Khamis, 14 Ogos 2014

EMOSI TIDAK MENENTU DISEBABKAN HORMON BERUBAH??

Perubahan Hormon Boleh Mempengaruhi Emosi Perempuan? 

Hakikatnya bukan mudah untuk menjadi seorang insan yang bergelar PEREMPUAN. Inilah yang perlu dilalui oleh seorang wanita dalam meneliti setiap fasa kehidupan mereka. Perubahan ini mungkin akan menjadikan seorang wanita itu begitu Sensitif, mudah tersinggung, cepat marah dan sebagainya. Perubahan emosi ini boleh berlaku pada sesiapa saja asalkan insan ini bergelar wanita..


Kenapa perkara ini boleh terjadi? Ini adalah disebabkan oleh perubahan hormon yang dialami oleh setiap wanita itu sendiri. Perkara ini diakui oleh semua Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi. Perubahan hormon ini biasanya tidak akan disedari oleh ramai wanita. Sebaliknya ia lebih banyak dikesan oleh mereka yang hampir dengan pasangan mereka. Sebahagian besar wanita tidak memahami perubahan emosi yang dialami mereka. Ini kerana emosi dan perasaaan seseorang wanita banyak dipengaruhi oleh hormon yang terdapat dalam tubuhnya.

Emosi wanita banyak dipengaruhi oleh hormon-hormon tubuh mereka. Dua hormon utama yang terdapat dalam tubuh wanita ialah hormon estrogen dan progesteron.

Kedua-dua hormon ini mempunyai kuasa dan pengaruh yang cukup besar dalam setiap fasa kehidupan seseorang wanita.

Sekiranya berlaku ketidakseimbangan pada hormon-hormon ini, maka ia boleh menyebabkan perubahan terutama kepada mood wanita terbabit.

Bagaimana Hormon Terjadi?


Hormon ini dihasilkan oleh kelenjar ovari. Penghasilannya dipengaruhi oleh sebahagian hormon yang dirembeskan oleh kelenjar pituitari dalam otak.Peranan kedua-dua hormon ini bukan sekadar hanya mengatur pusingan haid seperti perubahan pada dinding rahim dan pengeluaran darah haid.Pada masa yang sama hormon-hormon ini mempunyai kesan pada tisu-tisu tubuh. Ini termasuklah buah dada, tulang, pembuluh darah, jantung, saluran usus, pundi kencing dan kulit. Ketidakseimbangan hormon-hormon estrogen dan progesteron boleh menyebabkan perubahan kepada wanita terbabit.

Ini termasuklah perubahan tingkah laku atau emosi yang menyebabkan mereka menjadi seorang yang mudah sensitif, tertekan, mudah marah atau mengalami kemurungan.

Bagaimanapun, bukan semua wanita mesti melalui perubahan emosi. Pusingan haid, kehamilan, keadaan selepas bersalin, ketidaksuburan dan menopaus boleh mengakibatkan perubahan mood yang menyebabkan seseorang wanita seolah-olah mengalami kemurungan.Malah, para penyelidik turut mengesahkan bahawa hormon boleh mempengaruhi pengeluaran endorfin yang berfungsi mengawal emosi dan mood.

Tiga fasa kehidupan yang menyebabkan wanita boleh mengalami perubahan ketara ialah:

- Fasa sebelum pusingan haid

- Fasa selepas melahirkan anak

- Fasa selepas menopaus (putus haid)

A. Fasa sebelum pusingan haid (Pre-menstrual syndrome - PMS)

Di seluruh dunia, berjuta-juta wanita menganggap apa yang berlaku setiap bulan umpama satu pusingan jam biologi.Keletihan, mudah tersinggung, perut kembung, masalah jerawat dan sebagainya sering kali dikaitkan dengan pusingan haid.Sehingga hari ini belum ada satu teori yang berjaya membuktikan mengapa wanita mengalami perubahan mood atau emosi setiap kali mereka hampir dengan fasa pusingan haid mereka.Bagaimanapun, ia dikaitkan dengan perubahan hormon yang menimbulkan tindak balas abnormal.Gejala PMS biasanya terjadi seminggu sebelum seseorang wanita mengalami pusingan haid.Ia akan hilang beberapa hari selepas haid berlaku. Gejala-gejala ini hanya sementara waktu dan tidak begitu mengganggu rutin harian seseorang wanita.Ia merangkumi gangguan pada psikologi, perut, kulit, kandungan cecair pada badan dan lain-lain.Ini termasuklah perubahan dari segi selera makan, kemaruk makan, jerawat, mood terganggu, gangguan tidur dan emosi terlalu sensitif.

B. Fasa selepas melahirkan anak

Fasa ini yang juga dikenali dalam istilah perubatan sebagai post partum depression (PPD) merupakan satu keadaan di mana wanita mengalami kemurungan selepas melahirkan anak.Penurunan hormon estrogen yang mendadak selepas bersalin dikatakan faktor yang menyumbang kepada masalah seumpama ini.Ketidakseimbangan hormon boleh berlaku kepada semua wanita, namun mereka yang tidak menanganinya dengan baik boleh 
mendapat psikosis.

C. Fasa menopaus (putus haid)

Menopaus merupakan satu perubahan biologi yang normal apabila ovari wanita tidak lagi menghasilkan dua hormon wanita, estrogen dan progesteron.Perlu difahami bahawa menopaus bukan sejenis penyakit. Ia adalah satu titik perubahan yang harus diterima secara positif oleh seseorang wanita, baik dari segi emosi mahupun fizikal.Bagaimanapun, menopaus boleh menjadi salah satu punca utama kemurungan.Menopaus boleh berlaku apabila seseorang wanita mencapai usia dalam lingkungan umur pertengahan 40-an hingga lewat 50-an.Menopaus menyebabkan wanita mengalami perubahan hormon. Penghasilan hormon estrogen mula berkurangan dalam tempoh beberapa tahun sebelum menopaus.

Perubahan pada penghasilan hormon ini boleh menyebabkan seseorang wanita mengalami perubahan emosi seperti:

- kemurungan (bergantung kepada tahap keterukan)

- cepat marah

- mudah tersinggung 

- sukar tidur

- rasa panas 

- pelupa

- Sesetengahnya mengadu sentiasa rasa sedih atau sakit-sakit badan 

- fikiran bercelaru

Bagi menangani masalah ini, Setiap insan bergelar perempuan perlu menitik beratkan masalah hormon yang dialami. Salah satu usaha ialah dengan mencari sumber suplimen yang boleh memperbetulkan hormone dalam badan kita. 

Di Shaklee ada penyelesaiannya, GLA Complex memang sesuai bagi mereka yang mengalami masalah hormon. Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai GLA Complex boleh ke link ini ya..



Di Shaklee, Set Senggugut/PMS/Murung ini juga boleh diamalkan untuk memperbetulkan hormon dalaman kita.. Amalkan secara beristiqamah inshaallah memang ada kesannya..


Ingin membuat pembelian??


boleh terus menghubungi: 
Rabiatul - 012- 5584478(sms/whatsapp/wechat) . 

Pembayaran boleh diajukan pada akaun (MAYBANK) 162405


ATAU 
boleh terus menghubungi: 
Rabiatul - 012- 5584478(sms/whatsapp/wechat) . 


Pembayaran boleh diajukan pada akaun (MAYBANK) 162405147912 .
Setiap pesanan akan dibuat selepas pembayaran dilakukan. 
Sila berikan butir- butir seperti bukti transaksi, nama penuh, alamat, no telefon dan alamat email.




COD Area : BATU CAVES, RAWANG, ULU YAM, KLCC




Selasa, 12 Ogos 2014

MULUT BERBAU: MASALAH GIGI vs MASALAH LIDAH


Bagaimana situasi anda jika berhadapan dengan masalah mulut berbau? adakah anda perlu memakai topeng seperti ini?



APA PENYEBAB YANG BOLEH MENYEBABKAN MULUT BERBAU?

Pernahkah anda mengalami situasi mulut berbau? Realitinya, individu yang mengidap penyakit mulut berbau tidak sedar dan sukar mengesan yang dirinya berhadapan dengan masalah itu lantaran terbiasa dengan bau yang dihidunya sehari-hari.

Memang kelakar tapi itu sebenarnya yang berlaku. Mereka langsung tidak tahu dan yakin dengan keadaan itu jika tiada siapa menegur. Masalahnya, sanggupkah kita nak menegurnya kerana sudah menjadi adat dan budaya kita, mahu jaga hati orang dan tidak mahu sesiapa berkecil hati.

Cara paling efektif bagi anda atau sesiapa bagi memastikan kita tidak berdepan masalah ini adalah dengan bertanyakan kepada pasangan, sanak saudara atau kawan rapat sama ada bau mulut anda normal atau sebaliknya.

Tapi jangan sekali-sekali berkecil hati dengan maklum balas yang diterima jika anda seorang daripada mangsa berdepan penyakit ini kerana setidak-tidaknya kita tahu cara untuk menghilangkannya dan tidak terus yakin bercakap dengan orang.

Selain itu juga, terdapat sejenis alat yang digunakan doktor gigi untuk mengukur kandungan sulfur dalam nafas pesakit. Selepas diperiksa, rupa-rupanya anda disahkan doktor menghidap masalah mulut berbau. Usah cepat terasa hati sebaliknya cari jalan yang boleh digunakan untuk menghilangkan bau itu.

Cara lain yang boleh menghilangkan masalah ini adalah dengan memberus gigi setiap hari dan kalau betul anda seorang individu yang berpenyakit ini, apa kata berus kita sekerap mungkin untuk keselesaan sendiri.

Amalan memberus gigi perlu dilakukan dengan betul. Tidak cukup dengan berus, anda dinasihatkan supaya menggunakan benang flos untuk menyingkirkan bakteria dan lebihan makanan yang berkumpul di celah gigi.

Dengan mempraktikkan cara berkenaan, bakteria sukar menghasilkan sulfur seterusnya mengelakkan mulut berbau.

Berus lidah

Mungkin ada yang memandang remeh soal pembersihan lidah ketika menggosok gigi. Ingat, seperti yang dikatakan sebelum ini yang bakteria mudah menyorok di rekahan serta belakang lidah.

Pada masa sama, anda boleh menggunakan pembersih lidah yang banyak dijual di farmasi. Gunakan berus gigi yang mempunyai pembersih lidah di bahagian belakang pemberusnya atau pilihan berus gigi yang lembut dan gosok perlahan-lahan sehingga lidah kelihatan bersih.

Kalau anda ingin memastikan masalah ini tidak langsung terkena pada diri anda, apa kata gosok gigi setiap kali selepas makan kerana setidak-tidaknya bau makanan tadi tidak terus melekat dalam mulut dan seterusnya menghasilkan bau kurang selesa.

Sekiranya anda gagal memberus gigi selepas makan, kunyah gula-gula getah yang bebas kandungan gula. Cara ini dikatakan mampu menyingkirkan sisa makanan yang terperangkap di ‘kawasan’ yang ‘dalam’ seterusnya merangsang pengeluaran air liur.

Kemudian, perbanyak mengambil air suam. Air adalah elemen paling utama dalam mengekalkan tahap kesihatan seseorang. Sebab itu, dua liter air sehari adalah sukatan yang cukup sesuai.

Bagi memudahkan kerja, isi air di dalam botol bagi memudahkan proses menyukat. Secara tidak langsung, teknik ini membuatkan mulut anda sentiasa basah dengan air, malah pada masa sama berfungsi merangsang pengeluaran air liur dan menyekat kehadiran bakteria.

Cuba langkah mudah ini bagi memastikan masalah mulut berbau tidak ada dengan kita kerana masalah ini tidak patut terjadi terutama kepada anak muda seperti kita.


JANGAN MALAS BERUS LIDAH!

TIPS ATASI MULUT BERBAU







Bagi malas nak amalkan seperti di atas, anda boleh mengamalkan Set Shaklee untuk Mulut Berbau..



Ingin membuat pembelian sendiri? Hanya tekan butang  'ORDER NOW' 



ATAU 
boleh terus menghubungi: 
Rabiatul - 012- 5584478(sms/whatsapp/wechat) . 

Pembayaran boleh diajukan pada akaun (MAYBANK) 162405147912 .
Setiap pesanan akan dibuat selepas pembayaran dilakukan. 
Sila berikan butir- butir seperti bukti transaksi, nama penuh, alamat, no telefon dan alamat email.


COD Area : BATU CAVES, RAWANG, ULU YAM, KLCC



SOSEJ: ADAKAH BAIK UNTUK ANAK!!

Sebenarnya ramai para ibu bapa yang tidak mengetahui tentang kebenaran tentang sosej yang selalu kita beli di mana-mana pasaraya. Sebut je sosej ramai yang suka akan keenakan rasanya, bukan saja kanak-kanak tetapi golongan dewasa juga. Zaman sekarang ni, memang telah menjadi tabiat bagi sesetengah keluarga yang menghidangkan sosej sebagai menu utama dalam pemakanan harian kita.
Disini saya akan mendedahkan tentang kebenaran Sosej yang disukai ramai ini...



5 Kebenaran Tentang Sosej ini :
1) Mengandungi Bahan-Bahan kimia ‘deadly’ Dangerous seperti :

· - Nitrite

· - Heterocyclic Amines (HCAs)

· - Starch

· - Various types of meat!

· - High Salts

· - High Fructose Syrup

· - High MSG

· - Artificial colouring ( Supaya warna hot dog jadi pinkish!)

· - Perservatives


2) 7000 kajian saintifik telah membuktikan bahawa Sosej yang mengandungi bahan-bahan di atas sangat berkait rapat dengan Kanser!

3) Kanak-kanak yang makan lebih 12 batang Sosej sebulan mempunyai risiko 9 kali lebih tinggi untuk mendapat Leukaemia.

4) Ibu mengandung yang makan Sosej  lebih 1 batang Hot dog setiap minggu akan meningkatkan risiko bayi untuk mendapat Barah otak!

5) Sosej meningkatkan risiko Kanser :

· Kanser Usus – 50%

· Kanser Pundi Kencing – 59%

· Kanser Perut – 38%

· Pankreas – 67%


Ini bukan Fakta yang di reka – Tapi adalah Fakta sebenar yang menunjukkan betapa pengguna di manipulasi oleh Food Industries!

Kalau boleh jauhkan ataupun jarang-jarangkan makan tapi lebih elok kalau ‘Haram’ kan ia dari anak-anak kita!

‘Share’ This Info If You Seriously Concern – Let other mothers know the truth!

Care For Our Lovely Kids!

MENGUNGKAP RAHSIA KEISTIMEWAAN SURAH AL FATIHAH




1 AL-FATIHAH  
Baca 14 kali sebelum tidur . Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu. Begitu juga bagi suami.


2 AL-FATIHAH
Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air  mandian:Melepas-kan rasa sakit dalaman .


3 AL-FATIHAH 
Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur Kepada orang berpenyakit mental.


4 AL-FATIHAH 
Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit- Sakit yang keterlaluan.


5 AL-FATIHAH 
Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa.

6 AL-FATIHAH 
Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu.




DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA. INSYAALLAH.


Marilah kita sama-sama amalkan. Yang baik kita ambil sebagai panduan dan yang buruk kita jadikan ia pedoman supaya tidak mengulangi kesilapan yang lalu pada masa hadapan.Wallahualam bi sawab.

Isnin, 11 Ogos 2014

GLA SHAKLEE vs EVENING PRIMROSE OIL (EPO)? MANA PILIHAN HATI..

APA ITU GLA?

GLA atau dikenali sebagai Gamma-linolenic acid adalah sejenis asid lemak yang memberi banyak manfaat pada kesihatan kita, iaitu mampu melawan keradangan.

Gamma-linolenik asid biasanya diperoleh daripada bahan-bahan seperti Evening Primrose Oil (EPO), Borage Seed Oil, dan Blackcurrant Oil apabila digunakan dalam makanan tambahan.

Dalam tubuh manusia, asid gamma-linolenik digunakan untuk menghasilkan prostaglandin (bahan-bahan seperti hormon yang membantu untuk mengawal selia sistem imun ). Ia diklasifikasikan sebagai omega-6 asid lemak.

Badan manusia tidak mempunyai keupayaan untuk menghasilkan GLA. GLA boleh juga didapati daripada sayur-sayuran yang dimakan. Apabila seseorang itu tidak makan sayur-sayuran yang mencukupi; badan mereka mungkin mengalami kekurangan yang boleh menimbulkan masalah di kemudian hari.


KEISTIMEWAAN GLA SHAKLEE
GLA Shaklee diekstrak dari Borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO. Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailability dan 3 kali lebih berkesan dari EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik dikawasan Saskatchewan.

Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega – 6. Ianya digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard, anti-oksidan semulajadi yang dipatenkan. Bioavailabilitinya dibuktikan secara klinikal dimana ia mampu menyerap dan mengadun kedalam sel dan tisu.






KANDUNGAN DALAM GLA SHAKLEE

1. Borage Seed Oil : 17% - 25%

2. Blackcurrant : 15% - 20%

3. EPO : 7% - 10%


KENAPA BORAGE SEED OIL?

Borage (Borago officinalis) merupakan herba yang berasal ke Syria yang telah merebak di seluruh Timur Tengah dan Mediterranean. Tekstur borage adalah kasar, sejenis herba yang berbulu besar dan kurang berkarisma (dari segi penampilan). Bunga Borage dan daun boleh dimakan dan biji borage sering digunakan untuk menghasilkan minyak yang sangat tinggi dalam asid gamma-linolenik (GLA).

Di Negara Eropah, Borage selalu digunakan oleh penduduk untuk sindrom prahaid (PMS) dan gejala menopaus. Borage juga popular di kalangan wanita tua. Borage jugadikenali dengan ciri-ciri anti-radang dan telah dikaji untuk rawatan penyakit gusi, artritis reumatoid, dan asma.






KENAPA SUNFLOWER OIL?

Minyak bunga matahari adalah minyak tidak meruap dimampatkan dari biji benih bunga matahari (Helianthus annuus). Minyak bunga matahari biasanya digunakan dalam makanan sebagai minyak menggoreng, dan rumusan dalam penghasilan kosmetik. Minyak bunga matahari mula dihasilkan pada tahun 1835 di Empayar Rusia. Pengeluar minyak bunga matahari terbesar di dunia kini adalah Ukraine, Rusia dan Argentina.

Minyak bunga matahari adalah monotaktepu (MUFA) / politaktepu (PUFA) campuran asid kebanyakannya ‘Oleic acid’ (Omega-9) dan ‘Linoleic Acid’ (omega-6)dari kumpulan minyak. Kandungan minyak yang dihasilkan dari benih antara 22-36% (purata, 28%): kernel mengandungi minyak 45-55%. Minyak yang dinyatakan adalah warna kuning cahaya dengan rasa yang ringan dan menyenangkan; manakala minyak yang bertapis berwarna kuning pucat.

Mengurangkan lipoprotein berketumpatan rendah - low-density lipoprotein -(LDL, "buruk") kolesterol. Terdapat beberapa bukti bahawa menggunakan minyak bunga matahari dalam diet adalah lebih berkesan daripada minyak zaitun untuk menurunkan kepadatan lipoprotein rendah (LDL) kolesterol.

Artritis.

• Sembelit.

• Keadaan Kulit, apabila digunakan ke atas kulit.

• penyembuhan luka, apabila digunakan untuk kulit.






MANFAAT DAN KELEBIHAN UTAMA GLA SHAKLEE

  • HERBA TRADISI YANG DIPERCAYAI
Borage adalah herba kegemaran orang Barat. Borage dapat merawat ulser, mengeluarkan Virus, Melegakan Kelesuan, Membersihkan kahak, Meringankan kebas urat saraf dan Meningkatkan stamina.

  • MENGAWAL SELIA ESTROGEN DAN TESTOSTERON
GLA dapat membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormone lelaki dan wanita, memperbaiki simpton PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.

  • MELAMBATKAN MENOPAUS
GLA dapat memperbaiki symptom menopous seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman,depresi. Pengambilanjangka panjang akan melambatkan penuaan,mengetatkan uterus, member tone pada uterus untuk mendapatkan kulit lebih muda.

  • MENETANG KANSER
GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistum imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.

  • MEMPERBAIKI INFLAMASI KULIT
Ianya mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea dan kurap. Selain itu dapat meringankan sait dan bengkak yang terdiri dari rheumatism dan arthritis.


  • MEMPERBAIKI PROSTATOMEGALY
GLA dapat mengurangkan masalah penyakit prostat lelaki dan masalah kerap kencing.

  • MENGHALANG KOMPILAKASI DIABETES
GLA dapat membantu merendahkan gula darah, juga berkesan bagi mereka yang mengalami diabetes semasa hamil dan di usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.
  • MENGHALANG TEKANAN DARAH TINGGI
GLA dapat menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, dapat mengelak masalah jantung seperti arteriosklerosis dan myocardial infarction.

  • MEMPERBAIKI TEKSTUR RAMBUT
Memperbaiki rambut kering dan dapat mengatasi masalah rambut gugur.


  • PELANSINGAN DAN MENGHALANG TAMBAH BERAT BADAN
Merendahkan kolestrol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, member tone pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan cantik, menghalang penambahan berat badan. Elok diambil semasa perut kosong untuk mengelakkan keasidan hiper.


  • HIPERAKTIF DAN AUTISMA (ADD/ADHD)
Dibuktikan secara klinikal bahawa GLA dapat memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktif.


credit to:
http://www.healthline.com/natstandardcontent/borage-seed-oil#1

http://www.webmd.com/vitamins-supplements/ingredientmono-40-sunflower%20oil.aspx?activeingredientid=40&activeingredientname=sunflower%20oil

http://altmedicine.about.com/od/efa/a/Gamma-Linolenic-Acid.htm