Khamis, 22 Februari 2018

Inginkan Zuriat? Jangan Malu Untuk Dapatkan Rawatan

Isu ANAK ni sememangnya SENSITIF.Setiap pasangan yang berkahwin mesti inginkan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri hidup rumah tangga, maybe cepat atau lambat sikit untuk dapatkannya..



Sebagai wanita selagi kita belum lagi menopause, selagi itu kita berpeluang untuk mengandung tau! Yang penting kita berusaha,  ikhtiar dan berdoa pada Allah.

Lagi  satu jika dah 2-3 tahun mencuba masih lagi belum dikurniakan cahaya mata, nasihat Kak Tun pergilah berjumpa dengan pakar OnG. Bukan doktor kat klinik biasa tu, tapi doktor pakar dalam perbidanan. 

Cuba dapatkan rawatan dari doktor pakar untuk ketahui masalah yang dihadapi. 

Bab anak ni jangan salahkan si isteri je tau, No! No!.. Jangan terus tunding jari kata sang isteri mandul..
Siapa kata lelaki tak boleh mandul? Lelaki pun boleh mandul tau!

Turunkan ego kalian, jangan ingat lelaki yang mempunyai badan yang sasa dan berketul-ketul tu tiada masalah dalaman tau! 
Jangan ingat lelaki yang lembut tu tak mampu berikan zuriat..

Masalah dalaman ni hanya doktor pakar je yang boleh tahu sama ada anda ada masalah atau pun tidak.
Si suami pun perlu mendapatkan rawatan  juga. Perlulah ada sikap tolak ansur diantara satu sama lain ye..

Dah jangan sedih-sedih ye.. berbincanglah dengan pasangan masing-masing untuk mencari penyelesaian yang terbaik untuk family anda.. (sang suami jangan ingat belum dikurniakan anak sebagai alasan nak kawin lagi pula)..

Kak Tun faham perasaan anda, sebabnya Kak Tun pun pernah alami juga 6tahun penantian tau!

Selagi boleh ikhtiar kita berusaha, Allah nak menduga kita dan pasangan dengan memberi ujian anak, bila kita dah berjaya melepasi ujian tersebut inshaallah Allah akan beri ganjaran setimpal dengan pengorbanan kita..


RABIATUL
0125584478
Founder Anggun Legacy

Tiada ulasan: