Memaparkan catatan dengan label KENCING KOTOR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KENCING KOTOR. Papar semua catatan

Jumaat, 10 Januari 2014

Jangkitan Saluran Kencing atau Kencing Kotor ketika hamil


Boleh dikatakan 60% wanita selepas period mengalami jangkitan kuman pada saluran kencing. Atau dikenali sebagai urinary track infection (UTI).




Salah satu terjadinya penyakit ini adalah disebabkan oleh penjagaan kebersihan yang kurang di kawasan sulit. Punca sebenarnya ialah kuman yang berasal dari kulit dubur faraj atau lubang dubur. Kuman tersebut akan bergerak menuju ke pundi kencing, ia membiak dan terus ke buah pinggang.

Wanita hamil mudah mendapat kencing kotor kerana selain ureter yang pendek perubahan hormon juga akan mempengaruhi.Sewaktu hamil otot saluran kencing sangat lemah dan menyebabkan ianya merenggang dan melambatkan pengaliran air kencing.

Dalam waktu yang sama rahim semakin membesar dan ianya membuatkan air kencing tak keluar dengan sempurna atau sepenuhnya. Air kencing yang tak dapat dikeluarkan mengandungi kuman dan kuman tu akan membiak.

Bagaimana nak tahu kita alami penyakit ini?
Kita akan rasa sukar, sakit dan pedih untuk buang air kecil.

Bagaimana untuk atasi?

~ Perbanyakkan minum air suam kosong.
~ Elakkan dari menahan ingin kencing

Dan anda mungkin memerlukan antibiotik semulajadi untuk membantu merawat penyakit ini.




CREDIT : http://wannuraterapi.wordpress.com/