Isnin, 7 April 2014

Kalsium Dalam Makanan


Sebelum ni kita hanya mengetahui hanya susu jer yang mengandungi sumber kalsium yang tinggi.. Tapi tahukah anda, daripada carian saya rupa-rupanya ada 19 jenis  sumber-sumber makanan yang mengandungi jumlah kalsium yang tinggi. 

Wah!! kredit bagi orang yang tidak suka susu, bolehlah amalkan pemakanan yang lain daripada susu ni. Rupanya kalsium boleh didapati daripada bahan makanan lain yang kaya dengan kalsium yang tinggi seperti sayur-sayuran hijau, kekacang, ikan dan lain-lain.

APAKAH ITU KALSIUM (Ca)?
Kalsium adalah mineral makro yang amat diperlukan oleh badan iaitu lebih daripada 100mg setiap hari. Kalsium memainkan peranan yang penting dalam pembentukan tulang dan gigi. Jika badan kita mengalami kekurangan kalsium, tulang kita akan terjejas dari segi pertumbuhan tulang dan kita akan mengidap osteoporosis. Bahaya tu!! tulang akan cepat mereput sebelum waktunya.

JUMLAH KALSIUM MENGIKUT UMUR

  • Orang Dewasa lebih 25 tahun = 800mg
  • Warga Tua umur 50 tahun = 1,000mg
  • Wanita Hamil dan Wanita yang menyusu = 1,200mg
  • Remaja Berumur 11- 24 tahun = 1,200mg
  • Kanak-kanak Berumur 1 - 10 tahun = 800mg
  • Bayi berumur 6 bulan - 1 tahun = 600mg
  • Bayi berumur 5 bulan = 400mg
MANFAAT KALSIUM BAGI TUBUH MANUSIA
  • Mengaktifkan saraf
  • Melancarkan peredaran darah
  • Melenturkan otot
  • Menormalkan tekanan darah
  • mengimbangkan keasidan darah
  • Menjaga keseimbangan bendalir dalam tubuh
  • Mencegah osteoporisis (tulang reput)
  • Mencegah penyakit jantung
  • Menurunkan risiko kanser usus
  • Mengatasi kekejangan otot,sakit pinggang,Penyakit sendi dan buasir
  • Meredakan kesakitan semasa haid dan monopouse
  • Mengurangkan risiko pereputan tulang terutama semasa hamil dan menyusukan bayi
  • Membantu menghalang pendarahan gusi dan menguatkan gigi
  • Mengatasi masalah kulit kering dan pecah terutaman pada tumit kaki
  • Menaikkan kembali keghairahan seks
  • Mengatasi kencing manis
18 MAKANAN YANG MENGANDUNGI KALSIUM TINGGI

1 KEJU

Keju merupakan makanan yang diperbuat daripada susu. Keju mempunyai hampir semua kandungan nutrien yang terkandung di dalam susu seperti protein, vitamin, mineral, kalsium, fosforus, lemak dan kolestrol. Walau bagaimanapun perlu diberi perhatian dengan pengambilan susu yang berlebihan dalam tubuh boleh menyebabkan gangguan pada kesihatan kita.


2  Yogurt
Yogurt dihasilkan daripada susu yang  dibuat melalui fermentasi bakteria. Yogurt adalah makanan yang tinggi dengan kalsium, ini kerana kebanyakan kandungan nutrien adalah daripada susu.

3  Sayuran Hijau
Ha! baruku tahu rupa-rupanya sayuran hijau juga mengandungi tinggi kangungan kalsium. Sayuran yang mengandungi kalsium yang tinggi terdiri daripada  Brokoli dan Bayam. So makan banyak-banyak sayuran ni untuk mendaptkan kalsium.hehe

4  Kacang Soya
Kacang soya juga mengandungi kalsium yang tinggi. 1 cawan kacang soya = 260mg kalsium. Wow banyakkan..

5  Salmon
Oh baruku tahu ikan salmon memang kaya dengan kalsium selain mengandungi jumlah protein yang memang diperlukan oleh tubuh kita. 3ons ikan salmon = 181mg kalsium.

6  Buah-buahan Kering

Buah-buahan kering menyumbangkan 135mg kalsium untuk keperluan bada kita.

7  Kacang Putih
Kacang putih mempunyai sumber kalsium yang tinggi, dalam 100mg kacang putih terdapat 442mg kalsium. Pada umumnya kacang putih mengandungi sebanyak 175mg kalsium/bahagian.

8  Lobak Putih  
Lobak Putih  mengandung kalsium yang agak tinggi sekitar 200 mg / batangnya. 

9  Sumber Bijirin
Dalam 1 auns bijirin mengandungi 280mg kalsium, jumlahnya hampir sama dengan 1gelas susu.

10 Susu Kacang Soya
Selain daripada sumber kacang soya itu sendiri, Susu soya juga kaya dengan kalsium kira-kira 300mg kalsium.

11 Buah-buahan Citrus
Buah-buahan yang berunsurkan citrus memang tidak asing lagi kepada kita. 1 biji buah oren mengandungi 60mg kalsium.

12 Oat
Oat merupakan salah satu sumber kalsium untuk tulang kita. Oat makanan terbaik untuk jantung , kaya dengan serat dan mengandungi karbohidrat.  Dalam 1 mangkuk oat = mengandungi 105mg kalsium.

13 Ikan Sardin
1 tin ikan sardin mengandungi 33% kalsium yang diperlukan dlaam tubuh kita. So makanlah sardin sekurang-kurangnya 1 minggu 1 kali.

14 Tauhu
Tauhu merupakan sumber kalsium yang senang didapati dan tinggi kandungan kalsiumnya.Di sebabkan kandungan kalsium yang tinggi ia telah disyorkan sebagai makanan gantian sebagai susu.

15 Quinoa
Merupakan sejenis bijirin yang menjadi makanan ruji bagi masyarakat india di pergunungan Andes Amerika Selatan. Jika dimasak 1 cawan quinoa = 60-100 mg kalsium

16 Brokoli
Brokoli merupakan sayur sayuran di dalam keluarga kubis.Pengambilan brokoli dalam pemakanan kita adalah baik untuk kesihatan kita. 1 Brokoli = 180mg kalsium tertinggi.

17 Badam
Badam merupakan sumber makanan snek yang kaya dengan vitamin E. Badam mengandungi 70-80mg kalsium.

18 Pisang
Pisang merupakan sejenis buah-buahan yang kaya dengan mineral seperti kalium, magnesium, fosforus, besi dan kalsium.



untuk mengetahui mengenai SUPPLIMEN SHAKLEE boleh hubungi saya 
di talian 012-5584478 (rabiatul) 
email : atulrazali@yahoo.com
fb:Vitaminsihatalami

Tiada ulasan: