Memaparkan catatan dengan label MASALAH PERUT BUNCIT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MASALAH PERUT BUNCIT. Papar semua catatan

Selasa, 21 November 2017

Perut Buncit: Anda Sedang Bahagia Atau Menanggung Derita

PERUT BUNCIT?



Kenapa makin ramai masyarakat kita mengalami perut buncit? Ada orang kata kalau suami kita sebelum kawin perut dia flat, lepas kawin perut terus membuncit dari tahun ke tahun, maknanya suami sedang bahagia? Betul ke?

Kalau bahagia alhamdulillah, tapi membuncit tu jangan sampai penyakit pun sama datang bersama lagi bahaya..

Perut buncit ni tak semestinya pada lelaki je tau, perempuan pun ada juga yang mengalaminya, Ha! Jangan tak tau!

Sebenarnya bila mengalami masalah perut buncit ni, sedikit sebanyak tahap keyakinan diri kita akan menurun.. Yerlah kalau beli baju dah nak kena cari baju yang besar yang boleh cover perut kita tu, kiranya susah juga kalau nak mengikut berfesyen terkini. 

Bukan itu aje, bila berhadapan dengan orang ramai, kita mesti terasa rendah diri sangatkan!

Sebenarnya apakah faktor yang boleh menyebabkan perut kita menjadi buncit?

Pakar kesihatan juga turut menjelaskam bahawa banyak faktor yang boleh menyebabkan perut menjadi buncit.

Antaranya:
~Faktor keturunan yang diwarisi daripada orang tua
~Faktor penuaan
~Faktor penjagaan makanan harian
~Faktor disiplin ketika menjamah makanan.
~Faktor psikologi seseorang serperti selalu stress dan tertekan 
~Faktor sistem penghadaman.

Kenapa faktor STRESS seringkali dikaitkan dengan PERUT BUNCIT?


Jika kita stress, ia mampu menganggu aktiviti semulajadi tubuh badan kita. Stress boleh menyebabkan rasa kenyang dan menimbulkan masalah keupayaan tubuh menyimpan lemak.

Inilah yang mengakibatkan perut kita kelihatan lebih mengembang daripada saiz yang sepatutnya. Untuk mengatasi masalah ni anda perlu belajar untuk lebih relaks dan bernafas secara perlahan.

Tau tak, golongan wanita kebiasaannya lebih mudah dilanda stress, jadinya mereka lebih cenderung memiliki lemak berlebihan di bahagian perut. 

Perubahan hormon juga terutama ketika menopous juga menyebabkan lemak menjadi tidak sekata yang boleh menyebabkan orang yang bertubuh kecil juga boleh mengalami perut buncit.

Menurut kata pakar kesihatan, faktor pemakanan seperti pengambilan karbohidrat secara berlebihan seperti nasi dan makanan berasaskan tepung seperti mi dan roti dalam kuantiti yang banyak. Akibatnya karbohidrat yang berlebihan akan disimpan dalam bentuk lemak terutamanya di perut, atau lebih tepat di rongga -rongga di antara organ dalam perut.

Tabiat suka tidur selepas makan juga boleh menyebabkan berlakunya masalah perut buncit kerana proses penghadamqn tidak dapat berfungsi dengan baik.

Penampakan lemak -lemak diperut juga menjadi petunjuk bahawa kurangnya aktiviti fizikal dan penurunan kadar metabolisma tubuh dalam diri seseorang.

Sebenarnya lemak yang menyebabkan perut buncit sebenarnya terdiri daripada dua jenis.

Pertama LEMAK SUBKUTANEUS iaitu lemak yang disimpan oleh tubuh dibawah kulit.

Kedua ialah LEMAK VISERAL iaitu lemak yang disimpan oleh tubuh di rongga perut dan mengelilingi organ-organ didalam perut. Lemak viseral yang berada di sekeliling perut adalah sumber asid lemak bebas yang terus masuk ke hati melalui vena portal.

Lemak VISERAL nyata lebih BERBAHAYA kerana lemak ini mempunyai kaitan antara metabolisma seperti pertahanan insulin, diabetes dan sistem peredaran darah.


Menurut pakar kesihatan lagi, semakin buncit perut seseorang, semakin tinggilah kemungkinan dia mengalami ketahanan insulin.

Keadaan ini jika dibiarkan dan tidak dikawal boleh menyebabkan penyakit mudah datang seperti sakit jantung, strok, diabetes dan mungkin lebih serius lagi adalah kanser.

Mana satu pilihan anda? Adakah 
Tepuk dada tanya hati..

"Berperut buncit atau berperut flat".


Rabiatul


Selasa, 10 Disember 2013

PUNCA PERUT BUNCIT


Bagi kebanyakan orang , semakin kita meningkat umur semakin besar dan buncit perut kita. Selalunya kita menyangka kerana kita banyak makan.Perut buncit memang tidak selesa dan menjejaskan penampilan seseorang. Ia membuatkan seseorang berasa cepat letih apabila melakukan pergerakan walaupun sekadar berjalan. Persoalannya, kenapa perut menjadi buncit? Sebenarnya, ada banyak faktor yang boleh menyebabkan perut menjadi buncit. 


Faktor pertama adalah makanan dan minuman yang salah dan tidak seimbang. 
Pengambilan gula dan makanan yang karbohidrat dengan indeks glisemik yang tinggi secara berlebihan seperti roti putih, biskut, mee, makanan segera, nasi dan lain-lain lagi. Begitu juga dengan pengambilan minuman manis dan bergula tinggi. Makanan ini akan meningkatkan paras insulin dalam darah yang menyebabkan pengumpulan lemak dalam abdomen yang banyak. Insulin adalah hormon yang meransang pengumpulan lemak berlebihan dan menyebabkan perut buncit. Selalunya perut buncit juga berkait dengan masalah kolesterol berlebihan. Oleh itu untuk mencegah perut buncit kita perlu makan banyak makanan berserat tinggi seperti oat, roti berserat penuh, beras perang dan juga buah-buahan serta sayur-sayuran. 



Perut akan buncit apabila seseorang terus tidur selepas makan. 
Perut akan menjadi buncit kerana proses penghadaman tidak dapat berfungsi dengan baik semasa tidur dan glukosa yang terhasil dari penghadaman akan terus disimpan sebagai lemak dalam abdomen. Oleh itu elakkan makan berat sebelum tidur sekurang-kurangnya 2 jam sebelum tidur malam.




Pengambilan alkohol atau arak juga adalah punca kepada perut buncit. 
Ini adalah kerana alkohol ini menganggu enzim serta fungsi metabolisma dalam hati dan juga menyebabkan pengumpulan lemak berlebihan dalam abdomen. Selain itu, meminum alkohol akan memaksa hati bekerja lebih keras untuk menyingkirkan alkohol dan pada masa sama proses menyaring gula akan tertangguh. Kerana itulah dalam Islam , arak itu diharamkan. Untuk mengelakkan perut buncit , maka janganlah minum arak.




Faktor kedua adalah stress yang tidak terkawal
Keadaan psikologi seseorang mampu mengganggu aktiviti semula jadi tubuh termasuklah hormon dan sistem penghadamannya. Stress menyebabkan berlaku ketidak seimbangan hormon kerana apabila seseorang stress maka paras hormon kortisolnya akan meningkat dan ini memberi kesan menurunkan hormon testosteron, thyroid dan hormon tumbesaran. Kekurangan hormon-hormon ini menyebabkan pengumpulan lemak dalam abdomen yang menyebabkan perut menjadi buncit. Oleh kerana itu , kita perlu mengawal stress dengan banyak beriadah, rekreasi, bersikap positif, hidup beragama dan makan banyak buah-buahan. Kurangkan kopi kerana kandungan kafein yang berlebihan akan meningkat stress. 



Faktor ketiga yang menyebabkan perut buncit ialah merokok atau penggunaan tembakau dengan cara lain. 
Ini adalah kerana merokok boleh menganggu dan menjejaskan aktiviti penghadaman. Sikap suka merokok selepas makan akan menyebabkan perut buncit dan mudah berasa kembung kerana penghadaman terganggu. Oleh itu , cara terbaik untuk mengelakkan masalah ini ialah dengan berhenti merokok.



Faktor keempat adalah tidak aktif secara fizikal samada kurang bersenam atau mengamalkan cara hidup yang terlalu banyak berehat
Otot yang tidak aktif akan kehilangan tona nya dan menyebabkan ia menjadi lembik dan lemah. Otot yang lemah tidak akan membakar kalori dengan baik dan menyebabkan pengumpulan lemak berlebihan terutama dalam abdomen. Dengan bersenam selalu, tona otot akan meningkat dan akan membakar kalori yang berlebihan. Disamping itu , senaman juga meningkatkan metabolisma dengan peningkatan paras hormon testosteron, thyroid dan hormon tumbesaran. Hormon-hormon ini akan mencegah pengumpulan dalam abdomen yang menyebabkan perut buncit.





Faktor kelima, mempunyai kaitan dengan perubahan hormon akibat penuaan
Bagi wanita ia berlaku ketika menopaus. Keadaan ini menyebabkan pengeluaran hormon seks estrogen berkurangan sekali gus membawa kepada pengumpulan lemak pada perut. Lelaki mendapat masalah ‘andropaus’ akibat penurunan hormon testosteron, dan diantara tanda-tanda andropaus adalah perut buncit. Dengan bertambahnya usia, penghasilan hormon dehidroepiandrosteron (DHEA) mulai berkurangan. Hasil kajian oleh Harvard Women's Health Watch mendapati wujudnya kaitan antara penurunan hormon ini dengan peningkatan pengumpulan lemak di perut. Tumpukan lemak yang tidak sekata boleh membuatkan orang tua yang bertubuh kecil tetapi perutnya buncit. Senaman dan makanan yang baik akan mengurangkan kesan penuaan kepada perubahan hormon.







Elakkan faktor-faktor yang menyebabkan perut buncit dengan mengamalkan tip-tips yang telah diberi.