Memaparkan catatan dengan label SET ALAHAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SET ALAHAN. Papar semua catatan

Rabu, 11 Jun 2014

KESAN MAKANAN KEPADA KULIT WAJAH

"Eh Mira! cantiklah kulit muka ko; bersih je tak der pun jerawat yg keluar!! jeles aku". Ko pakai produk ape ye? Cer kongsi kat aku? aku nak juga kulit wajah macam ko!! Dah macam-macam produk guna ni tapi semuanya xder kesan kat kulit wajah aku ni.."

Pernah tak anda mengalami situasi seperti di atas? Terutamanya bagi kaum hawa kalau boleh kulit wajah mesti nak nampak cantik dan tiada cacat cela.. al-maklumlah 1st impression datang dari wajah kita..hehe.

Sebenarnya faktor pemakanan harian memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan tubuh badan kita. Begitu juga dengan kulit wajah kita. Zaman sekarang ni banyak makanan yang dikeluarkan tanpa kita sedari mempunyai kesan sebaliknya pada kulit kita; terutamanya pada kulit wajah kita yang sememangnya adalah kawasan sensitif apabila kita tersalah memilih makanan..

Untuk pengetahuan semua sebenarnya penggunaan pencuci muka dan toner saja tidak mencukupi untuk menjaga kulit wajah kita dengan baik.





Ada 6 jenis makanan yang menjadi punca kepada masalah kepada kulit wajah dan tidak patut diambil dengan kadar yang tinggi / banyak.


1. GARAM




Sifat garam yang mempunyai air membawa kepada bengkak di bahagian mata selepas bangun dari tidur sekiranya diambil berlebihan. Ini kerana kulit mata yang sangat nipis membuatkan bahagian tersebut mudah bengkak. Jika tidak dijaga, tabiat memakan makanan bergaram akan membuatkan kulit anda lebih cepat tua.


2. MAKANAN LAUT





Kandungan iodin yang tinggi dalam makanan laut seperti udang, ketam serta rumput laut boleh membawa kepada masalah kulit berjerawat sekiranya pengambilan tersebut tidak dikawal. Bagi anda yang sering mengalami masalah muka berjerawat, anda dinasihatkan untuk memakan makanan sedemikian hanya dua kali sebulan dan bukannya dua kali seminggu.


3. SUSU



Kesan sampingan susu terhadap wajah mungkin tidak seteruk jika dibandingkan dengan jenis makanan yang lain. Namun, bahan tenusu juga tidak terkecuali dari menjadi punca kulit bermasalah, terutamanya susu tanpa lemak yang mengandungi kandungan hormon yang merangsang penghasilan minyak di kulit.


4. MAKANAN BERKANJI




Jumlah glisemik yang tinggi dalam makanan berkanji seperti pasa, roti putih, kek dan sirap jagung juga menjadi punca kepada kulit berjerawat.


5. GULA





Kandungan gula yang tinggi dalam darah boleh membawa kesan terhadap kolagen, lantas membuatkan kulit anda lebih mudah berkedut dan nampak tua.


6. MINUMAN BERALKOHOL




Sifatnya yang diuretik membuatkan anda akan menjadi lebih haus walaupun sudah meminum dengan banyak. Ini juga mengakibatkan kulit anda menjadi lebih kering sehingga menyebabkannya berkedut.