Jumaat, 4 Mei 2018

Tips Elak Rasa Lapar Dan Dahaga Ketika Berpuasa

Kurang dua minggu dari sekarang kita akan start berpuasa. Biasalah bila dah lama tak berpuasa, tiba-tiba nak kena puasa 30 hari pulak tu, mahunya perut kita terkejutkan!

Bagaimana kita nak elak daripada rasa lapar dan dahaga?

Saya akan kongsikan beberapa tips yang boleh diamalkan untuk elak rasa lapar dan dahaga semasa berpuasa.



Antara tips yang boleh kita amalkan seperti berikut:

1. Diwajibkan bersahur sebelum terbitnya Fajar. Seeloknya elakkan tidur yang berlebihan sehingga terlepas waktu sahur.

2. Elakkan minuman yang manis dan bergula kerana ianya akan membuat badan cepat berasa kehausan. 

Kalau nak kekal segar dan tak rasa dahaga boleh ambil PERFORMANCE DRINK..

3. Banyakkan minum air kosong atau air suam ketika malam sebelum bersahur dan waktu sahur.

4. Elakkan makanan ringan semasa sahur seperti mee segera (Maggi), snek ringan, fast food dan sebagainya kerana ia mengandungi terlalu banyak garam. 

Tahukah anda garam yang berlebihan akan menyebabkan badan  ternyah hidrat.

5. Digalakkan memakan makanan yang berkarbohidrat tinggi seperti nasi,roti, Oat, pengambilan protein seperti  ikan atau daging dan sayur kerana ianya berkalori lebih tinggi.

6. Di nasihatkan memakan 3 hingga 7 biji kurma kerana kurma lambat dicerna atau dihadam. Kajian  juga membuktikan bahawa kurma dapat menahan lapar di bulan Puasa. 

Kalau tak boleh nak telan kurma yang banyak, boleh blend kurma dengan susu segar ataupun ESP..sedap beb!! Pasti jatuh cinta.

7. Elakkan terlalu banyak tidur pada bulan puasa kerana anda akan lebih cepat berasa lapar dan  dahaga.

8. Elakkan minuman berkafien tinggi seperti teh dan kopi kerana ianya akan menyebabkan lebih  mudah ternyah hidrat. Kalau anda penggemar teh atau kafein, boleh cuba Cinch Energy Tea Mi.

Jom kita amalkan, supaya puasa kali ni kita dapat banyak keberkatan dari Allah swt..

SELAMAT BERPUASA
dan 
AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN.

NUKILAN
Rabiatul
0125584478

PENGEDAR SHAKLEE RAWANG
PENGEDAR SHAKLEE JALAN TAR / KLCC
PENGEDAR SHAKLEE SELAYANG

Selasa, 13 Mac 2018

Tips Kesuburan: 8 Sebab Kenapa Wanita Tidak Subur

Faktor kesuburan merupakan perkara yang paling ditakuti oleh wanita yang bergelar isteri. Bayangkan jika wanita yang sudah berkahwin tetapi belum lagi dikurniakan zuriat, perkataan pertama yang terkeluar daripada mulut masyarakat sekeliling adalah "eh awak mandul ye"..
"dia mandullah tu sebab tak boleh mengandung".. 

Apa perasaan anda jika di labelkan seperti itu? 
Malu..
Stress..
Semangat down..



Tahu tak ada beberapa masalah kesihatan yang tanpa disedari oleh kaum wanita yang boleh menjadi punca kenapa seseorang wanita itu susah untuk hamil.

Antara punca penyebab ketidaksuburan  seperti
OVULASI, SALURAN PERANAKAN dan RAHIM

Berikut adalah beberapa faktor yang menjadi punca kepada masalah ketidaksuburan dikalangan wanita:-

1.MASALAH PADA OVARI
Masalah dengan ovulasi antara sebab utama yang selalu dihadapi oleh kaum wanita. Dianggarkan 25% - 30% masalah pada ovari menjadi penyebab kepada kemandulan wanita.

Setiap bulan kitaran ovulasi yang normal semasa waktu reproduktif wanita, ovari wanita akan melepaskan telur atau ovum yang matang.
Bila terjadinya "Anovulation" iaitu suatu keadaan di mana ovari tidak dapat melepaskan telur yang matang setiap bulan. Jadinya jika tiada telur yang matang yang tersedia untuk sperma, maka seseorang wanita itu tidak boleh hamil dengan sendirinya.
Ada juga sesetengah kes anovulasi, ovari tidak mengeluarkan telur matang yang normal. (Sebenarnya telur matang ni ada saiz pengiraannya tau) . Ovulasi tidak akan terjadi jika telur tidak matang dan peluang untuk persenyawaan amatlah tipis sekali

2.HALANGAN DARIPADA TIUB FALLOPIO
Tiub fallopio merupakan organ dalaman wanita yang berfungsi menghubungkan antara ovari dan rahim, yang mana telur wanita akan melalui saluran sepanjang kira-kira 10cm. Tiub yang tidak berfungsi dengan baik atau tiub yang dihalang akan mengurangkan kemungkinan sperma untuk sampai ke telur, sehingga menyebabkan berlaku kegagalan persenyawaan. 

Selain itu jangkitan daripada alat kelamin boleh menyebabkan radang pada tiub fallopio dan ini akan menyebabkan kerosakan pada tiub. Antara faktor lain yang menyebabksm kerosakan pada tiub fallopio seperti pernah mengalami kehamilan ektopik atau kehamilan luar rahim, kehadiran parut yang disebabkan oleh pembedahan dan pertumbuhan spontan sel-sel lapisan rahim di luar rahim yang dikenali sebagai endometriosis.

3. POLYCYSTIC OVARIAN SINDROM  (Pcos)
Masalah PCOS juga begitu popular dan kerap terjadi dikalangan wanita moden diera ini. PCOS ini terjadi akibat ketidakseimbangan hormon di dalam badan dimana kilang telur pesakit menghadapi tahap hormon lelaki yang tinggi dan boleh menggangu ovulasi. Ini boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur dan darah haid yang berlebihan.

Dalam kes yang lebih teruk, wanita yang mempunyai PCOS mungkin mempunyai kesukaran mengawal berat badan dan pertumbuhan jerawat dan rambut atau bulu di badan yang berlebihan. 

PCOS ini jika tidak dirawat boleh menyebabkan kemandulan.

4. ENDOMETRIOSIS
Endometriosis terjadi apabila sel-sel yang biasanya tumbuh di rongga rahim berkembang  di kawasan-kawasan di luar rahim, terutamanya dalam ovari, tiub fallopio dan rongga pelvis. Ini akan membawa kepada keradangan yang boleh menyebabkan kemandulan akibat daripada kerosakan yang berlebihan dan parut ke ovari dan juga halangan tiub yang boleh merosakkan saluran peranakan dan juga kilang telur.

5. RAHIM TIDAK NORMAL
Sperma mungkin gagal mencapai telur jika parut yang disebabkan oleh pembedahan, kesumbatan atau keradangan, menghalang sperma memasuki melalui servik. 

Ini termasuk dengan kehadiran FIBROID yang melibatkan lapisan dalam rahim serta polip boleh menjadi punca kepada masalah ketidaksuburan yang berterusan atau mengalami keguguran.

6. KECACATAN SISTEM PEMBIAKAN
Dalam kes yang jarang berlaku, kesukaran kehamilan yang disebabkan oleh masalah kongenital dengan sistem pembiakan boleh menjejaskan bentuk dan saiz rahim, tiub fallopio, vagina dan gabungan semuanya.

7. FAKTOR UMUR
Faktor umur juga merupakan salaj satu punca ketidaksuburan bagi wanita. Peluang untuk hamil semakin tipis dan rendah jika semakin lewat umur kita.

8. GANGGUAN SISTEM IMUNISASI
Mempunyai tahap sistem imunisasi yang rendah juga merupakan salah satu faktor yang boleh mengakibatkan ketidaksuburan. 


Kekurangan nutrisi dalam tubuh badan kita menyebabkan sistem imun badan kita terganggu. Bila sistem imun badan menghadapi masalah, ia boleh mengganggap telur atau sperma sebagai "benda asing" dan akan menyerang telur atau sperma tersebut yang dianggap sebagai "penceroboh".

Sebaiknya, jika kita merasakan sesuatu yang kurang dalam diri kita,
jangan malu dan segan untuk kita pergi berjumpa dengan pakar perbidanan untuk mengetahui masalah sebenar yang bakal kita hadapi. Jangan kita biarkan masalah yang kita alami ini begitu saja..
Jika anda sayangkan diri sendiri laburkanlah sedikit wang untuk berjumpa dengan pakar perbidanan.

Setiap penyakit ada ubat dan rawatannya.. Mencegah lebih baik daripada mengubati.

Rabiatul
Founder Anggun Legacy

Khamis, 8 Mac 2018

Promosi Mac 2018 YOUTH Shaklee Skincare Memang Berbaloi!! Wajib Dapatkan

Sana sini asyik citer pasal YOUTH. Laku keras betul Youthskincare ni.

Hari ni je berpusu-pusu order masuk. Almaklumlah produk satu-satunya Skincare yang ada selamat, berkesan dan ada ujian klinikal bukan pada haiwan tapi pada wanita yang mempunyai kulit muka yang bermasalah!! :-)

Teruja dengan keberkesannnya ibarat kata kawan Kak Tun "beli kete Vios tapi hasilnya dapat kete Lamborgini"

Rugi wei tak grab peluang yang ada!!
Memamg berbaloi penjimatan berganda tau! Lagi-lagi kalau daftar jadi ahli..

Nak tahu keistimewaam yang korang boleh dapat?

🌹Free ahli
🌹Free postage
🌹Cash bonus bulan depan
🌹Free Radiance C and E yang berharga 400/-
🌹Free Bag YOUTH yang bernilai RM50/-
🌹Free mirror yang boleh nampak clear tahap muka memasing macam mana..

Banyaknya FREE ni !

Suka tak?
Teruja tak?




RABIATUL
0125584478
COD Bandar Country Homes, Rawang
COD KLCC, JALAN TAR KL

Isnin, 26 Februari 2018

Kesuburan: Punca Masalah Ketidaksuburan Bagi Lelaki

LELAKI MANDUL?

KETAHUI MASALAH KETIDAKSUBURAN BAGI LELAKI



Kesedaran mengenai masalah ketidaksuburan  dan rawatan bagi masalah ini masih lagi rendah dikalangan masyarakat di Malaysia. 

Isu ketidaksuburan berlaku kepada hampir 20% pasangan dan daripada jumlah tersebut sebanyak 30%-40% ketidaksuburan berpunca daripada LELAKI.

Tiada tanda yang boleh menunjukkan seseorang itu mengalami masalah ketidaksuburan melainkan mereka menjalani ujian klinikal.

Lazimnya lelaki yang mengalami tidak subur dikesan melalui 3 faktor iaitu HORMON, SPERMA dan ALAT SULIT.

Penyebab masalah kesuburan seperti
🚫Pra-testikular iaitu hormon terganggu boleh mengakibatkan testis tidak terangsang dan bermasalah untuk menghasilkan sperma yang berkualiti

🚫Testikular iaitu sperma yang sihat TETAPI tidak dapat dihasilkan berpunca dari sel yang rosak.

🚫Post testikular iaitu gagal berejakulasi walaupun berupaya menghasilkan sperma yang normal

Sperma lelaki ni begitu sensitif. Sperma boleh berpotensi untuk dipengaruhi oleh faktor persekitaran.

Antara Punca Sperma Tidak Subur 
◾Terdedah pada suhu / cuaca yang panas
◾Bahan kimia yang mempunyai kadar toksik yang tinggi
◾Bahan toksik seperti racun serangga
◾Pengambilan alkohol yang berlebihan
◾Aktiviti menunggang basikal
◾Duduk diatas kerusi dalam tempoh yang lama
◾Memakai seluar dalam yang ketat
◾Tabiat merokok
◾Pengambilan dadah
◾Pencemaran udara
◾Hadapi penyakit Klineelters syndrome (kelainan pada alat kelamin)
◾Penyakit kronik
◾Mengalami jangkitan kuman dan penyakit kelamin
◾Akibat dari penyakit varicoles atau hernia
◾Menghadapi masalah pada skorotum, bahagian yang menghasilkan air mani
◾Kecacatan semasa kecil
◾Masalah peribadi
◾Banyak mengambil ubat ubatan

Jadinya sang suami jika anda dah mendirikan rumah tangga selama 2 - 3 tahun, tapi belum lagi dikurniakan zuriat, bukalah minda anda dan pergilah berjumpa dengan doktor pakar untuk jalani rawatan susulan. Jangan anggap isteri je boleh mandul, lelaki juga ada yang mandul tau!! 


#infokesuburan
#bicarakaktun




Jumaat, 23 Februari 2018

INFO KESUBURAN: Awas!! 9 Tanda Ini Menunjukkan Lelaki Dan Wanita Tidak Subur

Suburkah pasangan anda?
Soalah pertama yang bermain di fikiran anda jika korang belum lagi dikurniakan cahaya mata setelah berkahwin selama 2tahun?
Bab subur ni bukan hanya pada perempuan sahaja tau, malah kaum suami pun wajib melakukan pemeriksaan bersama.

Mari kita lihat tanda-tanda amaran yang menunjukkan korang suami isteri berkemungkinan tidak subur.

1. Tidak datang haid atau haid yang tidak tetap
Haid yang tidak tetap atau tidak langsung datang adalah tanda jelas masalah dalam penghasilan telur. Ini bermakna seseorang wanita tersebut mengalami masalah ketidakseimbangan hormon

2. Hilang nafsu dan daya fungsi seksual
Jika seseorang lelaki sukar untuk berejakulasi, atau mengalami ejakulasi yang menyakitksn, hilang nafsu seks, susah untuk mengekalkan ereksi atau ada benjolan di buah zakar besar kemungkinan mempunyai masalah kesuburan.

3. Datang haid yang banyak dan senggugut yang menyakitkan
Hampir 5-10% wanita yang tidak subur mengalami haid yang terlalu banyak, berkemungkinan mempunyai masalah fibroid rahim.

Manakala masalah senggugut yang menyakitkan pula mungkin petanda penyakit endometriosis yang boleh mengakibatkan ketidaksuburan.

4. Gangguan Penglihatan
Sekiranya anda mengalami masalah haid yang tidak teratur diikuti dengan masalah gangguan penglihatan kemungkinan anda menghidap Prolaktinoma. 

Prolaktinoma ini adalah sejenis tumor bukan kanser dibahagian kalenjar pituitari yang mampu menjejaskan kesuburan.

5. Rambut berlebihan
Jika anda mempunyai masalah rambut atau bulu yang berlebihan itu salah satu tanda anda mengidap sindrom ovarium polikistik (PCOS). PCOS antara punca masalah ketidaksuburan.

6. Masalah berat badan yang berlebihan
Menurut Center for Disease Control hampir 45% wanita tidak boleh hamil kerana masalah berat badan yang berlebihan atau obesiti.

7. Masalah Tiroid
Masalah tiroid juga mampu menjejaskan ovulasi seseorang wanita. Menurut kajian The Obstetrician & Gynaecologist, hasil kajian mendapati hampir 2.3% wanita tidak dapat hamil kerana menghidap hiperaktif tiroid.

8. Hubungan intim yang menyakitkan
Kesakitan ketika melakukan hubungan intim juga petanda anda kurang hormon estrogen, bila anda kekurangan hormon estrogen bermakna anda menghampiri kearah menopaus. 

9. Kurang vitamin D
Secara umumnya vitamin D ni untuk kesihatan tulang, jantung dan sistem imun badan. Ia juga membantu lelaki dan wanita dalam hal kesuburan. Namun ada kajian yang dilakukan, hampir 41.6% pasangan yang kekurangan vitamin D sukar untuk hamil.

Sumber : Fox News


Rabiatul
0125584478
Founder Anggun Legacy

Khamis, 22 Februari 2018

Inginkan Zuriat? Jangan Malu Untuk Dapatkan Rawatan

Isu ANAK ni sememangnya SENSITIF.Setiap pasangan yang berkahwin mesti inginkan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri hidup rumah tangga, maybe cepat atau lambat sikit untuk dapatkannya..



Sebagai wanita selagi kita belum lagi menopause, selagi itu kita berpeluang untuk mengandung tau! Yang penting kita berusaha,  ikhtiar dan berdoa pada Allah.

Lagi  satu jika dah 2-3 tahun mencuba masih lagi belum dikurniakan cahaya mata, nasihat Kak Tun pergilah berjumpa dengan pakar OnG. Bukan doktor kat klinik biasa tu, tapi doktor pakar dalam perbidanan. 

Cuba dapatkan rawatan dari doktor pakar untuk ketahui masalah yang dihadapi. 

Bab anak ni jangan salahkan si isteri je tau, No! No!.. Jangan terus tunding jari kata sang isteri mandul..
Siapa kata lelaki tak boleh mandul? Lelaki pun boleh mandul tau!

Turunkan ego kalian, jangan ingat lelaki yang mempunyai badan yang sasa dan berketul-ketul tu tiada masalah dalaman tau! 
Jangan ingat lelaki yang lembut tu tak mampu berikan zuriat..

Masalah dalaman ni hanya doktor pakar je yang boleh tahu sama ada anda ada masalah atau pun tidak.
Si suami pun perlu mendapatkan rawatan  juga. Perlulah ada sikap tolak ansur diantara satu sama lain ye..

Dah jangan sedih-sedih ye.. berbincanglah dengan pasangan masing-masing untuk mencari penyelesaian yang terbaik untuk family anda.. (sang suami jangan ingat belum dikurniakan anak sebagai alasan nak kawin lagi pula)..

Kak Tun faham perasaan anda, sebabnya Kak Tun pun pernah alami juga 6tahun penantian tau!

Selagi boleh ikhtiar kita berusaha, Allah nak menduga kita dan pasangan dengan memberi ujian anak, bila kita dah berjaya melepasi ujian tersebut inshaallah Allah akan beri ganjaran setimpal dengan pengorbanan kita..


RABIATUL
0125584478
Founder Anggun Legacy

Ahad, 21 Januari 2018

YOUTH SHAKLEE SKIN CARE- Set Penjagaan Muka Semulajadi Dan Selamat

PART 1

TESTING!
TESTING!



Set Penjagaan Muka terbaru dari Shaklee - YOUTH akan berada di pasaran Malaysia tak lama lagi uolls!!

Tak sabar rasanya nak mencuba set skin care YOUTH ni sendiri..

Kali ni set skin care YOUTH ni memang berbeza daripada produk lain yang ada dipasaran, perubahan pada kulit wajah seawal 24jam penggunaannya!! 

SELAMAT ke?

Kalau dah Shaklee, mestilah semulajadi, selamat & berkesan...

Tahu tak? 
Shaklee mengambil masa 8 tahun untuk buat kajian terhadap produk ni..

Apa?
8 TAHUN tau!! 

Bayangkan, berapa banyak Shaklee dah laburkan demi menjalankan kajian mengenai produk ni..

Bukan sebarang produk yang Shaklee keluarkan!!

Kena start menabung dari sekarang! Kak Tun pun tak nak lepaskan peluang untuk mencuba YOUTH ni!!

Siapa yang tak nak kulit cantik dan muda kembalikan! :-)

Testimoni Pengguna
Menggunakan YOUTH seawal 7 hari dah nampak hasilnya.



Video Set Skin Care YOUTH 

http://shaklee-corporation.23video.com/introducing-youth-skincare

Teruja tak?
Tunggu....

Start menabung dari sekarang..

Rabiatul
0125584478

Pengedar Shaklee Rawang
(Cod: Bandar Country Homes)
Pengedar Shaklee Jalan TAR / KLCC
Pengedar Shaklee Selayang