.
🎃Biji labu mempunyai tahap protein yang tinggi yang mudah dihadam untuk membantu menstabilkan gula dalam darah apabila dimakan sebagai snek disepanjang hari.
🎃Biji labu juga tinggi kandungan Omega3. Kajian mendapati minyak biji labu dapat mengurangkan insiden 'benign prostatic hypertrophy (BPH), satu keadaan dimana kalenjar prostat menjadi besar.
🎃Biji labi juga mengandungi sebatian phytosterol dipercayai boleh merendahkan paras kolestrol. Biji labu mempunyai jumlah kedua tertinggi kandungan sterol selepas biji bunga matahari dan pistachios.
🎃Biji labu merupakan sumber yang baik dalam membina darah dan zat besi yang meningkatkan tenaga.
🎃Biji labu juga tinggi khasiatnya dalam zink. Menurut Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) mengakui biji labu merupakan sumber makanan yang paling baik untuk tingkatkan zink. Zink diperlukan oleh tubuh badan untuk menyokong manfaat beberapa ratusan enzim, untuk meningkatkan sistem kekebalan badan serta menolong menjaga sistem reproduksi iaitu sistem kesuburan kita.
🎃Melindungi kesihatan buah pinggang
🎃Mengurangkan rasa sakit
🎃Menangani masalah susah makan
🎃Untuk Kesihatan tulang
🎃Meningkatkan tenaga
🎃Mencegah Osteoporosis
🎃Meningkatkan kekebalan (imun) tubuh badan melawan radikal bebas (penyakit)
🎃Melindungi kesihatan kulit
Ha! Lepas ni kalau beli labu tu, janganlah kita buang pula bijinya ye.. Rugi tau! Banyak sangat kandungan vitamin dan seratnya..
Tapi kalau nak mudah, ambil aje NUTRIFERON yang sememangnya mempunyai biji labu didalam kandungannya.