Selasa, 23 September 2014

Hari ke 3:Tempat Makan Best Aroma Ikan Bakar

Lama dah dengar pasal Aroma Ikan bakar, Jeram, Selangor..Akhirnya sampai juga disini. Alhamdulillah,memandangkan ada famili yang nak membuat berhajat..semua terus jadi dan bergerak dengan famili..semua berkumpul kat  kawasan rawat dan rehat di kundang menggunakan lebuhraya Latar..keluar tol Ijok je semua terus arah menggunakan waze..habis ceruk kampung kami lalu sebab kalau ikut waze dia akan gunakan jalan pintas..

Dalam hampir sejam drive sampai ke destinasi yang dituju.. Kami sampai disana hampir pukul 6 petang, orang memang dah ramai..ape lagi kami round semua tempat duduk yang sesuai dan mempunyai pemandangan yang menarik .kat sini meja terdapat 3 kategori samada yang percuma atau dikenakan bayaran kalau duduk di dalam bamboo..perut pun dah lapar dek kerana perjalanan yang lama..next kami pergi tengok jenis seafood yang ada..memang terbaik dan banyak pilihan makanan laut..

Dah habis memilih, kami semua sambung berselfi..sedar2 makan dah sampai..cepat juga servisnya..
Selesai posing semua dah bersedia memulakan acara makan-makan seafood..Antara lauk yang ditempah adalah sup ayam untuk anak-anak, pari bakar, siakap masak stim, kerapu dan jenahak masak masam manis, pepahat masak pedas dan kerabu mangga..banyak juga..Bolehkah habis semua??

Rasa memang boleh tahan..habis makan semua bersandar di pondok bamboo..memang terbaik dan kalau ada rezeki boleh datang lagi..Jangan lupa cuba..


Sampai dah..tersergam papan tanda kedai..
 Papan tanda pun menarik..Jangan salah kedai..
 
Kalau nak pemandangan yang cantik dan romantik kena duduk di kawasan bamboo tetapi kena modal caj ye..Harga seperti di gambar.


Dua jejaka comel sedang berposing di bawah sinaran matahari
Selfie dulu di tepi pantai
 

Banyak pilihan seafood seperti ikan kembung, siakap, jenahak, terubuk, kerapu, senangin,pari, pepahat, sotong, udang, lala, pepahat, mengikut harga semasa dan dimasak mengikut selera kita..
Pemandangan matahari terbenam yang mendamaikan
Ahli keluarga yang turut serta..
Semua hidangan yang telah siap..pergh sungguh menggiurkan..
Habis licin..gambar tauke yang sudi belanja..
Terima kasih kepada adik dan famili yang sudi belanja..Moga terus sukses dan dimurahkan rezeki

Gambar Selfi bersama keluarga..

Tiada ulasan: