Memaparkan catatan dengan label KENCING MALAM BAGI KANAK-KANAK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KENCING MALAM BAGI KANAK-KANAK. Papar semua catatan

Jumaat, 5 Jun 2015

Kencing Malam Bagi Kanak-Kanak: Normal Atau Tidak??


“Alamak!! Adam, kamu kencing lagi ke? Mama baru je lepas tukar cadar katil kamu”.. Kenapa kamu tak bangun pergi ke toilet? Pernah tak anda mengalami situasi seperti begini? Anak yang kerap terkencing pada waktu malam? Adakah kencing malam ni satu penyakit yang serius bagi kanak-kanak? Sebenarnya Enuresis (terma dalam perubatan) atau kencing malam adalah keadaan di mana kanak-kanak kencing tanpa disedari semasa tidur.

Satu kajian telah dilakukan yang 10 - 14 peratus daripada kanak-kanak yang berumur lima hingga 12 tahun masih terus kencing malam walaupun mereka tiada masalah dalam sistem buah pinggang. Di Malaysia sahaja masih terdapst lebih kurang 6.2 peratus daripada kanak-kanak yang berumur antara 7 hingga 12 tahun masih lagi kencing malam.

Bagaimana Kencing Malam Boleh Berlaku

  • Ruang pundi kencing yang kecil
  • Gangguan tidur. Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami masalah kencing malam dikatakan tidur terlalu nyenyak.
  • Kurang penghasilan hormon yang dipanggil ‘Vasopressin’ semasa tidur. Hormon Vesopressin ini penting untuk mengurangkan penghasilan kencing pada waktu malam.

Jenis-jenis Kencing Malam

  • Kencing malam hanya pada waktu malam (peringkat awal nokturnal enuresis)
  • Kencing malam pada waktu malam dan siang hari (tidak boleh mengawal kencing). Kes seperti ini mesti segera mendapat nasihat dan rawatan doktor untuk mengatasi masalah ini.

Adakah kencing malam memerlukan ujian kesihatan?

Tidak semestinya jika anak kita hanya kencing malam tanpa disedari pada waktu malam sahaja.

Kesan pada anak-anak jika kerap kencing malam

  • Boleh mengakibatkan perasaan rendah diri dan masalah ini boleh menyebabkan faktor risiko untuk mengalami masalah psikiatri.
  • Tekanan dalam keluarga

Cara Rawatan

  • Mengubah tabiat kencing malam anak-anak kita dengan selalu mengingatkan mereka supaya kencing terlebih dahulu sebelum tidur.
  • Pengambilan ubat untuk membantu anak anda mengawal kencing.
  • Faktor usia - akan bertambah baik bila umur semakin meningkat.
  • Ibu bapa perlu main peranan dengan selalu mengerakkan anak anda diwaktu malam untuk membangunkan mereka untuk kencing.

Alternatif untuk mengatasi kencing malam yang boleh dipraktikkan

  • Jangan salahkan anak kita, sebenarnya kencing malam ini di luar kawalan mereka. Sentiasalah bercakap secara terbuka untuk menasihati mereka.
  • Kurangkan pengambilan air terutama di waktu malam
  • Gunakan lapik tilam yang kalis air

Semoga tips yang diberikan ini dapat memberi pengetahuan dalam menangani masalah kencing malam bagi anak-anak kita.



Ikhlas dari hati,
Rabiatul
(012-5584478)