Isnin, 6 Ogos 2018

Tips Merawat Sakit Mata Supaya Cepat Baik Dan Sembuh

Sebenarnya tidak semua sakit mata ni memerlukan rawatan doktor. Sakit mata yang disebabkan oleh bakteria dan virus sahaja memerlukan susulan rawatan yang rapi dari doktor kerana ianya boleh mengakibatkan penularan virus ke individu yang lain.

Di sini saya kongsikan tips-tips rawatan sakit mata supaya cepat baik

1. TUAM DENGAN TUALA SEJUK
Tips rawatan ini sesuai diamalkan bagi mata yang mengalami alahan.
Caranya gunakan tuala yang bersih yang telah dibalut dengan beberaoa ketulan ais dan tuamkan pada mata yang bengkak. Ia akan membantu mengecutkan salur darah yang mengembang lalu melegakan simptom bengkak, sakit dam gatal pada mata.



2. JARAKKAN SKRIN DARIPADA MATA
Jarakkan penglihatan mata anda memandang ke arah skrin pada jarak yang dekat kerana ia boleh menjadikan mata letih akibat memandang terlalu dekat.


3. KURANGKAN MASA PANDANG TV, KOMPUTER DAN TELEFON
Bila terlalu lama memandang skrin boleh menyebabkan mata mudah sakit,menjadi merah dan gatal-gatal. Kalau boleh hanya ambil masa 20minit sahaja untuk memandang ke arah skrin dan diselang seli dengan melakukan aktiviti lain.


4. ELAK MEROKOK
Asap rokok dan merokok boleh menyebabkan mata mudah terkena pelbagai jangkitan bakteria seperti katarak, sindrom mata kering dan diabetic retinopathy.


5.DAPATKAN TIDUR SECUKUPNYA
Jika tubuh badan tidak mendapat rehat yang cukup,mata akan mengalami kesan jika badan letih akibat kurang tidur.
Ini kerana jika tubuh badan dapat rehat yang cukup,sel darah putih dapat menghapuskan pathogen yang boleh membawa kemudaratan pada diri.


6. KENAL PASTI FAKTOR ALAHAN YANG MENYEBABKAN MASALAH MATA MERAH
Alahan boleh menyebabkan masalah kegatalan pada mata yang boleh menyebabkan mata menjadi bengkak dan merah.


7. TUAM DENGAN TUALA SUAM
Jika mata merah disebabkan oleh situasi mata penat akibat terlalu banyak membaca, menggunakan komputer atau fokus pada sesuatu alatan.
Caranya gunakan tuala yang telah dipanaskan sehingga suam untuk dituamkan pada kelopak mata selama 10-20minit.



8. TITIK MATA DENGAN "ARTIFICAL EYE DROP"
Bila terkena sakit mata,penggunaan eye drop memang sesuai untuk merawat mata yang kering,sekaligus boleh melegakan simptom sampingan yang lain.



9. BANYAKKAN MAKAN MAKANAN YANG MENGANDUNGI:
a) Lemak asid Omega3 seperti salmon,kacang dan flaxseed
b) Vitamin C, E dan Zink seperti brokoli,kubis bunga, strawberi, oren, tomato, saderi, dan bayam.
c)Lutien dan zeaxanthin seperti kacang hijau,cili benggala oren, jagung, oren, dan mangga
d) Vitamin B2, dan B6 seperti telur,bijirin,produk tenusu,tuna dan biji bunga matahari.
d) Minum air antara 8 hingga 10 gelas setiap hari.




Bagi saya, masa anak-anak terkena jangkitan sakit mata, saya dah boostkan sistem imun saya dengan beberapa suplemen yang boleh meningkatkan sistem imuniti badan saya semasa anak-anak dikuarantinkan di rumah, jadinya,kebarangkalian untuk berjangkit tu amatlah rendah.

Antara vitamin yang wajib saya ambil setiap hari seperti :
Garlic Complex (sebagai antibiotik semulajadi)
Vitamin C (untuk tingkatkan sistem imunisasi badan dan bantu melawan virus)
Carotomax (untuk rawatan mata secara menyeluruh)
Nutriferon ( berupaya mengaktifkan interferon supaya peka pada sebarang serangan bakteria dan secara tidak langsung meningkatkan imuniti tubuh)
B Complex (untuk kesihatan mata yang sihat).

Dah hasilnya setelah hampir sebulan, dari seorang anak ke seorang anak yang terkena jangkitan, terjangkit pula pada sang suami,akhirnya saya terkena juga, tapi yang seronoknya bukanlah berminggu tapi hanya 4hari sahaja jangkitan sakit mata. Alhamdulillah berkat saya mengamalkan vitamin tersebut setiap hari secara konsisten.

http://vitaminsihatalami.blogspot.com/2018/08/punca-dan-gejala-sakit-mata.html?m=1

Pengedar Sah Shaklee
RABIATUL
012-5584478
COD:
BANDAR COUNTRY HOMES, RAWANG
SEKITAR JALAN TAR DAN KLCC
PENGEPOSAN DISELURUH KAWASAN MALAYSIA.

Tiada ulasan: