Memaparkan catatan dengan label TIPS MUDAH MENGATASI PROSES KELAHIRAN YANG MENYAKITKAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TIPS MUDAH MENGATASI PROSES KELAHIRAN YANG MENYAKITKAN. Papar semua catatan

Rabu, 15 Februari 2017

Himpunan Kisah Untuk Luka Bersalin Cepat Sembuh Dengan Cepat

Siapa yang pernah bersalin akan melalui detik-detik takut sewaktu doktor atau nurse melakukan proses jahitan, samaada kita bersalin secara normal ataupun czer..

Pengalaman ngeri.. Tapi ngeri masa nk jahit jerlah, dah nampak muka anak langsung terlupa sakitnya..hihi


Luka bersalin secara Normal



Luka bersalin secara czer

Kak Tun pun nak berkongsi jugalah Pengalaman pertama kali masa bersalin anak pertama dulu, masih lagi teringat dan terasa sakitnya hingga kehari ini, walaupun dah 8 tahun berlalu..

Kak Tun mengalami bleeding dan kulit disekitar tu dah rapuh dan pecah sebab banyak kali teran bukan pada waktunya. Anak pertama tak der lagi pengalaman melahirkan, main teran jerlah,huhu..

Nasib tak menyebelahi Kak Tun, pertama kali bidan jahit, darah still keluar lagi, lalu bidan bertauliah panggil doktor senior pula..bila dah jahit sekali lagi, boleh pula doktor senior tu pun tak berani nak conform bleeding dah stop ke belum, last sekali terpaksalah panggil doktor pakar pula..

3 kali jahit tau!! 2kali jahit tanpa bius, gara-gara bleeding lagi walaupun luka tu dah dijahit semula..

Sakitnya memang tak dapat digambarkan, memang sakit sangat sampai fobia nak ke toilet. Nak duduk pun tak boleh, sakit menyucuk-nyucuk.

Itulah pengalaman yang tak dapat dilupakan sampai sekarang. Masa ni tak kenal lagi dengan Shaklee..

Kini tiada lagi mimpi ngeri untuk luka bersalin untuk anak kedua. 

Nak tahu rahsianya?

Jom luangkan masa membaca himpunan testimoni mereka dengan VIVIX  untuk luka bersalin cepat sembuh dan baik.


KISAH PERTAMA
"Lepas bersalin,luka akibat jahitan menyebabkan saya sukar untuk duduk dengan selesa sampai menangis bila nak duduk.

3 hari berturut-turut saya amalkan VIVIX, alhamdulillah terus hilang rasa sakit".



KISAH KEDUA
"Korang... Nak share.. Kak.Ain ambil VIVIX setiap hari 2sudu kat wad ni. Operation hari selasa. Tadi doktor kata luka dah kering walaupun baru 4 hari. Parut pun dah tak nampak kecik je..alhamdulillah"



KISAH KETIGA
"I pernah consume VIVIX masa dalam pantang. Luka czer baik dalam masa 10 hari, kecut line czer jadi line halus dalam masa 10 hari,memang best,rasa bertenaga aje.
Makcik urut kata muka saya tak pucat langsung!muka sihat dn berseri tak macam dalam pantang pun.Susu pun mencurah-curah."

"Yezaa,I like it,memabg betul VIVIX perbaiki sel dalam badan..Nurul suka ambil VIVIX terutama ketika pantang..lagi pulak czer..bila scan tempat operation,doktor kagum sebab dalaman nampak cantik dalam masa 2 bulan, sebab selalunya ambil tempoh 6bulan untuk pulih"



KISAH KEEMPAT
"Saya ambil VIVIX masa berpantang, bersalin czer. Hari ni dah 40 hari. Hari kedua dah ambil VIVIX, mmg luarbiasa. Boleh bangun dan terus berjalan. Hari kelima dah rasa sangat sihat,pergi ke klinik pun laju ja jalan. Ibu-ibu czer yang lain punyalah hairan,anak langsung tak ada jaundis. Ini perbezaan saya dengan VIVIX untuk anak ke6 dan memang beza dengan anak-anak lain yang tak ambil.3botol abis dalam masa 40 hari."

Bagaimana VIVIX Bertindak Untuk Luka Cepat Kering?

🔰CELL DEFENCE
Mempertahankan sel yang mudah rosak dan berpenyakit.

🔰CELL ENERGY
Memberi tenaga kepada sel yang lemah

🔰CELL REPAIR
Memperbaiki sel yang telah rosak

🔰CELL PERFORMANCE
Meningkatkan prestasi sel


 
Sebarang pertanyaan dan untuk mengorder, 

Hubungi
Rabiatul
012-5584478

Pengedar Shaklee Rawang
Pengedar Shaklee Jalan TAR / KLCC
Pengedar Shaklee Selayang 

Sabtu, 4 Julai 2015

Tips Mudah Mengatasi Proses Kelahiran Yang Menyakitkan


Setiap ibu-ibu yang hamil pasti akan melalui proses kelahiran. Semestinya pengalaman bersalin setiap ibu tidak sama antara satu sama lain. Setiap ibu hamil, ALLAH dah tentukan bagaimana rasa nikmat bersalin yang perlu ditempuh oleh semua ibu.

Bagi saya pengalaman bersalin merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Pengalaman sakit selama 17jam semasa melahirkan anak pertama 6 tahun lepas, memang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Betullah kata orang tua, seorang ibu sanggup berkorban dan bertarung nyawa demi melahirkan anak yang telah dikandung selama 9 bulan. Tidak kira kesakitan yang dialami itu terlalu sakit atau mengalami kompilasi bersalin yang pelbagai, seorang ibu sanggup menempuh rintangan demi melahirkan anak yang disayangi.
Saya ingin berkongsi tip mudah bagi para ibu di luar sana untuk mengatasi proses kelahiran yang menyakitkan dan berpanjangan.

Selalu Bersenam

Senaman penting untuk memastikan kesihatan anda berada pada tahap yang memuaskan. Keraplah bersenam dan pada bulan terakhir kehamilan, buat senaman dengan berjalan selama 30 minit sambil mempraktikkan latihan pernafasan. Langkah ini penting untuk membantu dan mengawal diri ketika menahan sakit dan meneran apabila kepala bayi sudah kelihatan.

Elakkan Terlalu Banyak Berehat

Jangan hanya duduk tanpa berbuat apa-apa. Ketika mengemas rumah umpanya, anda digalakkan untuk berkeadaan duduk itik. Graviti keadaan anda ketika itu akan merangsang bayi untuk “turun” dan memudahkan proses kelahiran.

Jaga Pemakanan

Langkah menjaga pemakanan perlu sentiasa dititikberatkan. Pastikan makanan yang diambil adalah makanan ysng sihat dan seimbang. Pastikan pemakanan seharian anda lengkap dengan segala keperluan zat makanan. Selain itu, minum air kosong dalam jumlah yang mencukupi dan makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.

Pemakanan Sunnah

Selain mengamalkan kurma yang dikatakan bagus dalam mengekalkan tenaga semasa proses bersalin, anda juga boleh mengamalkan kismis, madu dan habbatus sauda sepanjang kehamilan. Selain memudahkan bersalin, amalan pemakanan ini dipercayai dapat membantu mengelakkan bayi daripada mengalami jaundis.

Khatam Al-Quran Sepanjang Hamil

Ada sesetengah wanita hamil memilih surah tertentu untuk dibaca ketika hamil. Sebenarnya tidak perlu memilih surah untuk diamalkan, sebaliknya baca kesemua surah adalah lebih baik. Sebaik-baiknya dalam tempoh sembilan bulan kehamilan, cuba khatam Al-Quran, paling kurang sekali.

Amalkan Surah Maryam

Sepanjang hamil, jangan mengelak dan malas untuk membaca Surah Maryam setiap hari. Surah ini sesuai diamalkan dengan tujuan memudahkan proses bersalin. Ada pendapat menyarankan agar bersujud setiap kali tiba di ayat sujud tilawah. Dalam keadaan sujud itu, jangan lupa untuk berdoa supaya dipermudahkan bersalin.

Kerap Bersama Suami

Pada saat akhir menanti kelahiran, keraplah melakukan hubungan seks dengan suami. Doktor berpendapat air mani mengeluarkan hormon prostaglandin yang boleh merangsang kontraksi.

Berendam Sebelum Ke Hospital

Sebelum ke hospital, si ibu hamil di galakkan berendam di dalam tab mandi berisi air suam.Ia di percayai dapat mempercepatkan proses bersalin. Jika tiada tab mandi di rumah, si ibu boleh juga menggunakan kolam mandi kanak-kanak bagi tujuan ini.

Pastikan Tenaga Mencukupi

Tenaga mencukupi adalah penting sebelummemasuki bilik bersalin. Makan dan minum secukupnya bagi mengelakkan si ibu berasa lapar dan mudah letih sewaktu dalam proses bersalin.

Posisi Bersalin

Semasa dalam proses bersalin, si ibu juga boleh mengaplikasi apa jua jenis posisi yang dirasakan selesa bagi mereka. Apa yang penting di ibu jangan berbaring sahaja, kerana akan melambatkan proses pembukaan serviks. Sebaliknya, banyakkan berjalan-jalan di sekitar bilik bersalin selepas mengalami fasa kontraksi.

Jangan Meneran

Jika belum tiba waktu yang betul-betul untuk bersalin, jangan sesekali meneran. Kawal pernafasan dengan menarik nafas secara mendalam dan hembus perlahan-lahan, secara konsisten.

Amalan doa dan Selusuh

Amalkan doa mudah bersalin apabila kandungan mencecah usia tujuh bulan, disamping mengamalkan minum air atau minyak selusuh. Selain itu boleh juga dipraktikkan menyapu minyak selusuh di perut dari atas ke bawah, untuk tujuan memudahkan bayi keluar bila tiba masanya kelak.

Alhamdulillah tahun ini juga Allah SWT memberi kesempatan kepada saya sekali lagi untuk merasa proses bersalin, semoga dengan mengamalkan tips di atas, akan mengurangkan rasa sakit dan memudahkan proses bersalin kita, insyaallah,amin. 


ikhlas dari hati,
Rabiatul
012-5584478