Selasa, 18 April 2017

Sembelit Ketika Berpantang: Tiada Lagi Mimpi Ngeri Yang Menyakitkan

Siapa yang pernah alami sembelit ketika dalam pantang?  Mesti rasa ngeri kalau nak hadapi sekali lagikan..



Kak Tun pun ada pengalaman yang sama masa berpantang anak pertama dulu.

Masa anak pertama dulu, Kak Tun mengalami pendarahan dan koyakan teruk dan panjang pula tu sehingga 3kali kena jahit.

Dari bidan, doktor senior sehinggalah ke doktor pakar..Dah jahit buka balik tau..memang sakit toksah nak cakaplah, tak boleh nak imagine rasa sakitnya..

Nak buang air kecil pun rasa takut sangat sebab rasa berdenyut, memang sakit sangat. 

Lagilah nak duduk memang terasa denyutan sakit lepas ubat bius dah abis. Jalan pun berkepit je..

Masuk hari ke3 perut dah start memulas-mulas untuk ke toilet..
Bayangkan duduk dalam toilet sejam tak berani nak teran,perut memang sakit sangat..masa ni bukan setakat menangis,memang dah melalak pun dalam toilet,sebabnya setiap kali nak teran, terasa denyut sakit dekat bahagian luka..nak teran kuat takut terbuka jahitan balik..memang Kak Tun tak beranilah..last tak jadi nak membuang..

Masuk hari keesokannya, terasa lagi nak ke toilet,menangis lagi nak teran bagi keluar tapi tak berani juga.. Akhirnya mak suruh encik husband belikan pil berak kat farmasi.

Faham-faham jerlah bila dah makan pil tu kan.. Memang memulas juga perut, tapi disebabkan beberapa kali cubaan membuang tak jadi, jadi benda alah tu (tahi) jadi keras jugalah, tapi terpaksalah juga teran sebab perut dah sakit yang teramat..

Akibatnya dinding dubur tu membengkak kot, berdenyut-denyut sakitnya..masa ni Kak Tun tak boleh nak duduk dengan sempurna, terpaksa letak bantal dan duduk sebelah punggung je..betapa seksanyalah masa tu.Sampaikan Kak Tun terfikir dah serik dan fobia nak beranak lagi.

Berpantang anak pertama memang menakutkan dan mengerikan bila rasa nak ke toilet.. Tapi ini dululah, masa berpantang anak kedua, alhamdulillah Kak Tun dah tak alami perkara yang sama.

Eh !awatnya anak kedua dah tak kena sembelit pula?

Masa anak kedua Kak Tun dah kenal dengan Shaklee. Dari hamil sampailah berpantang memang mengamalkan Set Kehamilan Shaklee dan Set Berpantang Shaklee.

Bukan nak promote produk ye, tapi nak share kebaikan yang Kak Tun rasai.. 

Alhamdulillah bila dah mengamalkan dah tak der ler adegan menangis dalam toilet setiap kali nak 'membuang'. Bila dah amalkan Alfalfa waktu siangnya dan  Ostematrix setiap malam sebelum tidur. Esok pagi confirm perut rasa nak membuang dan perjalanannya pun senang, tak perlu teran kuat-kuat. Memang mudahlah, syukur dipertemukan dengan Shaklee.

Kat sini Kak Tun nak berkongsi info kebaikan Ostematrix dan Alfalfa untuk rawat sembelit ketika dalam pantang.

OSTEMATRIX



Ostematrix adalah suplemen yang mengandungi Calcium, Magnesium & Vitamin D.

Apa Peranan Ostematrix Dalam Set Sembelit Shaklee?

Ostematrix mengandungi magnesium di mana ia adalah mineral yang penting untuk kesihatan Kardiovaskular dan Otot. Magnesium mampu menormalkan ketegangan pada dinding kolon membolehkan tindakan Peristalsis biasa.

Magnesium juga bertindak sebagai Laksatif ringan dengan melonggarkan otot di dalam usus dan juga membantu mengekalkan air di dalam usus.

Jadi Magnesium membantu najis boleh menjadi lembut dan membantu menggalakkan pergerakan usus lebih lancar.

ALFALFA


Kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Ia membekalkan nutrisi yang mana kebanyakannya tidak terdapat dalam buah-buahan mahupun sayuran. Alfalfa kaya dengan protin, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. 10 biji Alfalfa menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu.

Baik untuk perubahan patology dalam usus dan perut – Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.

Bagi mereka yang menghadapi masalah sembelit ketika berpantang,amatlah disyorkan ambil Ostematrix dan Alfalfa supaya tiada lagi mimpi ngeri untuk ke toilet..

Testimoni pengguna:-







Shaklee Distributor & Business Leader
RABIATUL 012-5584478

Pengedar Shaklee Rawang(cod Bandar Country Homes)
Pengedar Shaklee Selayang
Pengedar Shaklee Jalan TAR/KLCC

Tiada ulasan: