Khamis, 8 Mac 2018

Promosi Mac 2018 YOUTH Shaklee Skincare Memang Berbaloi!! Wajib Dapatkan

Sana sini asyik citer pasal YOUTH. Laku keras betul Youthskincare ni.

Hari ni je berpusu-pusu order masuk. Almaklumlah produk satu-satunya Skincare yang ada selamat, berkesan dan ada ujian klinikal bukan pada haiwan tapi pada wanita yang mempunyai kulit muka yang bermasalah!! :-)

Teruja dengan keberkesannnya ibarat kata kawan Kak Tun "beli kete Vios tapi hasilnya dapat kete Lamborgini"

Rugi wei tak grab peluang yang ada!!
Memamg berbaloi penjimatan berganda tau! Lagi-lagi kalau daftar jadi ahli..

Nak tahu keistimewaam yang korang boleh dapat?

🌹Free ahli
🌹Free postage
🌹Cash bonus bulan depan
🌹Free Radiance C and E yang berharga 400/-
🌹Free Bag YOUTH yang bernilai RM50/-
🌹Free mirror yang boleh nampak clear tahap muka memasing macam mana..

Banyaknya FREE ni !

Suka tak?
Teruja tak?




RABIATUL
0125584478
COD Bandar Country Homes, Rawang
COD KLCC, JALAN TAR KL

Isnin, 26 Februari 2018

Kesuburan: Punca Masalah Ketidaksuburan Bagi Lelaki

LELAKI MANDUL?

KETAHUI MASALAH KETIDAKSUBURAN BAGI LELAKI



Kesedaran mengenai masalah ketidaksuburan  dan rawatan bagi masalah ini masih lagi rendah dikalangan masyarakat di Malaysia. 

Isu ketidaksuburan berlaku kepada hampir 20% pasangan dan daripada jumlah tersebut sebanyak 30%-40% ketidaksuburan berpunca daripada LELAKI.

Tiada tanda yang boleh menunjukkan seseorang itu mengalami masalah ketidaksuburan melainkan mereka menjalani ujian klinikal.

Lazimnya lelaki yang mengalami tidak subur dikesan melalui 3 faktor iaitu HORMON, SPERMA dan ALAT SULIT.

Penyebab masalah kesuburan seperti
🚫Pra-testikular iaitu hormon terganggu boleh mengakibatkan testis tidak terangsang dan bermasalah untuk menghasilkan sperma yang berkualiti

🚫Testikular iaitu sperma yang sihat TETAPI tidak dapat dihasilkan berpunca dari sel yang rosak.

🚫Post testikular iaitu gagal berejakulasi walaupun berupaya menghasilkan sperma yang normal

Sperma lelaki ni begitu sensitif. Sperma boleh berpotensi untuk dipengaruhi oleh faktor persekitaran.

Antara Punca Sperma Tidak Subur 
◾Terdedah pada suhu / cuaca yang panas
◾Bahan kimia yang mempunyai kadar toksik yang tinggi
◾Bahan toksik seperti racun serangga
◾Pengambilan alkohol yang berlebihan
◾Aktiviti menunggang basikal
◾Duduk diatas kerusi dalam tempoh yang lama
◾Memakai seluar dalam yang ketat
◾Tabiat merokok
◾Pengambilan dadah
◾Pencemaran udara
◾Hadapi penyakit Klineelters syndrome (kelainan pada alat kelamin)
◾Penyakit kronik
◾Mengalami jangkitan kuman dan penyakit kelamin
◾Akibat dari penyakit varicoles atau hernia
◾Menghadapi masalah pada skorotum, bahagian yang menghasilkan air mani
◾Kecacatan semasa kecil
◾Masalah peribadi
◾Banyak mengambil ubat ubatan

Jadinya sang suami jika anda dah mendirikan rumah tangga selama 2 - 3 tahun, tapi belum lagi dikurniakan zuriat, bukalah minda anda dan pergilah berjumpa dengan doktor pakar untuk jalani rawatan susulan. Jangan anggap isteri je boleh mandul, lelaki juga ada yang mandul tau!! 


#infokesuburan
#bicarakaktun




Jumaat, 23 Februari 2018

INFO KESUBURAN: Awas!! 9 Tanda Ini Menunjukkan Lelaki Dan Wanita Tidak Subur

Suburkah pasangan anda?
Soalah pertama yang bermain di fikiran anda jika korang belum lagi dikurniakan cahaya mata setelah berkahwin selama 2tahun?
Bab subur ni bukan hanya pada perempuan sahaja tau, malah kaum suami pun wajib melakukan pemeriksaan bersama.

Mari kita lihat tanda-tanda amaran yang menunjukkan korang suami isteri berkemungkinan tidak subur.

1. Tidak datang haid atau haid yang tidak tetap
Haid yang tidak tetap atau tidak langsung datang adalah tanda jelas masalah dalam penghasilan telur. Ini bermakna seseorang wanita tersebut mengalami masalah ketidakseimbangan hormon

2. Hilang nafsu dan daya fungsi seksual
Jika seseorang lelaki sukar untuk berejakulasi, atau mengalami ejakulasi yang menyakitksn, hilang nafsu seks, susah untuk mengekalkan ereksi atau ada benjolan di buah zakar besar kemungkinan mempunyai masalah kesuburan.

3. Datang haid yang banyak dan senggugut yang menyakitkan
Hampir 5-10% wanita yang tidak subur mengalami haid yang terlalu banyak, berkemungkinan mempunyai masalah fibroid rahim.

Manakala masalah senggugut yang menyakitkan pula mungkin petanda penyakit endometriosis yang boleh mengakibatkan ketidaksuburan.

4. Gangguan Penglihatan
Sekiranya anda mengalami masalah haid yang tidak teratur diikuti dengan masalah gangguan penglihatan kemungkinan anda menghidap Prolaktinoma. 

Prolaktinoma ini adalah sejenis tumor bukan kanser dibahagian kalenjar pituitari yang mampu menjejaskan kesuburan.

5. Rambut berlebihan
Jika anda mempunyai masalah rambut atau bulu yang berlebihan itu salah satu tanda anda mengidap sindrom ovarium polikistik (PCOS). PCOS antara punca masalah ketidaksuburan.

6. Masalah berat badan yang berlebihan
Menurut Center for Disease Control hampir 45% wanita tidak boleh hamil kerana masalah berat badan yang berlebihan atau obesiti.

7. Masalah Tiroid
Masalah tiroid juga mampu menjejaskan ovulasi seseorang wanita. Menurut kajian The Obstetrician & Gynaecologist, hasil kajian mendapati hampir 2.3% wanita tidak dapat hamil kerana menghidap hiperaktif tiroid.

8. Hubungan intim yang menyakitkan
Kesakitan ketika melakukan hubungan intim juga petanda anda kurang hormon estrogen, bila anda kekurangan hormon estrogen bermakna anda menghampiri kearah menopaus. 

9. Kurang vitamin D
Secara umumnya vitamin D ni untuk kesihatan tulang, jantung dan sistem imun badan. Ia juga membantu lelaki dan wanita dalam hal kesuburan. Namun ada kajian yang dilakukan, hampir 41.6% pasangan yang kekurangan vitamin D sukar untuk hamil.

Sumber : Fox News


Rabiatul
0125584478
Founder Anggun Legacy

Khamis, 22 Februari 2018

Inginkan Zuriat? Jangan Malu Untuk Dapatkan Rawatan

Isu ANAK ni sememangnya SENSITIF.Setiap pasangan yang berkahwin mesti inginkan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri hidup rumah tangga, maybe cepat atau lambat sikit untuk dapatkannya..



Sebagai wanita selagi kita belum lagi menopause, selagi itu kita berpeluang untuk mengandung tau! Yang penting kita berusaha,  ikhtiar dan berdoa pada Allah.

Lagi  satu jika dah 2-3 tahun mencuba masih lagi belum dikurniakan cahaya mata, nasihat Kak Tun pergilah berjumpa dengan pakar OnG. Bukan doktor kat klinik biasa tu, tapi doktor pakar dalam perbidanan. 

Cuba dapatkan rawatan dari doktor pakar untuk ketahui masalah yang dihadapi. 

Bab anak ni jangan salahkan si isteri je tau, No! No!.. Jangan terus tunding jari kata sang isteri mandul..
Siapa kata lelaki tak boleh mandul? Lelaki pun boleh mandul tau!

Turunkan ego kalian, jangan ingat lelaki yang mempunyai badan yang sasa dan berketul-ketul tu tiada masalah dalaman tau! 
Jangan ingat lelaki yang lembut tu tak mampu berikan zuriat..

Masalah dalaman ni hanya doktor pakar je yang boleh tahu sama ada anda ada masalah atau pun tidak.
Si suami pun perlu mendapatkan rawatan  juga. Perlulah ada sikap tolak ansur diantara satu sama lain ye..

Dah jangan sedih-sedih ye.. berbincanglah dengan pasangan masing-masing untuk mencari penyelesaian yang terbaik untuk family anda.. (sang suami jangan ingat belum dikurniakan anak sebagai alasan nak kawin lagi pula)..

Kak Tun faham perasaan anda, sebabnya Kak Tun pun pernah alami juga 6tahun penantian tau!

Selagi boleh ikhtiar kita berusaha, Allah nak menduga kita dan pasangan dengan memberi ujian anak, bila kita dah berjaya melepasi ujian tersebut inshaallah Allah akan beri ganjaran setimpal dengan pengorbanan kita..


RABIATUL
0125584478
Founder Anggun Legacy

Ahad, 21 Januari 2018

YOUTH SHAKLEE SKIN CARE- Set Penjagaan Muka Semulajadi Dan Selamat

PART 1

TESTING!
TESTING!



Set Penjagaan Muka terbaru dari Shaklee - YOUTH akan berada di pasaran Malaysia tak lama lagi uolls!!

Tak sabar rasanya nak mencuba set skin care YOUTH ni sendiri..

Kali ni set skin care YOUTH ni memang berbeza daripada produk lain yang ada dipasaran, perubahan pada kulit wajah seawal 24jam penggunaannya!! 

SELAMAT ke?

Kalau dah Shaklee, mestilah semulajadi, selamat & berkesan...

Tahu tak? 
Shaklee mengambil masa 8 tahun untuk buat kajian terhadap produk ni..

Apa?
8 TAHUN tau!! 

Bayangkan, berapa banyak Shaklee dah laburkan demi menjalankan kajian mengenai produk ni..

Bukan sebarang produk yang Shaklee keluarkan!!

Kena start menabung dari sekarang! Kak Tun pun tak nak lepaskan peluang untuk mencuba YOUTH ni!!

Siapa yang tak nak kulit cantik dan muda kembalikan! :-)

Testimoni Pengguna
Menggunakan YOUTH seawal 7 hari dah nampak hasilnya.



Video Set Skin Care YOUTH 

http://shaklee-corporation.23video.com/introducing-youth-skincare

Teruja tak?
Tunggu....

Start menabung dari sekarang..

Rabiatul
0125584478

Pengedar Shaklee Rawang
(Cod: Bandar Country Homes)
Pengedar Shaklee Jalan TAR / KLCC
Pengedar Shaklee Selayang

Selasa, 21 November 2017

Perut Buncit: Anda Sedang Bahagia Atau Menanggung Derita

PERUT BUNCIT?



Kenapa makin ramai masyarakat kita mengalami perut buncit? Ada orang kata kalau suami kita sebelum kawin perut dia flat, lepas kawin perut terus membuncit dari tahun ke tahun, maknanya suami sedang bahagia? Betul ke?

Kalau bahagia alhamdulillah, tapi membuncit tu jangan sampai penyakit pun sama datang bersama lagi bahaya..

Perut buncit ni tak semestinya pada lelaki je tau, perempuan pun ada juga yang mengalaminya, Ha! Jangan tak tau!

Sebenarnya bila mengalami masalah perut buncit ni, sedikit sebanyak tahap keyakinan diri kita akan menurun.. Yerlah kalau beli baju dah nak kena cari baju yang besar yang boleh cover perut kita tu, kiranya susah juga kalau nak mengikut berfesyen terkini. 

Bukan itu aje, bila berhadapan dengan orang ramai, kita mesti terasa rendah diri sangatkan!

Sebenarnya apakah faktor yang boleh menyebabkan perut kita menjadi buncit?

Pakar kesihatan juga turut menjelaskam bahawa banyak faktor yang boleh menyebabkan perut menjadi buncit.

Antaranya:
~Faktor keturunan yang diwarisi daripada orang tua
~Faktor penuaan
~Faktor penjagaan makanan harian
~Faktor disiplin ketika menjamah makanan.
~Faktor psikologi seseorang serperti selalu stress dan tertekan 
~Faktor sistem penghadaman.

Kenapa faktor STRESS seringkali dikaitkan dengan PERUT BUNCIT?


Jika kita stress, ia mampu menganggu aktiviti semulajadi tubuh badan kita. Stress boleh menyebabkan rasa kenyang dan menimbulkan masalah keupayaan tubuh menyimpan lemak.

Inilah yang mengakibatkan perut kita kelihatan lebih mengembang daripada saiz yang sepatutnya. Untuk mengatasi masalah ni anda perlu belajar untuk lebih relaks dan bernafas secara perlahan.

Tau tak, golongan wanita kebiasaannya lebih mudah dilanda stress, jadinya mereka lebih cenderung memiliki lemak berlebihan di bahagian perut. 

Perubahan hormon juga terutama ketika menopous juga menyebabkan lemak menjadi tidak sekata yang boleh menyebabkan orang yang bertubuh kecil juga boleh mengalami perut buncit.

Menurut kata pakar kesihatan, faktor pemakanan seperti pengambilan karbohidrat secara berlebihan seperti nasi dan makanan berasaskan tepung seperti mi dan roti dalam kuantiti yang banyak. Akibatnya karbohidrat yang berlebihan akan disimpan dalam bentuk lemak terutamanya di perut, atau lebih tepat di rongga -rongga di antara organ dalam perut.

Tabiat suka tidur selepas makan juga boleh menyebabkan berlakunya masalah perut buncit kerana proses penghadamqn tidak dapat berfungsi dengan baik.

Penampakan lemak -lemak diperut juga menjadi petunjuk bahawa kurangnya aktiviti fizikal dan penurunan kadar metabolisma tubuh dalam diri seseorang.

Sebenarnya lemak yang menyebabkan perut buncit sebenarnya terdiri daripada dua jenis.

Pertama LEMAK SUBKUTANEUS iaitu lemak yang disimpan oleh tubuh dibawah kulit.

Kedua ialah LEMAK VISERAL iaitu lemak yang disimpan oleh tubuh di rongga perut dan mengelilingi organ-organ didalam perut. Lemak viseral yang berada di sekeliling perut adalah sumber asid lemak bebas yang terus masuk ke hati melalui vena portal.

Lemak VISERAL nyata lebih BERBAHAYA kerana lemak ini mempunyai kaitan antara metabolisma seperti pertahanan insulin, diabetes dan sistem peredaran darah.


Menurut pakar kesihatan lagi, semakin buncit perut seseorang, semakin tinggilah kemungkinan dia mengalami ketahanan insulin.

Keadaan ini jika dibiarkan dan tidak dikawal boleh menyebabkan penyakit mudah datang seperti sakit jantung, strok, diabetes dan mungkin lebih serius lagi adalah kanser.

Mana satu pilihan anda? Adakah 
Tepuk dada tanya hati..

"Berperut buncit atau berperut flat".


Rabiatul


Selasa, 14 November 2017

Atasi Masalah Katarak (Selaput Mata) Tanpa Menjalani Sebarang Pembedahan Yang Menyakitkan

Berdasarkan National Eye Survey 2014 Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sekurang - kurangnya 43,000 rakyat Malaysia menderita menghadapi masalah kurang penglihatan yang disebabkan oleh masalah katarak.

Satu lagi kajian membuktikan bahawa seramai 1.3 juta rakyat yang berumur lebih daripada 50 tahun pila dijangkakan akan menghadapi masalh katarak dalam masa lima hingga sepuluh tahun.

APA ITU KATARAK?

Katarak adalah kekeruhan pada kanta mata yang asalnya jernih. Ini boleh menyebabkan penglihatan kita menjadi kabur. Hasil kajian daripada National Eye Survey, katarak merupakan penyebab utama (58 peratus) kepada kebutaan di Malaysia.

Katarak ni lebih sinonim dikenali sebagai 'selaput' dalam kalangan masayarakt kita.

SIAPA YANG BOLEH MENGHADAPI MASALAH KATARAK?
Kebiasaannya masalah katarak berkait rapat dengan faktor umur yang semakin meningkat. Namun begitu masalah katarak boleh juga terjadi akibat daripada masalah diabetes, kerap terdedah kepada matahari secara berlebihan, perpkok, penggunaan ubat steriod secara berpanjangan, kecederaan atau kongenital (dari lahir).

APAKAH GEJALA KATARAK?
Selalunya pesakit akab mengagu penglihatan mereka semakin kabur, sukar untuk melihat imej yang kecil, kerap menukarkan penggunaan cermin mata, imej kelihatan bertindih, perubahan pada warna dan silau apabila terdedah cahaya terang.


RAWATAN MASALAH KETARAK
Rawatan terbaik bagi masalah katarak ini adalah melalui pembedahan. Pembedahan katarak ini akan dilakukan secara mikro surgeri oleh pakar bedah mata dengan penggunaan mesin ultra sound phacoemulsification. Kanta yang keruh akan dibuang dan akan digantikan dengan kanta tiruan.

Pembedahan ini akan dilakukan secara pembedahan harian, iaitu bius setempat dan hanya mengambil masa 15 hingga 30 minit sahaja.

KESAN JIKA MASALAH KATARAK DIBIARKAN
Masalah katarak jika dibiarkan boleh menyebabkan kebutaan jika tidak dirawat. Katarak boeh semakin menebal dan menyebabkan komplikasi seperti kenaikan tekanan mata dan keradangan. Mata akan menjadi merah, sakit dan akhirnya boleh membawa kepada masalah buta mata.

 Jika anda tidak mahu mengalami masalah katarak di usia yang tua, jagalah kesihatan mata anda dari sekarang dengan pengambilan sumber vitamin semulajadi yang boleh melindungi mata anda. Ini kerana, mata merupakan aset yang begitu bernilai yang ALLAH kurniakan kepada kita.

Jadinya marilah kita mengamalkan vitamin yang baik untuk mata kita seperti :

Vivix
Vivix berupaya mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular.
Melindungi dan membaiki selular DNA
Memberi impak positif kepada pengawalan genetik
menggalakkan biogenesis (pembentukan baru mitochondria)
melambatkan pembentukan protin AGE (Advanced Glycation End products.

Carotomax
Berfungsi sebagai antioksidan yang kuat, meneutralkan radikal bebas.
Ia memelihara lapisan luar kornea.
Ia menghasilkan "ungu visual"yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan di dalam gelap. Ia mempertingkatkan masalah penglihatan seperti  rabun malam, rabun dekat, presbyopic, astigmatism, xerophthalmiac (mata kering), kelesuan mata, glaucoma, katarak, floaters, eye bags dan gegelung hitam di mata.

Collagen Powder
Kornea mata dibina daripada kolagen. Kornea memerluka kolagen ianya membantu mengekalkan otot mata supaya tetap anjal.

Sustained Released Vitamin C 
Flavonoid membantu mnyingkirkan toksin kanta dan retina

Vitamin E 400IU
Antioksida yang kuat, menuetralkan radikal bebas. Ianya juga memperbaiki masalah oksidasi seperti katarak dan penglihatan mata.

Omega Guard
Menyuburkan mata. DHA yang terkandung didalam Omega merupakan nutrien utama untuk kesihatan retina mata.

ESP
Membaikpulih sel-sel mata

B Complex
Mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, mengingkatakn kualiti penglihatan.


YOUR TRUSTED SID
RABIATUL
012-5584478

COD: BANDAR COUNTRY HOMES, RAWANG
SELAYANG, JALAN TAR / KLCC