Khamis, 20 April 2017
Set Kesihatan Kanak -Kanak : Tiada Lagi Kerisauan Anak Kerap Sakit
Sabtu, 17 September 2016
Kenapa Basic H Shaklee Terbaik
Assalamualaikum semua..
Pejam celik cuti sekolah pun dah nak abis. Rumah pun tak abis lagi berkemas..tapi mujur ada Basic H Shaklee ni, senang sikit koje ibu.
Bila dah ada bayi kecik ditambah pula yang suka mengutip dan menjilat apa yang ada di depan mata,faktor keselamatan dan kebersihan memang perlu dititik beratkan.si ibu memang kena pastikan semua perkakas rumah dalam keadaan bersih dan bebas dari bahan kimia yang merbahaya.
Basic H Shaklee ni sekarang dah jadi kawan karib ibu,khidmat dari Basic H memang ibu perlukan sangat untuk segala jenis koje.
Kenapa Basic H Shaklee?
Basic H ni adalah pencuci serbaguna semulajadi yang di hasilkan dari ekstrak jagung dan kelapa dan yang paling penting mestilah :
:-) bebas bahan kimia berbahaya
:-) tiada toksin
:-) organik
:-) tanpa klorin
:-) tanpa baban pewangi
:-) ph seimbang
:-) lembut pada tangan
Yang paling best tahan lama sebabnya hanya beberapa titik je diperlukan sebab ianya pekat.
Yang paling si ibu suka guna Basic H ni untuk lap kitchen cabinet,oven,hood dan hob nampak licin dan berkilat je,sampaikan bayang-bayang lantai nampak ketara pada pintu kabinet,seolah -olah macam baru beli je.si kecil kalau dia terjah ke dapur memang dia akan main dengan bayang-bayangnye sendiri dekat pintu kabinet tu..
Bukan itu aje, barang mainan dan botol susu si kecil juga si ibu akan basuh menggunakan Basic H ni.
Kalau sabun cuci baju si kecik dah abis,memang akan guna Basic H ni,tak perlu risau lagi.
Banyak kegunaan Basic H ni cuci lantai,cermin,tingkap semuanya boleh.Kalau kasut sekolah si abang terlalu kotor si ibu akan rendam semalaman dengan Basic H,esoknye segala kotoran degil dah hilang,tak perlu menyental.
Kalau anak-anak terkena demam panas,Basic H ni jadi penyelamat,si ibu akan mandikan anak-anak dengan air yang dititikkan dengan Basic H. Inshaallah suhu badan boleh berkurang.
Pengalaman si ibu dengan Basic H ni, bila terkena air panas dan minyak panas ketika menggoreng cepat-cepat lumurkan kawasan yang terkena tadi dengan Basic H,tiada gelembung panas yang keluar.
Bahan mentah seperti sayur,buah,ikan,ayam,daging pun boleh direndamkan didalam air Basic H ni untuk buang segala toksin yang beracun yang melekat pada bahan mentah.
Yang bestnya kulit tangan tak akan mengupas sebaliknya bertambah lembut je.
Memang bestlah Basic H ni,banyak lagi kegunaannya,nanti si ibu akan ceritakan lagi.
Si ibu dah ada merasai kehebatan Basic H ni,anda bila lagi?? Tak rugi sebenarnya sebotol boleh tahan berbulan-bulan tau!!
Calling-calling untuk dapatkan sebotol dari saya:-)
Rabiatul 012-5584478
COD RawangKLSelayang
#tsunamishaklee
#ptstim9
#basichshaklee
#pencuciserbaguna
#sihatsemulajadi
#bebasbahankimia
#organik
Selasa, 13 September 2016
Omega oh Omega: Feveret Anak Untuk Tingkatkan Sistem Imun
Feveret supplemen anak-anak saya.Haziq dan Hannah,dua2 permata hati saya yang memang aktif dan suka mencuba perkara baru.Bila dah dapat benda baru memang akan fokus sampai berjaya buat,kiranya sel-sel otak bergabunglah.
Saya mula perkenalkan omega ni pada Haziq seusia 3tahun, 1st time makan dikunyahnye macam gula-gula, siap minta extra lagi..
Haziq memang suka air,pantang ada kolam ke sungai,laut mesti nk terjun so omegalah sasarannya untuk elak dari terkena jangkitan selsema,demam dan batuk bila lama berendam dalam air.
Hannah pula,dari dalam kandungan lagi dah merasai omega ni,dan sekarang disebabkan dia masih lagi dibawah setahun, khasiat omega ni melalui penyusuan..
Sistem imunisasi mereka pun bertambah baik walaupun seharian bercampur dengan kanak-kanak dan bayi lain di nurseri..
Bab kesihatan anak memang saya titik beratkan,saya tak akan ambil remeh,siapa yang tak akan risau kalau anak sakit selalu..saya sanggup mencari supplemen yang bebas dari bahan kimia demi memastikan anak-anak saya tak akan bergantung pada ubat semata-mata..
Sebab itu saya pilih yang selamat,semulajadi demi masa depan anak-anak saya.
Saya sudah mencuba,anda bila lagi?
#tsunamishaklee
#inikisahsaya
Sustained Release Vitamin C :Feveret Vitamin Kegemaran Saya
Ini antara supplemen feveret saya jg,Sustained Realesed Vita C Plus.Saya mula terjebak dan konsisten mengamalkannya sejak saya menunggang motorsikal bersama suami ke tempat kerja. 2bulan pertama saya menaiki motosikal,badan saya memang lemah dan selalu je demam+selsema,maybe disebabkan setiap hari hidu asap kenderaan dan asyik terkena hujan je tu yang membuatkan badan sentiasa rasa sakit-sakit dan lemah je. Bermula dari saat itulah saya mula consume Set Kesihatan Shaklee yg sememangnya ada Vitamin C ni skali.
Bukan itu aje, bila saya disahkan mengandung pada tahun yg sama,saya terus mengamalkan terus Vitamin C ni dalam Set Hamil Shaklee.Alhamdulillah sepanjang pregnant saya jarang tetkena morning sickness dan jarang sakit,malah bacaan tekanan darah saya stabil bukan seperti kehamilan saya yang pertama dulu.Saya sentiasa dalam keadaan aktif sehingga di akhir kehamilan.Yang paling bestnya,tumit kaki kurang merekah dan perut pun tak der timbul selulit mcm kehamilan yg terdahulu..seronokkan!!
Masa dalam pantang pun saya continue juga pengambilan Vitamin C secara konsisten untuk mempercepatkan penyembuhan luka dibawah.Sebenarnya saya mengalami koyakan yang agak teruk jugalah dan jahitannya sememanglah panjang,ini bukan saya reka ye,tapi nurse yg menjahitkan tempat koyakan tu bagitahu pada saya..Alhamdulillah, luka jahitan tu dah tak terasa sakit bila hari yang ketiga..masa ni mmg saya tak makan jamu lagi sebab anak saya ada kuning,jadi dlm 3 minggu pertama saya hanya mengamalkan supplemen saje untuk penyembuhan dalaman.Memang berbezalah masa anak sulong dulu, seminggu terasa sakit denyutnya,nk duduk pun sebelah punggung,tapi kali ni blh duduk bersimpuh lg.
Sehingga sekarang saya masih lagi mengamalkan memakan Vitamin C ni,bukan untuk saya saya manfaatnya malah si anak pun turut dapat kebaikannya daripada air susu saya.Kiranya 2 in 1 lah..Hannah jarang dapat demam dan selsema walaupun bercampur dengan bayi lain di nurseri.Kalau hannah terkena jangkitan sekalipun kurang daripada 3 hari dah sembuh kembali.Satu lagi yang saya perasan,kalau si Hannah terkena gigitan nyamuk, kawasan yang terkena gigiran tu tidak pernah sampai jadi kudis,ia akan mengecut dengan sendiri. Yang saya perasan kulit Hannah pun lembap juga..
Bagi saya pula,dulu kulit muka saya sangatlah berminyak,kusam,berjerawat,dan tona kulut tidak sekata berbelang-belang sebab selalu ke site berjemur tengah panas..tetapi sekarang tidak lagi,jerawat pun malu nak keluar,berjemur pun tak per dah tak perlu risau muka berbelang,kulit pun rasa lembap dan segar je..bestkan!!
Saya dah mencuba,anda bila lagi?
#tsunamishaklee
#inikisahsaya