Memaparkan catatan dengan label 8 Sebab Kenapa Wanita Tidak Subur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 8 Sebab Kenapa Wanita Tidak Subur. Papar semua catatan

Khamis, 19 Julai 2018

Ikhtiar Untuk Hamil Dengan Set Kesuburan Shaklee

Bila dah kawin sibuk tanya, dah mengandung ke?

Bila dah ada anak, sibuk juga bertanya, bila lagi nak tambah ni?

Siapa pernah mengalami situasi diasak pertanyaan demi pertanyaan oleh makcik-makcik bawang?

Kalau ada tu kita genglah!

Makcik bawang ni ingat nak dapat seorang anak ni senang kot.. Minta terus dapat? Memang idaklah..

Kisah saya kali ni mengenai perjuangan saya untuk mengandung sekali lagi. Sebenarnya saya dah mempunyai seorang anak pada tahun 2009, dan pada tahun 2011 saya disahkan hamil sekali lagi. Tetapi kandungan saya hanya sempat bertahan selama 3bulan sahaja. Saya mengalami keguguran dan saya terpaksa melakukan DnC untuk mengeluarkan janin saya. Sedih sangat masa tu, tapi saya tahu Allah lebih menyayanginya.

Sejak daripada kejadian keguguran tu sekali lagi Allah nak uji kesabaran saya untuk mendapatkan anak sekali lagi.

Selama hampir 6tahun ni dah pelbagai ikhtiar saya lakukan berurutlah, makan jamu (yang ada kelulusan kkm saja) termasuklah dah pergi berjumpa dengan doktor pakar OnG lagi..alhamdulillah result mengatakan saya tiada masalah untuk mengandung dan kilang telur saya memang aktif, alhamdulillah.. maknanya Allah nak saya lebih dekat padaNya disamping mencari ikhtiar yang serasi dengan saya.

Disebalik untuk mencari dan mencuba ubat kehamilan ni, buatkan saya ragu-ragu sikit, sebab saya ni jenis tak percayakan pil ni. Takut beb untuk kesan jangka masa panjang.

Perkenalan saya dengan Shaklee adalah disebabkan oleh Set Kesuburan Shaklee,itupun diperkenalkan oleh adik ipar.

Ok,korang nak tahu Shaklee Effect saya selepas mengambil Set Kesuburan Shaklee ni?

Jom tonton video dibawah..


Diharap dengan perkongsian saya ni, akan membantu sahabat-sahabat saya yang ingin mempunyai zuriat sendiri cuba ikhtiar dengan Set Kesuburan Shaklee ni.

Selagi kita boleh ikhtiar, kita ikhtiar dengan pelbagai cara tetapi dengan mengikut syariat agama kita.

http://vitaminsihatalami.blogspot.com/2017/10/6-tahun-penantian-amalan-dan-ikhtiar.html?m=1

Sebarang pertanyaan lanjut korang boleh menghubungi saya nanti.

Pengedar Sah Shaklee
RABIATUL
012-5584478
COD: Bandar Country Homes,Rawang, KLCC,Jalan TAR

Selasa, 13 Mac 2018

Tips Kesuburan: 8 Sebab Kenapa Wanita Tidak Subur

Faktor kesuburan merupakan perkara yang paling ditakuti oleh wanita yang bergelar isteri. Bayangkan jika wanita yang sudah berkahwin tetapi belum lagi dikurniakan zuriat, perkataan pertama yang terkeluar daripada mulut masyarakat sekeliling adalah "eh awak mandul ye"..
"dia mandullah tu sebab tak boleh mengandung".. 

Apa perasaan anda jika di labelkan seperti itu? 
Malu..
Stress..
Semangat down..



Tahu tak ada beberapa masalah kesihatan yang tanpa disedari oleh kaum wanita yang boleh menjadi punca kenapa seseorang wanita itu susah untuk hamil.

Antara punca penyebab ketidaksuburan  seperti
OVULASI, SALURAN PERANAKAN dan RAHIM

Berikut adalah beberapa faktor yang menjadi punca kepada masalah ketidaksuburan dikalangan wanita:-

1.MASALAH PADA OVARI
Masalah dengan ovulasi antara sebab utama yang selalu dihadapi oleh kaum wanita. Dianggarkan 25% - 30% masalah pada ovari menjadi penyebab kepada kemandulan wanita.

Setiap bulan kitaran ovulasi yang normal semasa waktu reproduktif wanita, ovari wanita akan melepaskan telur atau ovum yang matang.
Bila terjadinya "Anovulation" iaitu suatu keadaan di mana ovari tidak dapat melepaskan telur yang matang setiap bulan. Jadinya jika tiada telur yang matang yang tersedia untuk sperma, maka seseorang wanita itu tidak boleh hamil dengan sendirinya.
Ada juga sesetengah kes anovulasi, ovari tidak mengeluarkan telur matang yang normal. (Sebenarnya telur matang ni ada saiz pengiraannya tau) . Ovulasi tidak akan terjadi jika telur tidak matang dan peluang untuk persenyawaan amatlah tipis sekali

2.HALANGAN DARIPADA TIUB FALLOPIO
Tiub fallopio merupakan organ dalaman wanita yang berfungsi menghubungkan antara ovari dan rahim, yang mana telur wanita akan melalui saluran sepanjang kira-kira 10cm. Tiub yang tidak berfungsi dengan baik atau tiub yang dihalang akan mengurangkan kemungkinan sperma untuk sampai ke telur, sehingga menyebabkan berlaku kegagalan persenyawaan. 

Selain itu jangkitan daripada alat kelamin boleh menyebabkan radang pada tiub fallopio dan ini akan menyebabkan kerosakan pada tiub. Antara faktor lain yang menyebabksm kerosakan pada tiub fallopio seperti pernah mengalami kehamilan ektopik atau kehamilan luar rahim, kehadiran parut yang disebabkan oleh pembedahan dan pertumbuhan spontan sel-sel lapisan rahim di luar rahim yang dikenali sebagai endometriosis.

3. POLYCYSTIC OVARIAN SINDROM  (Pcos)
Masalah PCOS juga begitu popular dan kerap terjadi dikalangan wanita moden diera ini. PCOS ini terjadi akibat ketidakseimbangan hormon di dalam badan dimana kilang telur pesakit menghadapi tahap hormon lelaki yang tinggi dan boleh menggangu ovulasi. Ini boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur dan darah haid yang berlebihan.

Dalam kes yang lebih teruk, wanita yang mempunyai PCOS mungkin mempunyai kesukaran mengawal berat badan dan pertumbuhan jerawat dan rambut atau bulu di badan yang berlebihan. 

PCOS ini jika tidak dirawat boleh menyebabkan kemandulan.

4. ENDOMETRIOSIS
Endometriosis terjadi apabila sel-sel yang biasanya tumbuh di rongga rahim berkembang  di kawasan-kawasan di luar rahim, terutamanya dalam ovari, tiub fallopio dan rongga pelvis. Ini akan membawa kepada keradangan yang boleh menyebabkan kemandulan akibat daripada kerosakan yang berlebihan dan parut ke ovari dan juga halangan tiub yang boleh merosakkan saluran peranakan dan juga kilang telur.

5. RAHIM TIDAK NORMAL
Sperma mungkin gagal mencapai telur jika parut yang disebabkan oleh pembedahan, kesumbatan atau keradangan, menghalang sperma memasuki melalui servik. 

Ini termasuk dengan kehadiran FIBROID yang melibatkan lapisan dalam rahim serta polip boleh menjadi punca kepada masalah ketidaksuburan yang berterusan atau mengalami keguguran.

6. KECACATAN SISTEM PEMBIAKAN
Dalam kes yang jarang berlaku, kesukaran kehamilan yang disebabkan oleh masalah kongenital dengan sistem pembiakan boleh menjejaskan bentuk dan saiz rahim, tiub fallopio, vagina dan gabungan semuanya.

7. FAKTOR UMUR
Faktor umur juga merupakan salaj satu punca ketidaksuburan bagi wanita. Peluang untuk hamil semakin tipis dan rendah jika semakin lewat umur kita.

8. GANGGUAN SISTEM IMUNISASI
Mempunyai tahap sistem imunisasi yang rendah juga merupakan salah satu faktor yang boleh mengakibatkan ketidaksuburan. 


Kekurangan nutrisi dalam tubuh badan kita menyebabkan sistem imun badan kita terganggu. Bila sistem imun badan menghadapi masalah, ia boleh mengganggap telur atau sperma sebagai "benda asing" dan akan menyerang telur atau sperma tersebut yang dianggap sebagai "penceroboh".

Sebaiknya, jika kita merasakan sesuatu yang kurang dalam diri kita,
jangan malu dan segan untuk kita pergi berjumpa dengan pakar perbidanan untuk mengetahui masalah sebenar yang bakal kita hadapi. Jangan kita biarkan masalah yang kita alami ini begitu saja..
Jika anda sayangkan diri sendiri laburkanlah sedikit wang untuk berjumpa dengan pakar perbidanan.

Setiap penyakit ada ubat dan rawatannya.. Mencegah lebih baik daripada mengubati.

Rabiatul
Founder Anggun Legacy