Isnin, 23 Disember 2013

RAWATAN RESDUNG

PUNCA DAN CARA MERAWAT RESDUNG

RAWATAN RESDUNG????

Adakah anda kerap bersin, batuk, tidak bermaya, gatal-gatal dibahagian mata, hidung atau telinga serta selalu rasa tidak enak badan?? 
Kadang-kadang hidung merah dan berair selalu, demam melanda walaupun sudah mengambil ubat-ubatan. Sakit pada bahagian kepala setiap kali bangun tidur di awal pagi dan rutin harian anda turut rasa terganggu??

Tahukah anda itu merupakan TANDA-TANDA anda menghadapi PENYAKIT SINUSITIS / RESDUNG??


bahagian penyakit resdung

Penyakit sinusitis atau lebih dikenali sebagai penyakit resdung di kalangan masyarakat kita hari ini.Untuk kepastian jumpalah doktor, minta doktor jalankan sinaran - x untuk pengesahan kerana jika ia bukan resdung besar kemungkinan adalah kanser. Kesan resdung ini bukan sahaja boleh menjejaskan hidung anda malah tekak, peti suara dan telinga tengah juga turut menerima kesan ketidakselesaan. Kadang-kadang gatal pada keseluruhan muka.

Resdung boleh terjadi kerana rerambut halus silia di dalam sinus gagal menyempurnakan tugasnya iaitu membantu pengaliran lendiran mukus ke bahagian yg sepatutunya. apabila saluran sinus tersumbat maka wujudnya pembiakan bakteria yang menyebabkan berlaku bengkakkan dalam hidung juga dikenali sebagai radang hidung yang menyebabkan berlaku alahan.

Walaupun resdung tidak akan menjadi kanser (walaupun mempunyai gelaja yang hampir sama dengan resdung), rawatan masih lagi diperlukan kerana jika tidak dirawat segera ia boleh memberi kompilasi kepada otak. Serangan resdung akan berulang kembali walaupun sudah reda selepas pengambilan ubat-ubatan. Sesetengah sehingga terpaksa melakukan pembedahan apabila resdung sudah mencapai thaap kronik. Akan tetapi gejala alahan tetap akan berlaku selepas pembedahan dan hanya dapat dikawal dengan pengambilan supplimen/ ubat-ubatan.

ANTARA GEJALA RESDUNG

  1. Hidung selalu tersumbat/ kerap bersin/gatal hidung, telinga dan mata
  2. Keluar cecair / lendir dari hidung dan terasa lendir di tekak
  3. Muka terasa sakit dan gatal terutamanya pada bahagian mata
  4. Sakit tekak yang berpanjangan atau berulang - ulang
  5. Demam atau rasa tidak sihat sepanjang mengalami gejala - gejala di atas.
PUNCA RESDUNG
  1. Susunan tulang dalaman yang sempit
  2. Hidung bengkak
  3. Mandi/terjun di dalam air kotor
  4. Jangkitan gigi atas
  5. Ketumbuhan di dalam hidung
  6. Objek dimasukkan dalam hidung seperti putik kapas, manik atau kertas
  7. Tisu belakang hidung yang bengkak biasanya terjadi pada kanak-kanak.
gejala resdung


KOMPILASI RESDUNG
  1. Jangkitan nanah keliling mata
  2. Jangkitan pada otak (meningtis)
  3. Sakit tekak yang kronik
  4. Jangkitan tulang muka
  5. Memburukkan keadaan pesakit atha / lelah
  6. Mengalami masalah berdengkur yang kronik
  7. Jangkitan pada telinga dan tonsil
  8. Alahan hidung dan hidung menjadi sangat sensitif
  9. Selsema biasa yang melarat
FAKTOR PENINGKATAN RESDUNG
  1. Aktiviti menyelam / berenang boleh meningkatkan risiko resdung
  2. Merokok pula dikenalpasti sebagai pencetus radang hidung
RAWATAN RESDUNG / CARA MENGURANGKAN RESDUNG
  1. Mengambil ubatan selsema dengan arahan doktor - biasanya memberikan kesan mengantuk
  2. Mengambil antibiotik yang disarankan oleh doktor - antibiotik adalah cara yang kurang digalakkan
  3. Ubat titis atau semburan yang disarankan oleh doktor
  4. Pembedahan yang disyorkan oleh doktor
  5. Pengambilan vitamin / supplimen dan collagen juga boleh meredakannya.
set resdung Shaklee

hubungi saya di talian : 012-5584478 atau boleh email di atulrazali@yahoo.com
untuk mendapatkan konsultasi percuma dari saya.

boleh COD di kawasan Putrajaya, Batu Caves dan Country Home Rawang






Tiada ulasan: