Memaparkan catatan dengan label B COMPLEX. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label B COMPLEX. Papar semua catatan

Rabu, 22 Februari 2017

Kriteria Pemilihan Produk Kecantikan

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..

Kak Tun percaya semua wanita, remaja malah lelaki sekalipun mengimpikan kulit wajah yang cantik, berseri tanpa sebarang masalah dan cela.

Zaman sekarang semuanya mahukan kulit wajah yang flawless tanpa sebarang masalah kerana ianya boleh meningkatkan taraf keyakinan diri.
Yerlah bila kulit bermasalah sedikit sebanyak tahap keyakinan diri menjadi rendah apabila berhadapan dengan orang ramai.



Hari ni Kak Tun nak kongsi kriteria pemilihan produk kecantikan:

📍Ketahui kandungan produk kecantikan dan adakah ia sesuai jenis kulit wajah anda. Baca label informasi dahulu mengenai bahan produk itu sebelum membelinya.  

📍Produk kecantikan wajah terbaik dihasilkan daripada bahan semula jadi. Jadi, carilah produk berasaskan bahan alami seperti lidah buaya dan vitamin E . 

 📍Sesuaikan produk kecantikan dengan masalah kulit yang sedang dialami. 

📍Jika anda mengalami kulit kering memerlukan formula yang dapat menggantikan minyak pada wajah, jadi produk mengandungi vitamin E dan lidah buaya, menjadi pilihan bagi kulit yang kering.

📍Bagi kulit berminyak biasanya akan berhadapan dengan masalah jerawat. Atasi minyak berlebih pada kulit wajah dengan menggunakan pembersih dan penyegar khusus kulit berminyak. Elak menggunakan pencuci muka jenis susu kerana akan meningkatkan penghasilan minyak pada lapisan dermis. 

📍 Bagi kulit kombinasi memang cukup sukar dijaga. Pilihlah produk kecantikan khusus kulit kombinasi dan seminggu sekali gunakan topeng wajah untuk menyerap minyak terutama di bahagian zon T (dahi, hidung dan dagu). 

 📍Elakkan memilih produk kecantikan yang menawarkan kesan baik dalam waktu singkat.

Tapikan anda jangan risau,  Shaklee juga ada mengeluarkan produk kecantikannya sendiri.Ianya bermula dengan penjagaan dalaman dan luaran yang lebih teliti. Pengambilan suplemen dan vitamin seperti B ComplexVitamin C, Vitamin E,kolagen dan ESP memang banyak membantu mencantikkan kulit dari dalam.





Walau bagaimanapun, penjagaan kulit dari luaran juga perlu dititik beratkan.

Shaklee mempunyai 3jenis rangkaian set kecantikan mengikut jenis kulit anda.

💖Set Penjagaan Kecantikan Nutriwhite 
Set kecantikan Nutriwhite ni sesuai untuk anda yang mempunyai kulit wajah yang normal tanpa sensiviti dan jerawat yang teruk.



💖Set Enfuselle Normal -Oil Skin
Set penjagaan kulit Enfuselle ini sesuai untuk anda yang mengalaedrddasxghjjiv cmi masalah kulit berminyak dan berjerawat.



💖Set Enfullese Normal -  Dry Skin
Set penjagaan kulit Enfullese ini pula sesusi untuk anda yang mempunyai masalah kulit yang berjerawat dan kering.



Apa Perbezaan Set Penjagaan Kulit Shaklee dengan produk dipasaran sekarang?

Set Penjagaan Kulit Shaklee:-

⏩Berasaskan nutrisi
⏩Terbukti secara klinikal
⏩Diuji oleh Pakar Dermatologi
⏩Mempunyai 7paten khas oleh Shaklee Corporation
⏩Tiada menimbulkan alahan atau alergi
⏩Tidak diuji pada binatang

Set Penjagaan Kulit Shaklee ini juga dirumus TANPA:-

⏩Parabens
⏩Natrium Lauril Sulfat /Natrium
⏩Propilena Glikol
⏩Penghasilan daripada haiwan atau produk sampingan daripada haiwan
⏩Minyak mineral /perolatum
⏩FD&C atau Pewarna
⏩Ftalat
⏩1,4 - Dioksana

Pesanan dari Kak Tun, sebelum membeli atau menggunakan sebarang produk penjagaan kulit, pastikan anda membaca dahulu dan meneliti isi kandungan yang tertera pada label, pastikan mempunyai sijil pengesahan dari KKM, berstatus Halal, dan menggunakan bahan semulajadi dan organik  untuk mendapatkan kesan yang lebih baik untuk jangka masa yang panjang.

Jangan mudah terpedaya dengan iklan yang menarik perhatian anda di media cetak mahupun elektronik kerana ianya bukanlah jaminan untuk anda dapatkan wajah yang diidamkan. Berhati-hati dalam memilih produk kecantikan agar tidak menyesal di kemudian hari.

Shaklee Distributor & Business Leader
RABIATUL 012-5584478

Pengedar Shaklee RAWANG
Pengedar Shaklee JALAN TAR/ KLCC
Pengedar Shaklee SELAYANG


Isnin, 6 Februari 2017

Masalah HB Rendah Dan Anemia Tiada Lagi


Ada masalah Anemia?
Ada masalah HB Rendah?

Tiga sekawan ni memang antara produk feveret Kak Tun..

Tiga sekawan? 😮

Tiga sekawan ni merupakan set basic untuk masalah HB Rendah atau Anemia. Ianya terdiri daripada Vitalea Vitamin C B Complex. Set ni memang tak dapat dipisahkan dengan Kak Tun.

Al kisahnya Kak Tun dulu ada masalah HB Rendah /Anemia masalah ala-ala Vertigo juga sejak dari zaman remaja lagi, tapi tak derlah sampai ke tahap kronik. Tapi bila penyakit tu menyerang aduhai memang surrender Kak Tun dibuatnya..memang badan jadi selemah-lemahnya. Yerlah kita ni jenis yang aktif dan lasak,tak boleh duduk diam, bila dah terkena Anemia ni tubuh badan pun jadi tak larat dan cepat letih.

Korang tahu tak Anemia tu penyakit ape?

😨Anemia ni terjadi apabila tubuh badan kita tidak dapat menghasilkan sel darah merah dan / hemoglobin dengan jumlah yang mencukupi yang dihasilkan oleh tulang sum sum. 

😨Ini akan mengurangkan keupayaan darah untuk memindahkan oksigen ke tisu atau boleh mengakibatkan fungsi tisu terganggu atau berkemungkinan tisu itu mati dan tidak berfungsi.

Gejala Anemia ni seperti:
📌Mudah letih bila melakukan aktiviti 
📌Nafas pendek
📌Pening atau pitam
📌Pucat
📌Kelesuan
📌Loya 
📌Tubuh a nak pengsan
📌Berpeluh-peluh

Tau tak punca Anemia ni boleh berlaku:
😨Tubuh badan kekurangan zat besi
😨Peningkatan keperluan zat besi dimana paras penyerapan zat besi kurang
😨Kurang vitamin B12
😨Kurang asid folik
😨Kehilangan banyak darah melebihi 500ml disebabkan kemalangan / semasa pembedahan
😨Kehilangan darah secara kronik ketika kedatangan haid
😨Kerosakan sum sum seperti kanser / penyakit sum sum
😨Thalasemia 

Alhamdulillah setelah hampir 3 tahun Kak Tun mengamalkan tiga sekawan ni secara konsisten, tiada lagi Anemia ni menyerang diri Kak Tun. Bacaan HB Kak Tun pun dah kembali normal. 

Nak tahu bagaimana tiga sekawan ni berfungsi  dalam tubuh badan kita?
Baca info ni ye..

🌼Fungsi B Complex🌼
📌Vitamin B12 dan folate amat penting dalam proses penghasilan sel darah merah dan hemoglobin
📌Kekurangan vitamin B boleh menyebabkan pembentukan sel darah merah terganggu
📌B Complex Shaklee lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B termasuklah B12 dan folate.

🌼Fungsi Vitalea🌼
📌Mengandungi zat besi yang membantu pembentukan sel darah merah dan menghasilkan sel darah yang sihat. 
📌Zat besi menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel.

🌼Fungsi Sustained Release Vitamin C 🌼
📌Vitamin C perlu untuk penyerapan zat besi dan vitamin B12.
📌Vitamin C juga membantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan pertahanan badan.
📌Dengan adanya Vitamin C dalam tubuh manusia kerja-kerja menyerap zat besi lebih efisyen lagi.

Jadinya bagi mereka yang mengalami masalah HB Rendah atau Anemia ni, Kak Tun syorkan amalkan tiga jenis vitamin ni secara konsisten, inshaallah tiada lagi penyakit HB Rendah Anemia mengganggu diri anda.

SHAKLEE DISTRIBUTOR & BUSINESS LEADER
Rabiatul 012-5584478

COD Rawang
COD JALAN TAR /KLCC - hari bekerja
COD Selayang - hari minggu



Rabu, 14 Disember 2016

Kenapa Sayur Bukan Pengganti Vitamin?

Sayur oh sayur!!
Siapa yang suka makan sayur?
Kita segenglah..

Bagi je sayur, ulam semuanya Kak Tun makan.. Semuanya kena je selera Kak Tun. Salah satu sayur kegemaran Kak Tun adalah Bendi aka Lady Finger.Paling suka goreng bendi dengan telur..tapi jangan terlalu lama masak, nanti tak sedap. Kak Tun suka bila bendi tu dalam keadaan rangup bila dimakan. Sama juga bila rebus bendi tu,mesti half cook je,sebab nak rasa kerangupannya..

Tahu tak sayur bendi ni banyak khasiat dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan kita.

Sayur bendi ni merupakan sumber antioksidan, mengandungi vitamin A,vitamin C,vitamin B6,sumber folate dan serat,magnesiumdan kalium iaitu elektronik yang diperlukan untuk imbangan cecair dalam badan dan mengalirkannya melalui saraf, pergerakan otot dan metabolisma. Bendi merupakan sayur rendah lemak dan kalori.

Jumlah serat yang banyak dalam bendi membantu dalam proses penghadaman bagi mengelak daripada sembelit.
Satu hidangan bendi (1/2 cawan) mengandungi 30% dari khasiat pemakanan tang disyorkan oleh Recommended Dietry Allowance (RDA).

Tetapi zaman sekarang dengan zaman atok -atok kita memang dah berbeza.Sayur dulu dengan sayur sekarang dah tak sama khasiatnya. Sebab tu ada juga yang makan makanan yang seimbang dan cukup pengambilan vitamin melalui sayur dan buah tetapi tetap juga mengalami penyakit kronik.

Tahu tak sebab apa?
Ini kerana kandungan nutrien dalam sayur tersebut telah berkekurangan kerana disebabkan banyak faktor.
Antaranya:
💟Tanah pertanian didapati kurang berkualiti Rata-rata peniaga sekarang hanya mengira keuntungan semata-mata. Penggunaan racun perosak,serangga dan penggunaan baja kimia sedikit sebanyak menjejaskan kualiti nutrien dalam sayur tersebut.
💟Tubuh badan kita yang setiap hari terdedah dengan pencemaran alam seperti asap kereta,asap kilang,pencemaran radiasi daripada hphone,barangan elektrik dan komputer, merupakan penyumbang kepada penghasilan radikal bebas yang boleh merosakkan sel dalam tubuh badan kita dan boleh mengakibatkan penyakit kronik datang menyerang.
💟Seringkali dalam keadaan stress dan tertekan juga penyumbang kepada  sistem imun badan menjadi rendah.
💟Barangan yang kita guna hari-hari juga banyak mengandungi bahan kimia seperti sabun, barang plastik, pewangi dan sebagainya boleh menyebabkan tubuh badan kita terdedah dengan penyakit.
💟Cara sayur tu dimasak dan penggunaan bahan perasa juga boleh menyebabkan hilang nutrien yang terkandung di dalam sayur.

Jadi sebab itulah pada zaman kini, walau kita pengamal sayur organik sekalipun, ada juga yang mengalami penyakit kronik. Ini kerana jumlah nutrien yang terkandung dalam sayur tidak mencukupi untuk menghalang serangan radikal bebas yang setiap hari menyerang tubuh badan kita.

Disebabkan faktor inilah fungsi vitamin/ suplemen diperlukan untuk top upkan bekalan nutrien yang tidak mencukupi dalam tubuh badan kita. Makanan seimbang tetap menjadi pilihan utama disamping penggunaan vitamin/suplemen sebagai pelengkap nutrien kita untuk bantu sel dalam badan sihat dan dapat melawan radikal bebas yang menjadi punca kepada penyakit kronik.

Jadi memanglah penting untuk kita ambil vitamin/suplemen setiap hari. Jadi Kak Tun syorkan kalau vitamin seperti Vitalea,Vitamin C, B Complex wajiblah ambil setiap hari. Boleh juga di add on kan dengan Ostematrix,Carotomax, Garlic, omega, vivix dan selainnya.

Fikirlah secara bijak,  pokok pangkalnya terletak pada diri kita sendiri. Jika kita ingin hidup dalam keadaan sihat disamping keluarga tercinta untuk 10 tahun akan datang,so dari sekarang kira dah mula bertindak  dan berjinak dengan  pengambilan vitamin/suplemen.

Keputusan ditangan anda,fikir-fikirkanlah..
Tapi jangan terlalu lama pula,sebabnya penyakit datang tanpa mengira siapa,dimana dan masa.Tindakan awal anda boleh menyelamatkan diri sendiri dan insan tersayang..


Shaklee Distributor dan Business Leader
RABIATUL 012-5584478
#pengedarShakleeRawang
#pengedarShakleeJalanTARKLCC
#pengedarShakleeSelayang


Selasa, 27 September 2016

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Tak kenal maka tak cinta..betul tak? Begitulah saya dan shaklee. Banyak kenangan manis saya bersama shaklee.

Antara banyak pilihan saya suka Set Kesihatan Asas Shaklee.

Kenapa ye?
Saya seorang yang aktif kiranya tak boleh duduk diamlah,bukan jenis yang buat koje sikit tak larat..itu bukanlah diri saya.

Disebalik keaktifan saya, saya mempunyai masalah tekanan darah rendah dan gangguan ketidakseimbangan tubuh lebih kurang macam vertigolah.Kedua -dua masalah ni saya dah lama alami ketika zaman remaja lagi. Paling kerap berlaku ketika saya pregnantkan anak pertama dulu.
Saya mula amalkan Set Kesihatan Asas ni pun bukan untuk masalah tersebut tetapi untuk menguatkan ketahanan badan sejak bermulanya pergi kerja dengan menaiki motor 2tahun lepas.

Apa yang bestnye,sejak mula mengamalkan secara istiqamah saya dah tak mengalami pitam seperti biasa. Dulu sebulan sekali memang akan alami masalah pitam dan berpusing, sekarang dah jarang alami..rasanya kalau setahun tu adalah 2/3kali je jadi. Bila buat check up tekanan darah memang normal sentiasa. Memang berbezalah dari dulu..

Set Kesihatan Asas Shaklee yang terdiri daripada BComplex,Vitalea dan Sustained Release Vitamin C ni memang membantu saya menjalani kehidupan seperti biasa. Sekarang saya tak perlu risau lagi,inilah Shaklee Effect saya!!

RABIATUL
012-5584478
Pengedar Shaklee
COD : Rawang KL Selayang


Rabu, 17 Ogos 2016

Set Kehamilan Shaklee

Antara set killer yang terlaris
.
SET KEHAMILAN

Nak tahu tak?
Kenapa Set Kehamilan wajib diambil oleh ibu-ibu yang hamil?
Sebabnya bila si ibu hamil, kesemua keperluan nutrisi yang diperlukan oleh badan terpaksa berkongsi berdua dengan anak yang dikandung. Bila keperluan nutrisi dalam badan berkurang,mudah untuk si ibu jatuh sakit ketika hamil,bukan itu aje,malah si ibu akan sentiasa rasa lemah,tak bermaya,letih dan mudah pitam.

Khasiat setiap Vitamin:

Vitalea - beri zat besi yang penting pada tubuh badan dan bantu pembentukan sel darah merah
B Complex - mengandungi asid folik bantu cegah kecacatan pada janin
Ostematrix - elak kejang dan sakit belakang
ESP - memberi tenaga dan mengstimulasi penghasilan susu
Vitamin C - antioksidan dan penting untuk tulanf,gusi dan gigi yang sihat.
Omega - bantu tumbesaran dan perkembangan janin.

Tahukah anda apa yang bestnya Set Kehamilan ni?

Ianya merangkumi beberapa set kesihatan yang lain.
Antaranya:-
Set kesihatan Asas/Masalah HB Rendah
(Vitalea+Vitamin C+Bcomplex)
Set Gastrik Asas
(ESP+Ostematrix)
Set bajet sendi (kebas,kejang)
(Omega+ostematrix)
Set Sembelit Asas
(Ostematrix)

Bestkan!! Bukan itu aje,tahan berbulan-bulan..memang berbaloi memilikinya!

Berminat untuk dapatkannya?
Mai calling2 saya ye

Rabiatul
012-5584478
COD Rawang KL Selayang


Selasa, 9 Ogos 2016

Set Penyusuan Shaklee

Boleh dikatakan semua jenis vitamin Shaklee adalah feveret saya.Tapi sejak ada si kecil ni, Set Penyusuan Shaklee memang menjadi keutamaan saya.
Dalam set penyusuan ni dah cover hampir keseluruhan nutrien yang saya perlukan.
Ada 6jenis vitamin dalam set penyusuan ni,#Vitalea,#Bcomplex,#VitaminC,#ESP,#Alfalfa dan #Ostematrix.
Korang tahu tak,selain untuk penyusuan, set vitamin ni ada fungsi yang lain juga.
Contohnya,Vitalea,Bcomplex dan Vitamin C ni adalah Set Vitamin Asas untuk kesihatan kita.Memang menjimatkan!! Tak perlu lagi add on vitamin yang lain.
Bukan itu aje,fungsi lain Vitalea ni boleh menstabilkan hb anda juga, tiada lagi masalah anemia.
Kalau fikiran tengah stress telan je Bcomplex ni,fikiran boleh tenang semula.Kalau nak sentiasa bertenaga cari B complex juga.
Nak kulit nampak lembap dan kecutkan jerawat dimuka Vitamin C memang sesuai diamalkan.Kalau rasa nak selsema Vitamin C memang sesuai.Antioksida untuk sistem pertahanan badan kita juga.
ESP pula memang untuk memeriahkan dan memekatkan susu,tetapi ESP ni juga teman penyelamat saya bila tak sempat nak jamah makanan ketika lapar.Membekalkan sumber protein yang diperlukan oleh tubuh badan memang elok untuk kesihatan rambut dan kuku.Nak nampak muka cerah sekata memang wajibler ambil ESP ni.
Alfalfa memang kawan baik untuk penyusuan.Selain memperbanyakkan susu,Alfalfa ni memang khas untuk kesihatan dalaman wanita, kiranya ala-ala macam kacip fatimahlah fungsinya.Kalau badan berangin dan perut kembung pun boleh juga makan alfalfa ni.
Ostematrix pula,memang untuk kesihatan tulang kita,membekalkan sumber kalsium yang mencukupi dalam tubuh badan kita.Selain itu, kalau badan rasa lenguh-lenguh dan susah nak tidur,cepat-cepatlah ambik ostematrik ni memang berkesan.Kalau ada masalah pembuangan pun memang elok diamalkan,kesannye memang cepat,bangun tidur dah terus membuang.
Dengan Vitamin Shaklee ni setiap vitaminnye mempunyai pelbagai kegunaan untuk diri kita.Jadi tak perlu untuk berbelanja besar lagi.Jimat duit poket, kesihatan terjamin.

Nak tahu benefit yang lain? Jangan malu dan segan calling-callinglah saya ye..
Rabiatul 012-5584478
COD: Rawang KL Selayang

#Tsunamishaklee
#ptstim9
#inikisahsaya
#setpenyusuanshaklee
#setkesihatanasasshaklee


Rabu, 20 Julai 2016

Vitamin Ada Dimana-mana

Sejak dah ada baby ni dan pegi koje dengan mr hubby dengan motor,  memang Say NO pada handbag. Bukan apa, kalau pakai handbag,beg susu anak dah tak muat nak simpan dalam handbag,dengan pencil box,buku nota,flyer dan nota shaklee wallet lagi memang tak der space untuk beg susu.Kalau pegang, banyak pula nak kena gendong naik motor,silap hari bulan ada juga yang tertinggal nanti.Jadinya saya lebih selesa pakai beg galas,semua benda boleh simpan.
Tapi bab vitamin ni,saya memang tak  bawa hari - hari ke opis,tapi saya akan simpan stok vitamin yang akan saya makan pada siang hari.senang  tak payah nak refill tiap2 hari.
Set Kesihatan Asas ni (BComp+Vitalea+Vit C) adalah rutin harian saya setiap hari plus dengan Alfalfa untuk support stock susu saya.
Set Kesihatan ni banyak kegunaannya, disebabkan naik motor pegi keje,badan dah terdedah dengan asap kenderan yang berasid, memang patut ambik set ni untuk kuatkan ketahanan badan. Vitalea terkenal sebagai multivitamin san untuk memperkuatkan sistrm pertahanan badan.Selain tu,B Comp ni sesuai kalau saya stress kat ofis dan pening kepala akibat terdedah dengan matahari kat site.Bukan itu aje,kalau ada ada kawan-kawan yang sakit perut akibat senggugut boleh juga berijan B comp ni untuk mengurangkan rasa sakit buat sementara waktu.
Vitamin C pula,selain memperkuatkan sistem imun badan, baik juga untuk kulit.Seharian terperap dalam aircond,vitamin C  ni elok untuk melembapkan kulit juga.Jadi tak derlah masalah kulit kering.
Time weekand pula kalau nak kemana-mana barulah saya pakai handbag,kali ni vitamin saya saya bekalkan dalam pill box.Bila dah ada baby ni,Herbal Blend memang sentiasa dalam handbag.

Anda ingin mencuba? Jom calling-calling
Rabiatul 012-5584478

#Tsunamishaklee
#ptstim9
#setkesihatanasasshaklee
#bcomplex
#vitalea
#vitc
#alfalfa
#inikisahsaya


Sabtu, 14 Mac 2015

PENGALAMAN MENUNGGANG MOTOSIKAL DAN KEKAL SIHAT SENTIASA

Gambar Hiasan 
Assalamualaikum semua….
Siapa ada pengalaman pergi ke ofis menaiki motor? Meh kongsikan pengalaman anda dengan saya.. Hari ni saya nak berkongsi pengalaman baru saya pada anda semua. Maybe bagi sesetengah orang ianya dah menjadi kebiasaan dan rutin harin setiap hari; tapi bagi saya yang memang tiada pengalaman pergi keje dengan menaiki motorsikal memang sesuatu yang luar biasa.
Kenapa saya kata luar biasa? Hihi selama hampir 9 tahun bekerja saya memang drive sendiri je ke ofis, tapi tahun ni actually dari tahun lepas dalam pertengahan bulan 9 memang catat sejarahlah (bagi diri saya) buat pertama kalinya merasa pergi kerja ada orang hantar and ambil. Dah tak perlulah mengadap jam hari-hari,lagi-lagi kat area KL ni memang boleh stress dibuatnya. 
Kebetulan rezeki saya kali ni dapat tempat kerja betul-betul di tengah bandarraya KL, memang cari nahaslah kalau nak drive sendiri ke ofis. Dah alang-alang husband saya pun bekerja di KL, SO pergilah bersama-sama. Lagipun dapat jimat duit tol, minyak dan parking.
Pertama kali naik motor pergi keje, memang satu pengalaman yang tak boleh saya lupakan, yerlah macam-macam dalam fikiran ni, risau, takut, perasaan gayat yang memang dah sebati dalam diri semua ada; lebih-lebih lagi bila lalu sebelah lori or trailer dekat highway memang terasa gegarannya, ketaq lutut dibuatnya. Bayangkan lori tu kan besar, kalaulah dia himpit kitaorang, Allahuakhbar... Bukan itu je cabaran lain, bila en. Hubby mula speed memang terasa macam nak melayang je, ibarat naik roller coster expecially bila time selekh, aduyai boleh buat jantung gugur terus. Apalagi mulut pun secara automatiknya terkumat kamilah baca segala surah.
Pengalaman lucu yang tidak dapat saya lupa ketika menaiki motosikal ni, saya terlupa nak sarung helmet di kepala. Dah beberapa kali terkena situasi macam ni, semua tak perasan, saya mula terperasan bila rasa angin sejuk di kepala, tapi pada masa tu tak dapat fikir lagi, hinggalah lalu di sebelah kereta baru saya perasan xpakai helmet rupanya. Nasib baiklah  baru on the way nak hantar anak ke tadika,kenalah patah balik ambil helmet.
Di sebabkan saya memang tak pernah merasai menunggang motosikal ke ofis,ditambah pula jarak perjalanan dari rumah ke ofis lebih kurang 45 minit jauhnya,memang terasa kebas punggung duduk lama-lama kat atas motor tu. Bukan tu je, pinggang pun mulalah terasa lenguh, expecially bila kena hujan lebat, memang terasa hingga ke tulang,menyucuk-nyucuk dibuatnya. Tapi nasib baiklah ada teman setia yang boleh melegakan kebas dan lenguh-lenguh badan, sebelum tidur memang saya wajib telan dulu 4 biji Ostematrix. Alhamdulillah bangun pagi esok dah hilang kesan lenguh-lenguh yang saya alami.
Masuk hari ketiga naik motor, saya dah mula alami selsema,sakit tekak,batuk-batuk, cukup seminggu badan terus tak boleh nak bertahan, terus ambik mc sebab dah dapat dapat demam + batuk + selsema, complete semua penyakit. Mana tak kena semua penyakit ni, hari-hari sedut asap kenderaan dengan musim hujan pula waktu tu, memang sistem imun badan mengalami kejutan buat sementara. 
Belajar dari kesilapan sendiri, yang ingatkan sistem imun badan kuat, rupanya jangkaan saya tersasar. Sejak dari hari tu saya mula mengamalkan supplimen set kesihatan optimum yang terdiri daripada B Compleks, Vitamin C dan Vitalea. Alhamdulillah sekarang dah hampir 7 bulan saya menunggang motor memang ada perubahan bila kita betul-betul istiqamah mengamalkannya. Kesihatan kena jaga, kalau asyik MC je rekod perkhidmatan tak cantiklah nanti, lagilah aru je bertukar tempat keje baru kenalah jaga prestasi kita.
Sebenarnya bukan setakat menguatkan sistem imun badan je, kulit muka saya pun tidak mengalami kesan sun burn dan yang paling penting walaupun setiap hari muka saya   terdedah dengan asap dan debu kotor  di jalanraya, tapi alhamdulillah dengan adanya Vitamin C ni memang dapat membantu, pendek kata dapat extra protection dari dalaman.
Sebenarnya ada lagi keistimewaan set kesihatan optimum ni,tapi saya akan berkongsi pengalaman saya ni di entry yang akan datang.
Terima kasih kerana sudi membaca..  

ikhlas dari hati,
Rabiatul
012-5584478
(atulrazali@yahoo.com)

Selasa, 8 Oktober 2013

B COMPLEX

Kebaikan B-Complex Shaklee

Vitamin B memainkan peranan yang penting dalam menjaga kesihatan kita. Vitamin B menjaga sistem penghadaman, menyerap nutrient dan menjaga sistem saraf. Vitamin B perlu diambil dalam kuantiti yang disarankan dan selengkapnya (9 jenis vitamin B) untuk mendapatkan faedah yang optimum.
  • Gejala kekurangan vitamin B:
  • keletihan
  • kebas
  • kerengsaan usus
  • gemuruh
  • kemurungan
  • paranoia
  • lemah dan lesu
  • stress



Sumber vitamin B boleh diambil dari makanan seperti sayuran hijau, daging, ayam, telur, ikan, kacang dan bijirin; namun kebanyakan makanan ini telah melalui pelbagai proses, dan juga sisa-sisa pestisid (racun serangga) serta cara memasak menyebabkan kehilangan nutrient tersebut dari makanan.

Di samping itu juga, pencemaran udara dan air, pengambilan ubatan, antibiotik dan sebagainya menyebabkan tubuh kita kehilangan vitamin B. Tambahan pula, vitamin B adalah jenis larut air, jadi ia sentiasa hilang dari tubuh melalui peluh dan kencing.


Apakah kepentingan B Complex terhadap tubuh kita?

  • Membantu untuk mengekalkan tisu otak yang sihat, saraf, kulit, mata, rambut, hati dan mulut, serta otot di dalam saluran usus gastro.
  • Terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan.
  • Diperlukan untuk pembentukan darah, dengan itu, ia membantu mencegah anemia.
  • Membantu untuk mengelakkan sawan, epilepsi, dan membantu mengatasi keletihan dan ketagihan makanan.
  • Membina rambut yang sihat dan mencegah uban.
  • Membantu dalam merawat alergi, menyembuhkan luka, mengawal penyakit jantung, hiperaktif,
  • Membina tindak balas imun, mencegah kemandulan, masalah haid, multiple sclerosis, gangguan saraf, skizofrenia, membantu fungsi seksual , kesukaran penglihatan, masalah kehilangan berat badan, dan melindungi terhadap keracunan plumbum.



Vitamin B Complex adalah merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut air. Komponen B Complex terdiri daripada:
1. B1 (thiamin)
2. B2 (riboflovin)
3. B3 (niacin)
4. B5
5. B6 (pyridoxine)
6. B12 (cobalamine)
7. Acid folic
8. Asid panthothenic
9. Biotin
Setiap komponen dalam vitamin B Complex memiliki fungsi khusus. Vitamin ini membantu dalam fungsi sistem pertahanan tubuh dan saraf yang sihat. Ia juga membantu dalam penghasilan sel darah merah dan mampu mencegah anemia.

Kekurangan vitamin B Complex boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.

Selain itu, kekurangan vitamin B Complex juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B Complex akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung.




TESTIMONI PENGGUNA B COMPLEX