Memaparkan catatan dengan label tips sihat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tips sihat. Papar semua catatan

Rabu, 19 Mac 2014

MENGAPA WANITA MUDAH LETIH??

Selalu letih dan tidak bermaya?.... Tidur cukup tetapi masih terasa mengantuk dan keletihan? Sebelum anda cuba menyalahkan cara hidup anda yang sibuk dan urusan rumahtangga, cuba selami sebab-sebab ini yang mungkin menjadi dalang terhadap masalah keletihan anda itu.


Dalam kaji selidik Pusat Kawalan dan pencegahan penyakit , wanita yang berumur 18-44 tahun dua kali ganda lebih kerap berasa penat atau letih berbanding lelaki pada zaman yang sama. Dalam kajian tahun 2010 dan 2011 telah dilakukan di Amerika Syarikat juga menunjukkan, 15.7 peratus wanita berumur kurang daripada 45 tahun mendakwa berasa sangat letih atau '' terakhir' telah habis digunakan kebanyakan hari 'atau' setiap hari'. Bandingkan kepada 8.7 peratus lelaki yang merasakan perkara yang sama. Data sebenar tidak terlalu menghairankan. Lisa Shives, pakar-pakar tidur mengatakan wanita adalah lebih cenderung untuk mengalami insomnia. 'Ditambah pula dengan pertambahan bilangan wanita yang bekerja di luar rumah dan masih perlu bekerja pada hal ehwal rumah tangga, tidak pelik jika mereka mengaku lebih kerap letih,' kata Shives.


Sebab 1: Kekurangan darah

Sekiranya anda masih muda dalam usia reproduktif dan mengalami haid yang 'heavy' setiap bulan, atau anda baru sahaja melahirkan anak beberapa miggu yang lepas, atau anda di diagnoskan mengalami fibroid, kehilangan darah mungkin penyebab terhadap keletihan anda.

Pendarahan haid atau faraj mengurangkan sel-sel darah merah yang membawa oksigen dari paru-paru ke sistem dan organ badan anda yang lain. Kekurangan oksigen pada organ menyebabkan anda cepat letih dan tidak bermaya.

Lain-lain sebab yang yang mendorong kepada kekurangan darah termasuklah: kekurangan vitamin seperti zat besi, folik dan vitamin B. Kekurangan darah juga mungkin berasal dari penyakit buah pinggang.

Gejala kekurangan darah yang lain termasuk: pening, kesejukkan dan rasa mudah terganggu. Ujian darah dengan senang dapat membuat diagnosa ini. Rawatan termasuk makan sayuran hijau seperti brokoli, bayam dan daging merah dan supplement yang diberi oleh doktor.

Sebab ke 2 : Kekurangan Hormon Tiroid

Sekiranya anda terasa lembab secara fizikal atau mental dan sedikit murung, anda mungkin mengalami hypotiroidism, satu masalah kekurangan hormon tiroid yang mengurangkan metabolisma badan dan memperlahan sistem badan untuk beroperasi.

Dikatakan 17% wanita mengalami hypotiroidism dan mereka langsung tidak mengetahuinya. Ujian darah T3 dan T4 dengan mudah dapat mengesan masalah ini dan selepas rawatan, anda akan merasa bertenaga semula.

Sebab ke 3: Jangkitan Kuman air kencing (UTI)
Walaupun kebanyakkan dari simtom lebih kepada sakit semasa kencing dan kerap ke tandas, keletihan memanjang juga merupakan salah satu gejala kencing berkuman. Tidak semua yang mempunyai simtom yang jelas seperti pedih semasa kencing dan segelintir yang lain mungkin tidak mengalami gejala langsung.

UTI disebabkan oleh jangkitan bakteria yang mungkin terdorong oleh amalan penjagaan faraj yang tidak sihat. Hubungan seks juga meninggikan risiko UTI kerana kuman dari faraj mungkin ditolak ke salur kencing semasa seks.

Ujian air kencing adalah mudah dan cepat dalam membuat diagnosa dan rawatan termasuklah ubat anti-biotik. Sekiranya simtom berulang, anda mungkin mengalami masalah UTI kronik. Berbincanglah dengan doktor tentang pencegahannya.

Sebab ke 4: Terlebih caffeine

Sesetengah orang menganggap caffeine boleh memberi rasa cergas, tapi bagi sesetengh wanita, caffeine boleh memberi kesan yang sebaliknya. Caffeine bertindak sebagai stimulant tetapi sekiranya mengambil terlalu banyak, ia akan menyebabkan keletihan.

Cara untuk mencegah adalah dengan mengelakkan caffeine sebanyak mungkin, bukan sahaja kopi malahan tea, coklat, minuman ringan atau apa-apa ubat yang mengandungi caffeine.

Sebab ke 5: Alahan makanan.

Makanan selalunya memberikan tenaga tetapi bagi sesetengah orang yang alah kepada makanan, ia boleh memberi kesan sebaliknya. Keletihan mungkin salah satu mereka alah kepada makanan. Sekiranya anda mengesaki yang makanan punca mengantuk dan keletihan anda, cuba elak makanan yang anda syakki itu dari suapan harian anda.

Sebab ke 6: Sleep Apnea

Sekiranya anda tidak mendapat tidur yang cukup, ada kemungkinan ia penyebab masalah anda. Tapi apa kata kalau anda sendiri tidak menyedari yang anda tidak cukup tidur?

‘Sleep Apnea adalah satu keadaan dimana anda secara tidak sengaja berhenti bernafas semasa tidur, yang menyebabkan anda terbangun secara tiba-tiba tetapi cukup lama untuk menganggu kitaran tidur anda. Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang berbadan gemuk dan berkait rapat dengan tidur yang berdekur.

Sekiranya anda pengidap ‘Sleep Apnea’ doktor selalunya akan menyarankan pengurangan berat badan dan menasihatkan anda berhenti merokok.
Dalam kes serius, pembedahan mungkin diperlukan untuk memastikan laluan pernafasan udara yang baik. Sekiranya tidak dirawat, Sleep Apnea boleh meninggikan risiko stroke dan serangan jantung.

Sebab No 7: Lemah Jantung

Sekiranya anda merasa cepat penat selepas aktiviti ringkas yang selalunya senang dibuat, mungkin ini masa yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor. Keletihan selalunya bukan tanda awal sakit jantung tetapi sekiranya ia keterlaluan sifatnya selepas aktiviti ringkas dan anda dapati tiada jawapan jelas terhadap masalah tersebut, jumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut. Rawatan awal boleh menyelamatkan anda dari serangan jantung yang lebih serius.


Isnin, 17 Mac 2014

CARA / TIPS SUPAYA MUDAH TIDUR PADA WAKTU MALAM

Di sini saya kongsikan beberapa cara/tips supaya kita mudah tidur pada waktu malam.
* Menurut studi dari University of Pittsburgh School of Medicine, melakukan olahraga minimal 150 minit dalam seminggu boleh mengatasi masalah susah tidur mengatasi sulit tidur. Aktiviti ini boleh menstabilkan suhu tubuh manusia dan mengurangkan rasa cemas serta depress. Dan, berolahraga di siang hari membantu untuk lebih mudah terlelap.

* Segera matikan lampu saat hendak tidur. Dalam keadaan gelap, tubuh akan mempengaruhi pembentukan hormon melatonin yang membuat kita cepat mengantuk. Kalau taknak gelap sangat, pakai lampu yang sinarnya lembut dan tenang. Hindari memilih lampu yang warnanya putih terang – seperti neon – kerana ia memiliki komponen warna biru cukup kuat yang dapat mengganggu proses tidur.

* Switch off tv/komputer/laptop . Kesemua benda ini sama-sama memiliki komponen warna biru pada cahaya yang disebarkan, seperti lampu neon. Ia sememenagnya mengganggu jadual tidur dan sebenarnya boleh buat kita bertambah stress dengan sinaran biru itu.

* Jika hobi membaca buku sebelum tidur, gantikan dengan bahan bacaan yang ringan dan relax. Jangan sesekali bebankan fikiran dengan bacaan yang berat kerana ini menyebabkan otak terpaksa berfikir dan bekerja lagi!

* Jaga pemakanan terutamanya makan malam. Elakkan makan berlebihan, makanlah sekadar yang mampu supaya tubuh kita boleh berehat dengan baik di malam hari.

* Amalkan pengambilan supplemen sebelum tidur. B Complex boleh mengurangkan stress kita dan menggalakkan kesihatan jantung. ManakalaVitalea pula boleh memberi kita kecerdasan otak, melegakan penghadaman dan utk pertumbuhan sel2 baru yg lebih sihat. Bagi mereka yang mudah tidur tetapi terjaga setiap satu jam dan tidak boleh tidur boleh amalkan Ostematrix.

* Minum air yang banyak dan sekurang2nya segelas air masak sebelum tidur.


Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke atulrazali@yahoo.com atau whatapps/call/msg di no: 012-5584478 ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda!!! 

4 Sebab Kenapa Tidur Anda Tidak Lena

Kalau sekali sekala, ini tiada masalah. Kalau anda dalam golongan orang yang bercinta,memang tidur xlena mandi tidak basah. Tapi kalau sudah sering tidur tak lena walaupun tidak bercinta dengan sesiapa? Ha!! Ini memang ada sesuatu yang tidak kena dengan diri kita. Kita harus perhatikan sebab musababnya apakah yang menyebabkan permasalahan tidur anda tidak lena ini boleh terjadi.

Ia bukan sahaja boleh menjejaskan masa rehat anda tetapi juga memberi kesan pada kesihatan anda jika berlaku secara berterusan.

Kebanyakan daripada masalah tidur tidak lena biasanya disebabkan oleh gaya hidup seharian. Terdapat beberapa rutin yang diamalkan setiap hari mengganggu tidur. Cuba lihat, mana tahu ada di antara sebab di bawah yang mungkin menyababkannya. Saya petik sebab-sebab di bawah daripada majalah dan akhbar.


Tekanan

Tekanan di tempat kerja seperti timbunan kerja atau persaingan yang tidak sihat di tempat kerja sering menyebabkan keadaan yang menekan. Tidak kurang juga masalah keluarga dan masalah lain yang sekaligus menyebabkan tidur anda tidak lena. Sementara itu, meneguk minuman alkohol tidak akan sesekali membantu menghilangkan stres malah membuatkan ia semakin parah.

Tidur Tidak Teratur

Disebabkan mengejar masa bagi menyiapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan, ramai yang sanggup bersengkang mata sehingga mengabaikan waktu tidur. Sebaik selesai menyiapkan tugasan, anda tidur semahu-mahunya. Itu pun, jika tiada lagi tugasan lain menanti. Jika masih ada, maka waktu tidur anda akan terus terganggu hingga akhirnya menyebabkan ia menjadi kebiasaan anda. Pola tidur sebegini sebenarnya akan mengganggu kesihatan anda. Bukan itu sahaja, ia juga boleh mempengaruhi keadaan fikiran anda. Sebaiknya, aturlah waktu tidur anda agar tidur dengan lebih lena.

Keadaan Kesihatan

Gangguan tidur bukan sahaja disebabkan oleh tekanan atau pola tidur yang tidak teratur. Tetapi boleh juga disebabkan oleh keadaan kesihatan seseorang. Rasa cemas atau gangguan bipolar serta kekurangan kalium boleh menyebabkan gangguan tidur. Dalam kes seperti ini, amat penting untuk mendapatkan waktu tidur dan rehat yang mencukupi.

Penyakit Lain Dan Ubat- Ubatan

Bagi yang mengidap penyakit-penyakit lain seperti narkolepsi, catapleksi dan halusinasi ia turut mampu mengakibatkan gangguan tidur. Sesetengah pesakit yang bergantug pada ubat juga mungkin berhadapan masalah tidur akibat pengambilan ubat-ubatan tersebut. Bagi menyelesaikan masalah ini, cuba berbincang dengan doktor anda dan dapatkan panduan yang membantu.


TUKAR DIET, CEGAH KANSER

Kanser merupakan penyebab kematian KEEMPAT terbanyak yang berlaku di hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di seluruh negara. Mengikut statistik KKM, kanser paru-paru merupakan penyebab kematian kanser yang paling banyak bagi seluruh kematian akibat kanser.
Kes kanser dilihat semakin meningkat dan selalunya dikaitkan semakin meningkat dan selalunya dikaitkan dengan diet dan gaya hidup kita seperti kurangnya bersenam, banyak mengambil makanan berproses selain sebab genetik dan lain-lain.
Secara amnya, diet antikanser ialah cara pemakananyang sihat dan seimbang, banyak mengambil makanan bijiran penuh, sayur dan buah terutamanya kumpulan sayur cruciferous yang amat bagus untuk cegah kanser.
Sekarang semua orang mahukan sesuatu yang pantas sedangkan kesemua makanan segera amat tidak baik untuk kesihatan anda kerana mengandungi bahan tambahan yang bukan semula jadi.
Secara tidak langsung, perlahan-lahan ia akan membina toksik di dalam sistem badan kita dan sel kanser gemar tumbuh di bahagian toksik.

MEMBELI BELAH SENARAI BARANGAN ANTI KANSER

1 TENUSU 


  • Susu Soya
  • keju Jarlsburg dan Gouda
2 SAYUR & BUAH-BUAHAN
  • sayur-sayuran hijau
  • kubis brussels
  • tomato
  • lobak
  • ubi keledek
  • labu
  • brokoli
  • bawang besar,putih dan merah
  • cendawan butang
  • cili benggala
  • bayam
  • oren
  • anggur
  • lemon
  • epal
  • aprikot
  • mangga
3 BIJIRAN PENUH 
  • Oat
  • Flaxsed
  • Quinoa
4 IKAN / MAKANAN LAUT
  • Sotong
  • Salmon
  • Tuna
  • Kembung
5 HERBA DAN REMPAH
  • Kunyit
  • Halia
  • Kulit Kayu manis
  • Rosemary
  • kari
  • Kucai
  • Selasih
6 KEKACANG / MINYAK
  • kacang pekan
  • kacang hazel
  • walnut
  • badam
  • minyak zaitun
  • minyak canola
7 MANISAN
  • Coklat gelap
8 MINUMAN
  • Teh hijau

6TIPS UNTUK ELAKKAN KANSER

1 Banyakkan makan sayur 'CRUCIFEROUS' 
 -(brokoli, kubis bunga, kubis brussels, lobak putih dan kubis daun)
- Kesemua sayur ini mengandungi fitokimia, vitamin dan mineral serta serat yang    pentingkan untuk kesihatan.
- komponen yang ada dalam sayur ini boleh merangsang enzim di dalam badan untuk 
   menyahtoksik
  karsinogen sebelum ia merosakkan sel badan.

2 Perbanyakkan Serat
- Diet serat makanan yang tinggi amat bagus untuk mencegah kesemua kanser 
   terutamanya kanser kolorektal yang terjadi akibat kurangnya makanan menyihatkan.

3 Organik dan Segar
- Ramai berpendapat, makanan organik merupakan yang terbaik untuk kesihatan 
   terutamanya untuk mencegah kanser. Tetapi pilihan makanan yang SIHAT DAN SEGAR
   adalah pilihan terbaik untuk mencegah kanser.

4 KURANGKAN DAGING
- Kajian menunjukkan kurang 50% vegeterian mendapat kanser berbanding mereka yang
   memakan daging.
- Ini kerana daging mengandungi serat yang kurang dan nutrien lain yang boleh 
   menghalang pertumbuhan sel kanser.
- Sebaliknya ia mengandungi lemak yang banyak terutamanya lemak tepu dan diet lemak 
   tinggi selalunya dikaitkan dengan kadar kanser yang tinggi

5 PENYEDIAAN MAKANAN
- Bukan sahaja memilih makanan yang menyihatkan, cara penyediaan juga amat penting 
   bagi mengurangkan risiko mengidap kanser.
- Antara tips yang boleh dilakukannya ialah:
 a) Mengambil buah dan sayur-sayuran segar dan mentah kerana ia mengandungi   
      jumlah vitamin dan mineral yang tinggi berbanding yang telah dimasak.
b) Pastikan sayur dan buah-buahan dibasuh sebelum memakannya bagi mengurangkan 
     racun perosak.
c) Mengambil buah dan sayur-sayuran segar dan mentah kerana mengandungi jumlah 
    vitamin dan mineral yang tinggi berbanding yang telah dimasak.
d) Apabila masak sayur, stimkan ia sehingga lembut menggunakan sedikit air sahaja 
    bagi mengekalkan vitamin di dalamnya.
e) Berhenti mengambil makanan yang diproses kerana ia mengandungi bahan kimia yg 
     membahayakan kesihatan 
f) Elakkan makanan yang hangit seperti sate dan barbeku
g) Simpan minyak di dalam bekas kedap udara
h) Pilih daging yang segar berbandingkan yang dikeringkan, diawet atau disalai.

6 UBAH GAYA HIDUP
-  Selain dari mengamalkan diet yang seimbang dan menyihatkan gaya hidup juga perlu 
   diubah dengan sering bersenam. Setiap minggu kita perlu bersenam selama 150 minit.