Memaparkan catatan dengan label DTX COMPLEX. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DTX COMPLEX. Papar semua catatan

Selasa, 21 November 2017

Perut Buncit: Anda Sedang Bahagia Atau Menanggung Derita

PERUT BUNCIT?



Kenapa makin ramai masyarakat kita mengalami perut buncit? Ada orang kata kalau suami kita sebelum kawin perut dia flat, lepas kawin perut terus membuncit dari tahun ke tahun, maknanya suami sedang bahagia? Betul ke?

Kalau bahagia alhamdulillah, tapi membuncit tu jangan sampai penyakit pun sama datang bersama lagi bahaya..

Perut buncit ni tak semestinya pada lelaki je tau, perempuan pun ada juga yang mengalaminya, Ha! Jangan tak tau!

Sebenarnya bila mengalami masalah perut buncit ni, sedikit sebanyak tahap keyakinan diri kita akan menurun.. Yerlah kalau beli baju dah nak kena cari baju yang besar yang boleh cover perut kita tu, kiranya susah juga kalau nak mengikut berfesyen terkini. 

Bukan itu aje, bila berhadapan dengan orang ramai, kita mesti terasa rendah diri sangatkan!

Sebenarnya apakah faktor yang boleh menyebabkan perut kita menjadi buncit?

Pakar kesihatan juga turut menjelaskam bahawa banyak faktor yang boleh menyebabkan perut menjadi buncit.

Antaranya:
~Faktor keturunan yang diwarisi daripada orang tua
~Faktor penuaan
~Faktor penjagaan makanan harian
~Faktor disiplin ketika menjamah makanan.
~Faktor psikologi seseorang serperti selalu stress dan tertekan 
~Faktor sistem penghadaman.

Kenapa faktor STRESS seringkali dikaitkan dengan PERUT BUNCIT?


Jika kita stress, ia mampu menganggu aktiviti semulajadi tubuh badan kita. Stress boleh menyebabkan rasa kenyang dan menimbulkan masalah keupayaan tubuh menyimpan lemak.

Inilah yang mengakibatkan perut kita kelihatan lebih mengembang daripada saiz yang sepatutnya. Untuk mengatasi masalah ni anda perlu belajar untuk lebih relaks dan bernafas secara perlahan.

Tau tak, golongan wanita kebiasaannya lebih mudah dilanda stress, jadinya mereka lebih cenderung memiliki lemak berlebihan di bahagian perut. 

Perubahan hormon juga terutama ketika menopous juga menyebabkan lemak menjadi tidak sekata yang boleh menyebabkan orang yang bertubuh kecil juga boleh mengalami perut buncit.

Menurut kata pakar kesihatan, faktor pemakanan seperti pengambilan karbohidrat secara berlebihan seperti nasi dan makanan berasaskan tepung seperti mi dan roti dalam kuantiti yang banyak. Akibatnya karbohidrat yang berlebihan akan disimpan dalam bentuk lemak terutamanya di perut, atau lebih tepat di rongga -rongga di antara organ dalam perut.

Tabiat suka tidur selepas makan juga boleh menyebabkan berlakunya masalah perut buncit kerana proses penghadamqn tidak dapat berfungsi dengan baik.

Penampakan lemak -lemak diperut juga menjadi petunjuk bahawa kurangnya aktiviti fizikal dan penurunan kadar metabolisma tubuh dalam diri seseorang.

Sebenarnya lemak yang menyebabkan perut buncit sebenarnya terdiri daripada dua jenis.

Pertama LEMAK SUBKUTANEUS iaitu lemak yang disimpan oleh tubuh dibawah kulit.

Kedua ialah LEMAK VISERAL iaitu lemak yang disimpan oleh tubuh di rongga perut dan mengelilingi organ-organ didalam perut. Lemak viseral yang berada di sekeliling perut adalah sumber asid lemak bebas yang terus masuk ke hati melalui vena portal.

Lemak VISERAL nyata lebih BERBAHAYA kerana lemak ini mempunyai kaitan antara metabolisma seperti pertahanan insulin, diabetes dan sistem peredaran darah.


Menurut pakar kesihatan lagi, semakin buncit perut seseorang, semakin tinggilah kemungkinan dia mengalami ketahanan insulin.

Keadaan ini jika dibiarkan dan tidak dikawal boleh menyebabkan penyakit mudah datang seperti sakit jantung, strok, diabetes dan mungkin lebih serius lagi adalah kanser.

Mana satu pilihan anda? Adakah 
Tepuk dada tanya hati..

"Berperut buncit atau berperut flat".


Rabiatul


Ahad, 18 Disember 2016

Kenapa Tubuh Badan Kita Perlu Detoks? Berkesan Ke Detoks Cara Shaklee?

DETOKS?
Pernah dengar tak?

Tahu tak apa itu DETOKS?
Detoks ni merupakan satu proses normal badan untuk menyingkirkan ataupun meneutralkan toksin melalui organ-organ detoks dalam tubuh badan kita seperti usus,buah pinggang dan hati.

KENAPA PERLUNYA DETOKS?
Tahu tak korang punca segala jenis penyakit adalah berpunca daripada toksin yang terlalu banyak di dalam tubuh badan. Jika kita tidak pernah buat sebarang detoks, kemungkinan terdapat  lebih  daripada 8kilo toksin yang menghuni tubuh badan kita.Tak kesian ke kat organ tubuh kita yang setiap hari bekerja keras untuk membuang segala toksin yang merbahaya di dalam tubuh kita.

PERNAH TAK KORANG NENGALAMI MASALAH SEPERTI INI?
🐛Sembelit dan sukar buang air besar
🐛Tumbuh jerawat dan ruam
🐛Berat badan susah nak turun
🐛Mood tidak menentu
🐛Badan mudah lesu
🐛Cepat marah
🐛Senang cemas
🐛Perut kembung
🐛Hilang tumpuan dan fokus
🐛Kurang bersemangat dan lesu
🐛Senang dapat penyakit demam dan selsema
🐛Susah nak tidur
🐛Mulut berbau

Kalau korang ada mengalami simptom diatas,ini tandanya badan korang penuh dengan TOKSIN dan perlu lakukan DETOKS.

Detoks ni ada banyak jenis,antaranya
🌿Detoks Parasit
🌿Detoks Usus
🌿Detoks Logam
🌿Detoks hati
🌿Detoks seluruh badan

Antara detoks di atas saya pernah menyertai program detoks parasit.Saya memilih soft detoks parasit yang mengambil masa 2minggu. Kenapa soft detoks? Ini kerana saya masih lagi menyusukan bayi.Ha! Jangan tak tahu ibu menyusu pun boleh lakukan detoks juga tau!.
Sepanjang program detoks parasit ni berlangsung,kami tidak dibenarkan menyentuh makanan yang mengandungi pembiak parasit yang aktif di dalam tubuh badan.Antaranya gula putih, gandum dan sumber gluten, makanan yang diproses, makanan yang tidak dimasak dengan baik,makanan ringan dan minuman bergula.Ini memang pantang larang dalam detoks parasit tau!. Kami digalakkan makan makanan yang berunsurkan sayur,salad,buah-buahan,makanan yang direbus dan dipanggang aje.air masak menang wajib ambil lebih daripada 3 liter sehari tau.

Hasilnya dalam masa dua minggu tu, berat saya turun 2kilo,badan semakin ringan, tak mudah mengantuk,badan rasa segar sangat dan yang bestnya pengeluaran susu makin bertambah!bestkan detoks ni..

So, bagi mereka yang belum melakukan  detoks,cepat-cepatlah lakukan detoks, hasilnya memang bestlah! Lagipun bila kita dah lakukan detoks,organ kita kembali bersih,jadinya tubuh kita dapat menyerap nutrien dari pemakanan yang kita makan secara optimum. Sebab itulah,disarankan lakukan detoks sekerap yang mungkin,supaya apa jenis vitamin dan suplemen yang kita ambil akan lebih berkesan penyerapan nutriennya pada tubuh badan kita.
Ok, untuk bulan ni dah boleh mulakan program detoks, boleh pilih detoks mana yang korang suka ye!!...

Shaklee Distributor & Business Leader
RABIATUL
012-5584478


Selasa, 8 Oktober 2013

DTX COMPLEX

 DTX COMPLEX



Apa itu DTX Complex? Ha!! supplimen ini khas dirumuskan utk menjaga hati kita. 

HATI - Merupakan kelenjar terbesar di dalam tubuh, terletak dalam rongga perut sebelah kanan, tepatnya di bawah diafragma.

Berdasarkan fungsinya, hati juga termasuk sebagai alat ekskresi. Ini kerana hati membantu fungsi ginjal dengan cara memecah beberpa senyawa yang bersifat racun dan menghasilkan amonia, urea dan asan urat dengan memanfaatkan nitrogen dari asam amino. Proses pemecahan senyawa racun oleh hati ini di sebut proses detoksifikasi.





Bagi menjaga kesihatan anda, anda boleh mengamalkan produk DTX Complex Shaklee. 

Berikut adalah khasiat DTX Complex.

1. Menyediakan sokongan pemakanan untuk fungsi hati yang sihat.
2. Mempertingkatkan ciri-ciri aliran hempedu.
3. Membekalkan antioksodan yang menyahtoksikkan hati
4. Melindungi dan merangsang keupayaan normal badan dalam mengekalkan sel-sel hati yang sihat.
5. Mengandungi bahan ekstrak Schizandra, ekstrak Dandelion, ekstrak Cendawan Reishi, ekstrak kunyit dan ekstrak Articok.
6. Ektrak biji benih Pokok Susu Tisel membantu membuat protein yang membantu sel-sel hati tumbuh semula.
7. Mengandungi ramuan yang dapat membantu mengekalkan aliran hempedu
8. Menawarkan bahan-bahan botani yang melindungi sel-sel hati
9. Membantu badan mengeluarkan toksin.




Berikut adalah bukti saintifik yang telah dilakukan bagi kandungan yang terdapat di dalam supplimen SHAKLEE ini:-

Ekstrak biji Benih Pokok Susu Tisel
- Penyelidikan menunjukkan herba ini menyokong keupayaan badan untuk mempuat protein yang membantu sel-sel hati tumbuh semula.

Silymarin

- Ini komples bioflavonoid semulajadi dalam milk thistle mempunyai sifat antioksidan yang membantu mengekalkan integriti sel hati.

Chinensis Schizandra

- Ini herba Cina mempunyai antioksidan yang menyokong sintesis ptotien untuk membaiki sel hati.

Dandelion

-  Dikenali sebagai 'gigi singa'. Herba ini membantu mengekalkan aliran hempedu yang diperlukan untuk menghapuskan sebatian detoxified oleh hati 


                                                   


TETAPI

DTX Complex tidak disarankan kepada wanita mengandung atau menyusu dan bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun haruslah mendapatkan khidmat nasihat pakar kesihatan.



hubungi saya: 012-5584478 
untuk dapatkan harga istimewa...