Memaparkan catatan dengan label SET LENGKAP KEHAMILAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SET LENGKAP KEHAMILAN. Papar semua catatan

Khamis, 2 Ogos 2018

Kebaikan ESP Untuk Ibu Hamil Dan Bayi Dalam Kandungan

Entry kali ni saya nak berkongsi kelebihan mengamalkan ESP ketika mengandung anak kedua dan ketiga.

Memang banyak sangat perbezaan keadaan saya mengamalkan ESP ketika hamil. Masa anak pertama saya belum lagi mengenali ESP, jadi ketika mengandungkan si abang, memang kerap letih, lemah, lesu dan cepat pitam. Bayangkan saya hampir pitam disaat genting ketika nak melahirkan si abang, sebab saya dah kehilangan banyak tenaga kerana contraction selama 17 jam.


Tahu tak korang, dalam ESP ni mengandungi Acid amino yang membentuk protein penting untuk pembentukan tisu ibu dan baby sendiri. Lagi lagi semasa 2nd dan 3rd trimester.

Memang banyak kebaikan ESP ni untuk keperluan ibu dan anak.


Kebaikan ESP Untuk Ibu dan Bayi Dalam Kandungan

Umum diketahui yang protein ini adalah salah satu nutrisi yang sangat diperlukan semasa hamil. Tapi ESP dapat beri lebih lagi. Antara kebaikannya:

1- Kekal Bertenaga Walaupun Alahan

ESP ni mempunyai indek glisemik yang rendah. Di mana ia akan melepaskan tenaga secara perlahan-lahan. Jadi ibu akan rasa bertenaga untuk jangka masa yang panjang.


2- Kurang Rasa Nak Muntah

Tengah alahan makan apa pun tak lalu. Seeloknya ambil makanan yang lambat hadam macam ESP.

Dengan itu kuranglah angin masuk dalam perut. Tak makan nasi, tapi tetap rasa perut terisi. Taklah teruk muntah-muntah.

3- Buat Rasa Kenyang Lebih Lama

Terima kasih kepada indek glisemik rendah dalam ESP. Sifatnya yang lambat dicerna menyebabkan ibu akan rasa kenyang lebih lama.

Baik untuk ibu yang sukar nak makan semasa awal kehamilan. Selain itu juga baik untuk ibu yang terlebih selera makan semasa kehamilan. Risiko obesiti dapat dibendung.

4- Berat Naik Dengan Sihat

ESP tak mengandungi kalori yang tinggi. Sebab ianya lansung takde gula tambahan. Sangat elok diminum ketika hamil supaya berat tak naik mendadak.

Dan senang nak turun berat semasa dalam pantang nanti.

5- Urusan Harian Lancar

Biasanya bila alahan akan banyak kerja tertangguh. Baik kerja di pejabat mahupun di rumah. Pengambilan susu soya untuk ibu hamil ESP ini menyebabkan ibu kuat untuk melawan alahan.

Urusan harian dapat dilakukan dengan baik.

6- Kurangkan Risiko Keguguran

ESP berperanan untuk menguatkan otot rahim bagi mengelakkan terjadinya keguguran. Sebab tulah ESP ni digalakkan minum diawal trimester semasa proses kehamilan.

Bagi ibu yang kerap mengalami keguguran, kekurangan protein adalah salah satu sebab utama. ESP dapat membekalkan protein yang cukup bagi mengelak masalah ini.

7- Bayi Membesar Dengan Baik

Protein secukupnya diperlukan oleh ibu bagi memastikan bayi membesar dengan baik di dalam perut. Ia mengandungi zat dan nutrisi yang sangat membantu perkembangan otot dan otak bayi.


8- Selain itu, ESP membantu menghasilkan sel-sel yang sihat dan cantik. Bayi yang bakal lahir Insyaallah sihat sempurna dan comel.

9- ESP juga penting untuk keperluan air ketuban. Kekurangan air ketuban boleh menyebabkan baby mengalami kecacatan atau meninggal sebelum waktunya.

Sebab tulah ESP ni turut berada dalam Set Kehamilan Shaklee. Saya cadangkan anda cubalah Set Kehamilan Shaklee ni dari awal trimester sehinggalah nak bersalin, memang best! Anda akan kekal bertenaga walaupun anda tengah bertarung untuk melahirkan baby anda. Saya dah merasai kebaikannya, jadi anda perlu mencuba! :-)


Antara Testimoni ibu hamil yang mengamalkan ESP.



Pengedar Sah Shaklee

RABIATUL

0125584478

COD

Bandar Country Homes, Rawang

Sekitar KLCC dan Jalan TAR.


Selasa, 13 Mac 2018

Tips Kesuburan: 8 Sebab Kenapa Wanita Tidak Subur

Faktor kesuburan merupakan perkara yang paling ditakuti oleh wanita yang bergelar isteri. Bayangkan jika wanita yang sudah berkahwin tetapi belum lagi dikurniakan zuriat, perkataan pertama yang terkeluar daripada mulut masyarakat sekeliling adalah "eh awak mandul ye"..
"dia mandullah tu sebab tak boleh mengandung".. 

Apa perasaan anda jika di labelkan seperti itu? 
Malu..
Stress..
Semangat down..



Tahu tak ada beberapa masalah kesihatan yang tanpa disedari oleh kaum wanita yang boleh menjadi punca kenapa seseorang wanita itu susah untuk hamil.

Antara punca penyebab ketidaksuburan  seperti
OVULASI, SALURAN PERANAKAN dan RAHIM

Berikut adalah beberapa faktor yang menjadi punca kepada masalah ketidaksuburan dikalangan wanita:-

1.MASALAH PADA OVARI
Masalah dengan ovulasi antara sebab utama yang selalu dihadapi oleh kaum wanita. Dianggarkan 25% - 30% masalah pada ovari menjadi penyebab kepada kemandulan wanita.

Setiap bulan kitaran ovulasi yang normal semasa waktu reproduktif wanita, ovari wanita akan melepaskan telur atau ovum yang matang.
Bila terjadinya "Anovulation" iaitu suatu keadaan di mana ovari tidak dapat melepaskan telur yang matang setiap bulan. Jadinya jika tiada telur yang matang yang tersedia untuk sperma, maka seseorang wanita itu tidak boleh hamil dengan sendirinya.
Ada juga sesetengah kes anovulasi, ovari tidak mengeluarkan telur matang yang normal. (Sebenarnya telur matang ni ada saiz pengiraannya tau) . Ovulasi tidak akan terjadi jika telur tidak matang dan peluang untuk persenyawaan amatlah tipis sekali

2.HALANGAN DARIPADA TIUB FALLOPIO
Tiub fallopio merupakan organ dalaman wanita yang berfungsi menghubungkan antara ovari dan rahim, yang mana telur wanita akan melalui saluran sepanjang kira-kira 10cm. Tiub yang tidak berfungsi dengan baik atau tiub yang dihalang akan mengurangkan kemungkinan sperma untuk sampai ke telur, sehingga menyebabkan berlaku kegagalan persenyawaan. 

Selain itu jangkitan daripada alat kelamin boleh menyebabkan radang pada tiub fallopio dan ini akan menyebabkan kerosakan pada tiub. Antara faktor lain yang menyebabksm kerosakan pada tiub fallopio seperti pernah mengalami kehamilan ektopik atau kehamilan luar rahim, kehadiran parut yang disebabkan oleh pembedahan dan pertumbuhan spontan sel-sel lapisan rahim di luar rahim yang dikenali sebagai endometriosis.

3. POLYCYSTIC OVARIAN SINDROM  (Pcos)
Masalah PCOS juga begitu popular dan kerap terjadi dikalangan wanita moden diera ini. PCOS ini terjadi akibat ketidakseimbangan hormon di dalam badan dimana kilang telur pesakit menghadapi tahap hormon lelaki yang tinggi dan boleh menggangu ovulasi. Ini boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur dan darah haid yang berlebihan.

Dalam kes yang lebih teruk, wanita yang mempunyai PCOS mungkin mempunyai kesukaran mengawal berat badan dan pertumbuhan jerawat dan rambut atau bulu di badan yang berlebihan. 

PCOS ini jika tidak dirawat boleh menyebabkan kemandulan.

4. ENDOMETRIOSIS
Endometriosis terjadi apabila sel-sel yang biasanya tumbuh di rongga rahim berkembang  di kawasan-kawasan di luar rahim, terutamanya dalam ovari, tiub fallopio dan rongga pelvis. Ini akan membawa kepada keradangan yang boleh menyebabkan kemandulan akibat daripada kerosakan yang berlebihan dan parut ke ovari dan juga halangan tiub yang boleh merosakkan saluran peranakan dan juga kilang telur.

5. RAHIM TIDAK NORMAL
Sperma mungkin gagal mencapai telur jika parut yang disebabkan oleh pembedahan, kesumbatan atau keradangan, menghalang sperma memasuki melalui servik. 

Ini termasuk dengan kehadiran FIBROID yang melibatkan lapisan dalam rahim serta polip boleh menjadi punca kepada masalah ketidaksuburan yang berterusan atau mengalami keguguran.

6. KECACATAN SISTEM PEMBIAKAN
Dalam kes yang jarang berlaku, kesukaran kehamilan yang disebabkan oleh masalah kongenital dengan sistem pembiakan boleh menjejaskan bentuk dan saiz rahim, tiub fallopio, vagina dan gabungan semuanya.

7. FAKTOR UMUR
Faktor umur juga merupakan salaj satu punca ketidaksuburan bagi wanita. Peluang untuk hamil semakin tipis dan rendah jika semakin lewat umur kita.

8. GANGGUAN SISTEM IMUNISASI
Mempunyai tahap sistem imunisasi yang rendah juga merupakan salah satu faktor yang boleh mengakibatkan ketidaksuburan. 


Kekurangan nutrisi dalam tubuh badan kita menyebabkan sistem imun badan kita terganggu. Bila sistem imun badan menghadapi masalah, ia boleh mengganggap telur atau sperma sebagai "benda asing" dan akan menyerang telur atau sperma tersebut yang dianggap sebagai "penceroboh".

Sebaiknya, jika kita merasakan sesuatu yang kurang dalam diri kita,
jangan malu dan segan untuk kita pergi berjumpa dengan pakar perbidanan untuk mengetahui masalah sebenar yang bakal kita hadapi. Jangan kita biarkan masalah yang kita alami ini begitu saja..
Jika anda sayangkan diri sendiri laburkanlah sedikit wang untuk berjumpa dengan pakar perbidanan.

Setiap penyakit ada ubat dan rawatannya.. Mencegah lebih baik daripada mengubati.

Rabiatul
Founder Anggun Legacy

Jumaat, 20 Oktober 2017

6 Tahun Penantian Amalan Dan Ikhtiar Demi Untuk Dapatkan Anak

"Penantian satu penyeksaan" Memang benarlah maksud ayat tersebut. Tetapi penantian dengan penuh kesabaran akan membuahkan hasil, insyaallah..


Setiap wanita yang dah berkahwin mesti nak mempunyai anakkan? Of courselah kan..Tak der satu pun pasangan yang berkahwin tak mahu anak.

Tapi apakan daya, tak semua orang diberikan peluang untuk dapatkan  zuriat selepas berkahwin. Majoriti mentaliti rakyat kita ni fikir buat anak ni keje manusia, buat hari ni esok boleh dapat,hrmm..Tetapi mereka terlupa dalam Al Quran pun dah diberitahu soal jodoh, kematian dan zuriat bukan urusan manusia tetapi urusan Allah swt.

Kak Tun juga pernah diuji dengan dugaan anak. Walaupun Kak Tun dah mempunyai seorang anak, tapi biasalah sikap orang sekeliling mesti akan tanya bila lagi nak tambah seorang lagi..

6tahun Kak Tun diuji untuk mendapatkan zuriat. Dalam tempoh tersebut Kak Tun pernah mengalami keguguran.

Siapa yang tak sedih,lagi-lagi kalau ada yang berkata-kata dibelakang kita..tapi Kak Tun selalu fikir positif,setiap kali ada yang bertanya,Kak Tun selalu mintakan mereka berdoa pada Allah sebab hanya Allah sahaja yang boleh beri jawapan terhadap persoalan mereka.

Sepanjang tempoh 6tahun tu Kak Tun dan suami dah mencuba pelbagai cara tak kira traditional dan moden. Disebabkan suami bersifat terbuka,kami pernah jalani rawatan kesuburan disebuah hospital swasta di bangsar untuk mengetahui masalah dalaman yang kami tidak tahu selama ini.

Alhamdulillah resultnya kami tiada masalah dalam faktor kesuburan. Doktor menasihatkan kami untuk mengamalkan beberapa suplemen asas sebagai pelengkap nutrisi yang hilang dalam tubuh badan akibat faktor radikal bebas disekeliling kita yang kadang -kadang boleh effect kelancaran perjalanan tahap kesuburan kita. Yang ni Kak Tun amalkan Vitalea, Vitamin C, B Complex, ESP dan GLA sebagai penguat hormon kesuburan.


Sebenarnya ada beberapa amalan yang Kak Tun amalkan yang diberikan oleh seorang ustaz (dah lupa namanya). Kak Tun mengikuti tazkirahnya dalam ikimfm.

Malu sebenarnya nak bercerita secara terbuka sebab takut dikatakan riak. Selalunya bila orang bertanya baru Kak tun akan bercerita.

Demi kebaikan semua Kak Tun kongsikan amalan yang Kak Tun lakukan selama 4tahun lepas.

Antaranya ustaz tu beritahu nak cepat Allah kabulkan doa kita dekatkan diri dengan Allah, nak doa kita dimakbulkan selalulah melakukan solat sunat seperti solat Dhuha (memang wajib buat setiap hari).Jangan ingat solat dhuha ni untuk rezeki duit je tau,banyak manfaat lain yang kita tak tahu. Cubalah buat ye..anda akan rasa nikmatnya.

Selain itu amalkan juga solat hajat,solat taubat,solat tahajud ,kalau tak boleh hari-hari sebulan sekali pun takpe.

Yang kedua, perbanyakkan sedekah tak kiralah berapa yang nak diberi, setiap kali bersedekah selalulah niat dalam hati Allah kurniakan zuriat pada kita.

Yang ketiga, bila musim ibadah qurban, buatlah qurban untuk diri sendiri setiap tahun dengan niat Allah kurniakan zuriat untuk kita.

Yang keempat setiap kali solat Kak Tun akan amalkan doa dari buku Ustaz Harun Din - Ikhtiar Penyembuhan Penyakit. Doa Mandul - Mohon Mendapatkan Zuriat.




(Doa inilah yang Kak Tun amalkan lepas solat)

Ingat jangan stress atau terlalu memikirkan sangat tau. Bila kita stress, sistem imun badan kita akan menjadi lemah dan sedikit sebanyak akan mengganggu sistem kesuburan kira. Jangan terlalu mengharapkan sesuatu perkara yang kita sendiri tak tahu hasilnya, jadi jalanilah kehidupan seperti biasa.

Alhamdulillah Allah makbul juga doa Kak Tun untuk memiliki anak lagi pada awal tahun 2015.  Selama 4 tahun penantian dengan penuh kesabaran dan mengamalkan tips dari doktor dan dari ustaz.. 

Pada mulanya memang tak percaya yang diri ini dah mengandung, tapi naluri Kak Tun kuat mengatakan yang Kak Tun memang mengandung. 3kali buat ujian air kencing sendiri, perasaan masa ni bagaikan nak meletup je jantung Kak Tun ni, iyerlah takut hasilnya negatifkan. Syukur Allah dah mendengar suara hati Kak Tun, hasilnya semuanya positif.. Alhamdulillah. Syukur sekali lagi pada Allah swt yang memberi rezeki yang dinanti-nantikan ini.

Jadi pada rakan- rakan fb yang belum lagi dikurniakan zuriat,jangan bersedih ye,rezeki yang Allah beri bukan dalam bentuk zuriat semata-mata tapi dalam pelbagai bentuk.

Bagi yang nak mengamalkan tips di atas, buatlah dengan seikhlas hati..Allah tu maha mengasihi umaynya. Inshaallah suatu hari nanti pasti Allah akan mendengar rintihan kita..amin.

(Sorry terpanjang pula nukilan dari hati)😅😅


YOUR TRUSTED SID

RABIATUL

012-5584478

Cod:

Bandar Country Homes

Jalan TAR / KLCC

Selayang

Selasa, 18 April 2017

Sembelit Ketika Berpantang: Tiada Lagi Mimpi Ngeri Yang Menyakitkan

Siapa yang pernah alami sembelit ketika dalam pantang?  Mesti rasa ngeri kalau nak hadapi sekali lagikan..



Kak Tun pun ada pengalaman yang sama masa berpantang anak pertama dulu.

Masa anak pertama dulu, Kak Tun mengalami pendarahan dan koyakan teruk dan panjang pula tu sehingga 3kali kena jahit.

Dari bidan, doktor senior sehinggalah ke doktor pakar..Dah jahit buka balik tau..memang sakit toksah nak cakaplah, tak boleh nak imagine rasa sakitnya..

Nak buang air kecil pun rasa takut sangat sebab rasa berdenyut, memang sakit sangat. 

Lagilah nak duduk memang terasa denyutan sakit lepas ubat bius dah abis. Jalan pun berkepit je..

Masuk hari ke3 perut dah start memulas-mulas untuk ke toilet..
Bayangkan duduk dalam toilet sejam tak berani nak teran,perut memang sakit sangat..masa ni bukan setakat menangis,memang dah melalak pun dalam toilet,sebabnya setiap kali nak teran, terasa denyut sakit dekat bahagian luka..nak teran kuat takut terbuka jahitan balik..memang Kak Tun tak beranilah..last tak jadi nak membuang..

Masuk hari keesokannya, terasa lagi nak ke toilet,menangis lagi nak teran bagi keluar tapi tak berani juga.. Akhirnya mak suruh encik husband belikan pil berak kat farmasi.

Faham-faham jerlah bila dah makan pil tu kan.. Memang memulas juga perut, tapi disebabkan beberapa kali cubaan membuang tak jadi, jadi benda alah tu (tahi) jadi keras jugalah, tapi terpaksalah juga teran sebab perut dah sakit yang teramat..

Akibatnya dinding dubur tu membengkak kot, berdenyut-denyut sakitnya..masa ni Kak Tun tak boleh nak duduk dengan sempurna, terpaksa letak bantal dan duduk sebelah punggung je..betapa seksanyalah masa tu.Sampaikan Kak Tun terfikir dah serik dan fobia nak beranak lagi.

Berpantang anak pertama memang menakutkan dan mengerikan bila rasa nak ke toilet.. Tapi ini dululah, masa berpantang anak kedua, alhamdulillah Kak Tun dah tak alami perkara yang sama.

Eh !awatnya anak kedua dah tak kena sembelit pula?

Masa anak kedua Kak Tun dah kenal dengan Shaklee. Dari hamil sampailah berpantang memang mengamalkan Set Kehamilan Shaklee dan Set Berpantang Shaklee.

Bukan nak promote produk ye, tapi nak share kebaikan yang Kak Tun rasai.. 

Alhamdulillah bila dah mengamalkan dah tak der ler adegan menangis dalam toilet setiap kali nak 'membuang'. Bila dah amalkan Alfalfa waktu siangnya dan  Ostematrix setiap malam sebelum tidur. Esok pagi confirm perut rasa nak membuang dan perjalanannya pun senang, tak perlu teran kuat-kuat. Memang mudahlah, syukur dipertemukan dengan Shaklee.

Kat sini Kak Tun nak berkongsi info kebaikan Ostematrix dan Alfalfa untuk rawat sembelit ketika dalam pantang.

OSTEMATRIX



Ostematrix adalah suplemen yang mengandungi Calcium, Magnesium & Vitamin D.

Apa Peranan Ostematrix Dalam Set Sembelit Shaklee?

Ostematrix mengandungi magnesium di mana ia adalah mineral yang penting untuk kesihatan Kardiovaskular dan Otot. Magnesium mampu menormalkan ketegangan pada dinding kolon membolehkan tindakan Peristalsis biasa.

Magnesium juga bertindak sebagai Laksatif ringan dengan melonggarkan otot di dalam usus dan juga membantu mengekalkan air di dalam usus.

Jadi Magnesium membantu najis boleh menjadi lembut dan membantu menggalakkan pergerakan usus lebih lancar.

ALFALFA


Kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Ia membekalkan nutrisi yang mana kebanyakannya tidak terdapat dalam buah-buahan mahupun sayuran. Alfalfa kaya dengan protin, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. 10 biji Alfalfa menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu.

Baik untuk perubahan patology dalam usus dan perut – Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.

Bagi mereka yang menghadapi masalah sembelit ketika berpantang,amatlah disyorkan ambil Ostematrix dan Alfalfa supaya tiada lagi mimpi ngeri untuk ke toilet..

Testimoni pengguna:-







Shaklee Distributor & Business Leader
RABIATUL 012-5584478

Pengedar Shaklee Rawang(cod Bandar Country Homes)
Pengedar Shaklee Selayang
Pengedar Shaklee Jalan TAR/KLCC

Rabu, 28 September 2016

Pertama Kali Jatuh Cinta Dengan ESP

Perkenalan dengan ESP Shaklee ni bila terbaca artikel tentang kebaikannya di blog untuk menguatkan rahim. Memang pada masa tu tercari-cari supplemen yang boleh menguatkan rahim sebab nak sangat pregnant setelah dah mengalami kegugurankan..
Pertama kali merasainya memang terus jatuh cinta!! Dah banyak perubahan yang secara tak sengaja berlaku pada diri saya.
Yang paling ketara gastrik dah tiada,kulit muka memang berbezalah sangat.Dulu kulit muka kusam,berbelang,berminyak,liang pori besar,jerawat halus dan masalah parut jerawat yang tak hilang.
Itu dulu,sekarang tiada lagi masalah muka.
Masa pregnant dan bersalin tahun lepas memang best sangat sebab sentiasa bertenaga,tak letih walaupun dah sarat.Kadang-kadang tu bila perut terasa lapar,terus ambik esp 3scoope shake-shake terus je minum.
Kini masih lagi diteruskan untuk penyusuan si kecil.Alhamdulillah susu masih lagi meriah dan si kecil  juga jarang berjaga malam.

Banyak lagi kelebihan ESP ni, kalau anda nak merasai dan mengalami sendiri kesan magic ESP ni, cepat-cepat dapatkannya sekarang kerana bulan ni special ada PROMOSI ESP
⏩Beli 6 percuma 1
⏩Beli twinpack less 5% discount

Saya Pengedar Shaklee
Rabiatul
012-5584478

#tsunamishaklee
#ptstim9
#espshaklee


Khamis, 15 September 2016

Pertama Kali Jatuh Cinta Dengan Shaklee


Sebenarnya saya diuji dengan dugaan anak.Selepas anak pertama dilahirkan tahun 2009, saya diberi rezeki mengandung pada tahun 2010 tetapi kandungan saya tidak berpanjangan,saya mengalami keguguran..Sejak tu,langsung tiada berita gembira mengenai kehamilan.Pelbagai usaha dilakukan,tapi tiada hasil juga.

Pada tahun 2013 saya mula diperkenalkan dengan Set Kesuburan Shaklee,saya amalkan secara istiqamah sehingga saya sendiri terkejut dengan berita kehamilan saya  pada tagun 2015.Tahun rahmat bagi saya.

Bila dah confirmkan kehamilan saya,saya teruskan dengan Set Kehamilan Shaklee.Alhamdulillah sepanjang consume Set Kehamilan ni, saya jarang terkena demam ke,selsema ke, malah saya lebih aktif dari biasa.Masa pregnantkan yang sulong hb saya dari 2bulan sampai 9bulan memang dibawah paras merah,bacaan semuanya 9aje..sampai nurse nak cucuk sayalah sebab hb terlalu rendah.Memang sentiasa pitam aje..Tapi kali ni tidak lagi,bacaan hb pun cantik,malah dalam usia kandungan 7bulan pun saya masih lagi aktif..masa melahirkan baby saya ni pun senang dan saya tidak mengalami keletihan yang melampau.Dalam pantang hinggalah kini saya masih lagi consume makan dengan istiqamah demi buah hati saya.Bukan apa, khasiat dan manfaatnya boleh dikongsi bersama bayi saya.

Saya memang yakin dengan Shaklee sebab Shaklee diyakini HALAL-sijil halalnya dikeluarkan setiap tahun, dan mendapat kelulusan KKM.

Seiring dengan Moto Shaklee
" ALWAYS SAFE,ALWAYS WORKS,ALWAYS GREEN"

Vitamin Shaklee dijamin tidak mengandungi bahan-bahan berikut:
:-) TIADA PARABENS
:-) TIADA MSG
:-) TIADA BAHAN TIRUAN
:-) TIADA PERISA TIRUAN
:-) TIADA PENGAWET TIRUAN
:-) TIADA BAHAN KIMIA
:-) TIADA LEMAK TRANS
:-) TIADA NATRIUM HIDROKSIDA
:-) TIADA PELUNTUR TIRUAN
:-) TIADA BISFENOL - A
:-) TIADA FORMALDEHID
:-) TIADA PEMANIS TIRUAN
:-) TIADA PEWARNA

Shaklee juga telah melaburkan lebih dari USD250 juta dalam ujian klinikal,penyelidikan dan pembangunan.

Bukan itu je,Shaklee juga telah menerbitkan Jurnal Penyelidikan Saintifik.Ini terbukti Shaklee memang komited dalam keberkesanan produk yang dihasilkan..

Dengan Shaklee saya memang ridak ragu-ragu dengan keberkesanan produknya, yang penting kita berusaha,selebihnya berserah pada Allah swt..

Mari join keluarga besar Shaklee kami,anda memang puashati!!

#sihatsemulajadi
#babyshaklee
#inikisahsaya
#PengedarRawangKLSelayang


Selasa, 13 September 2016

Sustained Release Vitamin C :Feveret Vitamin Kegemaran Saya

Ini antara supplemen feveret saya jg,Sustained Realesed Vita C Plus.Saya mula terjebak dan konsisten mengamalkannya sejak saya menunggang motorsikal bersama suami ke tempat kerja. 2bulan pertama saya menaiki motosikal,badan saya memang lemah dan selalu je demam+selsema,maybe disebabkan setiap hari hidu asap kenderaan dan asyik terkena hujan je tu yang membuatkan badan sentiasa rasa sakit-sakit dan lemah je. Bermula dari saat itulah saya mula consume Set Kesihatan Shaklee yg sememangnya ada Vitamin C ni skali.
Bukan itu aje, bila saya disahkan mengandung pada tahun yg sama,saya terus mengamalkan terus Vitamin C ni dalam Set Hamil Shaklee.Alhamdulillah sepanjang pregnant saya jarang tetkena morning sickness dan jarang sakit,malah bacaan tekanan darah saya stabil bukan seperti kehamilan saya yang pertama dulu.Saya sentiasa dalam keadaan aktif sehingga di akhir kehamilan.Yang paling bestnya,tumit kaki kurang merekah dan perut pun tak der timbul selulit mcm kehamilan yg terdahulu..seronokkan!!
Masa dalam pantang pun saya continue juga pengambilan Vitamin C secara konsisten untuk mempercepatkan penyembuhan luka dibawah.Sebenarnya saya mengalami koyakan yang agak teruk jugalah dan jahitannya sememanglah panjang,ini bukan saya reka ye,tapi nurse yg menjahitkan tempat koyakan tu bagitahu pada saya..Alhamdulillah, luka jahitan tu dah tak terasa sakit bila hari yang ketiga..masa ni mmg saya tak makan jamu lagi sebab anak saya ada kuning,jadi dlm 3 minggu pertama saya hanya mengamalkan supplemen saje untuk penyembuhan dalaman.Memang berbezalah masa anak sulong dulu, seminggu terasa sakit denyutnya,nk duduk pun sebelah punggung,tapi kali ni blh duduk bersimpuh lg.
Sehingga sekarang saya masih lagi mengamalkan memakan Vitamin C ni,bukan untuk saya saya manfaatnya malah si anak pun turut dapat kebaikannya daripada air susu saya.Kiranya 2 in 1 lah..Hannah jarang dapat demam dan selsema walaupun bercampur dengan bayi lain di nurseri.Kalau hannah terkena jangkitan sekalipun kurang daripada 3 hari dah sembuh kembali.Satu lagi yang saya perasan,kalau si Hannah terkena gigitan nyamuk, kawasan yang terkena gigiran tu tidak pernah sampai jadi kudis,ia akan mengecut dengan sendiri. Yang saya perasan kulit Hannah pun lembap juga..
Bagi saya pula,dulu kulit muka saya sangatlah berminyak,kusam,berjerawat,dan tona kulut tidak sekata berbelang-belang sebab selalu ke site berjemur tengah panas..tetapi sekarang tidak lagi,jerawat pun malu nak keluar,berjemur pun tak per dah tak perlu risau muka berbelang,kulit pun rasa lembap dan segar je..bestkan!!
Saya dah mencuba,anda bila lagi?

#tsunamishaklee
#inikisahsaya


Pengedar Shaklee Rawang KL Selayang



Dari mula kenal Shaklee,ESP yang memang menjadi pujaan hati,mula berkenalan dengan si 'DIA' untuk SET KESUBURAN.

ESP ni memang baik untuk membantu membentuk tisu rahim serta ovum serta membantu dalam menyeimbangkan hormon kita.

Almaklumlah saya pernah keguguran,so saya tercari-cari supplemen yang bebas daripada bahan kimia dan yang penting semulajadi.

Saya terus jatuh cinta,dari SET KESUBURAN, SET HAMIL, SET BERPANTANG, SET PENYUSUAN SERTA SET KECANTIKAN..semuanya kerana ESP..Memang banyak perubahan dalam diri saya bila kita konsisten amalkannya..

Saya hanya berusaha yang terbaik untuk diri dan keluarga..Pada Allah jua kita memohon kebergantunganNya .

Ikhlas dari hati..
Rabiatul


Rabu, 17 Ogos 2016

Set Kehamilan Shaklee

Antara set killer yang terlaris
.
SET KEHAMILAN

Nak tahu tak?
Kenapa Set Kehamilan wajib diambil oleh ibu-ibu yang hamil?
Sebabnya bila si ibu hamil, kesemua keperluan nutrisi yang diperlukan oleh badan terpaksa berkongsi berdua dengan anak yang dikandung. Bila keperluan nutrisi dalam badan berkurang,mudah untuk si ibu jatuh sakit ketika hamil,bukan itu aje,malah si ibu akan sentiasa rasa lemah,tak bermaya,letih dan mudah pitam.

Khasiat setiap Vitamin:

Vitalea - beri zat besi yang penting pada tubuh badan dan bantu pembentukan sel darah merah
B Complex - mengandungi asid folik bantu cegah kecacatan pada janin
Ostematrix - elak kejang dan sakit belakang
ESP - memberi tenaga dan mengstimulasi penghasilan susu
Vitamin C - antioksidan dan penting untuk tulanf,gusi dan gigi yang sihat.
Omega - bantu tumbesaran dan perkembangan janin.

Tahukah anda apa yang bestnya Set Kehamilan ni?

Ianya merangkumi beberapa set kesihatan yang lain.
Antaranya:-
Set kesihatan Asas/Masalah HB Rendah
(Vitalea+Vitamin C+Bcomplex)
Set Gastrik Asas
(ESP+Ostematrix)
Set bajet sendi (kebas,kejang)
(Omega+ostematrix)
Set Sembelit Asas
(Ostematrix)

Bestkan!! Bukan itu aje,tahan berbulan-bulan..memang berbaloi memilikinya!

Berminat untuk dapatkannya?
Mai calling2 saya ye

Rabiatul
012-5584478
COD Rawang KL Selayang


Khamis, 4 Ogos 2016

Ostematrix Shaklee - Promo Bulan Ogos 2016

Promo bulan Ogos dah tiba!!
Ostematrix
Beli 6 percuma 1
Beli 2 dengan harga yang istemewa

Saya makan saya jual
Rabiatul 012-5584478
COD Rawang KL Selayang


Sabtu, 16 Mei 2015

Risau HB Rendah ketika Hamil? Bagaimana untuk mengatasinya

Pernah mengalami anemia / HB atau tekanan darah rendah ketika hamil? Walaupun anda tidak hamil sekalipun tapi mengalami masalah yang sama seperti saya? Kalau diikutkan history kesihatan saya, saya ni memang mengalami masalah tekanan darah rendah walaupun tidak mengandung, dari zaman remaja lagi, tapi saya ni jenis yang aktif so saya dah tahu condition badan saya tidak berada dalam keadaan yang normal. 


Bagi sesetengah ibu yang mengandung mesti akan mengalami masalah HB rendah. Saya juga tidak terkecuali mengalami masalah yang sama ketika mengandungkan kali pertama dan kedua. Masa mengandung kali pertama dulu, keadaan HB saya tak der perubahan langsung dari kandungan seusia dua bulan hinggalah ke 9 bulan dan masa nak tunggu kelahiran pun bacaan HB saya hanya 9 g/L sahaja. Paling tinggi pun bacaan yang pernah saya terima 9.8g/L. Memang setiap bulan tahan telinga dengar radio lama berbunyi dari nurse klinik kesihatan. Apalagi kena cucuklah jawabnya, masa ni redha jerlah.. Nak buat macam mana saya dah berpantang dan ikut petua orang lama dari pelbagai aspek untuk elak dri HB rendah setiap bulan, tapi masih juga terjadi. Minuman berkafein memang saya tak sentuh langsung, Setiap pagi dan malam saya hanya minum susu, buah dan sayur memang makanan wajib setiap hari diambil, itu belum lagi makan supplimen yang diberi oleh doctor and farmasi.. (masa ni tak tahu lagi pasal Shaklee).

Bila HB kita rendah kita akan selalu pitam, ini memang selalu terjadi pada saya dulu, boleh dikatakan setiap bulanlah saya mengalaminya. Lebih-lebih lagi bila waktu panas terik memang akan selalu terjadi pitam.

Untuk kehamilan ketiga ni saya dah tak mengalami masalah HB rendah lagi, Alhamdulillah bacaan dah kembali normal dan jarang terkena serangan pitam. Sekarang usia kandungan saya dah mencecah 5bulan setengah. Mungkin berkat saya amalkan secara istiqamah set kesihatan optimum untuk kesihatan diri saya, sejak saya dah mula pegi kerja dengan motor. Sebenarnya untuk ketahanan badan saya yang setiap hari menyedut udara ‘segar’ dari asap kenderaan dan terkena hujan setiap hari sejak dah mula pergi kerja dengan husband 

Rupa-rupanya bila saya amati set kesihatan optimum ni sama dengan set awal kehamilan, memang 2 in 1 supplemen Shaklee ni. Beli satu set dapat dua kebaikan seperti yang saya rasai sekarang ni. Berbaloi dan value for money. 

Bukan tu je, rakan-rakan di ofis hairan dengan stamina badan saya walaupun mengandung tetapi sentiasa cergas dan aktif sepanjang masa. Alhamdulillah saya tidak mengalami keletihan walaupun kadang-kadang seharian bergerak. Ada juga yang tegur perubahan pada wajah saya yang makin cerah, diaorang ingat saya amalkan produk yang makin popular sekarang ni Qu Puteh, nak tergelak juga di buatnya sampai macam tu sekali andaian diaorang,hihi. Sebenarnya saya tak mengambil pun sebarang produk lain selain dari SHAKLEE je. Nak tahu rahsianya, inilah penangan ESP dan Vitamin C yang terlajak laris dipasaran sekarang ni. 

Hanya mengamalkan satu full set sahaja banyak kelebihan yang saya dapat untuk diri saya. Memang menguntungkan, all in one semuanya.


Info 

Di sini saya nak kongsikan sedikit info mengenai apa itu Anemia / HB atau tekanan darah rendah supaya kita boleh mengatasinya dikemudian hari.

Apakah bacaan HB normal bagi orang dewasa serta ibu mengandung?

Paras hb seseorang dikira dalam unit g/dL (gram per deciliter). Paras normal hemoglobin bagi wanita adalah di antara 11.5 - 16.5g/dL manakala lelaki adalah 12.5 - 18.5g/dL. Manakala bacaan hb yang normal bagi ibu mengandung ialah pada julat : 11-12 g/dl (gram per deciliter).

Apakah punca bacaan HB yg rendah?

· Kurang zat besi / folate / vitamin B12
· Pendarahan
· Kanser
· Penyakit buah pinggang/ hati
· Hypothyroidism
· Thalassemia

Apakah risiko ibu mengandung yg mempunyai bacaan HB yang rendah.

Apabila paras hemoglobin tidak mencukupi, seseorang itu berisiko untuk mendapat anemia. Apabila sel darah merah yang matang dan membawa oksigen semakin berkurangan, di sinilah serangan anemia bermula. Anemia secara umumnya akan menyebabkan seseorang mudah pitam, lesu, kurang cerdas dan cergas, mudah letih serta cepat mengantuk. Manakala bagi ibu mengandung, bacaan hb yg rendah boleh mengakibatkan risiko-risiko berikut:

Kesan kepada ibu

· Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
· Mengalami keguguran
· Mengalami kegagalan jantung
· Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
· Risiko alami penyakit berjangkitKesan kepada bayi dalam kandungan

Kesan kepada Bayi:

· Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
· Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
· Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
· Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
· Mati ketika dilahirkan atau stillbirth

Apakah simptom-simptom Anemia?

Jika anda mengalami keadaan-keadaan berikut; terutamanya ketika hamil, anda mungkin berhadapan dengan risiko Anemia:

· Sentiasa letih
· Pening kepala atau pitam
· Apabila melakukan aktiviti fizikal, mudah mendapat sesak nafas
· Warna kulit bertukar menjadi pucat
· Penurunan berat badan
· Kadar denyutan jantung yang cepat
· Lemah daya ingatan

Bagi para ibu yang hamil jangan sesekali tidak ambil kisah jika anda mengalami tekanan darah rendah. Ini kerana jika ibu hamil dan mengalami masalah hb atau tekanan darah rendah berkemungkinan boleh mengalami keguguran dan melahirkan bayi pra matang.

Bagi ibu yang mengalami simptom ini perlu pastikan anda mendapat rehat yang mencukupi dan mengamalkan pemakanan yang seimbang serta berkhasiat, selain memastikan minum air secukupnya. Ibu hamil juga harus duduk atau baring jika berasa lemah dan pitam bagi mengelak terjatuh dan mengalami kecederaan. Ibu hamil juga dinasihatkan mengiring ke kanan semasa tidur bagi meningkatkan aliran darah ke jantung.


Semoga info yang diberi akan memberi manfaat pada kaum ibu hamil yang mengalami masalah seperti di atas.


ikhlas dari hati,
Rabiatul
012-5584478


FREE CONSULTATION
SHAKLEE DISTRIBUTOR & BUSINESS LEADER

Pengedar Shaklee Rawang
Pengedar Shaklee Jalan TAR / KLCC
Pengedar Shaklee Selayang




SET KEHAMILAN SHAKLEE :KEPERLUAN NUTRISI LENGKAP UNTUK IBU HAMIL


Anda tercari-cari supplemen untuk kehamilan anda? Supplemen Shaklee ada menyediakan rangkaian Set Kehamilan Shaklee yang membantu ibu-ibu yang hamil mendapat nutrisi yang lengkap dan mencukupi ketika di alam kehamilan. Apabila anda mengambil nutrisi yang lengkap disepanjang tempoh kehamilan, badan anda tidak akan berasa tidak bermaya dan lemah malah lebih ceria, aktif, sihat & gembira sepanjang hamil, pastikan anda menitikberat tentang pengambilan sumplemen yang lengkap dgn nutrisi utk tubuh badan bagi menampung keperluan harian anda ketika hamil.


Untuk Set Kehamilan Shaklee ini ia terdiri daripada trimester 1, 2 dan 3 :

- Vitalea ( multivitamin)
- B Complex (asid folik)
- Sustained Release Vitamin C
- Ostematrix
- Omega


Option : ESP + Pappermint Ginger Plus

Anda boleh tambah dengan pengambilan ESP supaya ibu lebih bertenaga dan mengoptimum kan penyerapan vitamin.

Selain itu boleh juga mengambil Peppermint Ginger Plus untuk para ibu yang mempunyai masalah loya dan angin ketika diawal kehamilan.



Set Kehamilan Shaklee kini menjadi pilihan kebanyakan ibu hamil masa kini kerana:


· lengkap dengan semua zat yang diperlukan oleh ibu hamil

· tahan berbulan-bulan

· boleh dimakan bersama ahli keluarga

· harga yang sangat berbaloi

· semulajadi (bukan sintetik)

· tidak memberi sebarang kesan sampingan

· bonus kesihatan dan kecantikan extra

· juga sesuai dijadikan set berpantang

· terbukti selamat dan berkesan


Khasiat yang terkandung didalam Set Kehamilan Shaklee


~ Multivitamin(Vita-lea) ~
mengandungi 12vitamin dan 7 galian dan ianya lengkap dengan iron formula.Iron formula sangat penting bagi ibu yang mengadung dan menyusukan anaknya.Kekurangan iron boleh membuatkan si ibu lemah,mudah nak pitam atau pengsan,Hb rendah dan sentiasa kelihatan pucat lesu.

~ B Complex ~
Lengkap dengan 8B iaitu keperluan tubuh yang sempurna ke atas vitamin B.Suplemen B complex Shaklee mengandungi Folic acid,Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon .Vitamin B dikatakan sangat penting untuk pembentukan tulang tengkorak anak di dalam kandungan.

~ Sustained Realese Vita-C ~
Sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 setengah biji oren dan memenugi keperluan vitamin C minima tubuh kita iaitu 500mg.Ia sangat unik keran tidak mempunyai pewarna malah pengawet tambahan.Ianya adalah sustained realese dan akan digunakan secara beransur-ansur mengikut keperluan badan kita.

~ Omega -3(Omega Guiard) ~
Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan.Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak.Ianya juga membantu memecahkan lemak di dalam tubuh kita.Jadi ia membantu ibu mengawal berat badan ketika mengandung.

~ Ostematrix ~
Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel dan pembentukan tulang bayi.Tidak mengandungi lemak berbanding ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu.Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna.membaiki ransangan urat saraf,mengelakkan kekejangan otot,sakit pinggng,lenguh-lenguh dan kebas kaki/tangan terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Kandungan Magnesium yang terdapat di dalam Ostematrik merupakan penyelesaian bagi mereka yang mengalami masalah sembelit ketika hamil. Ini kerana magnesium akan bertindak untuk melancarkan proses pembuangan.
~Energy Soy Protein~
Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel2 tisu ,hormon dan enzim di dalam tubuh.Sangat diperlukan oleh wanita yang hamil dan menyusukan anak.penting untuk pembentukan kuku,rambut dan kulit. Merupakan sumber protein bagi keperluan badan kita.

Esp juga memberikan ibu tenaga dimana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.Selain itu,protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta,uterus,penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah .Keperluan protein ini semakin penting ketika kehamilan memasuki trimester ke-3.


Ingin membuat pembelian??

boleh terus menghubungi: 
Rabiatul - 012- 5584478(sms/whatsapp/wechat) . 


ATAU 


Pembayaran boleh diajukan pada akaun (MAYBANK) 162405147912 .

Setiap pesanan akan dibuat selepas pembayaran dilakukan. 
Sila berikan butir- butir seperti bukti transaksi, nama penuh, alamat, no telefon dan alamat email.

COD Area : BATU CAVES, RAWANG, ULU YAM, KLCC,KL