Memaparkan catatan dengan label tips sihat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tips sihat. Papar semua catatan

Ahad, 21 Januari 2018

YOUTH SHAKLEE SKIN CARE- Set Penjagaan Muka Semulajadi Dan Selamat

PART 1

TESTING!
TESTING!



Set Penjagaan Muka terbaru dari Shaklee - YOUTH akan berada di pasaran Malaysia tak lama lagi uolls!!

Tak sabar rasanya nak mencuba set skin care YOUTH ni sendiri..

Kali ni set skin care YOUTH ni memang berbeza daripada produk lain yang ada dipasaran, perubahan pada kulit wajah seawal 24jam penggunaannya!! 

SELAMAT ke?

Kalau dah Shaklee, mestilah semulajadi, selamat & berkesan...

Tahu tak? 
Shaklee mengambil masa 8 tahun untuk buat kajian terhadap produk ni..

Apa?
8 TAHUN tau!! 

Bayangkan, berapa banyak Shaklee dah laburkan demi menjalankan kajian mengenai produk ni..

Bukan sebarang produk yang Shaklee keluarkan!!

Kena start menabung dari sekarang! Kak Tun pun tak nak lepaskan peluang untuk mencuba YOUTH ni!!

Siapa yang tak nak kulit cantik dan muda kembalikan! :-)

Testimoni Pengguna
Menggunakan YOUTH seawal 7 hari dah nampak hasilnya.



Video Set Skin Care YOUTH 

http://shaklee-corporation.23video.com/introducing-youth-skincare

Teruja tak?
Tunggu....

Start menabung dari sekarang..

Rabiatul
0125584478

Pengedar Shaklee Rawang
(Cod: Bandar Country Homes)
Pengedar Shaklee Jalan TAR / KLCC
Pengedar Shaklee Selayang

Rabu, 2 Julai 2014

HIKMAH BERPUASA MENGIKUT KAJIAN SAINS


Puasa memiliki banyak hikmah dan manfaat untuk tubuh, ketenangan jiwa, dan kecantikan. Semasa berpuasa, organ-organ tubuh dapat beristirehat dan sel dalam tubuh boleh berkumpul untuk bertahan. Puasa juga boleh mengeluarkan kotoran, toksin/racun dari dalam tubuh, meremajakan sel-sel tubuh dan menggantikan sel-sel tubuh yang sudah rosak dengan yang baru serta untuk memperbaiki fungsi hormon, menjadikan kulit sihat dan meningkatkan daya tahan tubuh kerana manusia mempunyai kemampuan terapi secara semulajadi.

Puasa dapat membuat kulit menjadi segar, sihat, lembut, dan berseri. Kerana setiap saat tubuh mengalami metabolisme tenaga, iaitu peristiwa perubahan dari energi yang terkandung dalam zat gizi menjadi tenaga potensi dalam tubuh. Sisanya akan disimpan di dalam tubuh, sel ginjal, sel kulit dan kelopak mata serta dalam bentuk lemak dan glikogen.

Beberapa cendekiawan telah melakukan beberapa ujian tentang puasa diantaranya secara ringkas dibawah ini:

1. Allan Cott, M.D - Seorang pakar dari Amerika Syarikat, telah menghimpun hasil pengamatan dan penelitian para ilmuwan berbagai negara, lalu menghimpunnya dalam sebuah buku Why Fast ,antaranya:


a. To feel better physically and mentally (merasa lebih baik secara fizikal dan mental).
b. To look and feel younger (merasa lebih muda).
c. To clean out the body (membersihkan badan)
d. To lower blood pressure and cholesterol levels (menurunkan tekanan darah dan kadar lemak.
e. To get more out of sex (lebih mampu mengendalikan seks).
f. To let the body health itself (membuat badan sihat dengan sendirinya).
g. To relieve tension (mengendurkan ketegangan jiwa).
h. To sharp the senses (menajamkan fungsi sense).
i. To gain control of oneself (memperolehi kemampuan mengendalikan diri sendiri).
j. To slow the aging process (memperlambat proses penuaan).



2. Dr. Yuri Nikolayev - Pengarah bahagian diet di Moscow 
Menilai kemampuan untuk berpuasa yang mengakibatkan orang yang menjalaninya boleh menjadi awet muda, sebagai suatu penemuan (ilmu) terbesar abad ini. 

Beliau mengatakan: what do you think is the most important discovery in our time? The radioactive watches? Exocet bombs? In my opinion the bigest discovery of our time is the ability to make onself younger phisically, mentally and spiritually through rational fasting. (Menurut pendapat anda, apakah penemuan terpenting pada abad ini? Jam radioaktif? Bom exoset? Menurut pendapat saya, penemuan terbesar dalam abad ini ialah kemampuan seseorang membuat dirinya tetap awet muda secara fizikal, mental, dan spiritual, melalui puasa yang rasional).



3. Alvenia M. Fulton - Direktor Lembaga Makanan Sihat “Fultonia” di Amerika Syarikat 
Menyatakan bahawa puasa adalah cara terbaik untuk memperindah dan mempercantik wanita secara semulajadi. Puasa menghasilkan kelembutan pesona dan daya pikat. Puasa menormalkan fungsi-fungsi kewanitaan dan membentuk kembali keindahan tubuh (fasting is the ladies best beautifier, it brings grace charm and poice, it normalizes female functions and reshapes the body contour).



4. Muzam MG, Ali M.N dan Husain 
Berpendapat bahawa puasa juga selamat untuk pesakit yang mempunyai gangguan ulser. Penelitian dilakukan oleh Muzam MG, Ali M.N dan Husain dalam tindakan terhadap kesan puasa ramadhan terhadap sakit perut.



5. Elson M. Haas M.D. - Direktor Medical Centre of Marin (sejak 1984) 
Mengatakan dalam puasa merupakan bahagian dari trilogy nutrision, balancing, building( toning). Elson percaya bahwa puasa adalah bahagian yang hilang “missing link” dalam diet di dunia barat. Kebanyakan orang di barat over eating atau terlalu banyak makan, makan dengan protein yang berlebihan dan lemak yang berlebihan. Sehingga ia menyarankan agar orang lain mulai mengatur makanannya agar lebih seimbang dan mulai berpuasa, kerana puasa bermanfaat sebagai: purifikasi, peremajaan, istirahat pada organ pencernaan, anti aging, mengurangi alergi, mengurangi berat badan, mengawal mental dan emosi, perubahan kebiasaan dari kebiasaan makan yang buruk menjadi lebih seimbang dan lebih terkawal, meningkatkan daya tahan tubuh.

Puasa dapat mengubati penyakit seperti Influeza, bronkitis, diare, konstipasi, alergi makanan, asma, aterosklerosis, penyakit jantung koroner, hipertensi, diabetes, obesitas, kanker, epilepsi, sakit pada punggung, sakit mental, angina pectoris (sakit dada kerana jantung), panas dan insomnia.

6. Dr Sabah al-Baqir dan kawan-kawan mengatakan bahawa puasa dapat mengurangi jumlah hormon melawan stress. Dia bersama kumpulan dari Falkuti kedoktoran Universiti King Saud yang melakukan studi terhadap hormon prolaktin, insulin dan kortisol, pada tujuh orang laki-laki yang berpuasa sebagai sampel. Hasilnya bahawa tidak ada perubahan signifikan pada level kortisol. Prolaktin, dan insulin. Ini menunjukkan bahawa puasa bulan ramadhan bukanlah pekerjaan yang memberatkan, dan tidak mengakibatkan tekanan mental maupun saraf.




7. Dr Riyadh Sulaiman dan kawan-kawan - Tahun 1990 dari RS Universiti King Khalid 
Riyadh Saudi melakukan penelitian terhadap pengaruh puasa Ramadhan terhadap 47 penderita diabetes tahap kedua (pesakit yang tidak tergantung insulin). Dan sejumlah orang sihat. Hasil penelitian menunjukkan bahawa puasa bulan ramadhan tidak menimbulkan penurunan berat badan yang signifikan. Tidak ada pengaruh apapun yang bererti pada kawalan penyakit diabetes diabetes dikalangan penderita ini. Sejauh ini puasa Ramadhan selamat sahaja bagi penderita diabetes sejauh dilakukan dengan kesedaran dan kawalan makanan serta ubat-ubatan.



8. Dr. Muhammad Munib dan kawan-kawan dari Turki juga melakukan sebuah kajiselidik terhadap seratus responden muslim, Sampel darah mereka diambil sebelum dan diakhir bulan ramadhan, untuk dilakukan analisis dan pengukuran terhadap kandungan protein, total lemak (total lipid), lemak fosfat, asam lemak bebas, kolesterol, albumin, globulin, gula darah, tryglycerol, dan unsur-unsur pembentuk darah lainnya, dan didapat, antara lain bahwa terjadi penurunan umum pada kadar gula (glukosa) dan tryacyglicerol orang yang berpuasa, terjadinya penurunan parsial dan ringan pada berat badan, tidak terlihat adanya aseton dalam urin, baik dalam awal maupun akhir puasa, sebab sebelum puasa ramadhan, kenyataan ini menegaskan tidak adanya pembentukan zat-zat keton yang berbahaya bagi tubuh selama bulan puasa islam, Dengan keutamaan puasa, glikogen dalam tubuh mengalami peremajaan, memompa gerakan lemak yang tersimpan, sehingga menghasilkan energi yang lebih meningkat.

Sejak zaman dulu puasa digunakan sebagai pengubatan yang terbaik seperti kata Plato bahawa puasa adalah untuk mengubati sakit fizikal dan mental. Philippus Paracelsus mengatakan bahwa “Fasting is the greatest remedy the physician within!”

Puasa sudah diakui menjadi penyembuh terhebat dalam menangani penyakit, bahkan di Amerika ada pusat puasa yang diberi nama “Fasting Center International, Inc”, Director Dennis Paulson yang berdiri sudah sejak 35 tahun yang lalu, dengan pesakit dari 220 negara. Yang mencadangkan Puasa dalam:

(1) program penurunan berat badan,
(2) mengeluarkan toxin tubuh,
(3) puasa dapat memperbaiki energy, kesehatan mental, kesehatan fisik dan yang paling terpenting meningkatkan kualiti hidup.

Selasa, 24 Jun 2014

SARAPAN PAGI :JANGAN AMBIL MUDAH


Masih ramai di kalangan masyarakat yang tidak tahu kepentingan bersarapan pagi. Antara alasan yang sering kita dengar apabila ditanya mengapa tidak bersarapan adalah kerana tiada selera makan atau bimbang kenaikan berat badan. Ada juga tanggapan menyatakan bahawa sarapan pagi akan menyebabkan seseorang lebih mengantuk dan kurang daya tumpuan.Wow!!! sampai macam tu sekali penangan tidak mahu sarapan pagi.

Walau apa pun alasan anda, jangan sesekali tinggalkan sarapan pagi. Ibarat kata pepatah, ‘alah bisa, tegal biasa’. Sesuatu perkara yang dipraktikkan setiap hari akan menjadi rutin harian. Untuk itu, mulakan sarapan pagi mulai sekarang. Ini kerana ia berperanan membekalkan tenaga kepada tubuh badan bagi melakukan aktiviti harian yang sibuk sepanjang hari.

MANFAAT SARAPAN PAGI

1)MEMENUHI NUTRISI YANG DIPERLUKAN

Hidangan terbaik untuk sarapan pagi adalah yang mempunyai karbohidrat atau berserat tinggi. Makanan seperti oat, bijirin dan roti gandum amat sesuai dijadikan hidangan pada waktu pagi kerana ia membekalkan tenaga dan tidak cepat lapar.

2)KURANGKAN BERAT BADAN

Sarapan pagi dengan perut yang masih kosong akan mempercepatkan pembakaran kalori secara lebih efisien.

3)TINGKATKAN DAYA TUMPUAN

Ketika anda bangun pagi, sebahagian besar tenaga dalam bentuk glukosa dan glikogen telah digunakan pada hari sebelumnya. Oleh itu, pengambilan makanan yang berglukosa diperlukan untuk menjana perkembangan otak dan daya tumpuan. Tanpa glukosa, anda akan berasa letih dan kurang tumpuan terhadap kerja yang dilakukan.

4)CEGAH SAKIT JANTUNG
 
Kandungan serat yang diperoleh daripada bijirin dapat menyerap kolesterol yang terdapat di dalam badan. Penyerapan kolesterol ini sekali gus mengurangkan tahap kolesterol yang boleh membahayakan kesihatan.


TIPS BAGI MEREKA YANG SELALU SKIP SARAPAN PAGI.


· Ambil hidangan yang mempunyai kandungan serat, protein dan kalsium. Hidangan seperti bijirin sudah cukup untuk sarapan pagi.

· Jika anda seorang yang sibuk, sentiasa bawa sekeping roti dan susu sebagai hidangan pagi sebelum melangkah ke pejabat.

· Hidangan telur juga baik sebagai sajian pagi anda. Vitamin dan mineral yang terdapat di dalamnya membantu memberi nutrisi yang diperlukan oleh badan.

· Jika anda kurang berasa lapar pada pagi hari, cuba untuk tidak makan selepas pukul 8.00 malam pada hari sebelumnya. Keesokan pagi, anda pasti berasa lapar.



So, mulai hari ni jomlah kita bersarapan dahulu ye!!









Sabtu, 21 Jun 2014

SIHAT ITU NIKMAT DARI ALLAH SWT.


Ramai yang tidak mengambil endah pasal kesihatan tubuh badan mereka.Ini kerana ramai orang yang tidak menyedari akan kebesaran nikmat kesihatan yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita kecuali selepas kita kehilangan nikmatnya.

Kesihatan amat penting di sisi islam. Oleh itu kita sebagai umat islam perlulah mengambil berat terhadap aspek kesihatan samaada dari segi kesihatan mental, fizikal, rohani dan jasmani.

Kesihatan merupakan nikmat daripada Allah SWT yang selalu diperbaharui. Kita sebagai hambaNya akan dihisab atas nikmat yang diberi olehNya, iaitu dari segi mana kita mensyukurinya, dan bagaimana kita menggunakan nikmat kesihatan yg diberi. Adakah nikmat kesihatan yang kita miliki sekarang ini berada dalam ketaatan atau dalam kemaksiatan kepada Allah SWT.

Berdasarkan daripada peringatan Allah SWT dan rasul kita, bahawa kesihatan ialah nikmat besar yang sering dilupakan.

Kenapa? Sebabnya kita mudah mengabaikan nikmat kesihatan yang diberi oleh Allah SWT kepada kita. Jadi, apabila kita mengabaikan nikmat kesihatan yang diberi menunjukkan kita ni langsung tidak mensyukuri kenikmatan yang diberi malah ia boleh mendatangkan azab Allah SWTkepada kita.

Jadi nikmat kesihatan yang dikurnialan oleh Allah kepada kita perlulah dijaga dengan sebaiknya kerana bagi mereka yang tidak mengendahkan akan mendapatkan azab iaitu sakit yang berpanjangan dan kerap; di mana ia merupakan seksaan di dunia ini.

Khamis, 29 Mei 2014

TIPS UNTUK ANAK LELAKI vs ANAK PEREMPUAN



Sebenarnya banyak faktor yang menentukan jenis jantina anak dan salah satu yang terbaik adalah kaedah shettles. Penerapan kaedah ini memberikan peluang keberhasilan lebih dari 75%.

Pada dasarnya, sang suami menghasilkan sperma dengan dua jenis kromosom gen, iatu XX (wanita) dan XY (suami). Hasil penelitian Dr Shettles menunjukkan bahawa :

Kromosom XY (lelaki)

  • Ukuran sperma lebih kecil
  • Daya hidup lemah, tapi bergerak lebih cepat (agresif) dibandingkan dengan kromosom XX yang lebih besar
Kromosom XX (wanita)
  • Ukuran sperma lebih besar
  • Daya hidup kuat namun lebih lamban

Tips untuk meningkatkan peluang mendapatkan bayi lelaki atau perempuan :
  • Pada saat terjadinya ovulasi (masa subur) akan memberikan peluang lebih besar mendapatkan anak lelaki kerana sperma XY cenderung lebih cepat dan cenderung mencapai sel telur terlebih dulu. Jika inginkan anak lelaki disarankan berhubungan di saat terjadi ovulasi.
  • Sedangkan peluang untuk menginginkan anak perempuan waktu berhubungan dilakukan 3 hari atau lebih sebelum ovulasi.

 baby boy

VS

baby girl



Beberapa langkah yang dapat dilakukan untuk mengetahui masa subur :
  • Tentukan panjang kitaran haid anda. Biasanya kitaran haid normal berkisar antara 21 hingga 40 hari. Dimana satu kitaran haid dimulai sejak hari pertama haid hingga tepat satu hari sebelum haid pada bulan berikutnya.
  • Sesuai dengan kitaran haid anda, hitung dan tentukan perkiraan hari pertama haid untuk bulan selanjutnya, kemudian dikurangkan 14 hari. Ini kerana ovulasi terjadi 14 hari sebelum haid pertama pada bulan berikutnya.

1. Ph di daerah kewanitaan berperanan sangat penting. Lingkungan yang lebih asid cenderung menghasilkan anak perempuan (keadaan asid akan membunuh sperma XY) dan keadaan alkali akan menghasilkan anak lelaki.

2. Posisi dan kedalaman penetrasi saat berhubungan. Semakin sikit atau dekat dengan vagina umumnya akan menghasillkan anak perempuan dan yang lebih dalam akan menghasilkan anak lelaki.

3. Jumlah sperma juga mempengaruhi jantina anak. Jumlah sperma yang lebih banyak akan meningkatkan peluang anak lelaki, dua perkara yang perlu dilakukan :
  • Untuk anak lelaki dan perempuan sebaiknya lebih sering menggunakan seluar yang longgar. Untuk meningkatkan kesuburan dimana testis memerlukan suhu yang lebih rendah agar sperma dapat bertahan hidup dan kerana sperma XY daya hidup lebih lemah, maka dengan cara ini akan lebih membantu daripada sperma XX tetapi tidak disarankan jika melakukan hal sebaliknya (lelaki memakai seluar ketat).
  • Untuk anak perempuan sebaiknya mandi air hangat segera sebelum berhubungan intim. Dengan cara ini lebih berpeluang mendapatkan sperma XX.


** kita hanya merancang tapi ALLAH SWT yang menentukan segalanya.. apapun kita perlulah besyukur dengan rezeki yang ALLAH beri pada setiap pasangan.Setiap seorang anak yang dilahirkan ALLAH telah menentukan rezeki mereka. sayangi anak kita sebagaimana kita menyayangi ALLAH. Anak adalah pinjaman semata-mata dari ALLAH untuk kita. Jadi jangan ada perbezaan antara mereka..**



Rabu, 14 Mei 2014

PETUA HILANGKAN LINGKARAN BAWAH MATA

Pandangan mata mempunyai maksud tersendiri.. kalau tak xkan ada pepatah yang mengatakan "dari mata turun ke hati"... Pandangan mata seseorang mempunyai maksud tersirat dan tersendiri. So penjagaan mata amatlah penting kerana first impression adalah dari raut wajah kita. Sebab tulah mata memainkan peranan yang penting bagi seseorang.

 Salah satu masalah yang selalu kita hadapi pada bahagian mata adalah lingkaran bawah mata.Siapa pernah mengalami masalah seperti ini? Rasanya ramai yang berhadapan dengan masalah lingkaran bawah mata.. teman salah seorang yg mengalami masalah seperti nie terutama sekali bila tidak cukup tidur. Memang ketaralah lingkarannya.

Tahu tak cara untuk menghilangkan lingkaran bawah mata tanpa membelanjakan sejumlah wang yang banyak.. Petua tradisional ni kadang2 memang menjadi pada diri kita.  So disini saya nak kongsikan petua hilangkan lingkaran hitam kt mata tu..




Petua Hilangkan Kesan Hitam Bawah Mata

Petua 1


Potong sebiji kentang dan hiris kepada beberapa kepingan nipis, Lepas tu letakkan hirisan kentang tu pada keliling di kedua-dua belah mata. Biarkan selama 10 - 20 minit lepas tu barulah dibilas dengan air bersih.Masa letak anda akan terasa sejuk je disekeliling mata,memang bestlah..

Cuba amalkan selalu kerana kentang ni dikatakan kandungan enzim di dalamnya bukan saja dapat membantu mengurangkan lingkaran hitam kat bawah mata tapi boleh mencerahkan kulit muka kita juga.. tidak percaya??? trylah dulu memang berbaloi.


Petua 2


Perah lemon dalam cawan, kemudian sapukan perahan lemon tu secara perlahan-lahan di kawasan sekitar bawah mata. Sebaik-baiknya amalkan dua kali setiap hari untuk mendapatkan hasil yang diiingini.

Petua 3


Sediakan satu cawan air panas kiranya suamlah kalau tak melecur nanti kulit anda dan kain lembut. Celup kain tersebut dalam air suam tadi, angkat dan perahkanairnya pastu letakkan di bahagian mata kita tadi. Biarkan selama 15 minit. Lepas tu barulah kita sapu sedikit krim pelembab di sekeliling mata. Amalkan selalu untuk menghilangkan lingkaran hitam dimata.


selamat beramal..

Rabu, 26 Mac 2014

APA ITU DIET YANG BERKESAN


Sekarang banyak di pasaran produk-produk untuk diet tanpa kita mengetahui kesahihan untuk jangka masa panjang.. Selalunya diet selalu dikaitkan dengan mengikat perut tanpa perlu makan.
Contohnya: “Kau tak nak makan ke?” “Aku diet!!!”.

Saya rasa kita pun sering terdengar ungkapan “aku diet” diucapkan oleh ramai orang. Apakah maksud diet yang digunakan dalam konteks perbualan seharian? Adakah ia sama dengan maksud diet yang sebenarnya?

Saya kira maksud diet dalam konteks perbualan yang di atas adalah “tak makan sebab nak kuruskan badan”.


Bukan apa, penyalahgunaan istilah ini mungkin secara tak langsung membawa kita kepada amalan makan yang tidak sihat. Yalah, bila disebut diet, otomatik terfikir “jangan makan” supaya turun berat badan. Sedangkan kita perlu makan untuk menjaga kesihatan kita. Meninggalkan makan akan memberi kesan yang tidak baik kepada kesihatan kecuali jika kita berpuasa. Badan kita menunggu untuk menerima makanan bila sampai waktunya, dan ia akan mengeluarkan asid yang diperlukan untuk menghadam makanan. Sekiranya tiada makanan untuk dihadamkan, asid tersebut akan terkena kepada dinding usus dan merosakkannya.

Satu lagi perkara yang tidak baik bila diet dikaitkan dengan “tidak makan” adalah ramai orang yang tidak mahu “tidak makan”, justeru mereka tidak mahu diet sedangkan diet baik untuk kesihatan.




Isnin, 24 Mac 2014

CARA MENGATASI KULIT KERING DAN KUSAM

Pada kesempatan kali ini saya akan mengulas Cara Mengatasi Kulit Kering dan Kusam supaya anda tampil lebih segar dan lebih cantik. Mungkin sebagian dari anda, ada yang mempunyai masalah pada penampilan terutama kulitnya mudah kusam dan Kering.

Memiliki kulit kering dan kulit kusam memang akan mengganggu penampilan seseorang, tidak hanya mengganggu penampilan namun kebanyakan orang juga akan merasakan malu untuk bersama-sama teman dan rakan.

Sebenarnya apakah penyebab kulit kering dan kulit kusam itu? Kulit kering dapat terjadi kerana kurangnya kadar minyak pada kulit (kalenjer minyak sebum) sehingga hal ini mengakibatkan kulit cepat kering dan kusam. Minyak sebum ialah suatu kelenjar minyak alami yang dihasilkan dari kulit tubuh kita, minyak ini berfungsi membantu memberikan kelembaban pada kulit tubuh.

Cara Mengatasi Kulit Kering Dan kusam:

1. Usahakan Perbanyak Kuantiti air kosong dalam tubuh


Manfaat air kosong memang sudah tidak diragukan lagi selain bermanfaat untuk menjaga kesihatan organ tubuh, Air kosong juga merupakan salah satu cairan terpenting untuk mendapatkan kulit tampak lebih segar dan terhindar dari kulit kering kusam. Kenapa air kosong dapat menghidarkan kulit kusam? Ini kerana air kosong bermanfaat untuk menghindarkan kulit dari dehidrasi, Oleh itu tubuh kita memerlukan sekurang-kurangya 2.5 liter air atau 8 gelas air kosong/ harinya.

2. Hindari Stress

Biasanya orang yang mudah stress, akan cepat mendapat kulit wajah yang pucat dan kusam. So,cuba kita elakkan diri daripada persekitaran stress yang melampau. Mengapa stress boleh mempengaruhi kelembaban kulit? Kerana jika dalam fikirannya terlalu banyak bebanan (stress) aliran darah dalam tubuhnya akan menjadi tidak lancar. hal inilah yang kemudian menjadikan kulit tegang dan lama-kalamaan akan kering dan kusam.

3. Lakukan Senaman Secara Teratur

Salah satu penyebab kulit kering dan kusam selain yang sudah disebutkan diatas adalah sel kulit mati yang terjadi daripada kurangnya kelenjar minyak dan pengeluaran peluh yang terhad untuk mendorong pengeluaran sel kulit mati dalam tubuh kita. Jika senaman secara teratur dapat dilakukan maka pengeluaran peluh yang konsistan akan membantu mengeluarkan sel kulit mati yang terdapat pada kulit.

4. Bersihkan Tubuh Secara Teratur ( Mandi )

Jarang mandi juga merupakan salah satu penyeban kulit kita kelihatan kusam dan kering. Kekerapan mandi sekurang-kurangya 2 kali dalam sehari dapat menanggalkan segala kotoran pada kulit dan boleh mengelakkan kulit anda dijangkiti penyakit.

5. Makan makanan Yang Bernutrisi


Nutrisi yang terkandung dalam makanan juga sangat mempengaruhi struktur kulit anda. Pemilihan Pemakanan yang baik adalah dengan memilih kualiti makanan dan bukannya kuantiti makanan yang anda ambil. Pilih menu makanan yang mengandungi serat gizi dan bernutrisi bagi kesihatan kulit kita.

6. Tidur / Rehat Yang Mencukupi

Kurang tidur atau sering berjaga malam juga merupakan salah satu sebab kulit anda nampak kusam dan kering. Aktiviti suka berjaga pada waktu malam boleh mengakibatkan kulit kita kurang rehat dan boleh mendatangkan kemudaratan pada tubuh. Dapatkan rehat atau tidur yang mencukupi sekurang-kurangnya 7-8 jam dalam semalam untuk mendapatkan kulit segar dan tentunya untuk mendapatkan kesihatan badan kita.

7. Menggunakan Lotion Pelembab

Pilihlah lotion yang bebas bahan kimia dan tidak berbahaya pada kulit kita. Cara pemakaian lotion yang paling tepat ketika anda selesai mandi.




KULIT KERING: APAKAH PENYEBABNYA??

Tahukah anda ?


Kulit kita merupakan salah satu sistem pertahanan tubuh.Kulit yang sihat adalah pelindung daripada jangkitan kuman. Permukaan kulit dilapisi oleh satu lapisan minyak semulajadi yang bertindak sebagai pelindung dan pelembab untuk mengekalkan kesihatan dan kelembutan kulit

Kulit juga menjadi ‘perumah’ untuk mikroorganisma seperti kuman dan kulat. Kulit kering mudah merekah menyebabkan kuman atau jangkitan berlaku. Kulit kering sering terasa gatal tetapi tidak semestinya menandakan penyakit.

Menggaru/menggosok kulit menyebabkan lapisan lembapan hilang dan kulit mudah merekah. Akibatnya radang boleh berlaku seperti dermatitis, jangkitan kuman dan sebagainya


KITA JUGA MENJADI PUNCANYA..... KENAPA??

1. Mandi dan sabun

Kita mandi untuk membersihkan diri.

Kita fikir :
  •  Perlu mandi lama-lama dan bersabun banyak-banyak; barulah bersih
  • Mandi air panas lebih baik daripada air suam atau sejuk
  • Berendam dalam ‘bath tub’ atau buih juga bagus untuk kita

Yang kita tidak sedar adalah : Mandi lama atau kerap, penggunaan sabun yang banyak akan menyebabkan lapisan lembapan semulajadi kulit hilang. Selepas mandi kita terasa segar tetapi kulit terasa lebih kering dan tegang. Selain itu jika mengelap badan dengan kasar untuk mengeringkan air mandi juga boleh menghilangkan lembapan tersebut.

Sepatutnya : kurangkan kulit daripada terdedah kepada air terlalu kerap atau lama dan juga gunakan sabun berpelembab (gentle moisturizing soap or cleanser)

2. Menggunakan pelembab (moisturizer)
Penggunaan pelembab sudah menjadi rutin bagi kebanyakan daripada kita. Tapi adakah kita semua menggunakan pelembab dengan cara yang betul ? Selain daripada pemilihan bahan pelembab yang bersesuaian; pelembab sebaiknya disapukan pada kulit ketika kulit masih lagi lembab seperti sebaik sahajan selepas mandi atau mencuci tangan ( perlu dilap terlebih dahulu dengan lembut untuk mengeringkan titisan air pada kulit ). Ini dapat mengekalkan lembapan semulajadi kulit.

3. Persekitaran kering

Kita banyak terdedah kepada udara kering, cuaca panas dan juga penggunaan penghawa dingin. Tanpa kita sedari semua ini juga boleh menyebabkan kekeringan pada kulit. Oleh itu lindungi kulit dengan memakai pelembab UV atau memakai topi dan pakaian yang menutup kulit jika keluar rumah. Jika perlu gunakan humidifier di dalam bilik / rumah.

4.  Penyakit dan ubat-ubatan

Walaupun kebanyakan punca masalah kulit adalah daripada faktor luaran tetapi penyakit sistemik juga boleh menyebabkan gejala kulit kering. Antara penyakit yang berkait dengan kulit kering adalah psoriasis, ekzema, masalah kurang hormon tiroid, kekurangan zat dan lain-lain. Perubahan paras gula pada pesakit diabetes menyebabkan dehidrasi pada kulit dan tisu dan kekeringan. Selain itu terdapat juga ubat-ubatan yang boleh menyebabkan kekeringan pada kulit.

5. Proses penuaan kulit

Peningkatan usia berlaku sebaik sahaja kita dilahirkan. Semakin berusia berlaku perubahan fisiologi tubuh seperti perubahan hormon ( misalnya menopause) yang boleh mengakibatkan kulit menjadi kering. Kulit menjadi nipis dan mudah mengalami keradangan dan jangkitan. Penuaan kulit juga boleh berlaku akibat faktor luaran seperti merokok, kurang tidur, stress, kurang senaman dan lain-lain…

Apakah langkah pencegahan ?

o Elakkan dan kawal punca yang menyebabkan kekeringan kulit 

o Gunakan pelembab

o Minum banyak air

o Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayuran kaya vitamin c, e dan anti-oksida 
    ( healthy eating)

o Bersenam dan tidur yang cukup

o Berhenti merokok, elakkan terdedah kepada asap rokok

o Rawat : jika terdapat rekahan atau luka pada kulit

o Rawat : jika ada masalah kulit . Kenalpasti faktor yang boleh menerukkan lagi masalah
                   kulit ( allergic dermatitis, eczema dll)
o Sentiasa peka dan lakukan pemeriksaan kulit sendiri terutama pesakit diabetes

TIPS GAYA HIDUP UNTUK KEKAL CERGAS DAN BERTENAGA SEPANJANG HARI


GAYA hidup yang sibuk membuat anda tidak duduk diam sepanjang hari. Anda mendapat kepuasan daripada pembahagian masa antara kerja dan komitmen peribadi.

Anda suka berkejar (dan memandu) ke sana sini untuk menguruskan hal kerja dan keluarga. Untuk memastikan anda mempunyai tenaga untuk melakukan kesemuanya, anda mengisi perut dengan apa sahaja yang ada.

Namun, ada kalanya anda merasa terlalu letih hingga tidak berdaya untuk membuka mata, apatah lagi untuk bangun dari katil.

Keadaan ini membuat anda tertekan (stres), lesu dan murung. Selalunya, anda juga merasakan seperti ingin merangkak semula naik ke atas katil.

Mengapa anda dibelenggu keadaan ini?

Anda makan hingga kenyang, tetapi mengapa masih kurang bertenaga? Makanan yang anda makan setiap hari seharusnya memberi cukup tenaga untuk membolehkan anda bergerak cergas sepanjang hari tetapi di mana silapnya?


5 TIPS UNTUK ANDA SENTIASA KEKAL CERGAS DAN BERTENAGA

1. Elakkan dehidrasi 

Caranya perlu minum air dengan banyak. Setiap 25kg berat seseorang, air diperlukan sebanyak 1 liter, jadi jika berat anda 70kg, anda perlukan hampir 3 liter air sehari.

Air diperlukan untuk fungsi sel yang normal jadi tidak hairanlah kalau kita berasa penat jika kekurangan air.

2. Sarapan pagi


Ini adalah permulaan hari yang paling baik. Kajian menunjukkan sarapan menjadikan seseorang lebih peka, memulakan proses metabolisme badan dan mengekalkan rasa kenyang hingga tengahari. Sarapan pagi yang penuh berkhasiat juga penting untuk meningkatkan tahap tenaga dan produktiviti seseorang.


3. Tidur Yang Mencukupi



Tanpa rehat yang mencukupi pada waktu malam, seseorang akan merasa pening dan terganggu sepanjang hari. Emosi pula akan menjadi tidak stabil dan sukar membuat pertimbangan yang jelas. Akhirnya, mereka mungkin akan melakukan pelbagai kesilapan dan ini hanya akan menambah tekanan dan turut memberi kesan yang lebih serius untuk tidur pada waktu malam.

4. Gerakkan Badan

Ya, anda perlu aktif dan bersenam! Kekal aktif adalah sama penting dengan makan secara sihat untuk mengekalkan kesejahteraan secara keseluruhan. Malah, pemakanan yang betul dan aktiviti fizikal perlu seiring kerana diet memberi anda tenaga yang diperlukan untuk kekal aktif.


5. Supplemen Tambahan

Malangnya apabila kita mencuba sedaya upaya untuk memenuhi semua vitamin dan mineral yang diperlukan setiap hari, ternyata makanan yang diambil adalah kekurangan zat.
Kenapa anda mesti pilih SHAKLEE sebagai supplement tambahan anda??
Jawapannya kerana SHAKLEE merupakan Produk Pertama yang lengkap mengandungi semua keperluan tubuh badan anda untuk kesihatan dan juga kecantikan.


Khamis, 20 Mac 2014

TIPS REHATKAN MATA DENGAN MUDAH

Di dalam dunia yang serba teknologi dan dunia seorang kerjaya, komputer, laptop atau sebagainya merupakan satu kemestian. Majoriti pekerja sekarang mengadap komputer atau laptop merupakan satu kemestian dalam menyiapkan tugas.



Namun terfikirkah bahawa mata merupakan salah satu pancaindera yang terpenting dan adakah kita terfikir, mata juga memerlukan rehat yang secukupnya.


Mari pinjamkan mata dan masa anda untuk kita kongsi tip rehatkan mata dengan cara mudah.

1) Apabila terlalu lama fokus terhadap skrin komputer menyebabkan mata kita akan menjadi penat untuk mengelakkan mata kita penat adalah dengan alihkan mata kita ke tempat lain selama 5 minit-10 minit.
Sebagai contoh, 30 minit mata kita di skrin komputer dan selangkan 5 minit or 10 minit kefokusan mata anda di tempat lain.Ulang langkah tersebut.


2) Dalam masa selang 5 minit hingga 10 minit itu, lihatlah sesuatu yang berwarna hijau, hidupan atau aktiviti yang kita suka.
Contohnya melihat pokok hiasan dekat luar tingkap, ataupun membela ikan hiasan di meja.



3) atau sambil- sambil itu, buatlah latihan mata, dengan mengerakkan mata ke kiri ke kanan atau pejam celik.



4) Selain itu, tip nombor 4 ini lebih kepada kedudukan skrin komputer dan kerusi.

a) Skrin komputer: Dongakkan skrin komputer anda selari dengan mata anda. Dari perhatian ummi, kebanyakkan pengguna yang menggunakan komputer, keadaan skrin komputer adalah dalam keadaan yang menunduk ke bawah. Ini adalah tidak sesuai kerana kefokusan mata adalah pada skrin yang menunduk kebawah. Hal ini menyebabkan anda akan mengalami sakit tengkok.

b) Kerusi: Pilihlah kerusi yang bersuai dengan anda kerana berlalu lama duduk menyebabkan sakit belakang. Jadi rajin-rajinlah buat latihan senaman badan yang senang tetapi konsistan.



Cuba anda lakukan, alhamdulillah mata akan lebih segar dari biasa. Cubalah anda akan tahu perbezaannya?


KURUS CANTIK ATAUPUN KURUS SAKIT YANG MANA PILIHAN ANDA


Bagi pendapat anda, yang manakah anda lagi suka? KURUS CANTIK atau KURUS SAKIT. Bagi SAYA, mestilah KURUS CANTIK DAN SIHAT. Siapa yang tidak hendak cantik, semua orang hendak cantik tetapi cantik itu subjektif ianya bergantung pada seseorang.



BAGAIMANA HENDAK KURUS CANTIK?
1. Buat latihan senaman secara konsistan.
Senaman adalah faktor utama dalam mendapat bentuk badan yang cantik, tetapi senaman yang bagaimana? Senaman yang mudah tetapi konsistan dalam melakukannya. Sebagai contoh, bangun pagi, gerakkan tangan dan kaki hanya untuk 5 minit. Apabila sudah rasa selesa tempoh masa lima 5 minit setiap pagi dan bertukarlah kepada tempoh 15 minit. Lama-kelamaan anda akan dapat rasakan kebiasaannya, dan untuk hari-hari seterusnya, jika anda tertinggal untuk bersenam satu hari pun anda rasa janggal. Ingat dengan bersenam cara konsistan dapat membakar lebih banyak kalori.


2. Makan makanan seimbang.
Masih ingat lagi dengan Piramid Makanan. Ikutilah piramid makanan yang mengandungi empat aras makanan. Hidangan makanan yang diambil setiap hari perlulah mengandungi:-

Aras pertama – nasi, roti, mi, bijirin dan ubi dalam (8-12 hidangan)

Aras kedua – sayur-sayuran dan buah-buahan ( 3-5 hidangan)

Aras ketiga – ayam, daging, ikan, telur, kekacang, susu (2-3 hidangan) dan produk tenusu (1-2 hidangan)

Aras keempat – lemak, minyak, gula dan garam (dalam kuantiti yang sedikit)



3. Saiz pengambilan makanan.

Ramai yang tidak sedar termasuklah juga ummi, kita mestilah mengambil saiz makanan yang bersuaian dengan diri kita. Makanlah ketika lapar dan hentilah sebelum kenyang, bukan kenyang sangat-sangat baru hendak berhenti.




4. Ambil juga makanan tambahan

Jika kita mengikut piramid makanan yang syorkan, maka tidak perlulah ambil makanan tambahan, tetapi kebanyakkan pemakanan yang kita ambil tidak mengikut aras piramid, jadi makanan tambahan amatlah diperlukan sebagai ganti, contoh paling mudah ambil vitamin C.




BAGAIMANA HENDAK KURUS SAKIT?
1. Diet yang terlampau.

Diet yang terlampau adalah tidak baik untuk kesihatan. Ada segelintir kawan-kawan yang diet terlampau, sampai tidak makan nasi untuk berbulan-bulan sebabkan hendak kurus. Namun kesannya anda akan rasa cepat penat, pengsan, dan tidak bermaya.



2. Emosi tertekan (stress).

Emosi tertekan juga merupakan salah satu punca sakit. Emosi tertekan akan wujud bila-bila masa sahaja, sambil memandu kereta pun tertekan, sambil makan pun tertekan, malah persaingan untuk jadi yang terbaik juga merupakan satu tekanan. Setiap kali kita mengalami tekanan emosi, kadar kortisol dalam badan akan meningkat. Kortisol berfungsi membebaskan gula dari otot dan hati dan bertanggungjawab pengumpulkan lemak di bahagian perut. Selain itu juga, melemahkan sistem immunisasi seterusnya mudah untuk mendapat penyakit. Jadi elakkan emosi tertekan dengan bersyukurlah dan memperbaiki dengan apa yang dapat.




3. Ubat-ubatan kurus yang memudaratkan.

Ambillah ubat-ubatan yang di jamin oleh JAKIM, jangan di sebabkan murah dan cepat kurus, terus beli tanpa fikir dan kaji dahulu sebelum membeli sesuatu produk.






P/S: Selain itu banyakkan minum air , minum 8 gelas satu hari!



P/S/S: Rujukkan ini di ambil dari website: slim2.org dan intim.wordpress.com.