Memaparkan catatan dengan label DOA AYAT DAN ZIKIR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DOA AYAT DAN ZIKIR. Papar semua catatan

Khamis, 20 Mac 2014

Rahsia Solat Berjemaah Melalui Teori Fizik

Rahsia Solat Berjemaah....



Seorang Professor Fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi 2 cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.


Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu, cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.


Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat 5 waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.


Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.


Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini, tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.




Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.


Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.


Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.


Timbul persoalan di fikiran Professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.


Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).


Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.




P/S/S: jom mulai hari ini kita pakat-pakat bersolat berjemaah dengan suami dan anak-anak kita.

Jumaat, 10 Januari 2014

RAHSIA AYAT EMPAT QUL

Empat QUL diantara ayat-ayat hebat yg Allah s.w.t turunkan kepada kita supaya kita terpelihara dari gangguan jin,syaitan dan iblis yang senantiasa menyesat manusia.Selalulah membaca dan jadikan amalan kita sebagai menjadi pendinding dan perisai hidup kita..Insya Allah..

Sabda RASULULLAH s.aw 
“Tiada daya upaya dan kekuatan hanya pertolongan dariNya.
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.
(Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Sabda Nabi SAW: “Sesiapa yang membaca Surah Al Kafirun maka bandingannya seperti membaca 1/4 dari al quran, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa bencana yang mengejutkan.” (HR. At Tirmizi)
Saidina ‘Ali r.a menerangkan; pernah Rasulallah digigit kala, kemudian baginda mengambil air garam, dibacakan surah alFalaq dan anNas lalu disapukan kepada anggota yang digigit kala tadi.
‘Uqbah bin ‘Amir menerangkan; ketika aku sesat jalan dalam satu perjalanan bersama dengan Rasulallah (s.a.w), baginda membaca surah alFalaq dan anNas dan aku pun disuruh oleh baginda juga untuk membacanya.
Barangsiapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca surah alFalaq dan anNas sebanyak 41 kali, selama tiga hari, lina hari atau tujuh hari berturut-turut.





DOA AYAT DAN ZIKIR


Ayat-ayat Pendinding


Ayat-ayat Pendinding benteng diri anda dari gangguan jin dan syaitan

Jin sememangnya makhluk ciptaan Allah yang sentiasa ada di sekeliling kita.

Tidak perlu kita untuk melihatnya. Tidak perlu juga untuk kita mengada-ngada untuk menjengok ke alam mereka. Mereka ini sememangnya mahu menggoda, memperdaya dan memesongkan tujuan sebenar anda berada di atas muka bumi ini.

Anda tentu pernah mendengar pelbagai cerita tentang gangguan makhluk halus ini di kaca tv ni, kan? Siap ada filem lagi.

Percaya kepada benda-benda ghaib

Salah satu dari rukun iman yang kita pelajari adalah mempercayai benda-benda ghaib. Jin termasuk dalam kategori ini seperti malaikat, syurga, neraka, dosa, pahala, Allah dan sebagainya.

Jin-jin ini ada yang Hindu, Buddha, Kristian, Yahudi dan sudah tentu Muslim. Kehidupan mereka sama seperti manusia; ada rumah, anak-pinak, berkeluarga dan sebagainya.

Jin Muslim akan berkelakuan seperti manusia Muslim. Jin kafir berkelakuan seperti manusia kafir. Hanya alam sahaja membezakan dua makhluk Allah ini.

Jin tidak akan dapat menembusi dunia 4 dimensi manusia ( 3 dimensi ruang dan 1 ruang masa) sekiranya laluan antara 2 alam ini tidak dibuka. Dunia mereka sangat berbeza dengan dunia manusia. Struktur fizikal dan persepsi mereka melangkaui dari apa yang boleh diterjemahkan oleh otak kita.

Sebab itulah jika anda dengan sengaja atau tidak sengaja ternampak entiti ini, anda akan berasa takut dan gerun dengan wajah mereka yang hodoh dan mengerikan. Muka mereka tidaklah sekacak Adipurta atau secantik Fazura. Muka mereka sangat hodoh dan menakutkan! Eeeerr…

Oleh itu, anda memerlukan perlindungan. Perlindungan dari diganggu oleh makhluk halus ini.

Adakah anda memerlukan perisai yang diperbuat dari besi dan logam-logam terpilih yang ditempa oleh tukang besi?
Perlukah anda menempah senjata canggih dari syarikat yang berpengkalan dari Amerika Syarikat untuk memerangi jin dan syaitan ini?

Tak perlu semua itu… malah kalau anda nak cuba juga, jin dan syaitan ini mungkin akan gelakkan anda nanti.

Jadi, apa sebenarnya perisai yang mampu digunakan? Tidak lain hanyalah dari kalam suci yang telah diturunkan oleh Allah iaitu al-Quran.

Benteng Diri Anda Dengan Ayat-Ayat Pendinding Ini

Terdapat beberapa ayat dan surah yang anda boleh amalkan. Jadikannya sebagai amalan harian dan istiqamah dengan apa yang dibaca :

Surah al-FatihahUmmul Kitab. Juga dikenali sebagai penawar seribu guna. Anda boleh melazimkan diri untuk membaca al-Fatihah sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu. Tetapkan juga niat agar Allah S.W.T membantu anda melindungi diri dari gangguan jin dan syaitan.

Al-Mu’awwizattiga surah yang sering dipanggil ramai sebagai surah 3 Qul. Ia terdiri daripada Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Nas. Ia adalah amalan Rasulullah sebelum baginda tidur pada setiap malam. Kelebihan surah-surah ini adalah sebagai ayat-ayat pendinding dari gangguan jin dan syaitan sehingga anda bangun dari tidur.

Ayat Kursi amalkan membaca Ayat Kursi dari Surah al-Baqarah ayat 255 ini sebagai pendinding diri dan juga perlindungan kediaman dan harta benda. Lebih afdal jika anda mengamalkannya selepas solat Subuh dan Solat Asar.
Surah Yaasin ayat 1 hingga 9 – sering dikaitkan sebagai hati al-Quran malah banyak hadis dari Rasulullah yang membicarakan kelebihan yang ada pada surah Yaasin ini. Ia boleh dibaca sebagai benteng dan pendinding untuk kediaman.


Terdapat banyak lagi ayat-ayat dari al-Quran yang anda boleh amalkan. Anda juga boleh menggunakan minyak wangi seperti minyak kasturi kerana jin sememangnya tidak suka bau wangi.

Jin dan syaitan tidak lagi berani mendekati anda. Mereka lari lintang pukang sebab anda bukan sahaja membaca ayat-ayat pendinding ini, malah anda mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Insya-Allah.