Selasa, 23 September 2014

Hari ke 3:Tempat Makan Best Aroma Ikan Bakar

Lama dah dengar pasal Aroma Ikan bakar, Jeram, Selangor..Akhirnya sampai juga disini. Alhamdulillah,memandangkan ada famili yang nak membuat berhajat..semua terus jadi dan bergerak dengan famili..semua berkumpul kat  kawasan rawat dan rehat di kundang menggunakan lebuhraya Latar..keluar tol Ijok je semua terus arah menggunakan waze..habis ceruk kampung kami lalu sebab kalau ikut waze dia akan gunakan jalan pintas..

Dalam hampir sejam drive sampai ke destinasi yang dituju.. Kami sampai disana hampir pukul 6 petang, orang memang dah ramai..ape lagi kami round semua tempat duduk yang sesuai dan mempunyai pemandangan yang menarik .kat sini meja terdapat 3 kategori samada yang percuma atau dikenakan bayaran kalau duduk di dalam bamboo..perut pun dah lapar dek kerana perjalanan yang lama..next kami pergi tengok jenis seafood yang ada..memang terbaik dan banyak pilihan makanan laut..

Dah habis memilih, kami semua sambung berselfi..sedar2 makan dah sampai..cepat juga servisnya..
Selesai posing semua dah bersedia memulakan acara makan-makan seafood..Antara lauk yang ditempah adalah sup ayam untuk anak-anak, pari bakar, siakap masak stim, kerapu dan jenahak masak masam manis, pepahat masak pedas dan kerabu mangga..banyak juga..Bolehkah habis semua??

Rasa memang boleh tahan..habis makan semua bersandar di pondok bamboo..memang terbaik dan kalau ada rezeki boleh datang lagi..Jangan lupa cuba..


Sampai dah..tersergam papan tanda kedai..
 Papan tanda pun menarik..Jangan salah kedai..
 
Kalau nak pemandangan yang cantik dan romantik kena duduk di kawasan bamboo tetapi kena modal caj ye..Harga seperti di gambar.


Dua jejaka comel sedang berposing di bawah sinaran matahari
Selfie dulu di tepi pantai
 

Banyak pilihan seafood seperti ikan kembung, siakap, jenahak, terubuk, kerapu, senangin,pari, pepahat, sotong, udang, lala, pepahat, mengikut harga semasa dan dimasak mengikut selera kita..
Pemandangan matahari terbenam yang mendamaikan
Ahli keluarga yang turut serta..
Semua hidangan yang telah siap..pergh sungguh menggiurkan..
Habis licin..gambar tauke yang sudi belanja..
Terima kasih kepada adik dan famili yang sudi belanja..Moga terus sukses dan dimurahkan rezeki

Gambar Selfi bersama keluarga..

Isnin, 22 September 2014

Hari ke5: Apa Yang Ada Beg Saya

Mesti orang akan ingat kalau perempuan je mesti macam-macam benda yang ada dalam beg yang di bawa hari-hari. Tapi tak semua perempuan macam tu.
Saya kalau pergi kerja, takdernye nak bawa banyak barang sebab naik motor ngan hubby. So kalau boleh sesimple yang boleh, coz saiz beg pun xderlah besar cukup-cukup boleh kepit kat bahu.

Malulah pula nak dedahkan apa yang ada dalam beg ni. haha!!!

Sebelum tu nak bagitahu Handbag tu dapat hadiah dari US.. Terima kasih banyak2 buat adik teman qusyairi and ainul.. Macam tahu je saya memerlukan beg yang simple dan tidak terlalu besar..Oklah ni Senarai barang mengikut kepentingannya adalah:

1) semestinya wallet, tak boleh tinggal kena bawa sentiasa..

2) handphone. Yang ni pun sama penting kena bawa kehulu dan kehilir.

3) minyak angin cap kapak, wajib ada dalam beg sentiasa.Memang diperlukan bila tiba-tiba terkena serangan sakit kepala or period pain.

4) kunci rumah.Ini pun sama memang kena bawa je kemana nak pergi.Pernah sekali tu tertinggal haru biru dibuatnya terpaksalah duduk kt depan rumah sehingga mr hubby balik.

5) kad pekerja- Hari bekerja memang kena bawalah kalau tak xboleh masuk ofislah gamaknya.

6) nota peribadi-Tak derlah peribadi sangat, yang penting ada no contact yang perlu dicontact kalau terjadi apa-apa pada saya.

7) tissue,cermin dan lipstik- Wajib ada je dalam beg untuk kegunaan waktu emergency ke..hehe!! Lipstik ni selalunya standby kalau tiba-tiba ada meeting ngan big boss je, supaya bos nampak kita sentiasa ceria je.haha

8) pen-mesti kena ada dalam beg sebab kadang-kadang kita memerlukan untuk mencatit maklumat yang urgent ke..

9) buku asmaul husna-buku zikir harian ni saya akan guna bila ada masa terluang or bila hati tak rasa tenang..banyak membantu untuk saya disaat-saat genting.

10) power bank-perlu bawa selalu if ada meeting di luar ofis adalah juga penyelamat nyawa hphone kita.

11) earphone- sejak naik moto ni memang bawa je setiap hari.Mana taknya 40 minit duduk atas motor tu boleh mendatangkan mrngantul, so ada earphone boleh dengar radio kesukaan saya ikimfm.

Wow!!! 11 item jugalah yang wajib ada dalam beg saya. Ada lagi ke yang tertinggal?Hrmm rasanya cukuplah kot itu je barang dibawa hari-hari.

Ha! anda pula bagaimana??

Sabtu, 20 September 2014

Hari Ke2: Resepi Bagaimana Mendidik Anak Soleh

Disini saya nak berkongsi pengalaman saya dalam mendidik dan mengamalkan   10 resepi Anak Soleh dari Prof. Dr.Muhaya.

1.) Kirimkan/ Sedekahkan Al fatihah bila tiba-tiba teringatkan anak.

tips ni memang selalu saya amalkan setiap solat 5 waktu. Kepada ibu dan ayah semasa membaca surahAlFatihah, sampai ke ayat ke5 "Iyyakanakbudu Waiyyakanastain" yang bermaksud "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMu pohon pertolongan..." time ni korang berdoalah seketika, mintalah apa-apa hajat yang berhubung kait dengan anak kita..selepas tu teruskan bacaan sampai abis surah AlFatihah. Teruskan berdoa pada Allah semoga kita dikurniakan anak yg soleh, diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanfaat, dan selebihnya kita mestilah bergantung harap dan serahkan segala urusan anak kita kepada Allah SWT untuk menjaganya.amin..

2.)  Pandang Wajah Anak Semasa Tidur

Rasanya tips ni ramai ibu yang dah pernah lakukan pada anak.Seeloknya ketika anak tidur inilah waktu yang sesuai untuk kita pandang wajahnya sambil kita ucapkan apa yang kita harapkan pada anak kita.
Ayat yang selalu saya cakap dan ulang sentiasa pada anak saya " ibu harap haziq boleh jadi anak yang soleh, dengar cakap ibu ayah cikgu, jadi anak yang rajin solat, mengaji,baca buku, jadi anak yang pandai dan baik akhlaknya.
Sebenarnya semasa anak tidur bila kita berkata sesuatu dengannya rohnya akan mendengar apa yang kita cakapkan. Apa yang kita tuturkan adalah DOA dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

3.) Lakukan Solat Hajat Disisinya

Kalau kita yang jenis rajin bangun solat malam, sebaik-baiknya solatlah disisi anak kita. Maksudnya kita solat dalam bilik anak dan dekat dengannya. Dengan cara sebegini secara tersirat kita beritahu padanya yang kita sering berdoa untuk kesejahteraan dirinya. Dengan cara sebegini akan mengukuhkan lagi kasih sayang kita padanya.Inshaallah anak kita akan tahu yang kita sentiasa melakukan yang terbaik untuk dirinya.

4.) Minta Dikasihani

Sentiasa ucapkan bahawa kita ni bila-bila masa je Allah akan ambil nyawa kita. Saya selalu pesan pada anak saya "ibu nak haziq jadi anak yang soleh supaya dapat kita boleh masuk syurga dan jumpa Allah bersama".

5.) Peluklah Anak Selalu

Bab ni memang saya buat selalu...Saya amalkan waktu kejutkan anak bangun tidur, semasa hantar pergi tadika, semasa ambil dari tadika, semasa anak saya merajuk, menangis, dalam keadaan marah dam srmada nak tidur..pendek kata memang setiap masa lah..Tapi percayalah kalau anda amalkan masa dia tengah marah pujuk dan peluk, inshaallah hatinta tak akan keras..Saya dah amalkan sejak anak saya berumur setahun lagi..Memang ada kesannya.

6.) Sentiasa Meminta Maaf

Sentiasalah kita merendahkan ego kita untuk meminta maaf pada anak kita..Maafkan perbuatannya setiap masa walaupun kadang- kadang kita rasa geram sangat. Muhasabah diri kita, saya percaya apa yang dia buat hanyalah untuk dapatkan perhatian kita.Yerlah dah seharian dia tak berjumpa kita of courselah bila nampak kita dia nak perhatian kita pula.
Sebenarnya perbuatan memaafkan akan melembutkan hati anak kita dan dia akan mudah mendengar kata kita.inshaallah.

7.) Jaga Tutur Kata
Ha! bab ni memang penting dan perlu ambil berat.Sebagai ibu dan ayah kita perlu menjaga tutur kata kita, JANGAN sesekali kita ucapkan perkataan yang tidak elok dan melukakan hati anak. Memang kadang-kadang kita ada juga terlepas cakap tapi cepat- cepat kita beristighfar dan minta maaf dengan segera dengan anak kita.Alhamdulillah bila saya dah amalkan pada anak saya, bila saya terkuat volume suara haziq dengan cepat suruh saya minta maaf sebab dia kata nanti Allah tak sayang ibu..huhu.
Kalau kita tak nak anak kita ucapkan perkara yang tak elok mulai dari dia kecil kita kena kawal perkataan yang keluar dari mulut kita.

8.) Selalu Amalkan / Membaca Ayat 40 Surah Ibrahim

Ayat 40 surah Ibrahim ni memang saya selalu amalkan setiap kali lepas solat maghrib. Surah ni memohon supaya kita, anak dan zuriat keturunan kita termasuk dal golongan yang tetap mendirikan solat.

[Wahai Tuhanku!Jadikanlah Daku Orang Yang Mendirikan Solat dan Demikianlah juga Zuriat Keturunanku. Wahai Tuhan Kami Perkenankanlah Doa Permohonanku ] amin.

9.) Selalu Ingatkan Anak Supaya Menjadi Anak Yang Soleh.

Bukan senang nak mendidik anak untuk menjadi anak yang soleh, taat pada perintah Allah SWT. Tapi kita sebagai ibu bapa kena terapkan mengenai keagungan Allah, kenapa perlu menjadi anak soleh sejak dari kecil lagi. Ini kerana minda dan fikiran mereka mudah menerima apa yang kita ajarkan..bak kata pepatah meluntur buluh biarlah dari rebungnya.Waallahualam.

10.). Berzikir Ketika Menyediakan Makanan

Tak kiralah ketika basuh beras ke, sayur ke, kita berzikir dan niatkan " Ya Allah Lembutkanlah Hati Anak-Anakku..kalau boleh sebut nama anak kita..... Untuk Faham Agamanya", Sebagaimana Engkau Lembutkan Beras Menjadi Nasi"...

Kenapa kita perlu dia faham agama? kerana anak kita yang tak faham agama boleh membaw kita ke neraka.

Seeloknya basuh beras mrngikut arah lawan jam ( seperti orang bertawaf) sambil selawat kepada Nabi Muhammad SAW .

Semoga bermanfaat bagi kita semua..amin

Jumaat, 19 September 2014

Hari Ke4: Tips Kemas Rumah

Hari ni saya nak bercerita pasal cara mudah kemas rumah. Saya ni sebenarnya seorang yang mementingkan kekemasan dan kebersihan. Pantang ada sampah sikit dah mulalah aktiviti saya tak kiralah kalau tengah malam ke,nak keluar pegi keje ke, tak kisah waktunya asalkan nampak tak berkenan kat mata je mesti kemas. Kata orang tua rumah kita ni melambangkan cara hidup kita..hrmm entahlah betul ke tidak..

Rasanya tabiat saya ni sedikit sebanyak dari abah saya.Abah saya ni kalau mengemas dah tak pandang kiri kanan semuanya dia buang. So saya dan adik-adik yhang lain akan pastikan kami ni kena kemas dulu almari buku kami sebelum abah buat spotcheck.Kalau tak, nayalah kami mana yg tak berkenan kat mata abah akan 'selamat' masuk dalam tong sampah.Tak der harapanlah lepas tu nak dapatkan balik barang yang kita perlukan tu..huhu

TIPS KEMAS RUMAH YANG BERKESAN

1. SEDEKAH / JUAL BARANG YANG TIDAK PERLU
Cara saya mudah je, bagi barang-barang yang rasanya tak guna lagi saya akan simpan elok-elok dalam kotak pastu terus sedekah pada yang memerlukan.

2. SEDIAKAN BOX BERPENUTUP
Saya akan beli box besar yang ada penutup untuk saya simpankan barang yang saya rasa boleh digunakan lagi di kemudian hari.Tak kiralah baju ke, barang peribadi ke,pinggan mangkuk ke yang penting barang-barang ni tak nampak bila dilihat orang.Lepas tu saya akan susun elok-elom di tepi sudut dalam bilik.so senang nak cari nanti. Ha! barang permainan dan bahan bacaan anak saya pun saya letak dalam box juga, jadi tak derlah bersepah merata-rata.

3. SEDIAKAN PENYANGKUT PAKAIAN
Ini khas untuk seluar sebenarnya.Al-maklumlah hubby saya ni suka benar tukar seluar expecially jeans, pastu tak bagi saya basuh selalu. Katanya nanti reputlah jeans dia.Selalunya cukup je seminggu saya akan kaut semua masuk dalam mesin ler.haha. Selalunya penyangkut ni saya akan letak belakang pintu so orang tak derlah nampak sangat selain untuk elak daripada sangkut di tingkap or di tempat yang tak sepatutnyalah. Almaklumlah tabiat lelaki ni ikut suka dia je nak letak mana.(tapi tak semua lelaki macam tu)

4.STORAGE BAG
Storage bag ni saya beli di cosway. Storage bag ni ada pelbagai jenis saiz dan corak,dan harganya pun berpatutan,memang berbaloi kalau nak simpan toto, comforter,  bantal, selimut...Bukan apa kalau simpan dalam beg ni tak derlah cepat berhabuk..Kat rumah saya, barang-barang seperti yang saya sebutkan ni memang banyak.Senang kalau family datang berkumpul dah ada semua.Tapi kalau nak jimat guna plastik sampah paling besar dan tebal. Kaedah ini pun saya guna juga untuk simpan carpet,bantal dan balut car seat anak saya.So jika nak susun tu tak derlah nampak berselerak sangat dan yang paling penting barang kita terselamat dari terkena habuk.

5.) KABINET/RAK BERPENUTUP
Ini bukan kabinet yang besar-besar tu, kabinet biasa yang boleh di dapati di giant, tesco, jusco... alah yang murah-murah je.Kat rumah saya kabinet ni sebenarnya dari zaman saya bujang lagi, sayang nak buang sebab masih ok lagi keadaannya.So saya gunakan untuk simpan stok barang-barang keperluan harian saya kat dalamnya.Bukan apa bila berpenutup ni orang yang datang rumah kita tak derlah nampak segala-segala khazanah yang tak best dipandang di tempat yang tidak sepatutnya.Lagi satu untuk mengelak dari anak saya main semua stok ni.

6.) BAKUL BESAR.
Kat rumah saya memang wajib ada bakul yang paling besar .Bakul ni saya gunakan untuk letak pakaian kotor, pakaian bersih, periuk belanga, mainan anak dan keperluan yang lain. contohnya bakul pakaian bersih je ada dua satu untuk saya dan suami, satu lagi khas untuk anak saya..kalau seminggu baju tak berlipat tak derlah berlonggok kainnya..

Sebenarnya banyak lagi tips kemas rumah yang mudah untuk kita praktiskan.. Macam saya almari lama dan rak yang tak digunakan lagi saya sayang nak buang tapi sebaliknya saya ubah menjadi tempat simpan barang agar ia kelihatan teratur..

Faktor kekemasan itu penting terutama sekali rumah kita. sesibuk mana pun kita rumah wajib kemas.. Lagipun tahap kesihatan abak kita turut terjamin kerana tidak terddah dengan kuman dan virus yang ada dalam rumah kita akibat daripada sikap kita sendiri.

Rumah kita melambangkan keperibadian kita..Dalam Al Quran pun mementingkan kekemasan itu sebahagian daripada ibadah kita.Tak perlu membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk kelihatan cantik dan mewah, tetapi cukuplah jika kita tekad merajinkan diri untuk melakukannya.Allahualam...

Khamis, 18 September 2014

Hari 1: Seorang insan yang bergelar Rabiatul Adwiyah.

Bila jari jemariku mula berbicara...

Rabiatul Adwiyah Razali, Itulah namaku. Pada mulanya aku sendiri tertanya-tanya kenapalah mak dan abah memberi nama yang memang uniklah untukku..Dari zaman sekolah hinggalah zaman bekerja ada lagi yang tidak boleh menyebut namaku dengan sempurna expecially kawan-kawan cinaku..terbelitlah lidah diaorang kalau pertama kali menyebut namaku, dan bermacam-macam sebutan yang keluar dari mulut mereka.

Bila dah dewasa,barulah kutahu makna disebalik nama unik ini.. Rupanya nama unik ini adalah salah seorang serikandi islam/ wali Allah yang mengabdikan dirinya hanya pada Allah swt. Allahuakhbar!! Bagaimana diri ini ingin menjadikan hamba Allah yang benar-benar mengabdikan diri padaNya.Kalau nak disamakan ibarat langit dan bumi.Terlalu banyak lagi ruang-ruang yang lopong yang perlu aku isi untuk menjadi wanita hebat seperti pemilik asal namaku.. Doakan agar diriku menjadi insan yang sentiasa memilih ke jalan yang diredhai oleh Allah swt.amin.

Ok kembali di alam nyata..Siapakah saya? Aku dilahirkan di johor, kampung arwah atok sebelah mak. Tanggal 19.10.1981 tepat pukul 1.55 pagi lahirlah diri ni..aku membesar di Taiping Perak.Bersekolah pun di Taiping..

Ha! sebut pasal sekolah ni, saya ni seorang yg aktif bersukan sejak dari sekolah rendah hinggalah ke universiti.. saya pernah mewakili daerah seumur 10 tahun lagi masa tu darjah 4.Acara yang saya masuk lompat jauh dan lompat tinggi.

Kalau perempuan mesti suka sukan netballkan, tp saya tidak berapa minat. Sebaliknya saya lebih pada acara balapan.. Majoriti acara balapan saya masuk, nak buat macam mana cikgu suruh saya masuk jerlah. Lompat tinggi, lompat jauh, lompat kijang, acara 100m, 4x100, 4x200 muka sayalah kat padang..sampailah sekolah menengah. Sebenarnya parent saya tak tahu saya masuk acara sukan ni, kalau tahu mesti tak bagilah.. Pengalaman yang tak boleh saya lupakan saya dapat gelaran Olahragawati sebabnya saya oecah rekod untuk lompat tinggi dan jauh..time cikgu umumkan pun saya tak tahu yang saya boleh sampai ke tahap tu..

masuk sekolah menengah dan universiti saya sahut cabaran baru pula cuba main bola tampar dan hoki..tapi acara balapan still lagi saya main..tamakkan saya ni!! haha!!

Ok saya ni jenis yang suka berdikari sendiri almaklumlah anak sulong.lagi satu bila orang dah kenal saya baru dia tahu saya ni peramah rupanya..eceh puji diri sendiri pula.. Lagi satu sifat negatif saya, saya mudah gelabah..tapi sekarang alhamdulillah saya dah boleh control gelabah saya ni.

Family? Saya dah berfamily. Usia perkahwinan saya dah hampir mencecah 7 tahun akhir tahun ni .Punya seorang anak saje dah berusia 5 tahun, dah 2 kali keguguran, yang 1st saya kena DnC masa tu usia kandungan saya baru 3 bulan; yang ke dua rasanya baru berapa minggu je saya sendiri tak sedar sebab yang saya tahu dah lewat beberapa hari bila period bukan keluar darah macam period tapi berketul- ketul. tapi xperlah dah tak der rezeki dari Allah lagi..Still berharap satu hari nanti Allah akan  makbulkan doa saya untuk tambah zuriat lagi..Kesian kat anak saya selalu tanya dalam perut ibu ada baby tak..tak ke mengalir air mata saya.Setiap kali jumpa baby mesti anak saya akan cium beberapa kali dan mengusap- usap kepala baby.. sedih hati saya bila tengok situasi macam tu.. Doakan untuk saya ye kawan- kawan..

Saya ni bekerja sebagai jurukur
bahan/quantity serveyor/ cost engineer dalam bidang construction.. Asalnya nak jadi akauntan tapi abah dah daftar saya masuk sekolah teknik kenalah pergi..tapi tak per walaupun saya tak dapat jadi akauntan tapi koje saya ni pun dah macam akauntan juga; still kira duit juga..hehe.

Inilah serba sedikit pasal diri saya.. sebenarnya banyak lagi yang nak tulis disini tapi nanti menjela- jela pula..