Sabtu, 21 Jun 2014

SIHAT ITU NIKMAT DARI ALLAH SWT.


Ramai yang tidak mengambil endah pasal kesihatan tubuh badan mereka.Ini kerana ramai orang yang tidak menyedari akan kebesaran nikmat kesihatan yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita kecuali selepas kita kehilangan nikmatnya.

Kesihatan amat penting di sisi islam. Oleh itu kita sebagai umat islam perlulah mengambil berat terhadap aspek kesihatan samaada dari segi kesihatan mental, fizikal, rohani dan jasmani.

Kesihatan merupakan nikmat daripada Allah SWT yang selalu diperbaharui. Kita sebagai hambaNya akan dihisab atas nikmat yang diberi olehNya, iaitu dari segi mana kita mensyukurinya, dan bagaimana kita menggunakan nikmat kesihatan yg diberi. Adakah nikmat kesihatan yang kita miliki sekarang ini berada dalam ketaatan atau dalam kemaksiatan kepada Allah SWT.

Berdasarkan daripada peringatan Allah SWT dan rasul kita, bahawa kesihatan ialah nikmat besar yang sering dilupakan.

Kenapa? Sebabnya kita mudah mengabaikan nikmat kesihatan yang diberi oleh Allah SWT kepada kita. Jadi, apabila kita mengabaikan nikmat kesihatan yang diberi menunjukkan kita ni langsung tidak mensyukuri kenikmatan yang diberi malah ia boleh mendatangkan azab Allah SWTkepada kita.

Jadi nikmat kesihatan yang dikurnialan oleh Allah kepada kita perlulah dijaga dengan sebaiknya kerana bagi mereka yang tidak mengendahkan akan mendapatkan azab iaitu sakit yang berpanjangan dan kerap; di mana ia merupakan seksaan di dunia ini.

Tiada ulasan: