Memaparkan catatan dengan label CYCST DAN FIBROID. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CYCST DAN FIBROID. Papar semua catatan

Selasa, 13 Mac 2018

Tips Kesuburan: 8 Sebab Kenapa Wanita Tidak Subur

Faktor kesuburan merupakan perkara yang paling ditakuti oleh wanita yang bergelar isteri. Bayangkan jika wanita yang sudah berkahwin tetapi belum lagi dikurniakan zuriat, perkataan pertama yang terkeluar daripada mulut masyarakat sekeliling adalah "eh awak mandul ye"..
"dia mandullah tu sebab tak boleh mengandung".. 

Apa perasaan anda jika di labelkan seperti itu? 
Malu..
Stress..
Semangat down..



Tahu tak ada beberapa masalah kesihatan yang tanpa disedari oleh kaum wanita yang boleh menjadi punca kenapa seseorang wanita itu susah untuk hamil.

Antara punca penyebab ketidaksuburan  seperti
OVULASI, SALURAN PERANAKAN dan RAHIM

Berikut adalah beberapa faktor yang menjadi punca kepada masalah ketidaksuburan dikalangan wanita:-

1.MASALAH PADA OVARI
Masalah dengan ovulasi antara sebab utama yang selalu dihadapi oleh kaum wanita. Dianggarkan 25% - 30% masalah pada ovari menjadi penyebab kepada kemandulan wanita.

Setiap bulan kitaran ovulasi yang normal semasa waktu reproduktif wanita, ovari wanita akan melepaskan telur atau ovum yang matang.
Bila terjadinya "Anovulation" iaitu suatu keadaan di mana ovari tidak dapat melepaskan telur yang matang setiap bulan. Jadinya jika tiada telur yang matang yang tersedia untuk sperma, maka seseorang wanita itu tidak boleh hamil dengan sendirinya.
Ada juga sesetengah kes anovulasi, ovari tidak mengeluarkan telur matang yang normal. (Sebenarnya telur matang ni ada saiz pengiraannya tau) . Ovulasi tidak akan terjadi jika telur tidak matang dan peluang untuk persenyawaan amatlah tipis sekali

2.HALANGAN DARIPADA TIUB FALLOPIO
Tiub fallopio merupakan organ dalaman wanita yang berfungsi menghubungkan antara ovari dan rahim, yang mana telur wanita akan melalui saluran sepanjang kira-kira 10cm. Tiub yang tidak berfungsi dengan baik atau tiub yang dihalang akan mengurangkan kemungkinan sperma untuk sampai ke telur, sehingga menyebabkan berlaku kegagalan persenyawaan. 

Selain itu jangkitan daripada alat kelamin boleh menyebabkan radang pada tiub fallopio dan ini akan menyebabkan kerosakan pada tiub. Antara faktor lain yang menyebabksm kerosakan pada tiub fallopio seperti pernah mengalami kehamilan ektopik atau kehamilan luar rahim, kehadiran parut yang disebabkan oleh pembedahan dan pertumbuhan spontan sel-sel lapisan rahim di luar rahim yang dikenali sebagai endometriosis.

3. POLYCYSTIC OVARIAN SINDROM  (Pcos)
Masalah PCOS juga begitu popular dan kerap terjadi dikalangan wanita moden diera ini. PCOS ini terjadi akibat ketidakseimbangan hormon di dalam badan dimana kilang telur pesakit menghadapi tahap hormon lelaki yang tinggi dan boleh menggangu ovulasi. Ini boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur dan darah haid yang berlebihan.

Dalam kes yang lebih teruk, wanita yang mempunyai PCOS mungkin mempunyai kesukaran mengawal berat badan dan pertumbuhan jerawat dan rambut atau bulu di badan yang berlebihan. 

PCOS ini jika tidak dirawat boleh menyebabkan kemandulan.

4. ENDOMETRIOSIS
Endometriosis terjadi apabila sel-sel yang biasanya tumbuh di rongga rahim berkembang  di kawasan-kawasan di luar rahim, terutamanya dalam ovari, tiub fallopio dan rongga pelvis. Ini akan membawa kepada keradangan yang boleh menyebabkan kemandulan akibat daripada kerosakan yang berlebihan dan parut ke ovari dan juga halangan tiub yang boleh merosakkan saluran peranakan dan juga kilang telur.

5. RAHIM TIDAK NORMAL
Sperma mungkin gagal mencapai telur jika parut yang disebabkan oleh pembedahan, kesumbatan atau keradangan, menghalang sperma memasuki melalui servik. 

Ini termasuk dengan kehadiran FIBROID yang melibatkan lapisan dalam rahim serta polip boleh menjadi punca kepada masalah ketidaksuburan yang berterusan atau mengalami keguguran.

6. KECACATAN SISTEM PEMBIAKAN
Dalam kes yang jarang berlaku, kesukaran kehamilan yang disebabkan oleh masalah kongenital dengan sistem pembiakan boleh menjejaskan bentuk dan saiz rahim, tiub fallopio, vagina dan gabungan semuanya.

7. FAKTOR UMUR
Faktor umur juga merupakan salaj satu punca ketidaksuburan bagi wanita. Peluang untuk hamil semakin tipis dan rendah jika semakin lewat umur kita.

8. GANGGUAN SISTEM IMUNISASI
Mempunyai tahap sistem imunisasi yang rendah juga merupakan salah satu faktor yang boleh mengakibatkan ketidaksuburan. 


Kekurangan nutrisi dalam tubuh badan kita menyebabkan sistem imun badan kita terganggu. Bila sistem imun badan menghadapi masalah, ia boleh mengganggap telur atau sperma sebagai "benda asing" dan akan menyerang telur atau sperma tersebut yang dianggap sebagai "penceroboh".

Sebaiknya, jika kita merasakan sesuatu yang kurang dalam diri kita,
jangan malu dan segan untuk kita pergi berjumpa dengan pakar perbidanan untuk mengetahui masalah sebenar yang bakal kita hadapi. Jangan kita biarkan masalah yang kita alami ini begitu saja..
Jika anda sayangkan diri sendiri laburkanlah sedikit wang untuk berjumpa dengan pakar perbidanan.

Setiap penyakit ada ubat dan rawatannya.. Mencegah lebih baik daripada mengubati.

Rabiatul
Founder Anggun Legacy

Jumaat, 17 Februari 2017

Ketahui Kelebihan VIVIX SHAKLEE

KELEBIHAN VIVIX YANG PERLU ANDA TAHU

Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. 

Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

FUNGSI VIVIX
📍Memperbaiki DNA
Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.

📍Memperbaiki tenaga sel.
 Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

📍Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi.




KANDUNGAN DI DALAM VIVIX
RESVERATROL adalah kandungan utama VIVIX daripada muscadine grape dan buah lain. VIVIX mempunyai 10 kali ganda resveratrol.

❤Tinggi Resveratrol menjadikan vivix mempunyai nilai antioksida dan antikanser yang tinggi
 
Patents-pending. Hanya shaklee sahaja yang tahu bagaimana cara shaklee ekstrak dan hasilkan vivix

RESEARCH DONE- Selama 20 tahun shaklee menjalankan kajian untuk menghasilkan vivix

❤Dihasilkan secara cool extraction bermakna, nutrient dalam buah tidak musnah dan hilang.

❤Dihasilkan dari muscadine grape yang ditanam khas petani yang terbesar dan terbaik dunia 

❤Sebiji anggur muscadine boleh mencecah ratusan ringgit. Bayangkan berapa bilangan muscadine grape yang diperlukan untuk sebotol vivix?? Maka Vivix tersangatlah EKSKLUSIF

❤Sebotol vivix adalah pure ekstrak buah yang tidak perlukan apa2 bahan pengawet ,air dan alcohol.. Yang jika disimpan didalam freezer tidak akan beku,jika diletak diluar tidak  akan meruap.






Shaklee Distributors & Business  Leader
RABIATUL
012-5584478

PENGEDAR SHAKLEE RAWANG
PENGEDAR SHAKLEE JALAN TAR / KLCC
PENGEDAR SHAKLEE SELAYANG

Khamis, 29 Mei 2014

FAKTA TENTANG FIBROID YANG PERLU KITA TAHU

APA ITU FIBROID?

Fibroid adalah salah satu jenis penyakit yang berkaitan dengan rahim. Kebiasaannya, fibroid terjadi kepada wanita yang berusia sekitar 30-an hingga 40-an, iaitu dalam lingkungan usia subur (peringkat reproduktif) dan akan kembali mengecut (mengecil) apabila seseorang wanita itu sudah mengalami menopaus atau putus haid.

Fibroids adalah sejenis tumbuhan daging yang berasal dari otot rahim (myometrium) dan ia merupakan tumbuhan yang paling sering melanda wanita dan ia bukan kanser. Ramai wanita yang ada fibroid dalam rahimnya tanpa disedari, ia tidak menimbulkan apa2 simptom atau gejala. Bila meningkat umor empat puluhan , 30% wanita ada tumbuhan fibroids.



FAKTA MENGENAI FIBROID

- Mengikut kajian, ketumbuhan fibroid dialami oleh 40% kaum wanita tetapi cuma 20% dari golongan ini yang betul betul memerlukan rawatan.

- Sekiranya ada ahli keluarga terdekat anda mengidap fibroid, risiko anda untuk mendapat fibroid adalah 3 kali ganda lebih tinggi.

- Tumbesaran fibroid bergantung sepenuhnya kepada hormon estrogen yang dirembeskan dengan banyak selepas puberti. Jadi ia tidak pernah tidak pernah dikesan pada kanak kanak dan saiz fibroid mengecut selepas menopos disebabkan kekurangan estrogen.

- Fibroid membesar semasa hamil disebabkan rembesan hormon estrogen yang tinggi yang dikeluarkan oleh uri. Walaubagaimanapun ia bukan alasan untuk pembedahan cesarean.

- Kebanyakan dari wanita berfibroid masih boleh bersalin secara normal.

- Gejala yang kerap dikaitkan dengan fibroid adalah aliran haid yang banyak dan sengugut.

- Anemia adalah salah satu komplikasi serius fibroid.

- 80% wanita yang mengidap fibroid tidak mempunyai sebarang gejala. Diagnosa selalunya dibuat secara tidak sengaja.

- Keterukkan gejala fibroid tidak berkait secara langsung dengan saiz atau bilangan fibroid tetapi tempat pada rahim dimana ia tumbuh.

- Fibroid adalah di antara sebab utama Histerektomi iaitu pembedahan buang rahim.

- Diagnosa fibroid dengan senang boleh dibuat dengan mengunakan mesin ultrasound.


RAWATAN FIBROID

Rawatan fibroid bergantung kepada saiz dan kedudukan fibroid itu.

- Rawatan hormon; terapi hormon sangat berguna kepada wanita yang hampir menopaus dan bercadang untuk mengelak pembedahan. Bagaimanapun terapi ini tidak banyak memberi manfaat kepada wanita yang bercadang untuk hamil.

- Reseksi histeroskopi; lazimnya dilakukan ke atas fibroid submukus asalkan fibroid itu berukuran kurang daripada l0 sentimeter garis pusat. Beberapa proses dilakukan sebelum pembedahan dapat dilakukan.

Pembedahan membuang fibroid ini menggunakan sejenis alat berupa wayar khas bersama histeroskop yang dimasukkan ke dalam uterus melalui serviks/pangkal rahim.

- Pembedahan laparoskopi atau miomektomi laparoskopi pula adalah pembedahan bagi mengeluarkan fibroid.

Intramural dan subserous boleh dikeluarkan melalui pembedahan ini melalui dua insisi/pemotongan 10 milimeter panjang, satu di bahagian pusat dan satu lagi di garisan abdomen.

Hanya segelintir sahaja pakar yang mengambil pilihan ini kerana ia mengambil masa yang lama dan cukup mencabar.

- Miomektomi terbuka, pembedahan konvensional yang dilakukan melalui insisi di bahagian bawah, memanjang atau menegak di bahagian garisan bikini (antara ari-ari dan abdomen). Otot-otot uterus dibedah dan fibroid dikeluarkan.

Doktor biasanya akan mengesyorkan wanita yang hamil selepas pembedahan ini untuk menjalani pembedahan Caesarean apabila sampai masanya untuk bersalin.

- Histerektomi bergantung kepada usia, bilangan anak, masalah kesihatan wanita serta lain-lain faktor.

Wanita yang menjalani histerektomi tidak akan mempunyai haid lagi kerana rahimnya sudah dikeluarkan sekali bersama fibroid.


---------------------------------------------------------------------------------------------

MERAWAT FIBROID DENGAN SHAKLEE


FUNGSI GLA:

GLA Shaklee bertindak untuk memperbetulkan hormon yang tidak seimbang. Hormon Estrogen dan Progesteron akan diseimbangkan supaya tiada yang lebih antaranya.

Fibroid dirangsang oleh hormon estrogen. Kandungan hormon estrogen yang berlebihan menggalakkan tumbuhan fibroid. Biasanya ada perimbangan antara 2 jenis hormon dalam tubuh wanita. Estrogen sentiasa dikeluarkan oleh kilang ovary, manakala progesteron dikeluarkan jika berlaku ovulation atau penetasan telur yg berlaku pada hari 13-14-15-16 dalam pusingan haid.

Jika tiada ovulation, maka kandungan progesterone tidak meningkat dan ini menggalakkan tindakan estrogen tanpa kaunter tindakan progesterone. Kesannya banyak yang tak baik , berbagai jenis tumbuhan dirahim dan dalam payaudara akan berlaku, dan diantaranya fibroid dan kanser. GLA Complex Shaklee membantu menstabilkan hormon dalam badan anda sekali gus mencegah fibroid & kanser.

VITAMIN ACE

Vitamin ACE ini terdiri daripada Carotomax yang mengandungi vitamin A, Vitamin C dan Vitamin E. Ketiga-tiga vitamin ini berfungsi sebagai rangkaian ANTI-OKSIDAN yang penting untuk membunuh hormon Xenoestrogen. Vitamin ACE penting untuk mengelakkan fibroid dan cycst membesar kembali.


KALAU GLA SAJA BOLEH TAK UNTUK MERAWAT CYCST / FIBROID?

Boleh juga kalau mahu mencuba tetapi kebarangkalian fibroid dan cycst untuk kembali membesar adalah tinggi. 


KENAPA? Ini kerana GLA Shaklee hanya bertindak sebagai menstabilkan kembali ketidakseimbangan hormon dalam badan kita.

KENAPA PERLU AMBIL VITAMIN ACE?

Digalakkan mengambil sekali dengan Vitamin ACE ini kerana ACE dapat menghapuskan hormon Xenoestrogen yang menyebabkan fibroid dan cycst bertandang kembali..


-------------------------------------------------------------------------------------------------

Rabiatul Adwiyah Razali
Pengedar Shaklee Sah
SMS/Call/Whatapps : 012 - 5584478
Email : atulrazali@yahoo.com
COD : Bandar Country Home Rawang,Bandar Tasik Puteri, Batu Caves,KLCC DAN Ulu yam


-UNTUK DAPATKAN KONSULTASI PERCUMA-

Khamis, 26 Disember 2013

CYCST DAN FIBROID


KECUTKAN KEWUJUDAN CYST DAN FIBROID DENGAN SHAKLEE

Assalamualaikum 

Enrty kali ini saya nak Kongsikan bersama teman- teman yang pernah diserang Cyst & Fibroid. Apa yang saya belajar tentang cyst ni ialah ianya adalah salah satu ketumbuhan abnormal sel dalam badan yang disebabkan oleh faktor radikal bebas. Sama juga dengan fibroid. Ia boleh tumbuh semula jika radikal bebas tidak dikawal baik oleh antioksidan. Sejak akhir2 ni kerap kali saya mendengar penyakit ini dihidapi oleh rakan2 dan saudara mara. Walaupun selepas/telah menjalani rawatan/operation membuang ketumbuhan, ianya boleh recurrent jika antioksidan dalam badan kita tidak mencukupi.

APAKAH CYST? 
Cyst adalah ketumbuhan biasa bukan kanser yang paling kerap dijumpai di dalam uterus. Kebanyakan kes-kes lambat berkembang dan tidak menyebabkan apa-apa gejala dan hanya peratusan kecil kes-kes yang memerlukan rawatan perubatan. Ia dikategorikan mengikut di mana mereka membesar dalam rahim. Beberapa kajian menunjukkan bahawa sehingga 75% wanita akan mengalami cyst di sepanjang hayat mereka.

Cyst mengandungi udara, cecair, atau bahan separa pepejal, manakala fibroid adalah terdiri daripada bahan berserat, yang menjadikan mereka tumor. Akibatnya, mereka juga dirujuk sebagai "ketumbuhan fibroid," "fibrolids," "myomas," atau hanya "fibroid." Pelbagai saiz daripada kira-kira 0,04 inci (1 mm) kepada kira-kira 8 inci (20 cm) atau lebih.

APAKAH PUNCA FIBROID?

Punca fibroid belum ditentukan, tetapi ada kaitan dengan pengeluaran estrogen dalam badan wanita. Tumor ini hanya seolah-olah terhasil semasa tahun-tahun reproduktif, dan yang sedia ada fibroid mungkin mula mengecut selepas putus haid. Ia boleh jadi tumbuh dengan cepat semasa mengandung apabila pengeluaran estrogen dan aliran darah kepada kenaikan rahim, tetapi biasanya tidak menyebabkan komplikasi.

Gejala-gejala
Kebanyakan wanita yang mempunyai ketumbuhan fibroid tidak mempunyai gejala sama sekali. Antara gejala yang biasa dialami termasuk kesakitan, pendarahan yang berlebihan semasa kitaran haid, sembelit atau perut kembung, dan perubahan dari segi kekerapan kencing.


Jenis-jenis cyst fibroid ditentukan oleh di mana fibroid tumbuh dalam rahim:

Fibroid 1.
Intramural, yang tumbuh di dinding rahim, jenis yang paling biasa. Mereka boleh menyebabkan rahim bengkak, dan kadang-kadang menonjol sama ada ke dalam atau di luar rahim. 

Fibroid 2
Submucosal, juga dikenali sebagai fibroid submucous, biasanya yang paling mungkin menyebabkan gejala-gejala yang ketara. Fibroid ini adalah dijumpai dalam lapisan uterus dan boleh melanjutkan di dalam rahim sendiri. Hasilnya, submucosal fibroid boleh menyebabkan pendarahan semasa haid.

Fibroid 3
Subserosal, juga dipanggil fibroid subserous tumbuh di luar rahim. Fibroid ini sering menyebabkan gejala-gejala yang paling sedikit, tetapi boleh berkembang menjadi sangat besar. Sesetengah fibroid subserosal menjadi begitu besar sehingga seorang wanita boleh kelihatan seperti mengandung enam bulan.

CADANGAN VITAMIN



Dalam satu kajian, dipercayai pengamalan herba dan makanan tambahan juga dapat mengecutkan kewujudan cyst dan fibroid ini. ambil 1,000 hingga 2,000 miligram Vitamin C, 150,000 IU beta karotena, 400 mikrogram selenium, dan 30 miligram zink setiap hari sehingga cyst fibroid hilang.

Selain produk ini ada lagi produk-produk menarik yang patut anda cuba seperti set Penyusuan, Set Kehamilan, Pakej untuk kaum adam, kaum hawa, kanak-kanak, warga tua dan yang lebih menarik saya menawarkan konsultasi percuma serta penghantaran yang tidak membebankan anda. Jika anda perlukan panduan pemakanan dan konsultasi, boleh hubungi saya ok :)