Jumaat, 19 September 2014

Hari Ke4: Tips Kemas Rumah

Hari ni saya nak bercerita pasal cara mudah kemas rumah. Saya ni sebenarnya seorang yang mementingkan kekemasan dan kebersihan. Pantang ada sampah sikit dah mulalah aktiviti saya tak kiralah kalau tengah malam ke,nak keluar pegi keje ke, tak kisah waktunya asalkan nampak tak berkenan kat mata je mesti kemas. Kata orang tua rumah kita ni melambangkan cara hidup kita..hrmm entahlah betul ke tidak..

Rasanya tabiat saya ni sedikit sebanyak dari abah saya.Abah saya ni kalau mengemas dah tak pandang kiri kanan semuanya dia buang. So saya dan adik-adik yhang lain akan pastikan kami ni kena kemas dulu almari buku kami sebelum abah buat spotcheck.Kalau tak, nayalah kami mana yg tak berkenan kat mata abah akan 'selamat' masuk dalam tong sampah.Tak der harapanlah lepas tu nak dapatkan balik barang yang kita perlukan tu..huhu

TIPS KEMAS RUMAH YANG BERKESAN

1. SEDEKAH / JUAL BARANG YANG TIDAK PERLU
Cara saya mudah je, bagi barang-barang yang rasanya tak guna lagi saya akan simpan elok-elok dalam kotak pastu terus sedekah pada yang memerlukan.

2. SEDIAKAN BOX BERPENUTUP
Saya akan beli box besar yang ada penutup untuk saya simpankan barang yang saya rasa boleh digunakan lagi di kemudian hari.Tak kiralah baju ke, barang peribadi ke,pinggan mangkuk ke yang penting barang-barang ni tak nampak bila dilihat orang.Lepas tu saya akan susun elok-elom di tepi sudut dalam bilik.so senang nak cari nanti. Ha! barang permainan dan bahan bacaan anak saya pun saya letak dalam box juga, jadi tak derlah bersepah merata-rata.

3. SEDIAKAN PENYANGKUT PAKAIAN
Ini khas untuk seluar sebenarnya.Al-maklumlah hubby saya ni suka benar tukar seluar expecially jeans, pastu tak bagi saya basuh selalu. Katanya nanti reputlah jeans dia.Selalunya cukup je seminggu saya akan kaut semua masuk dalam mesin ler.haha. Selalunya penyangkut ni saya akan letak belakang pintu so orang tak derlah nampak sangat selain untuk elak daripada sangkut di tingkap or di tempat yang tak sepatutnyalah. Almaklumlah tabiat lelaki ni ikut suka dia je nak letak mana.(tapi tak semua lelaki macam tu)

4.STORAGE BAG
Storage bag ni saya beli di cosway. Storage bag ni ada pelbagai jenis saiz dan corak,dan harganya pun berpatutan,memang berbaloi kalau nak simpan toto, comforter,  bantal, selimut...Bukan apa kalau simpan dalam beg ni tak derlah cepat berhabuk..Kat rumah saya, barang-barang seperti yang saya sebutkan ni memang banyak.Senang kalau family datang berkumpul dah ada semua.Tapi kalau nak jimat guna plastik sampah paling besar dan tebal. Kaedah ini pun saya guna juga untuk simpan carpet,bantal dan balut car seat anak saya.So jika nak susun tu tak derlah nampak berselerak sangat dan yang paling penting barang kita terselamat dari terkena habuk.

5.) KABINET/RAK BERPENUTUP
Ini bukan kabinet yang besar-besar tu, kabinet biasa yang boleh di dapati di giant, tesco, jusco... alah yang murah-murah je.Kat rumah saya kabinet ni sebenarnya dari zaman saya bujang lagi, sayang nak buang sebab masih ok lagi keadaannya.So saya gunakan untuk simpan stok barang-barang keperluan harian saya kat dalamnya.Bukan apa bila berpenutup ni orang yang datang rumah kita tak derlah nampak segala-segala khazanah yang tak best dipandang di tempat yang tidak sepatutnya.Lagi satu untuk mengelak dari anak saya main semua stok ni.

6.) BAKUL BESAR.
Kat rumah saya memang wajib ada bakul yang paling besar .Bakul ni saya gunakan untuk letak pakaian kotor, pakaian bersih, periuk belanga, mainan anak dan keperluan yang lain. contohnya bakul pakaian bersih je ada dua satu untuk saya dan suami, satu lagi khas untuk anak saya..kalau seminggu baju tak berlipat tak derlah berlonggok kainnya..

Sebenarnya banyak lagi tips kemas rumah yang mudah untuk kita praktiskan.. Macam saya almari lama dan rak yang tak digunakan lagi saya sayang nak buang tapi sebaliknya saya ubah menjadi tempat simpan barang agar ia kelihatan teratur..

Faktor kekemasan itu penting terutama sekali rumah kita. sesibuk mana pun kita rumah wajib kemas.. Lagipun tahap kesihatan abak kita turut terjamin kerana tidak terddah dengan kuman dan virus yang ada dalam rumah kita akibat daripada sikap kita sendiri.

Rumah kita melambangkan keperibadian kita..Dalam Al Quran pun mementingkan kekemasan itu sebahagian daripada ibadah kita.Tak perlu membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk kelihatan cantik dan mewah, tetapi cukuplah jika kita tekad merajinkan diri untuk melakukannya.Allahualam...

Tiada ulasan: