Rabu, 26 Mac 2014

DIET DENGAN ESP

Sape kata dengan ESP tidak boleh turunkan berat badan??



Saya dah amalkan setahun yang lalu, niat dihati untuk kuatkan rahim tapi dpt extra bonuspula bleh turunkan berat badan dan kulit muka pun dah licin dari jerawat yang suka terjah time nak period..

Dulu saya amalkan Herblax+Lechitin utk kuruskan badan, alhamdulillah ada keberkesanannya, tapi disebabkan nak pregnant saya tidak digalakkan amalkan sebaliknya hanya menukarkan supplimen ESP+Alfalfa yang sememangnya baik untuk sistem peranakan kita.

Setiap malam ESP peneman setia, mesti xmiss setiap hari, bila xsempat nk makan malam, minum jer ESP mesti nafsu nk makan tu berkurang.

Sebabnya ESP ni kaya dengan 9 asid amino yg terpenting yg dpt memberi tenaga dengan segera dan mengekalkan tenaga dlm badan kita.
Best x? walaupun anda xmakan malam tapi boleh tampil bertenaga melakukan keje rmh selepas seharian bekerja pada waktu siang..

Bukan itu saje sistem perlawasan pun jadi senang dan mudah. Itu yang saya suka tu!! rasa badan ringannye bila aktiviti pembuangan berlaku setiap hari...

Mudahkan nak kuruskan badan.. tidak perlu pengambilan ubat-ubatan mahupun produk yang tidak tahu kesahihan keberkesanannya.

1 canister = 2 bulan pengambilan

Memang menjimatkan...


APA ITU DIET YANG BERKESAN


Sekarang banyak di pasaran produk-produk untuk diet tanpa kita mengetahui kesahihan untuk jangka masa panjang.. Selalunya diet selalu dikaitkan dengan mengikat perut tanpa perlu makan.
Contohnya: “Kau tak nak makan ke?” “Aku diet!!!”.

Saya rasa kita pun sering terdengar ungkapan “aku diet” diucapkan oleh ramai orang. Apakah maksud diet yang digunakan dalam konteks perbualan seharian? Adakah ia sama dengan maksud diet yang sebenarnya?

Saya kira maksud diet dalam konteks perbualan yang di atas adalah “tak makan sebab nak kuruskan badan”.


Bukan apa, penyalahgunaan istilah ini mungkin secara tak langsung membawa kita kepada amalan makan yang tidak sihat. Yalah, bila disebut diet, otomatik terfikir “jangan makan” supaya turun berat badan. Sedangkan kita perlu makan untuk menjaga kesihatan kita. Meninggalkan makan akan memberi kesan yang tidak baik kepada kesihatan kecuali jika kita berpuasa. Badan kita menunggu untuk menerima makanan bila sampai waktunya, dan ia akan mengeluarkan asid yang diperlukan untuk menghadam makanan. Sekiranya tiada makanan untuk dihadamkan, asid tersebut akan terkena kepada dinding usus dan merosakkannya.

Satu lagi perkara yang tidak baik bila diet dikaitkan dengan “tidak makan” adalah ramai orang yang tidak mahu “tidak makan”, justeru mereka tidak mahu diet sedangkan diet baik untuk kesihatan.




Isnin, 24 Mac 2014

CARA MENGATASI KULIT KERING DAN KUSAM

Pada kesempatan kali ini saya akan mengulas Cara Mengatasi Kulit Kering dan Kusam supaya anda tampil lebih segar dan lebih cantik. Mungkin sebagian dari anda, ada yang mempunyai masalah pada penampilan terutama kulitnya mudah kusam dan Kering.

Memiliki kulit kering dan kulit kusam memang akan mengganggu penampilan seseorang, tidak hanya mengganggu penampilan namun kebanyakan orang juga akan merasakan malu untuk bersama-sama teman dan rakan.

Sebenarnya apakah penyebab kulit kering dan kulit kusam itu? Kulit kering dapat terjadi kerana kurangnya kadar minyak pada kulit (kalenjer minyak sebum) sehingga hal ini mengakibatkan kulit cepat kering dan kusam. Minyak sebum ialah suatu kelenjar minyak alami yang dihasilkan dari kulit tubuh kita, minyak ini berfungsi membantu memberikan kelembaban pada kulit tubuh.

Cara Mengatasi Kulit Kering Dan kusam:

1. Usahakan Perbanyak Kuantiti air kosong dalam tubuh


Manfaat air kosong memang sudah tidak diragukan lagi selain bermanfaat untuk menjaga kesihatan organ tubuh, Air kosong juga merupakan salah satu cairan terpenting untuk mendapatkan kulit tampak lebih segar dan terhindar dari kulit kering kusam. Kenapa air kosong dapat menghidarkan kulit kusam? Ini kerana air kosong bermanfaat untuk menghindarkan kulit dari dehidrasi, Oleh itu tubuh kita memerlukan sekurang-kurangya 2.5 liter air atau 8 gelas air kosong/ harinya.

2. Hindari Stress

Biasanya orang yang mudah stress, akan cepat mendapat kulit wajah yang pucat dan kusam. So,cuba kita elakkan diri daripada persekitaran stress yang melampau. Mengapa stress boleh mempengaruhi kelembaban kulit? Kerana jika dalam fikirannya terlalu banyak bebanan (stress) aliran darah dalam tubuhnya akan menjadi tidak lancar. hal inilah yang kemudian menjadikan kulit tegang dan lama-kalamaan akan kering dan kusam.

3. Lakukan Senaman Secara Teratur

Salah satu penyebab kulit kering dan kusam selain yang sudah disebutkan diatas adalah sel kulit mati yang terjadi daripada kurangnya kelenjar minyak dan pengeluaran peluh yang terhad untuk mendorong pengeluaran sel kulit mati dalam tubuh kita. Jika senaman secara teratur dapat dilakukan maka pengeluaran peluh yang konsistan akan membantu mengeluarkan sel kulit mati yang terdapat pada kulit.

4. Bersihkan Tubuh Secara Teratur ( Mandi )

Jarang mandi juga merupakan salah satu penyeban kulit kita kelihatan kusam dan kering. Kekerapan mandi sekurang-kurangya 2 kali dalam sehari dapat menanggalkan segala kotoran pada kulit dan boleh mengelakkan kulit anda dijangkiti penyakit.

5. Makan makanan Yang Bernutrisi


Nutrisi yang terkandung dalam makanan juga sangat mempengaruhi struktur kulit anda. Pemilihan Pemakanan yang baik adalah dengan memilih kualiti makanan dan bukannya kuantiti makanan yang anda ambil. Pilih menu makanan yang mengandungi serat gizi dan bernutrisi bagi kesihatan kulit kita.

6. Tidur / Rehat Yang Mencukupi

Kurang tidur atau sering berjaga malam juga merupakan salah satu sebab kulit anda nampak kusam dan kering. Aktiviti suka berjaga pada waktu malam boleh mengakibatkan kulit kita kurang rehat dan boleh mendatangkan kemudaratan pada tubuh. Dapatkan rehat atau tidur yang mencukupi sekurang-kurangnya 7-8 jam dalam semalam untuk mendapatkan kulit segar dan tentunya untuk mendapatkan kesihatan badan kita.

7. Menggunakan Lotion Pelembab

Pilihlah lotion yang bebas bahan kimia dan tidak berbahaya pada kulit kita. Cara pemakaian lotion yang paling tepat ketika anda selesai mandi.




KULIT KERING: APAKAH PENYEBABNYA??

Tahukah anda ?


Kulit kita merupakan salah satu sistem pertahanan tubuh.Kulit yang sihat adalah pelindung daripada jangkitan kuman. Permukaan kulit dilapisi oleh satu lapisan minyak semulajadi yang bertindak sebagai pelindung dan pelembab untuk mengekalkan kesihatan dan kelembutan kulit

Kulit juga menjadi ‘perumah’ untuk mikroorganisma seperti kuman dan kulat. Kulit kering mudah merekah menyebabkan kuman atau jangkitan berlaku. Kulit kering sering terasa gatal tetapi tidak semestinya menandakan penyakit.

Menggaru/menggosok kulit menyebabkan lapisan lembapan hilang dan kulit mudah merekah. Akibatnya radang boleh berlaku seperti dermatitis, jangkitan kuman dan sebagainya


KITA JUGA MENJADI PUNCANYA..... KENAPA??

1. Mandi dan sabun

Kita mandi untuk membersihkan diri.

Kita fikir :
  •  Perlu mandi lama-lama dan bersabun banyak-banyak; barulah bersih
  • Mandi air panas lebih baik daripada air suam atau sejuk
  • Berendam dalam ‘bath tub’ atau buih juga bagus untuk kita

Yang kita tidak sedar adalah : Mandi lama atau kerap, penggunaan sabun yang banyak akan menyebabkan lapisan lembapan semulajadi kulit hilang. Selepas mandi kita terasa segar tetapi kulit terasa lebih kering dan tegang. Selain itu jika mengelap badan dengan kasar untuk mengeringkan air mandi juga boleh menghilangkan lembapan tersebut.

Sepatutnya : kurangkan kulit daripada terdedah kepada air terlalu kerap atau lama dan juga gunakan sabun berpelembab (gentle moisturizing soap or cleanser)

2. Menggunakan pelembab (moisturizer)
Penggunaan pelembab sudah menjadi rutin bagi kebanyakan daripada kita. Tapi adakah kita semua menggunakan pelembab dengan cara yang betul ? Selain daripada pemilihan bahan pelembab yang bersesuaian; pelembab sebaiknya disapukan pada kulit ketika kulit masih lagi lembab seperti sebaik sahajan selepas mandi atau mencuci tangan ( perlu dilap terlebih dahulu dengan lembut untuk mengeringkan titisan air pada kulit ). Ini dapat mengekalkan lembapan semulajadi kulit.

3. Persekitaran kering

Kita banyak terdedah kepada udara kering, cuaca panas dan juga penggunaan penghawa dingin. Tanpa kita sedari semua ini juga boleh menyebabkan kekeringan pada kulit. Oleh itu lindungi kulit dengan memakai pelembab UV atau memakai topi dan pakaian yang menutup kulit jika keluar rumah. Jika perlu gunakan humidifier di dalam bilik / rumah.

4.  Penyakit dan ubat-ubatan

Walaupun kebanyakan punca masalah kulit adalah daripada faktor luaran tetapi penyakit sistemik juga boleh menyebabkan gejala kulit kering. Antara penyakit yang berkait dengan kulit kering adalah psoriasis, ekzema, masalah kurang hormon tiroid, kekurangan zat dan lain-lain. Perubahan paras gula pada pesakit diabetes menyebabkan dehidrasi pada kulit dan tisu dan kekeringan. Selain itu terdapat juga ubat-ubatan yang boleh menyebabkan kekeringan pada kulit.

5. Proses penuaan kulit

Peningkatan usia berlaku sebaik sahaja kita dilahirkan. Semakin berusia berlaku perubahan fisiologi tubuh seperti perubahan hormon ( misalnya menopause) yang boleh mengakibatkan kulit menjadi kering. Kulit menjadi nipis dan mudah mengalami keradangan dan jangkitan. Penuaan kulit juga boleh berlaku akibat faktor luaran seperti merokok, kurang tidur, stress, kurang senaman dan lain-lain…

Apakah langkah pencegahan ?

o Elakkan dan kawal punca yang menyebabkan kekeringan kulit 

o Gunakan pelembab

o Minum banyak air

o Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayuran kaya vitamin c, e dan anti-oksida 
    ( healthy eating)

o Bersenam dan tidur yang cukup

o Berhenti merokok, elakkan terdedah kepada asap rokok

o Rawat : jika terdapat rekahan atau luka pada kulit

o Rawat : jika ada masalah kulit . Kenalpasti faktor yang boleh menerukkan lagi masalah
                   kulit ( allergic dermatitis, eczema dll)
o Sentiasa peka dan lakukan pemeriksaan kulit sendiri terutama pesakit diabetes

TANDA POSITIF HAMIL

TAHNIAH ANDA HAMIL!!!




Sekiranya anda sangat memahami tubuh anda, anda mungkin mula terasa sesuatu yang tidak kena pada badan anda. Kebanyakan wanita tidak mengesaki diri mereka mengandung sehingga janin yang sedang terbentuk mula merapatkan dirinya kedinding rahim. Segelintir pula masih tidak merasa apa-apa simptom sehinggalah beberapa minggu selepasnya atau setelah mereka tidak mengalami haid pada hari yang sepatutnya.

Dibawah terdapat beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami sebahagian daripadanya atau tiada langsung!

1. Rasa lapar yang berpanjangan


Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

2. Perubahan pada warna di sekliling payudara


Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. Kerap membuang air kecil


Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

4. Merasa tidak bermaya


Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

5. Sakit dan tegang pada buah dada


Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.


6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari

Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.


7. Rasa loya dan muntah



Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan



Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

9. Missed period



Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.
10. Ujian air kencing yang positif


Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian..



TIPS GAYA HIDUP UNTUK KEKAL CERGAS DAN BERTENAGA SEPANJANG HARI


GAYA hidup yang sibuk membuat anda tidak duduk diam sepanjang hari. Anda mendapat kepuasan daripada pembahagian masa antara kerja dan komitmen peribadi.

Anda suka berkejar (dan memandu) ke sana sini untuk menguruskan hal kerja dan keluarga. Untuk memastikan anda mempunyai tenaga untuk melakukan kesemuanya, anda mengisi perut dengan apa sahaja yang ada.

Namun, ada kalanya anda merasa terlalu letih hingga tidak berdaya untuk membuka mata, apatah lagi untuk bangun dari katil.

Keadaan ini membuat anda tertekan (stres), lesu dan murung. Selalunya, anda juga merasakan seperti ingin merangkak semula naik ke atas katil.

Mengapa anda dibelenggu keadaan ini?

Anda makan hingga kenyang, tetapi mengapa masih kurang bertenaga? Makanan yang anda makan setiap hari seharusnya memberi cukup tenaga untuk membolehkan anda bergerak cergas sepanjang hari tetapi di mana silapnya?


5 TIPS UNTUK ANDA SENTIASA KEKAL CERGAS DAN BERTENAGA

1. Elakkan dehidrasi 

Caranya perlu minum air dengan banyak. Setiap 25kg berat seseorang, air diperlukan sebanyak 1 liter, jadi jika berat anda 70kg, anda perlukan hampir 3 liter air sehari.

Air diperlukan untuk fungsi sel yang normal jadi tidak hairanlah kalau kita berasa penat jika kekurangan air.

2. Sarapan pagi


Ini adalah permulaan hari yang paling baik. Kajian menunjukkan sarapan menjadikan seseorang lebih peka, memulakan proses metabolisme badan dan mengekalkan rasa kenyang hingga tengahari. Sarapan pagi yang penuh berkhasiat juga penting untuk meningkatkan tahap tenaga dan produktiviti seseorang.


3. Tidur Yang Mencukupi



Tanpa rehat yang mencukupi pada waktu malam, seseorang akan merasa pening dan terganggu sepanjang hari. Emosi pula akan menjadi tidak stabil dan sukar membuat pertimbangan yang jelas. Akhirnya, mereka mungkin akan melakukan pelbagai kesilapan dan ini hanya akan menambah tekanan dan turut memberi kesan yang lebih serius untuk tidur pada waktu malam.

4. Gerakkan Badan

Ya, anda perlu aktif dan bersenam! Kekal aktif adalah sama penting dengan makan secara sihat untuk mengekalkan kesejahteraan secara keseluruhan. Malah, pemakanan yang betul dan aktiviti fizikal perlu seiring kerana diet memberi anda tenaga yang diperlukan untuk kekal aktif.


5. Supplemen Tambahan

Malangnya apabila kita mencuba sedaya upaya untuk memenuhi semua vitamin dan mineral yang diperlukan setiap hari, ternyata makanan yang diambil adalah kekurangan zat.
Kenapa anda mesti pilih SHAKLEE sebagai supplement tambahan anda??
Jawapannya kerana SHAKLEE merupakan Produk Pertama yang lengkap mengandungi semua keperluan tubuh badan anda untuk kesihatan dan juga kecantikan.


Khamis, 20 Mac 2014

Rahsia Solat Berjemaah Melalui Teori Fizik

Rahsia Solat Berjemaah....



Seorang Professor Fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi 2 cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.


Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu, cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.


Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat 5 waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.


Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.


Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini, tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.




Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.


Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.


Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.


Timbul persoalan di fikiran Professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.


Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).


Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.




P/S/S: jom mulai hari ini kita pakat-pakat bersolat berjemaah dengan suami dan anak-anak kita.