Ahad, 18 Disember 2016

Kenapa Tubuh Badan Kita Perlu Detoks? Berkesan Ke Detoks Cara Shaklee?

DETOKS?
Pernah dengar tak?

Tahu tak apa itu DETOKS?
Detoks ni merupakan satu proses normal badan untuk menyingkirkan ataupun meneutralkan toksin melalui organ-organ detoks dalam tubuh badan kita seperti usus,buah pinggang dan hati.

KENAPA PERLUNYA DETOKS?
Tahu tak korang punca segala jenis penyakit adalah berpunca daripada toksin yang terlalu banyak di dalam tubuh badan. Jika kita tidak pernah buat sebarang detoks, kemungkinan terdapat  lebih  daripada 8kilo toksin yang menghuni tubuh badan kita.Tak kesian ke kat organ tubuh kita yang setiap hari bekerja keras untuk membuang segala toksin yang merbahaya di dalam tubuh kita.

PERNAH TAK KORANG NENGALAMI MASALAH SEPERTI INI?
🐛Sembelit dan sukar buang air besar
🐛Tumbuh jerawat dan ruam
🐛Berat badan susah nak turun
🐛Mood tidak menentu
🐛Badan mudah lesu
🐛Cepat marah
🐛Senang cemas
🐛Perut kembung
🐛Hilang tumpuan dan fokus
🐛Kurang bersemangat dan lesu
🐛Senang dapat penyakit demam dan selsema
🐛Susah nak tidur
🐛Mulut berbau

Kalau korang ada mengalami simptom diatas,ini tandanya badan korang penuh dengan TOKSIN dan perlu lakukan DETOKS.

Detoks ni ada banyak jenis,antaranya
🌿Detoks Parasit
🌿Detoks Usus
🌿Detoks Logam
🌿Detoks hati
🌿Detoks seluruh badan

Antara detoks di atas saya pernah menyertai program detoks parasit.Saya memilih soft detoks parasit yang mengambil masa 2minggu. Kenapa soft detoks? Ini kerana saya masih lagi menyusukan bayi.Ha! Jangan tak tahu ibu menyusu pun boleh lakukan detoks juga tau!.
Sepanjang program detoks parasit ni berlangsung,kami tidak dibenarkan menyentuh makanan yang mengandungi pembiak parasit yang aktif di dalam tubuh badan.Antaranya gula putih, gandum dan sumber gluten, makanan yang diproses, makanan yang tidak dimasak dengan baik,makanan ringan dan minuman bergula.Ini memang pantang larang dalam detoks parasit tau!. Kami digalakkan makan makanan yang berunsurkan sayur,salad,buah-buahan,makanan yang direbus dan dipanggang aje.air masak menang wajib ambil lebih daripada 3 liter sehari tau.

Hasilnya dalam masa dua minggu tu, berat saya turun 2kilo,badan semakin ringan, tak mudah mengantuk,badan rasa segar sangat dan yang bestnya pengeluaran susu makin bertambah!bestkan detoks ni..

So, bagi mereka yang belum melakukan  detoks,cepat-cepatlah lakukan detoks, hasilnya memang bestlah! Lagipun bila kita dah lakukan detoks,organ kita kembali bersih,jadinya tubuh kita dapat menyerap nutrien dari pemakanan yang kita makan secara optimum. Sebab itulah,disarankan lakukan detoks sekerap yang mungkin,supaya apa jenis vitamin dan suplemen yang kita ambil akan lebih berkesan penyerapan nutriennya pada tubuh badan kita.
Ok, untuk bulan ni dah boleh mulakan program detoks, boleh pilih detoks mana yang korang suka ye!!...

Shaklee Distributor & Business Leader
RABIATUL
012-5584478


Rabu, 14 Disember 2016

Kenapa Sayur Bukan Pengganti Vitamin?

Sayur oh sayur!!
Siapa yang suka makan sayur?
Kita segenglah..

Bagi je sayur, ulam semuanya Kak Tun makan.. Semuanya kena je selera Kak Tun. Salah satu sayur kegemaran Kak Tun adalah Bendi aka Lady Finger.Paling suka goreng bendi dengan telur..tapi jangan terlalu lama masak, nanti tak sedap. Kak Tun suka bila bendi tu dalam keadaan rangup bila dimakan. Sama juga bila rebus bendi tu,mesti half cook je,sebab nak rasa kerangupannya..

Tahu tak sayur bendi ni banyak khasiat dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan kita.

Sayur bendi ni merupakan sumber antioksidan, mengandungi vitamin A,vitamin C,vitamin B6,sumber folate dan serat,magnesiumdan kalium iaitu elektronik yang diperlukan untuk imbangan cecair dalam badan dan mengalirkannya melalui saraf, pergerakan otot dan metabolisma. Bendi merupakan sayur rendah lemak dan kalori.

Jumlah serat yang banyak dalam bendi membantu dalam proses penghadaman bagi mengelak daripada sembelit.
Satu hidangan bendi (1/2 cawan) mengandungi 30% dari khasiat pemakanan tang disyorkan oleh Recommended Dietry Allowance (RDA).

Tetapi zaman sekarang dengan zaman atok -atok kita memang dah berbeza.Sayur dulu dengan sayur sekarang dah tak sama khasiatnya. Sebab tu ada juga yang makan makanan yang seimbang dan cukup pengambilan vitamin melalui sayur dan buah tetapi tetap juga mengalami penyakit kronik.

Tahu tak sebab apa?
Ini kerana kandungan nutrien dalam sayur tersebut telah berkekurangan kerana disebabkan banyak faktor.
Antaranya:
💟Tanah pertanian didapati kurang berkualiti Rata-rata peniaga sekarang hanya mengira keuntungan semata-mata. Penggunaan racun perosak,serangga dan penggunaan baja kimia sedikit sebanyak menjejaskan kualiti nutrien dalam sayur tersebut.
💟Tubuh badan kita yang setiap hari terdedah dengan pencemaran alam seperti asap kereta,asap kilang,pencemaran radiasi daripada hphone,barangan elektrik dan komputer, merupakan penyumbang kepada penghasilan radikal bebas yang boleh merosakkan sel dalam tubuh badan kita dan boleh mengakibatkan penyakit kronik datang menyerang.
💟Seringkali dalam keadaan stress dan tertekan juga penyumbang kepada  sistem imun badan menjadi rendah.
💟Barangan yang kita guna hari-hari juga banyak mengandungi bahan kimia seperti sabun, barang plastik, pewangi dan sebagainya boleh menyebabkan tubuh badan kita terdedah dengan penyakit.
💟Cara sayur tu dimasak dan penggunaan bahan perasa juga boleh menyebabkan hilang nutrien yang terkandung di dalam sayur.

Jadi sebab itulah pada zaman kini, walau kita pengamal sayur organik sekalipun, ada juga yang mengalami penyakit kronik. Ini kerana jumlah nutrien yang terkandung dalam sayur tidak mencukupi untuk menghalang serangan radikal bebas yang setiap hari menyerang tubuh badan kita.

Disebabkan faktor inilah fungsi vitamin/ suplemen diperlukan untuk top upkan bekalan nutrien yang tidak mencukupi dalam tubuh badan kita. Makanan seimbang tetap menjadi pilihan utama disamping penggunaan vitamin/suplemen sebagai pelengkap nutrien kita untuk bantu sel dalam badan sihat dan dapat melawan radikal bebas yang menjadi punca kepada penyakit kronik.

Jadi memanglah penting untuk kita ambil vitamin/suplemen setiap hari. Jadi Kak Tun syorkan kalau vitamin seperti Vitalea,Vitamin C, B Complex wajiblah ambil setiap hari. Boleh juga di add on kan dengan Ostematrix,Carotomax, Garlic, omega, vivix dan selainnya.

Fikirlah secara bijak,  pokok pangkalnya terletak pada diri kita sendiri. Jika kita ingin hidup dalam keadaan sihat disamping keluarga tercinta untuk 10 tahun akan datang,so dari sekarang kira dah mula bertindak  dan berjinak dengan  pengambilan vitamin/suplemen.

Keputusan ditangan anda,fikir-fikirkanlah..
Tapi jangan terlalu lama pula,sebabnya penyakit datang tanpa mengira siapa,dimana dan masa.Tindakan awal anda boleh menyelamatkan diri sendiri dan insan tersayang..


Shaklee Distributor dan Business Leader
RABIATUL 012-5584478
#pengedarShakleeRawang
#pengedarShakleeJalanTARKLCC
#pengedarShakleeSelayang


Khamis, 8 Disember 2016

Perubahan Diri Dengan Shaklee

Sejak dah terjebak dengan Shaklee ni,banyak betul perubahan yang berlaku pada diri sendiri dan family.

Dulu memang takut makan ubat.Kalau demam sekalipun tak kan sentuh ubat demam.Nak tau sebab apa? Sebab rasa pahit pada ubat tu yang membuatkan saya tak lalu nak telan.Kadang-kadang tu air dah minum setengah gelas tapi ubat tak juga berjaya di telan.

Bila dah jumpa Shaklee, langsung tak der rasa takut makan ubat.Dah tak der lagi rasa pahit ubat tu. Bukan itu aje,tahap kesihatan saya juga bertambah baik.Kalau dulu saya selalu pitam dan pening kepala akibat tekanan darah rendah dan kadang-kadang mengalami masalah Vertigo,iaitu ketidakseimbangan bendalir dalam badan. Tapi sekarang berkat konsisten makan set kesihatan optimum dah tiada lagi mengalami masalah tersebut.

Dengan Shaklee ni juga, saya banyak belajar mengenai jenis ubat dan nutrisi yang diperlukan oleh badan.Selama ni ingatkan semua jenis ubat sama je,rupa-rupanya tak sama langsung..kena perhati ingrediant setiap ubat setiap kali hendak membeli sebabnya ada setengah ubat yang boleh menyebabkan kerosakan organ dalaman kita..Sekarang ni dah boleh tahu simptom-simptom penyakit yang bakal menyerang tubuh badan kita.Best juga dapat belajar bidang yang tak pernah saya tahu selama ni.

Bukan itu je, saya dah mempunyai ramai rakan-rakan shaklee diseluruh Malaysia.Diaorang ni semuanya ramah dan senang nak berkongsi pengalaman, berkongsi idea dan  kami saling membantu antara satu sama lain untuk berjaya dalam Shaklee.Kami juga diajar sentiasa dekatkan diri pada maha pencipta,buang segala sifat riak,sifat negatif dalam diri.Sentiasa berfikiran positif selalu.Barulah kita dapat jalani hidup dalam keadaan tenang.

Tahu tak sebelum ni saya langsung tak didedahkan dan tak ingin pun nak bust apa-apa biz,sebab perasaan malu yang menebal dalam diri.Tapi dengan Shaklee, jadi lain pula,perasaan malu tu dah hilang sebaliknya sentiasa rasa berkobar-kobar untuk berkongsi kebaikan Shaklee pads semua,supaya setiap orang berpeluang untuk hidup sihat disamping family tercinta.Duit boleh dicari,tetapi kesihatan diri dan family tak boleh ditukar ganti.

Effect Shaklee ni buatkan saya setia sampai sekarang.Seronok sebenarnya bila customer yang amalkan Shaklee dan resultnya positif,makin sihat dan tak perlu bergantung pada ubat ubatan hospital lagi.

Ini adalah serba sedikit kesetiaan saya pada Shaklee..Sebenarnya Nak citer lagi tapi takut panjang pula nak membacanya.

Jom sertai kami bersama Shaklee,bila anda dah bersama kami anda akan tahu nikmat seronoknya bersama Shaklee..

SHAKLEE DISTRIBUTOR &
BUSINESS LEADER
Rabiatul
012-5584478


Rabu, 7 Disember 2016

Siapakah Pengasas Shaklee? Kenali Beliau Anda Akan Jatuh Hati

TAHU TAK SIAPA PENGASAS SHAKLEE?

Beliau adalah Dr. Forrest Cell Shaklee.Beliaulah yang mengasaskan Shaklee Corporation pada tahun 1956. Dah lama sebenarnya Company Shaklee ni.
Antara Falsafah penting beliau pegang ialah "Living in Harmony With Nature".
Berasaskan prinsip inilah Dr. Shaklee telah menghasilkan suplemen semulajadi dan pencuci terbaik yang mesrs alam sekitar.

JOM KENALI DR. FORREST C. SHAKLEE

Dr Forrest C. Shaklee dilahirkan pada bulan November 1894 di Carlisles,lowa.Semasa kelahiran beliau, beliau disahkan mengidap penyakit tuberculosis (batuk kering) dan doktor yang merawatnya meramalkan beliau hanya boleh hidup selama 8tahun sahaja.

Disebabkan penyakit yang beliau alami, keluarganya telah membuat keputusan untuk berpindah dari Carlisles (kawasan arang batu) ke utara lowa iaitu kawasan pendalaman yang udaranya belum lagi tercemar,masih lagi bersih,segar dan di mana tanah yang subur menghasilkan bahan-bahan pemakanan yang berkualiti. Mereka mengamalkan makanan hasil daripada ladang. Setelah 4 tahun ibunya berusaha mengubatinya dengan herba2 yang terpilih, akhirnya beliau sembuh dari penyakitnya.

Dr Shaklee berkata peningkatan kesihatan beliau bukanlah satu penyembuhan ajaib tetapi ia berlaku secara semulajadi dan perlahan serta berkaitan dengan pemakanan yang baik , persekitaran yang sihat dan senaman.

Dr Shaklee memutuskan untuk mengkaji perubatan dan mencipta produk berasaskan alam semulajadi kerana keinginannya untuk membina kesihatan seperti kata-katanya:-

"Saya tidak pernah memperlekehkan profession perubatan tetapi kita adalah dalam dua bidang yang terpisah yang diceburi. Mereka dilatih untuk merawat penyakit dan saya berminat untuk membina kesihatan. "

LANGKAH PERTAMA SEBAGAI NUTRITIONIST

Sewaktu menjadi seorang Chiropractic Practitioner, minat beliau terhadap nutrisi semakin bercambah.Beliau banyak membaca dan mengkaji tentang biochemist dan kajian saintifik terbaru tentang kepentingan nutrisi.
Pada tahun 1915, beliau telah berjaya mencipta Suplemen Pertama di dunia dalam bentuk makanan yang beliau namakan sebagai VITALIZED MINERALS yang sekarang ni dikenali sebagai VITALEA yang kini telah berusia 100 tahun.

Bukan itu aje,Dr Shaklee juga memegang ijazah dalam pemakanan, biokimia , falsafah dan ketuhanan. 

Pada tahun 1955, Dr Shaklee , yang pada ketika itu berumur 62 tahun menyatakan hasrat kepada dua orang anaknya iaitu Forrest Jr. dan Lee keinginannya untuk merubah masyarakat dalam meningkatkan kualiti pemakanan . Dia ingin memulakan perniagaan untuk mengedarkan makanan tambahan. Pada tanggal 1 April 1956, Shaklee Corporation ditubuhkan untuk memberi makanan terbaik di dunia.

Melalui kajian, pengalaman dan pengetahuan inilah bermulanya jualan langsung produk shaklee untuk mendidik pengguna tentang pemakanan tambahan semulajadi dan kini menjadi tugas kami pula pengedar2 sah Shaklee untuk menyebarkan tentang kebaikan Shaklee..

Sebenarnya kisah Dr. C Shaklee ni panjang sangat, saya hanya merumuskan saja kisah beliau.Nak tahu lebih lanjut pasal beliau boleh baca buku "The Shaklee Story" hasil tulisan Robert L.Shook.

Saya berbangga menjadi sebahagian daripada ahli Shaklee, anda bila lagi?

Nak join saya buat Shaklee?

PM Kak Tun 012-5584478


Kata-Kata Semangat Untuk Terus Berjaya

Di setiap kejayaan seseorang semestinya ada kata-kata semangat dari orang tersayang. Begitu juga dengan saya, bila perasaan kita tengah down atau bersedih merekalah yang selalu memberi galakan dan support untuk kita kembali bersemangat semula..

Antara kata-kata positif, kata-kata semangat yang selalu saya dengar.

"Setiap kali solat mak mesti doakan kejayaan untuk anak-anak mak."

"Inshallah selagi kita berusaha dan berusaha tanpa henti,Allah akan berikan ganjaran yang setimpal"

"Perbetulkan niat,setiap hari nak mulakan keje niatkan kerana Allah"

"InshaAllah klong boleh lakukan,ada sesuatu dalam diri klong yang perlu dikeluarkan"

"Buat sesuatu yang kita suka dan seronok,inshaallah keje kita akan lebih mudah"

"Kita bergerak bersama-sama dan berjaya bersama-sama, kejayaan bukan milik seorang tapi,milik kita semua"

"Ibu boleh buatnye! Chaiyok"


Ini antara kata-kata semangat dari orang yang tersayang untuk diri saya. Banyak lagi sebenarnya kata-kata semangat dari insan-insan tersayang disekeliling saya.

Insan-insan yang banyak menberi kata semangat,pendorong dan nasihat yang terbaik untuk diri saya.

Tanpa mereka, mak yang tersayang,adik-beradik tercinta,suami tersayang, upline,super upline,group dan rakan-rakan seperjuangan dalam team Naila,dan tak dilupakan 2orang buah hati saya,tanpa mereka ni saya dah hanyut dari Shaklee..

Saya bersyukur sangat sebab Saya dikelilingi insan-insan yang menyayangi saya. Mereka tidak pernah putus  menghantar dan mengungkapkan kata-kata semangat dan nasihat yang berguna pada saya.

Demi mereka saya akan teruskan perjuangan saya dalam Shaklee untuk membantu mereka yang memerlukan.

Semoga kejayaan yang bakal saya perolehi merupakan hadiah yang terbaik untuk mereka yang menyokong saya tanpa henti.Inshaallah...

SHAKLER DISTRIBUTOR & BUSINESS LEADER
Rabiatul 012-5584478


Isnin, 5 Disember 2016

Buku Feveret : Padanya Ada Hikmah

Ini antara buku feveret saya..sebenarnya buku ni dah lama saya beli masa pesta buku di PWTC beberapa tahun dulu.Walaupun dah baca tapi saya suka mengulang baca setiap kali ada masa lapang.
Padanya Ada Hikmah tulisan tokoh motivasi yang tersohor,Prof. Dr. Muhaya Hj. Mohamad Bahruddin Bekri. Buku ni sebenarnya sarat  sangat dengan kisah motivasi yang dikaitkan dengan sang pencipta.

Buku ini mengajar saya erti kesabaran,erti mendidik jiwa kita jika berlaku sebarang dugaan dari Allah, hanya padanya tempat kita bergantung.Lagi kuat, lagi banyak dugaan yang Allah beri, sebagai seorang hambanya kita mesti mengharungi dugaan yang diberi dengan tenang dan selalu mencari salah silap kita disisiNya.Bila kita mula mengaudit diri kita,kita akan merasakan setiap ujian yang diberi,rupanya tersembunyi hikmah yang begitu besar untuk kita.

Percayalah setiap dugaan yang Allah berikan pada umatnya,sebenarnya untuk mendidik hati,jiwa dan raga umatnya lebih bertawaduk dan beriman padaNya. Dan setiap cabaran dan dugaan yang Allah berikan dan jika kita berjaya mengatasinya, kita akan nampak begitu besar hikmah dan ganjaran yang Allah hadiahkan disetiap pengorbanan yang kita lakukan..

Ameen


Khamis, 1 Disember 2016

Tips Menghadapi Musim Hujan

"Hujan oh hujan kenaa engkau hujan?"
"Macam mana aku tak hujan"
"Katak panggil aku"
"Katak panggil aku"...

Eh awatnya Kak Tun nyani pulak ni?
Saje je, nak hiburkan hati,dengan cuaca sejuk disebabkan hujan ni,mata pun turut sama nak melabuhkan tirai.

Hari ni Jak Tun nak bagi tips untuk ibu-ibu diluar sana yang risaukan kesihatan anak-anak dan orang tersayang bila keadaan cuaca yang tak menentu sekarang ni kan!!.

Seperti yang kita tahu,bulan November dan Disember ni sememangnya terkenal dengan musim hujannye.Bila dah start musim hujan ni,banyak perkara kena alert untuk family kita. Lagilah dah masuk musim cuti sekolah,kesihatan family mesti kena titik baratkan.Yerlah dah elok kita planning nak pergi cuti, tiba-tiba ada pula ahli family yang tak sihat,abislah program percutian kita.

Bak kata orang tua sediakan payung sebelum hujan.So saya akan pastikan SET KESIHATAN ASAS mesti kena
amalkan setiap hari.Set ni khas untuk  Kak Tun dan husband.Kami kena pastikan kesihatan diri lebih baik dari biasa lebih-lebih lagi masa hujan ni.Almaklumlah kami ni travel ke ofis dengan motor setiap hari.

Untuk anak-anak memang sentiasa standy NUTRIFERON dan OMEGA GUARD ni kat rumah,ini kiranya sebagai perisai untuk memperkuatkan lagilah sistem imun badan mereka.Lebih - lebih lagi anak-anak Kak Tun berada ditaska sepanjang hari,kebarangkalian virus selsema,demam dan batuk memang sentiasa aktif sentiasa.Tapi Nutriferon dan Omega ni orang dewasa pun boleh amal juga tau! Lagi pun senang nak bawa travel kemana-mana.

Bila dah musim hujan ditambah pula musim cuti sekolah,kain baju makin bertambah daripada hari persekolahan.Jadinya memang sukarlah  time hujan ni kain baju nak kering cepat.Bila dalam keadaan lembap,mestilah ada bau kepam,masam kat kain  baju yang tak kering tu.Kalau dah jadi macam ni, alamatnya Kak Tun akan basuh semulalah jawabnya..tak suka bau tu melekat kat baju.

Untuk elakkan perkara ini terjadi, Kak Tun memang guna Set Pencuci Shaklee ni yang terdiri daripada Get Clean Fresh Laundry  Concentrate dan pewanginya boleh guna Get Clean Soft Concentrate. Yang bestnye set pencuci ni jika kain baju kita tak kering seharian pun tak der bau masam kepam yang melekat,sebaliknya bau fresh alam semulajadi yang bau harum semerbak kat baju.Dah tak perlu basuh kembali baju yang berbau.Masalah bau settle.Lagipun set pencuci tahan lama, selamat dan dihasilkan dari bahan semulajadi,jadi baju baby pun boleh gunakannya juga tanpa ragu-ragu.

Korang macam mana? Dah prepare untuk musim hujan ni? Jom kongsi tips bersama-sama saya.

Shaklee Distributor
Rabiatul
012-5584478