Sabtu, 16 Mei 2015

Risau HB Rendah ketika Hamil? Bagaimana untuk mengatasinya

Pernah mengalami anemia / HB atau tekanan darah rendah ketika hamil? Walaupun anda tidak hamil sekalipun tapi mengalami masalah yang sama seperti saya? Kalau diikutkan history kesihatan saya, saya ni memang mengalami masalah tekanan darah rendah walaupun tidak mengandung, dari zaman remaja lagi, tapi saya ni jenis yang aktif so saya dah tahu condition badan saya tidak berada dalam keadaan yang normal. 


Bagi sesetengah ibu yang mengandung mesti akan mengalami masalah HB rendah. Saya juga tidak terkecuali mengalami masalah yang sama ketika mengandungkan kali pertama dan kedua. Masa mengandung kali pertama dulu, keadaan HB saya tak der perubahan langsung dari kandungan seusia dua bulan hinggalah ke 9 bulan dan masa nak tunggu kelahiran pun bacaan HB saya hanya 9 g/L sahaja. Paling tinggi pun bacaan yang pernah saya terima 9.8g/L. Memang setiap bulan tahan telinga dengar radio lama berbunyi dari nurse klinik kesihatan. Apalagi kena cucuklah jawabnya, masa ni redha jerlah.. Nak buat macam mana saya dah berpantang dan ikut petua orang lama dari pelbagai aspek untuk elak dri HB rendah setiap bulan, tapi masih juga terjadi. Minuman berkafein memang saya tak sentuh langsung, Setiap pagi dan malam saya hanya minum susu, buah dan sayur memang makanan wajib setiap hari diambil, itu belum lagi makan supplimen yang diberi oleh doctor and farmasi.. (masa ni tak tahu lagi pasal Shaklee).

Bila HB kita rendah kita akan selalu pitam, ini memang selalu terjadi pada saya dulu, boleh dikatakan setiap bulanlah saya mengalaminya. Lebih-lebih lagi bila waktu panas terik memang akan selalu terjadi pitam.

Untuk kehamilan ketiga ni saya dah tak mengalami masalah HB rendah lagi, Alhamdulillah bacaan dah kembali normal dan jarang terkena serangan pitam. Sekarang usia kandungan saya dah mencecah 5bulan setengah. Mungkin berkat saya amalkan secara istiqamah set kesihatan optimum untuk kesihatan diri saya, sejak saya dah mula pegi kerja dengan motor. Sebenarnya untuk ketahanan badan saya yang setiap hari menyedut udara ‘segar’ dari asap kenderaan dan terkena hujan setiap hari sejak dah mula pergi kerja dengan husband 

Rupa-rupanya bila saya amati set kesihatan optimum ni sama dengan set awal kehamilan, memang 2 in 1 supplemen Shaklee ni. Beli satu set dapat dua kebaikan seperti yang saya rasai sekarang ni. Berbaloi dan value for money. 

Bukan tu je, rakan-rakan di ofis hairan dengan stamina badan saya walaupun mengandung tetapi sentiasa cergas dan aktif sepanjang masa. Alhamdulillah saya tidak mengalami keletihan walaupun kadang-kadang seharian bergerak. Ada juga yang tegur perubahan pada wajah saya yang makin cerah, diaorang ingat saya amalkan produk yang makin popular sekarang ni Qu Puteh, nak tergelak juga di buatnya sampai macam tu sekali andaian diaorang,hihi. Sebenarnya saya tak mengambil pun sebarang produk lain selain dari SHAKLEE je. Nak tahu rahsianya, inilah penangan ESP dan Vitamin C yang terlajak laris dipasaran sekarang ni. 

Hanya mengamalkan satu full set sahaja banyak kelebihan yang saya dapat untuk diri saya. Memang menguntungkan, all in one semuanya.


Info 

Di sini saya nak kongsikan sedikit info mengenai apa itu Anemia / HB atau tekanan darah rendah supaya kita boleh mengatasinya dikemudian hari.

Apakah bacaan HB normal bagi orang dewasa serta ibu mengandung?

Paras hb seseorang dikira dalam unit g/dL (gram per deciliter). Paras normal hemoglobin bagi wanita adalah di antara 11.5 - 16.5g/dL manakala lelaki adalah 12.5 - 18.5g/dL. Manakala bacaan hb yang normal bagi ibu mengandung ialah pada julat : 11-12 g/dl (gram per deciliter).

Apakah punca bacaan HB yg rendah?

· Kurang zat besi / folate / vitamin B12
· Pendarahan
· Kanser
· Penyakit buah pinggang/ hati
· Hypothyroidism
· Thalassemia

Apakah risiko ibu mengandung yg mempunyai bacaan HB yang rendah.

Apabila paras hemoglobin tidak mencukupi, seseorang itu berisiko untuk mendapat anemia. Apabila sel darah merah yang matang dan membawa oksigen semakin berkurangan, di sinilah serangan anemia bermula. Anemia secara umumnya akan menyebabkan seseorang mudah pitam, lesu, kurang cerdas dan cergas, mudah letih serta cepat mengantuk. Manakala bagi ibu mengandung, bacaan hb yg rendah boleh mengakibatkan risiko-risiko berikut:

Kesan kepada ibu

· Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
· Mengalami keguguran
· Mengalami kegagalan jantung
· Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
· Risiko alami penyakit berjangkitKesan kepada bayi dalam kandungan

Kesan kepada Bayi:

· Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
· Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
· Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
· Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
· Mati ketika dilahirkan atau stillbirth

Apakah simptom-simptom Anemia?

Jika anda mengalami keadaan-keadaan berikut; terutamanya ketika hamil, anda mungkin berhadapan dengan risiko Anemia:

· Sentiasa letih
· Pening kepala atau pitam
· Apabila melakukan aktiviti fizikal, mudah mendapat sesak nafas
· Warna kulit bertukar menjadi pucat
· Penurunan berat badan
· Kadar denyutan jantung yang cepat
· Lemah daya ingatan

Bagi para ibu yang hamil jangan sesekali tidak ambil kisah jika anda mengalami tekanan darah rendah. Ini kerana jika ibu hamil dan mengalami masalah hb atau tekanan darah rendah berkemungkinan boleh mengalami keguguran dan melahirkan bayi pra matang.

Bagi ibu yang mengalami simptom ini perlu pastikan anda mendapat rehat yang mencukupi dan mengamalkan pemakanan yang seimbang serta berkhasiat, selain memastikan minum air secukupnya. Ibu hamil juga harus duduk atau baring jika berasa lemah dan pitam bagi mengelak terjatuh dan mengalami kecederaan. Ibu hamil juga dinasihatkan mengiring ke kanan semasa tidur bagi meningkatkan aliran darah ke jantung.


Semoga info yang diberi akan memberi manfaat pada kaum ibu hamil yang mengalami masalah seperti di atas.


ikhlas dari hati,
Rabiatul
012-5584478


FREE CONSULTATION
SHAKLEE DISTRIBUTOR & BUSINESS LEADER

Pengedar Shaklee Rawang
Pengedar Shaklee Jalan TAR / KLCC
Pengedar Shaklee Selayang




Tiada ulasan: