Selasa, 26 Mei 2015

7 Kesilapan Pasangan Sukar Hamil


Setiap pasangan yang berkahwin mesti mengimpikan sebuah keluarga yang mempunyai kehadiran cahaya mata. Tapi tidak semua pasangan berkesempatan untuk mempunyai sebuah keluarga yang sempurna.

Tahukah anda banyak faktor yang boleh mempengaruhi tahap kesuburan yang boleh menjejaskan pasangan anda untuk hamil.

7 Kesilapan sukar hamil yang selalu dipandang remeh bagi setiap pasangan adalah:-

1) Penggunaan Pelincir

Tahukah anda, penggunaan pelincir yang salah semasa mengadakan hubungan intim boleh mengurangkan peluang untuk hamil. Sebenarnya semua gel pelincir boleh merosakkan sperma. Cara terbaik untuk memperbaiki hubungan anda adalah dengan cuba pertingkatkan pelincir semula jadi anda. Lakukan lebih banyak 'foreplay' sebelum memulakan hubungan intim. Dengan kaedah begini lebih banyak pelincir semula jadi terhasil untuk membantu sperma terus hidup.

2) Simpan Sperma

Ada pasangan beranggapan dengan mengelakkan hubungan seks dalam masa sebulan dapat menjimatkan sperma. Ini merupakan kesilapan yang paling besar!!! Memang benar, jika disimpan , sperma mungkin lebih banyak. Tetapi sebenarnya kebanyakan sperma sudah menjadi lemah dan lembap serta tidak mampu mensenyawakan telur. Oleh itu, jika anda ingin hamil, sperma yang segar memang diperlukan.

3) Pengambilan Vitamin C

Sebenarnya dengan pengambilan Vitamin C secara istiqamah, sangat bagus untuk meningkatkan kesuburan . Tahukah anda, dengan pengambilan Vitamin C ini ia boleh memperbaiki cecair serviks. Cecair ini berfungsi mengangkut sperma ke dalam serviks dan ke rahim. Tanpanya sperma tidak mampu hidup lebih lama. Namun jangan ambil secara berlebihan kerana dikhuatiri akan menyebabkan kekeringan serviks pula. Seeloknya hanya boleh diambil tidak lebih 1,000mg kadungan vitamin C setiap hari.  

4) Tekanan

Tekanan merupakan salah satu faktor yang boleh mendorong kepada untuk sukar hamil. Sebagai contoh, bila ada yang bertanyadan mengatakan 'relakslah' ini sebenarnya akan menambahkan lagi tekanan pada pasangan. Selalu lakukan terapi untuk menghilangkan stress dan tekanan seperti ketawa daripada memaksa diri untuk bertenang.

5) Makanan

Selalunya wanita yang hamil tahu makanan apa yang patut dijauhi untuk mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini berlaku. Tetapi bagi wanita yang sedang mencuba untuk hamil ramai yang tidak ambil tahu tentang perkara ini. Contohnya jika anda ingin hamil, sila jauhkan dari memakan ikan yang mengandungi kandungan merkuri yang tinggi, namun jangan elak semua ikan yang ada kerana ada ikan yang kaya dengan sumber protein, vitamin D, dan asid lemak Omega yang bagus untuk membantu kehamilan.

6) Minuman Berkafien

Rasanya ramai dikalangan kita yang suka minuman yang berunsurkan kafien. Selain rasanya yang menyedapkan, ditambah dengan bau aroma yang menyelerakan, sudah pasti ramai dikalangan kita yang menyukainya. Ada kajian yang mengatakan secawan kopi sehari sudah cukup untuk mengurangkan peuang untuk hamil bagi wanita sehingga 50% peratus dalam tempoh 12 bulan. Jadi jika anda penggemar kopi dan ingin untuk hamil, silalah ambil perhatian dan cuba untuk mengurangkan mengambil kafien setiap hari.

7) Ubat-Ubatan Yang Mesti Dijauhi Kaum Lelaki

Ada pelbagai ubat-ubatan yang secara tidak langsug boleh mempengaruhi proses kehamilan anda. Sebagai contoh jika suami anda ada mengambil ubat merawat ulser, masalah gastrik, ubat tekanan tinggi sebenarnya boeh mempengaruhi dan mempunyai kesan buruk  terhadap tahap pengeluaran sperma dan juga kesuburan mereka. Sebaliknya cuba amalkan sumber supplemen yang lebih baik seperti Zink Complex, Vitamin C dan Vitamin E yang sememangnya kaya dengan selenium yang boleh membantu mempertingkatkan tahap kesuburan dan keaktifan sperma pasangan anda.

Bagi pasangan yang belum lagi dikurniakan anak, cuba elakkan perkara diatas yang boleh menyukarkan peluang untuk hamil. Kita berusaha dan selebihnya kita bertawakal dan berserah pada Allah SWT untuk menentukan segalanya. Banyakkan berdoa pada Allah moga diberi peluang untuk hamil.


Ikhlas dari hati, 
Rabiatul
(012-5584478)
vitaminsihatalami.blogspot.com




Tiada ulasan: