Rabu, 9 April 2014

KEJANG KAKI KETIKA HAMIL




Mengapa WANITA HAMIL mengalami kekejangan kaki pada waktu malam?

Kejang kaki adalah masalah biasa semasa proses kehamilan, dan ia biasa berlaku terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga. Ia dikatakan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot anda menjadi kejang. Walau bagaimanapun, sebab mengapa perkara ini sering berlaku semasa hamil tidaklah diketahui.

Otot yang biasanya menegang ialah otot betis. Memang sungguh menjengkelkan apabila ini berlaku pada waktu malam dan mengejutkan anda dari tidur. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan selama beberapa minit, kekejangan tidak merosakkan otot betis anda.

Berikut ialah beberapa teori tentang mengapa kekejangan kaki berlaku semasa hamil:
Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.
Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.
Seperti mana berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan anda yang sarat ini.
Bagaimanakah saya dapat melegakan kesakitan ini?

Mujurlah kejang kaki adalah salah satu masalah kehamilan yang boleh diatasi. 


Apa Yang Perlu Dilakukan Bila Mengalami Kejang?? 
  • Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.
  • Urut otot yang kejang itu.
  • Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.
Bagaimanakah Untuk Mengelakkan Kekejangan?
Sesetengah pakar mengaitkan kekejangan kaki semasa hamil dengan kekurangan nutrien tertentu, terutamanya garam. 


Bagaimanakah Supplimen Membantu kekejangan? 

OSTEMATRIX dapat membantu Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas terutama ketika kita hamil.
Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.

OSTEMATRIX SHAKLEE mempunyai kadar penyerapan 99% daripada kalsium yang lain. Dihasilkan daripada mineral semulajadi dan garam mineral dari laut mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Ianya perlu diambil untuk memastikan tubuh menyerap dengan lebih baik.


Senaman Untuk Mengelakkan Kejang?

1. Senaman regangan kaki. 
Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.
2. Senaman tapak kaki. 
Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.

3. Cuba elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.
4. Cuba elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang.
5. Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur.
untuk keterangan lanjut dan mwendapatkan konsultansi percuma dari saya:-

Call/sms/whatapps : 012 - 558 4478 (rabiatul)
Email : atulrazali@yahoo.com
COD: Batu Caves, KLCC, Rawang, Ulu Yam


Tiada ulasan: