Memaparkan catatan dengan label Kulit Cantik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kulit Cantik. Papar semua catatan

Selasa, 24 Oktober 2017

Pentingnya Protein Untuk Kecantikan Seseorang Wanita

Melalui satu kajian yang dilakukan oleh fitnessxwomen, mereka mempercayai bahawa pengambilan Protein bagi kaum wanita sangatlah diperlukan bukan sahaja untuk kesihatan malah untuk kecantikan juga.



Beberapa lagi kajian menunjukkan bahawa wanita lebih memerlukan protein untuk mencapai tahap kesihatan yang sama dengan lelaki.
Sesetengah pakar pemakanan menyarankan bahawa wanita perlu mempunyai sekurang-kurangnya 50 hingga 60gram protein setiap hari. 
Kenapa  pengambilan Protein penting dalam diet harian kita?

Sebenarnya pengambilan protein yang mencukupi dapat membantu membina dan membaiki otot atau tisu yang rosak. Protein juga berperanan menghasilkan enzin dan hormon, menyokong sistem imun badan dan mengekalkan tahap tenaga dan stamina yang tinggi.

Sebenarnya sumber protein dalam diet kita ni adalah daripada sumber berasaskan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Contohnya protein daripada haiwan adalah seperti daging, telur, ikan, ayam dan susu. Manakala protein daripada tumbuh tumbuhan pula daripada sumber sayue dan  kekacang seperti kacang soya, badam, gajus,brokoli, bayam, asparagus dan lain-lain.


Protein berasaskan haiwan


Protein berasaskan tumbuhan

So, apa kaitannya pengambilan protein dengan kecantikan wanita?



Berikut adalah 10 fakta mengapa protein sangat penting kepada wanita yang mementingkan KESIHATAN dan KECANTIKAN.

1. Membantu Mengekalkan Berat Badan Ideal
Melebihkan protein di dalam diet pemakanan kita dan mengurangkan pengambilan karbohidrat dapat membantu mengurangkan TISU LEMAK dalam tubuh. Jika kita mengamalkan secara berterusan mampu mengekalkan berat badan yang ideal. Jadinya para wanita yang nak kuruskan badan,make sure korang ambil lebih protein tau! 

2. Membantu Mengawal Lapar
Jika kita mengamalkan pengambilan sajian tinggi protein seawal pagi seperti salad dan yorgurt bersama-sama dengan buah-buahan segar akan mengaktifkan hormon untuk bertindak balas menyekat rasa lapar sepanjang hari.

3.  Membuat Anda Rasa Kenyang
Pengambilan makanan yang tinggi protein membantu kita mengawal selera dan memberi rasa kenyang yang lebih lama berbanding karbohidrat dan lemak.

4. Protein Membantu Membakar Lebih Banyak Kalori
Jika dibandingkan diet tinggi karbohidrat dengan diet tinggi protein ia akan mencetuskan "proses thermogenesis" yang lebih tinggi. Apa itu Proses Thermogenesis ni? Thermogenesis ini adalah proses di mana tubuh meningkatkan pengeluaran tenaga dan lebih protein akan memberi isyarat kepada tubuh untuk membakar lebih kalori sebelum, semasa dan selepas makan.

5. Penting Untuk Penjagaan Tulang
Jumlah protein dalam diet harian boleh memberi kesan kepada tahap KALSIUM dalam badan. 

Biar betul?

Tahu tak jika kita mengamalkan diet rendah protein, iakan memberi kesan kepada sistem pencernaan untuk menyerap kalsium dan secara tidak langsung keperluan kalsium dalam badan kita akan diperolehi daripada sistem rangka badan. Apabila ini berlaku, individu akan mengalami kehilangan kepadatan tulang. Sebab tulah wanita mudah mengalami masalah OSTEOPOROSIS.

Jadinya ibu hamil dan yang menyusukan anak, wajib melebihkan pengambilan protein dalam pemakanan mereka kerana mereka berkongsi zat  dengan bayi mereka.

6. Membantu Melawan Penuaan
Apabila wanita meningkat umur, mereka akan mudah kehilangan jisim otot melalui proses penuaan seseorang. Jadi untuk memastikan proses penuaan tidak mengganggu pertumbuhan otot, maka pengambilan protein yang betul sangatlah penting disamping melakukan senaman yang teratur.

7. Melindungi Diri Daripada Stress
Stress ni bukan sahaja memberi tekanan kepada mental malah stress juga membuatkan segaka sistem dalaman menjadi tidak menentu serta mampu merencatkan hormon kita. 

Apabila seseorang itu mengalami stress, hormon kortisol akan meningkat. Bila kortisol tinggi, pembinaan protein akan menurun dan asid amino akan diproses menjadi gula.

Jadi wanita sememangnya disarankan mengambil lebih protein daripada jumlah yang disarankan kerana ianya mampu mengembalikan dan memulihkan sistem tubuh badan.

8. Bagus Untuk Kesihatan Kulit
Kulit merupakan anggota badan yang paling terdedah kepada sinaran matahari serta sinaran uv yang boleh merosakkan kulit. Pemgambilan diet yang tinggi dengan asid amino serta penggunaan pelindung matahari yang bagus mampu melindungi serta mengurangkan kesan uv atau sunburn pada kulit wajah kita. Protein juga penting untuk proses regenerasi sel kulit agar ianya sentiasa kelihatan mulus, gebu, awey muda dan sentiasa tegang.

9. Bagus Untuk Rambut
Rambut merupakan mahkota bagi wanita. Jadinya jika korang inginkan rambut yang sihat dan lebat maka perlulah memgambil jumlah protein yang memcukupi. Dengan pengambilan protein yang mencukupi, masalah keguguran serta pertumbuhan rambut dapat diatasi. Jangan stress selalu tau!

10. Kerap Makan Makanan Yang Berunsurkan Protein
Ramai yang beranggapan untuk memiliki tubuh badan yang cantik dan mengiurkan perlu mengambil jumlah sayur sayuran yang banyak dan mengurangkan pengambilan protein dan karbohidrat. Jika anda berfikir begitu, anda SALAH
Ini kerana pengambilan jumlah protein yang mencukupi untuk tubuh badan kita melalui diet seimbang amatlah penting kerana protein mempunyai asid amino yang membantu tubuh badan kita dalam pertumbuhan otot, tulang sehinggalah ke rambut. Jadi janganlah korang menyekat atau menghadkan  hidangan yang mengandungi sumber Protein ni dalam menu pemakanan anda seharian.

Ha! Sekarang korang dah tahulah kan wanita sememangnya lebih memerlukan Protein berbanding lelaki. 

Jadi mulai daripada hari ni, jika anda seorang WANITA yang mementingkan KECANTIKAN, maka perbanyakkan jumlah protein dalam menu harian kita seharian. Ini kerana dengan pengambilan protein yang betul, secara tidak langsung akan membuatkan anda kelihatan cantik sentiasa dan dalam pada masa yang sama mampu meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan wanita. 

Untuk kelihatan Cantik sentiasa bijaklah memilih menu pemakanan anda! 

Kalau nak senang dan mudah untuk dapatkan sumber PROTEIN setiap hari, Kak Tun cadangkan korang amalkan aje ESP - Soy Protein Isolate Powder ni.

✔️Memberikan tenaga Berterusan, Berasaskan Protein Tumbuhan

✔️Shaklee ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder adalah makanan lazat yang kaya dengan kalsium dan protein.




YOUR TRUSTED SID
RABIATUL
012-5584478

COD: Bandar Country Homes,Selayang, Jalan TAR / KLCC

Selasa, 12 September 2017

Set Radiant 4 Shaklee Untuk Kesihatan Kulit Luar Dan Dalam

CANTIK DILUAR SIHAT DARI DALAM DENGAN SET RADIANT 4⃣ SHAKLEE

Kalau pasal nak cantik,semua orang akan teruja,tak kiralah pompuan ke lelaki ke semuanya nak kelihatan segak dan cantik sentiasa..

Korang memang bertuah sebabnya bulan ni ada tawaran hebat dari SHAKLEE untuk semua pelanggan kami yang hendak kelihatan cantik dan sihat luar dan dalam..

Bagus sangat ke Set Radiant 4⃣ ni?
Belum cuba,belum tahu... Kalau korang nak sentiasa gojes,menarik, nak build up kecantikan, awet muda selalu tanpa secalit mekap, meh cuba SET RADIANT 4⃣.


Sebelum tu korang tahu ke apa maksud RADIANT ni?

RADIANT  bermaksud BERSINAR, BERCAHAYA dan BERSERI-SERI.

Bila korang ambil confirm wajah anda glowing dan shining "like a diamond".


Kenapa digelar Radiant 4⃣?
Sebenarnya ada 4⃣ Elemen yang perlu dan wajib korang ikuti.

🌸Elemen 1
Build -Membina sel baru dengan protein (ESP)
🌸Elemen 2
Moisture -Melembapkan kulit (GLA Complex)
🌸Elemen 3
Protect - Melindungi kulit (Vitamin C)
🌸Elemen 4
Firm - Menganjal / Menegangkan.kulit ( Collagen)



Set Radiant 4⃣ ni terdiri daripada 4 suplemen KECANTIKAN yang tiada tandingnya tau: ESP, VITAMIN C,GLA COMPLEX & COLLAGEN.

Kak Tun teruja juga tau!!

Mari Kak Tun ceritakan kebaikan setiap satunya.

ESP @ Protein
ESP ni memberikan keperluan asid amino yang tak der dalam tubuh badan kita. Ianya dapat nembantu pertumbuhan sel yang sihat, dan membaiki tisu yang rosak dan membina sel baru. ESP ni juga baik untuk hormon kita,bila paras  hormon dah stabil,kulit wajah akan kekal awet muda dan masalah pigmentasi atau jeragat boleh diatasi.

Collagen
Collagen ni salah satu  HOT SELLING produk tau! Makin kita tua, collagen dalam badan kita makin menyusut,sebab tu kulit kita mudah berkedut dan dah tak anjal.. Bukan tu je,Collagen ni juga boleh memudarkan parut jerawat dan jeragat yang degil kat muka tau! Dan yang paling Kak Tun suka bila ambil Collagen kulit muka bewarna pinkish gitu!! :-)

Vitamin C
Siapa yang tak kenal dengan kehebatan Vitamin C kan? Mana taknya Vitamin C ni dapat mengurangkan risiko kulit kering dan kusam. Bukan itu aje, boleh membina collagen dalam kulit,mencerahkan kulit,melambatkan penuaan dan bertindak sebagai antioksidan untuk memerangi radikal bebas bila kita konsisten mengamalkannya.

GLA Complex
Masalah utama bagi wanita adalah hormon tak stabil. Bila hormon tak stabil pelbagai masalah timbul seperti jeragat dan jerawat tumbuh bermaharajalela.. Dengan GLA Complex  Shaklee yang mengandungi asid lemak omega 6 yang dapat membantu memelihara kelembapan kulit, mengurangkan radang kulit dan kulit lebih glowing dan bersinar.

Siapa yang nak miliki kulit cantik, glowing, gorgeous dan sihat bolehlah dapatkan SET THE RADIANT 4⃣ ni..

Apa yang best SET THE RADIANT 4⃣ untuk bulan September ni?

Korang akan dapat Rm60.00 DISCOUNT VOUCHER kalau membeli set ni,tau!! 
Best kan!


RABIATUL
012-5584478

COD:- 

BANDAR COUNTRY HOMES,RAWANG

JALAN TAR / KLCC

Rabu, 22 Februari 2017

Kriteria Pemilihan Produk Kecantikan

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..

Kak Tun percaya semua wanita, remaja malah lelaki sekalipun mengimpikan kulit wajah yang cantik, berseri tanpa sebarang masalah dan cela.

Zaman sekarang semuanya mahukan kulit wajah yang flawless tanpa sebarang masalah kerana ianya boleh meningkatkan taraf keyakinan diri.
Yerlah bila kulit bermasalah sedikit sebanyak tahap keyakinan diri menjadi rendah apabila berhadapan dengan orang ramai.



Hari ni Kak Tun nak kongsi kriteria pemilihan produk kecantikan:

📍Ketahui kandungan produk kecantikan dan adakah ia sesuai jenis kulit wajah anda. Baca label informasi dahulu mengenai bahan produk itu sebelum membelinya.  

📍Produk kecantikan wajah terbaik dihasilkan daripada bahan semula jadi. Jadi, carilah produk berasaskan bahan alami seperti lidah buaya dan vitamin E . 

 📍Sesuaikan produk kecantikan dengan masalah kulit yang sedang dialami. 

📍Jika anda mengalami kulit kering memerlukan formula yang dapat menggantikan minyak pada wajah, jadi produk mengandungi vitamin E dan lidah buaya, menjadi pilihan bagi kulit yang kering.

📍Bagi kulit berminyak biasanya akan berhadapan dengan masalah jerawat. Atasi minyak berlebih pada kulit wajah dengan menggunakan pembersih dan penyegar khusus kulit berminyak. Elak menggunakan pencuci muka jenis susu kerana akan meningkatkan penghasilan minyak pada lapisan dermis. 

📍 Bagi kulit kombinasi memang cukup sukar dijaga. Pilihlah produk kecantikan khusus kulit kombinasi dan seminggu sekali gunakan topeng wajah untuk menyerap minyak terutama di bahagian zon T (dahi, hidung dan dagu). 

 📍Elakkan memilih produk kecantikan yang menawarkan kesan baik dalam waktu singkat.

Tapikan anda jangan risau,  Shaklee juga ada mengeluarkan produk kecantikannya sendiri.Ianya bermula dengan penjagaan dalaman dan luaran yang lebih teliti. Pengambilan suplemen dan vitamin seperti B ComplexVitamin C, Vitamin E,kolagen dan ESP memang banyak membantu mencantikkan kulit dari dalam.





Walau bagaimanapun, penjagaan kulit dari luaran juga perlu dititik beratkan.

Shaklee mempunyai 3jenis rangkaian set kecantikan mengikut jenis kulit anda.

💖Set Penjagaan Kecantikan Nutriwhite 
Set kecantikan Nutriwhite ni sesuai untuk anda yang mempunyai kulit wajah yang normal tanpa sensiviti dan jerawat yang teruk.



💖Set Enfuselle Normal -Oil Skin
Set penjagaan kulit Enfuselle ini sesuai untuk anda yang mengalaedrddasxghjjiv cmi masalah kulit berminyak dan berjerawat.



💖Set Enfullese Normal -  Dry Skin
Set penjagaan kulit Enfullese ini pula sesusi untuk anda yang mempunyai masalah kulit yang berjerawat dan kering.



Apa Perbezaan Set Penjagaan Kulit Shaklee dengan produk dipasaran sekarang?

Set Penjagaan Kulit Shaklee:-

⏩Berasaskan nutrisi
⏩Terbukti secara klinikal
⏩Diuji oleh Pakar Dermatologi
⏩Mempunyai 7paten khas oleh Shaklee Corporation
⏩Tiada menimbulkan alahan atau alergi
⏩Tidak diuji pada binatang

Set Penjagaan Kulit Shaklee ini juga dirumus TANPA:-

⏩Parabens
⏩Natrium Lauril Sulfat /Natrium
⏩Propilena Glikol
⏩Penghasilan daripada haiwan atau produk sampingan daripada haiwan
⏩Minyak mineral /perolatum
⏩FD&C atau Pewarna
⏩Ftalat
⏩1,4 - Dioksana

Pesanan dari Kak Tun, sebelum membeli atau menggunakan sebarang produk penjagaan kulit, pastikan anda membaca dahulu dan meneliti isi kandungan yang tertera pada label, pastikan mempunyai sijil pengesahan dari KKM, berstatus Halal, dan menggunakan bahan semulajadi dan organik  untuk mendapatkan kesan yang lebih baik untuk jangka masa yang panjang.

Jangan mudah terpedaya dengan iklan yang menarik perhatian anda di media cetak mahupun elektronik kerana ianya bukanlah jaminan untuk anda dapatkan wajah yang diidamkan. Berhati-hati dalam memilih produk kecantikan agar tidak menyesal di kemudian hari.

Shaklee Distributor & Business Leader
RABIATUL 012-5584478

Pengedar Shaklee RAWANG
Pengedar Shaklee JALAN TAR/ KLCC
Pengedar Shaklee SELAYANG


Selasa, 27 September 2016

Alfalfa Agen Pembersihan dan Pengubat Jerawat

Alfalfa dan Jerawat

Tahukah anda?
Alfalfa merupakan sumber semulajadi yang mempunyai pelbagai vitamin termasuk vitamin A,B1,B6,C,E dan K.
Alfalfa ni banyak khasiatnya,antaranya daunnya merupakan AGEN PEMBERSIHAN yang berkuasa untuk membuang toksin dan kotoran daripada badan.
Alfalfa juga mengandungi pelbagai nutrisi yang diperlukan oleh kulit dan kandungan klorofilnya yang tinggi menjadikan alfalfa sebagai AGEN PENGUBAT JERAWAT yang sangat luarbiasa.
Alfalfa juga berfungsi sebagai anti kulat yang menjadikan kulit bersifat alkali dan membersihkan kulit.

Banyakkan khasiat alfalfa untuk kulit..
Nak mencuba tapi malas nak mencari alfalfa?
Nak senang telan aje pil alfalfa shaklee ni.

Saya Pengedar Shaklee
Rabiatul
012-5584478