Isnin, 1 Jun 2015

Penyakit Asma Boleh Membawa Maut? Bahayakah Pada Diri Kita.


Assalamualaikum w.b.t. 

Hari ini saya nak share sedikit info tentang penyakit asma/semput atau lelah. Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang, amat mudah untuk terkena serangan asma.

Apa itu Asma?

Asma atau biasanya disebut sebagai semput atau lelah. Adakah penyakit asma berbahaya di kalangan orang dewasa? Sesungguhnya asma boleh membawa maut. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kematian akibat asma di seluruh dunia setiap tahun dianggarkan mencecah angka 250,000.

Bagaimana Asma / Lelah boleh Terjadi?

Asma adalah penyakit paru-paru kronik yang menyebabkan kesukaran bernafas yang berepisod, di mana terdapat penyempitan sementara salur pernafasan di dalam peparu, disebabkan keadaannya yang hyper aktif (oversensitive). Dalam penyakit asma, terdapat radangan (inflammation) dan pembengkakan pada lapisan salur pernafasan , peningkatan jumlah pengeluaran mukus, dan juga penyempitan otot pada dinding salur pernafasan, di mana kesemua ini menyebabkan kurangnya keluar masuk udara dari peparu.

Apakah punca yang menyebabkan serangan asma?

  • jangkitan kuman, terutamanya selsema dan demam
  • alergi (cth: bulu haiwan, habuk, tungau dll)
  • asap rokok (atau asap-asap toksik yang lain)
  • perubahan suhu dan cuaca yang mendadak
  • iritasi dari bahan dari tempat pekerjaan (cth: habuk kayu, bahan chemical, spray cat dll)
  • ubat-ubatan (cth: aspirin, ubat jantung dll)
  • sesetengah permakanan dan bahan pengawet makanan
  • senaman, terutamanya dalam cuaca yang sejuk
  • stres, emosi

Apakah simptom atau tanda-tanda asma yang kronik?

  • susah bernafas
  • sesak dada
  • mengeluarkan bunyi 'wheezing' bila bernafas
  • batuk yang berterusan (terutama pada waktu malam)
  • Pengggunaan yang kerap inhaler
  • Kebiruan pada bibir
  • Kegelisahan
  • Pertukaran warna kulit muka
  • Susah untuk bercakap
  • Berdebar-debar 

Ada harapankah untuk pulih seperti biasa kembali?

Bagi mereka yang mempunyai sejarah penyaki asma, Selalulah berjumpa dengan doktor secara rutin supaya anda boleh mengetahui tahap penyakit anda. Selain itu anda perlu elakkan daripada perkara-perkara yang boleh menyebabkan asma seperti:-
  • Membela haiwan peliharaan yang jenis berbulu seperti ayam, kucing.
  • Jangan menghampiri persekitaran yang mempunyai banyak debu, hama dan kulat. 
  • Elakkan pengambilan ubat-ubatan seperti aspirin, dextran, hydrocortisone dan penicillin. 
  • Hindarkan daripada mengambil makanan dan minuman yang boleh menyebabkan Asma seperti kekacang, susu, telur, minuman cola, pengawet, monosodium L-glutamate dan alkohol.
  • Kurangkan ketawa atau menagis secara keterlaluan kerana boleh menggalakkan Asma.
  • Hindarkan daripada bahan-bahan seperti asap rokok, asap kayu, semburan minyak wangi dan cat baru boleh juga menyebabkan Asma.
  • Keadaan cuaca yang terlalu sejuk dan lembap 

Rawatan alternatif dari Shaklee

1) Vivix
Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Vivix mengandungi campuran unik botaniPolygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. 

2) Omega Guard
Omega guard antara suplemen yang sangat digalakkan untuk kita consume setiap hari kerana badan kita tak mampu menghasilkan asid lemak omega 3 yang diperlukan untuk badan kita untuk proses metabolisma, untuk brain, untuk alahan, untuk asma, untuk sendi, untuk kesihatan jantung, untuk kawal berat, untuk kulit yg cantik.

3) Nutriferon
Dihasilkan bertujuan untuk ‘boost’ sistem perlindungan imuniti tubuh untuk melawan virus, sekaligus mengelakkan virus tersebut ‘membiak’ dalam tubuh kita. . Melindungi dengan berkesan daripada virus, microb termasuk selesema, flu, alergi dan influenza.

4) Sustained Release Vitamin C
Vitamin C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh. Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.




sumber:
http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/diagnosa-asma/investigation


Supplemen / vitamin bukanlah ubat. Pengambilan supplemen adalah bertujuan untuk mengisi kekurangan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh badan akibat diet harian yang tidak seimbang.



Ikhlas Dari Hati,

Rabiatul

(012-5584478)




















Tiada ulasan: