Selasa, 24 Oktober 2017

Pentingnya Protein Untuk Kecantikan Seseorang Wanita

Melalui satu kajian yang dilakukan oleh fitnessxwomen, mereka mempercayai bahawa pengambilan Protein bagi kaum wanita sangatlah diperlukan bukan sahaja untuk kesihatan malah untuk kecantikan juga.



Beberapa lagi kajian menunjukkan bahawa wanita lebih memerlukan protein untuk mencapai tahap kesihatan yang sama dengan lelaki.
Sesetengah pakar pemakanan menyarankan bahawa wanita perlu mempunyai sekurang-kurangnya 50 hingga 60gram protein setiap hari. 
Kenapa  pengambilan Protein penting dalam diet harian kita?

Sebenarnya pengambilan protein yang mencukupi dapat membantu membina dan membaiki otot atau tisu yang rosak. Protein juga berperanan menghasilkan enzin dan hormon, menyokong sistem imun badan dan mengekalkan tahap tenaga dan stamina yang tinggi.

Sebenarnya sumber protein dalam diet kita ni adalah daripada sumber berasaskan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Contohnya protein daripada haiwan adalah seperti daging, telur, ikan, ayam dan susu. Manakala protein daripada tumbuh tumbuhan pula daripada sumber sayue dan  kekacang seperti kacang soya, badam, gajus,brokoli, bayam, asparagus dan lain-lain.


Protein berasaskan haiwan


Protein berasaskan tumbuhan

So, apa kaitannya pengambilan protein dengan kecantikan wanita?



Berikut adalah 10 fakta mengapa protein sangat penting kepada wanita yang mementingkan KESIHATAN dan KECANTIKAN.

1. Membantu Mengekalkan Berat Badan Ideal
Melebihkan protein di dalam diet pemakanan kita dan mengurangkan pengambilan karbohidrat dapat membantu mengurangkan TISU LEMAK dalam tubuh. Jika kita mengamalkan secara berterusan mampu mengekalkan berat badan yang ideal. Jadinya para wanita yang nak kuruskan badan,make sure korang ambil lebih protein tau! 

2. Membantu Mengawal Lapar
Jika kita mengamalkan pengambilan sajian tinggi protein seawal pagi seperti salad dan yorgurt bersama-sama dengan buah-buahan segar akan mengaktifkan hormon untuk bertindak balas menyekat rasa lapar sepanjang hari.

3.  Membuat Anda Rasa Kenyang
Pengambilan makanan yang tinggi protein membantu kita mengawal selera dan memberi rasa kenyang yang lebih lama berbanding karbohidrat dan lemak.

4. Protein Membantu Membakar Lebih Banyak Kalori
Jika dibandingkan diet tinggi karbohidrat dengan diet tinggi protein ia akan mencetuskan "proses thermogenesis" yang lebih tinggi. Apa itu Proses Thermogenesis ni? Thermogenesis ini adalah proses di mana tubuh meningkatkan pengeluaran tenaga dan lebih protein akan memberi isyarat kepada tubuh untuk membakar lebih kalori sebelum, semasa dan selepas makan.

5. Penting Untuk Penjagaan Tulang
Jumlah protein dalam diet harian boleh memberi kesan kepada tahap KALSIUM dalam badan. 

Biar betul?

Tahu tak jika kita mengamalkan diet rendah protein, iakan memberi kesan kepada sistem pencernaan untuk menyerap kalsium dan secara tidak langsung keperluan kalsium dalam badan kita akan diperolehi daripada sistem rangka badan. Apabila ini berlaku, individu akan mengalami kehilangan kepadatan tulang. Sebab tulah wanita mudah mengalami masalah OSTEOPOROSIS.

Jadinya ibu hamil dan yang menyusukan anak, wajib melebihkan pengambilan protein dalam pemakanan mereka kerana mereka berkongsi zat  dengan bayi mereka.

6. Membantu Melawan Penuaan
Apabila wanita meningkat umur, mereka akan mudah kehilangan jisim otot melalui proses penuaan seseorang. Jadi untuk memastikan proses penuaan tidak mengganggu pertumbuhan otot, maka pengambilan protein yang betul sangatlah penting disamping melakukan senaman yang teratur.

7. Melindungi Diri Daripada Stress
Stress ni bukan sahaja memberi tekanan kepada mental malah stress juga membuatkan segaka sistem dalaman menjadi tidak menentu serta mampu merencatkan hormon kita. 

Apabila seseorang itu mengalami stress, hormon kortisol akan meningkat. Bila kortisol tinggi, pembinaan protein akan menurun dan asid amino akan diproses menjadi gula.

Jadi wanita sememangnya disarankan mengambil lebih protein daripada jumlah yang disarankan kerana ianya mampu mengembalikan dan memulihkan sistem tubuh badan.

8. Bagus Untuk Kesihatan Kulit
Kulit merupakan anggota badan yang paling terdedah kepada sinaran matahari serta sinaran uv yang boleh merosakkan kulit. Pemgambilan diet yang tinggi dengan asid amino serta penggunaan pelindung matahari yang bagus mampu melindungi serta mengurangkan kesan uv atau sunburn pada kulit wajah kita. Protein juga penting untuk proses regenerasi sel kulit agar ianya sentiasa kelihatan mulus, gebu, awey muda dan sentiasa tegang.

9. Bagus Untuk Rambut
Rambut merupakan mahkota bagi wanita. Jadinya jika korang inginkan rambut yang sihat dan lebat maka perlulah memgambil jumlah protein yang memcukupi. Dengan pengambilan protein yang mencukupi, masalah keguguran serta pertumbuhan rambut dapat diatasi. Jangan stress selalu tau!

10. Kerap Makan Makanan Yang Berunsurkan Protein
Ramai yang beranggapan untuk memiliki tubuh badan yang cantik dan mengiurkan perlu mengambil jumlah sayur sayuran yang banyak dan mengurangkan pengambilan protein dan karbohidrat. Jika anda berfikir begitu, anda SALAH
Ini kerana pengambilan jumlah protein yang mencukupi untuk tubuh badan kita melalui diet seimbang amatlah penting kerana protein mempunyai asid amino yang membantu tubuh badan kita dalam pertumbuhan otot, tulang sehinggalah ke rambut. Jadi janganlah korang menyekat atau menghadkan  hidangan yang mengandungi sumber Protein ni dalam menu pemakanan anda seharian.

Ha! Sekarang korang dah tahulah kan wanita sememangnya lebih memerlukan Protein berbanding lelaki. 

Jadi mulai daripada hari ni, jika anda seorang WANITA yang mementingkan KECANTIKAN, maka perbanyakkan jumlah protein dalam menu harian kita seharian. Ini kerana dengan pengambilan protein yang betul, secara tidak langsung akan membuatkan anda kelihatan cantik sentiasa dan dalam pada masa yang sama mampu meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan wanita. 

Untuk kelihatan Cantik sentiasa bijaklah memilih menu pemakanan anda! 

Kalau nak senang dan mudah untuk dapatkan sumber PROTEIN setiap hari, Kak Tun cadangkan korang amalkan aje ESP - Soy Protein Isolate Powder ni.

✔️Memberikan tenaga Berterusan, Berasaskan Protein Tumbuhan

✔️Shaklee ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder adalah makanan lazat yang kaya dengan kalsium dan protein.




YOUR TRUSTED SID
RABIATUL
012-5584478

COD: Bandar Country Homes,Selayang, Jalan TAR / KLCC

Tiada ulasan: