Isnin, 5 Mei 2014

BIBIR KERING DAN PECAH


Bibir merupakan sebahagian daripada keindahan wajah yang mengulit perhatian. Bibir yang menarik dan sihat akan menjadi cermin kepada kecantikan anda. Anda perlu tahu bahawa kesihatan bibir juga haruslah selalu dijaga. Masalah yang umumnya terjadi kepada bibir adalah kekeringan serta pecah-pecah.

Bibir yang pecah biasanya akan mudah terluka serta menimbulkan rasa sakit. Apabila keadaan ini tidak dirawat boleh menyebabkan jangkitan kepada bibir. Ketika bibir pecah, biasanya lipstik yang dipakai tidak dapat melekat dengan baik sehingga merencatkan penampilan.

PUNCA-PUNCA


  • Pencemaran udara serta debu. 
  • Perubahan suhu yang boleh menyebabkan bibir tidak dapat beradaptasi sehingga bibir menjadi kering serta pecah-pecah. 
  • Makanan yang terlalu masam atau masin. 
  • Tabiat merokok, minum kopi berlebihan serta minum alkohol. 
  • Kurang pengambilan buah-buahan serta sayur-sayuran. 
  • Kurangnya minum air. 
  • Menggunakan kosmetik yang bahan-bahan kimianya terlalu kuat atau disebabkan oleh alergi terhadap kosmetik tertentu. 
  • Menggunakan ubat gigi yang mengandungi detergen berlebihan. 
  • Tabiat suka menjilat bibir dengan air liur. 

TIP PENCEGAHAN
Gunakan balm bibir yang mengandungi pelembap.
Sinaran matahari merupakan salah satu faktor penyebab kepada masalah bibir kering dan pecah-pecah.

Pilihlah gincu yang sesuai serta mengandungi pelembap.
Pilihlah gincu yang mengandungi emolien serta mengandungi bahanbahan semula jadi serta berpelembap.


Sentiasalah membasahkan bibir anda dengan air putih.
Bukan dengan menjilatnya dengan lidah kerana di dalam air liur terdapat kelenjar dan enzim yang boleh menyebabkan bibir anda kering serta pecah-pecah. Cukuplah sekadar meminum air putih atau segelas air putih untuk membasahi bibir.


Minum air putih lapan gelas setiap hari.
Langkah ini dapat membantu mencegah berlakunya dehidrasi yang boleh mengakibatkan bibir kering dan pecah-pecah.


Segera bersihkan sisa lipstik sebelum tidur.
Gunakan skrub bibir dengan gerakan memutar selama beberapa minit. Kemudian bersihkan bibir dengan tuala lembut yang dibasahkan terlebih dahulu dengan air suam.


Ambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.
Pilihlah sayur-sayuran dan buah yang mengandungi vitamin C, B, E dan mineral. Kadar air yang terdapat pada bibir juga membantu tubuh terhindar dari dehidrasi.


Jauhi tabiat merokok dan minum alkohol.
Bahan kimia yang terkandung di dalam sebatang rokok boleh menyebabkan lebam kehitaman pada bibir. Manakala alkohol menyebabkan bibir mudah kering.


Sapu pelembap bibir pada waktu malam sebelum tidur.
Anda juga boleh menggunakan madu sebagai pelembap semula jadi seterusnya memberikan khasiat kepada bibir.


Lakukan urutan bibir dengan menggunakan minyak zaitun.
Urutan akan membantu melancarkan sistem peredaran darah pada bibir seterusnya bibir menjadi sihat. Sapu minyak zaitun pada bibir sewaktu urutan.



PETUA TRADISIONAL

Antara petua yang boleh anda amalkan ialah:

  • Sapukan dua titik madu lebah asli pada bibir setiap malam sebelum tidur dan lakukan setiap hari. 
  • Sapukan getah pokok sena yang berwarna merah pada bibir yang pecah. Dalam masa dua hari luka akan sembuh. 
  • Sapukan pati susu pada bibir setiap hari. Bibir akan kelihatan lembut dan kemerahmerahan. 
  • Bersihkan sepotong halia segar, kupas kulitnya kemudian tumbuk hingga lumat dan perah airnya. Gosokkan hampas halia tersebut pada bibir untuk bibir yang lebih menawan dan kemerah-merahan.

Rawatan Bibir kering DENGAN SHAKLEE
Bagi yang malas untuk melakukan perkara seperti diatas anda bolehlah mengamalkan dengan pengambilan supplimen seperti Vitamin E dan B Complex. Dengan pengambilan berturutan selama 2 minggu anda akan dapat hasilnya.. Bibir mula kelihatan cantik kembali.

vitamin B Complex Shaklee

Vitamin E Complex Shaklee

Hubungi Saya Sekarang !!
Call / Wassup : 012-558 4478
Email: atulrazali@yahoo.com
FB : vitaminsihatalami

Dapatkan INFO PERCUMA
Daftar Keahlian SHAKLEE Sekarang!

Tiada ulasan: