Sabtu, 20 September 2014

Hari Ke2: Resepi Bagaimana Mendidik Anak Soleh

Disini saya nak berkongsi pengalaman saya dalam mendidik dan mengamalkan   10 resepi Anak Soleh dari Prof. Dr.Muhaya.

1.) Kirimkan/ Sedekahkan Al fatihah bila tiba-tiba teringatkan anak.

tips ni memang selalu saya amalkan setiap solat 5 waktu. Kepada ibu dan ayah semasa membaca surahAlFatihah, sampai ke ayat ke5 "Iyyakanakbudu Waiyyakanastain" yang bermaksud "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMu pohon pertolongan..." time ni korang berdoalah seketika, mintalah apa-apa hajat yang berhubung kait dengan anak kita..selepas tu teruskan bacaan sampai abis surah AlFatihah. Teruskan berdoa pada Allah semoga kita dikurniakan anak yg soleh, diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanfaat, dan selebihnya kita mestilah bergantung harap dan serahkan segala urusan anak kita kepada Allah SWT untuk menjaganya.amin..

2.)  Pandang Wajah Anak Semasa Tidur

Rasanya tips ni ramai ibu yang dah pernah lakukan pada anak.Seeloknya ketika anak tidur inilah waktu yang sesuai untuk kita pandang wajahnya sambil kita ucapkan apa yang kita harapkan pada anak kita.
Ayat yang selalu saya cakap dan ulang sentiasa pada anak saya " ibu harap haziq boleh jadi anak yang soleh, dengar cakap ibu ayah cikgu, jadi anak yang rajin solat, mengaji,baca buku, jadi anak yang pandai dan baik akhlaknya.
Sebenarnya semasa anak tidur bila kita berkata sesuatu dengannya rohnya akan mendengar apa yang kita cakapkan. Apa yang kita tuturkan adalah DOA dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

3.) Lakukan Solat Hajat Disisinya

Kalau kita yang jenis rajin bangun solat malam, sebaik-baiknya solatlah disisi anak kita. Maksudnya kita solat dalam bilik anak dan dekat dengannya. Dengan cara sebegini secara tersirat kita beritahu padanya yang kita sering berdoa untuk kesejahteraan dirinya. Dengan cara sebegini akan mengukuhkan lagi kasih sayang kita padanya.Inshaallah anak kita akan tahu yang kita sentiasa melakukan yang terbaik untuk dirinya.

4.) Minta Dikasihani

Sentiasa ucapkan bahawa kita ni bila-bila masa je Allah akan ambil nyawa kita. Saya selalu pesan pada anak saya "ibu nak haziq jadi anak yang soleh supaya dapat kita boleh masuk syurga dan jumpa Allah bersama".

5.) Peluklah Anak Selalu

Bab ni memang saya buat selalu...Saya amalkan waktu kejutkan anak bangun tidur, semasa hantar pergi tadika, semasa ambil dari tadika, semasa anak saya merajuk, menangis, dalam keadaan marah dam srmada nak tidur..pendek kata memang setiap masa lah..Tapi percayalah kalau anda amalkan masa dia tengah marah pujuk dan peluk, inshaallah hatinta tak akan keras..Saya dah amalkan sejak anak saya berumur setahun lagi..Memang ada kesannya.

6.) Sentiasa Meminta Maaf

Sentiasalah kita merendahkan ego kita untuk meminta maaf pada anak kita..Maafkan perbuatannya setiap masa walaupun kadang- kadang kita rasa geram sangat. Muhasabah diri kita, saya percaya apa yang dia buat hanyalah untuk dapatkan perhatian kita.Yerlah dah seharian dia tak berjumpa kita of courselah bila nampak kita dia nak perhatian kita pula.
Sebenarnya perbuatan memaafkan akan melembutkan hati anak kita dan dia akan mudah mendengar kata kita.inshaallah.

7.) Jaga Tutur Kata
Ha! bab ni memang penting dan perlu ambil berat.Sebagai ibu dan ayah kita perlu menjaga tutur kata kita, JANGAN sesekali kita ucapkan perkataan yang tidak elok dan melukakan hati anak. Memang kadang-kadang kita ada juga terlepas cakap tapi cepat- cepat kita beristighfar dan minta maaf dengan segera dengan anak kita.Alhamdulillah bila saya dah amalkan pada anak saya, bila saya terkuat volume suara haziq dengan cepat suruh saya minta maaf sebab dia kata nanti Allah tak sayang ibu..huhu.
Kalau kita tak nak anak kita ucapkan perkara yang tak elok mulai dari dia kecil kita kena kawal perkataan yang keluar dari mulut kita.

8.) Selalu Amalkan / Membaca Ayat 40 Surah Ibrahim

Ayat 40 surah Ibrahim ni memang saya selalu amalkan setiap kali lepas solat maghrib. Surah ni memohon supaya kita, anak dan zuriat keturunan kita termasuk dal golongan yang tetap mendirikan solat.

[Wahai Tuhanku!Jadikanlah Daku Orang Yang Mendirikan Solat dan Demikianlah juga Zuriat Keturunanku. Wahai Tuhan Kami Perkenankanlah Doa Permohonanku ] amin.

9.) Selalu Ingatkan Anak Supaya Menjadi Anak Yang Soleh.

Bukan senang nak mendidik anak untuk menjadi anak yang soleh, taat pada perintah Allah SWT. Tapi kita sebagai ibu bapa kena terapkan mengenai keagungan Allah, kenapa perlu menjadi anak soleh sejak dari kecil lagi. Ini kerana minda dan fikiran mereka mudah menerima apa yang kita ajarkan..bak kata pepatah meluntur buluh biarlah dari rebungnya.Waallahualam.

10.). Berzikir Ketika Menyediakan Makanan

Tak kiralah ketika basuh beras ke, sayur ke, kita berzikir dan niatkan " Ya Allah Lembutkanlah Hati Anak-Anakku..kalau boleh sebut nama anak kita..... Untuk Faham Agamanya", Sebagaimana Engkau Lembutkan Beras Menjadi Nasi"...

Kenapa kita perlu dia faham agama? kerana anak kita yang tak faham agama boleh membaw kita ke neraka.

Seeloknya basuh beras mrngikut arah lawan jam ( seperti orang bertawaf) sambil selawat kepada Nabi Muhammad SAW .

Semoga bermanfaat bagi kita semua..amin

Tiada ulasan: