Memaparkan catatan dengan label SET PENYUSUAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SET PENYUSUAN. Papar semua catatan

Khamis, 19 Oktober 2017

Manfaat Dan Kebaikan Ostematrix Shaklee

Sempena hari Osteoporosis Sedunia, telah berlangsungnya Promosi pembelian suplemen OSTEMATRIX iaitu beli 3 dapat diskaun 5%. Bestkan!! Sememangnya di nantikan oleh pengguna tegar suplimen Ostematrix ni.


Promosi ni hanya berlangsung 2hari saja tau, bermula dari 18.10.2017  hinggalah 20.10.2017.

Ostematrix ni bukan sekadar suplemen kalsium semata-mata je tau, malah ianya mempunyai pelbagai kelebihan dan manfaat yang lain untuk tubuh badan kita. Mana nak cari suplemen kalsium sebegini kat pasarankan!!

Kenapa Ostematrix ni lain daripada yang lain?

Tahu tak dalam 1 tablet Ostematrix ni mengandungi:-

1⃣️Kalsium (1000mg) - Sumber semulajadi yang berkonsentrasi dan mudah diserap.

2⃣Magnesium (400mg) - Bantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang & menguatkannya.

3⃣️Vitamin D (400IU) - Merangsangkan penyerapan kalsium.

4⃣️Boron - Bantu dalam metabolisme tulang.

5⃣️Mangan, tembaga & zink - Mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang.


Zaman sekarang ni rata-rata orang nak cepat dan mudah. Begitu juga dengan pemakanan suplemen. Kalau boleh 1 biji vitamin tu boleh cover untuk semua fungsi dalan badan kita. 

Ha! Korang jangan risau, Ostematrix ni mengandungi banyak keistimewaannya untuk tubuh badan kita, antaranya:

1. Menguatkan tulang
Kalsium menghalang osteporosis, menguatkan kuku, membina tulang dan gigi yang kuat dan sistem saraf.
Membantu merawat tulang retak, gusi berdarah dan meransang kepekatan darah

2. Memperbaiki kekejangan dan rasa kebas
600mg kalsium sebelum tidur akan membantu memperbaiki kebas dan kekejangan, skait sendi dan arthritis

3. Meringankan stress
Ia dapat mengimbangi tekanan darah, denyutan jantung, memberi tidur yang selesa, membantu mood swing, sakit kepala dan migrain

4. Memperbaiki masalah haid :
Pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium dapat meringankan sakit sewaktu haid,
Mengurangkan sakit senggugut

5. Mengurangkan masalah sembelit
Magnesium membantu memudahkan rembesan enzim mengeluarkan sisa dari perut dan usus

6. Mengimbangi alkali tubuh
Memastikan imbangan pH tubuh dan menghalang obesiti di usia tua
Menstabilkan denyutan jantung tidak sekata.
Mengurangkan formasi sakit batu karang dan batu hempedu

Siapa Yang Memerlukan Ostematrix ni?

📍Ibu menyusu
Untuk memberi kesegaran dan kecergasan kerana menyusukan anak kadangkala mengalami masalah penat berlebihan

📍Ibu Hamil
Ibu hamil memerlukan lebih kalsium untuk disalurkan kepada janin agar janin mendapat kalsium yang cukup untuk pembentukan tulang dan saraf. Selain itu ia dapat memelihara kadar kalsium dalam badan ibu agar tidka mengalami kekejangan kaki diwaktu malam, masalah gigi dan osteoporosis

📍Wanita yang meningkat umur
Ketumpatan tulang wanita yang berumur akan menjadi berkurangan

📍Semua yang mementingkan kesihatan tulang

📍Anda yang mempunyai masalah sembelit

📍Orang tua yang sering sengal kaki, lutut rasa ketat.

Apakah kebaikan Ostematrix Shaklee

• Membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang sihat
• Mengelakkan penyakit osteoporosis (tulang rapuh)
• Memulihkan kekejangan dan kebas-kebas
• Meringankan stress
• Menstabilkan tekanan darah
• Melegakan sakit ketika haid
• Membantu dalam masalah gastrik
• Penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf & merehatkan otot sewaktu kontraksi
• Mengurangkan risiko praeklampsia
• Membantu mengurangkan sakit belakang
• Mengurangkan risiko osteoporosis
• Membantu mengurangkan kebas dan sesemut
• Membantu melegakan sembelit
• Membantu dalam masalah tumit kaki sakit/pecah-pecah
• Membantu masalah kolestrol
• Menggalakkan kulit yang cantik
• Melegakan sakit-sakit sendi
• Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
• Membantu melembutkan najis
• Membantu mengatasi migrain
• Membantu masalah buasir


Jika korang memang payah nak minum susu untuk dapatkan sumber kalsium, jadinya korang digalakkan mengambil suplemen Ostematrix n

Suplemen Ostematrix yang bukan sekadar kalsium saje,malah banyak khasiat yang lain untuk tubuh badan kita.

Your Trusted SID
RABIATUL
012-5584478

COD:
Bandar Country Homes,Rawang
Jalan TAR/KLCC
Selayang

Rabu, 9 Ogos 2017

Susu Meriah Ibu Gembira Tiada Lagi Kerisauan : Set Penyusuan Shaklee

Setiap ibu yang melahirkan anak mesti ingin memberi penyusuan yang terbaik dan eksklusif untuk anaknya, tetapi tak semua ibu -ibu di luar sana berpeluang memberi penyusuan pada anak mereka sehingga anaknya berusia sekurang-kurangnya 2tahun.

Banyak faktor yang boleh menyebabkan proses penyusuan tidak berjaya. Antara rungutan yang selalu kita dengar seperti air susu kurang sejak dilahirkan.Bukan itu aje ada juga ibu-ibu yang kekurangan ilmu penyusuan yang menyebabkan mereka hanya bertahan separuh jalan sahaja.


Eh!, banyak pula bebelan Kak Tun dalam entry kali ni, minta ampun...😅😅

Sebenarnya,Kak Tun nak bercerita dan berkongsi pengalaman proses penyusuan untuk ketiga-tiga cahaya mata Kak Tun.

Masa anak sulung Kak Tun berjaya menyusukan secara eksklusif hanya 4bulan sahaja, bukan air susu tak ada tau tapi kekurangan ilmu didadakan, almaklumlah baru pertama kali ada anak,Kak Tun lebih mendengar kata-kata "orang dewasa" disekeliling Kak Tun. Kak Tun dah selamat beri susu formula untuk menyenangkan tugas pengasuh yang menjaga Haziq di taska.
Yerlah Kak Tun dulu keje dengan Company Contractor, jadi kadang-kadang jika ada tender terpaksa balik lambat dan jika ada meeting diluar,memang tak sempat nak pam susu badan. Siapa yang pernah melalui saat bengkak susu tu memang menyakitkan. 

Masa ni memang tak ambil sebarang suplemen atau makanan tambahan untuk memperbanyakkan air susu, tapi dah tertulis rezeki untuk Haziq, air susu Kak Tun sentiasa ada sehinggalah Haziq berusia hampir 5tahun.

Haziq ni walaupun di taska minum susu formula,tapi dekat rumah langsung tak nak minum susu formula,pegang botol susu pun dia buat muka geli. Pernah satu ketika botol susu yang ada dirumah dicampaknya dalam tong sampah gara-gara tak nak minum susu botol dirumah. 

Maybe disebabkan bercampur susu di awal usia,antibodi badan pun tak berapa nak kuat kot, kerap juga si Haziq ni kena demam,selsema, dan yang paling teruk sekali dua kali terkena chicken pox yang jenis besar dan yang jenis halus. Dua kali juga terkena virus HFMD sebelum usianya menjangkau 3tahun.


Untuk anak yang kedua Hannah, alhamdulillah Kak Tun berjaya menyusukan secara eksklusif sehingga hannah berumur 1 tahun sahaja.  

Masa Hannah ni,Kak Tun dah mengamalkan supplemen. Bukan suplemen untuk memperbanyakkan susu, tetapi supplemen untuk kesihatan diri Kak Tun. Bila dah terbiasa makan suplemen, jadi bila si Hannah dilahirkan, Kak Tun continue aje amalan makan suplemen ni. Cuma Kak Tun add on alfalfa yang terkenal sebagai penggalak penghasilan susu ibu.

Masa Hannah ni, Kak Tun memang bersungguh untuk memastikan bekalan susu mencukupi untuknya, yerlah dah belajar daripada kesilapan yang lepaskan..

Masa Hannah ni, kuantiti susu tak sama macam Haziq dulu, susu tak semeriah sangat, lagipun susu daripada breast sebelah kanan tidak memberi kerjasama, kalau dipam, paling banyak boleh dapat 4oz je, berbezalah dengan air susu disebelah kiri yang penghasilannya melebihi sebelah kanan. Dari situlah bermulanya Kak Tun mengambil suplemen Shaklee untuk memperbanyakkan air susu untuk Hannah. 

Waktu mengepam hanya di ofis semata-mata sebanyak 3kali,sebab kalau dirumah memang tak sempat nak mengepam, cuma bila weekand days baru berkesempatan boleh mengepam untuk dijadikan stok.

Alhamdulillah,bila dah mengamalkan suplemen ni, susu jadi lebih pekat dan meriahlah,sehinggalah usia Hannah menjangkau 8bulan, air susu jadi semakin berkurang.

Masa ni memang sedih sangat, selalunya bila sekali pam boleh dapat dalam 8-9oz,tetapi kali ni susu drop ke 6oz sahaja. Ape lagi Kak Tun memang risau sangat, mulalah mencuba pelbagai resepi untuk memperbanyakkan air susu.

Malangnya, air susu semakin drop, dan pada masa yang sama, rupa-rupanya Kak Tun 'terpregnant' sekali lagi. Bila keadaan semakin berlarutan, Kak Tun cuba bercerita masalah yang Kak Tun hadapi pada pakar laktasi, barulah Kak Tun tahu, makin meningkat usia kandungan kita, setengah orang hormon susu semakin berkurang. Ini ilmu baru juga ni,barulah Kak Tun tahu kenapalah air susu semakin berkurang.

Jadinya Kak Tun tekad dan berusaha untuk buat stok susu sehinggalah Hannah berusia setahun. Masa ni memang Kak Tun struggle untuk menyimpan stok susu Hannah, nasib baik si Hannah ni, dah start diberi makanan tambahan, jadinya susu hanya diperlukan ketika waktu tertenru sahaja, bukan setiap masa.

Memang sedih tau bila bekalan susu makin berkurang, bayangkan bila 10minit pam hanya dapat 2oz je..Masa ni hanya Allah yang tahu perasaan Kak Tun.. Air susu Kak Tun terus tiada bila kandungan Kak Tun mencecah umur 3bulan. Masa ni Hannah lagi 3minggu nak setahun.. Sedih sangat, bila malam Hannah merenget susu tak cukup, terpaksa berkorban beri stok yang ada di taska. Stok susu pyn makin berkurang dan licin teruslah dari peti ais tu..

Tapi perancangan Allah maha hebat, Allah mempermudahkan urusan Hannah minum susu formula tanpa sebarang masalah, 1st time beri terus je minum minum tanpa menolak..syukur sangat.Tapi walaupun hanya setahun aje dapat merasai susu badan Kak Tun, tapi berkat Kak Tun mengamalkan Shaklee ni, Hannah jarang terkena demam, selsema mahupun batuk yang berpanjangan.. Kalau ada pun demam manja gitu, hari ni kena esok lusa dah sembuh..


Bila si adik lahir, masalah baru pula timbul.. Si kakak juga nak menyusu bersama.. Nak tak nak terpaksalah Kak Tun beri juga sebab hati seorang ibukan tak sampai hati tengok si Hannah ni merajuk  dan protes tak nak makan dan minum, asyik merengek nak susu badan aje.

Sekali lagi suplemen untuk ibu menyusu diperlukan.. Kali ni Kak Tun amalkan sepenuhnya, dah 2orang anak yang menyusu, jadi kuantiti susu perlu banyak untuk menampung keperluan dua orang puteri Kak Tun.

Alhamdulillah walaupun baru 2bulan perjalanan menyusuan untuk si Husna, kali ni kuantiti susu amatlah banyak, sekali pam Kak Tun boleh dapat 12oz, syukur sangat, Allah permudahkan perjalanan penyusuan untuk anak Kak Tun kali ni..


Ha! lagi satu Kak Tun dah amalkan LECITHIN ni dari hari pertama lagi untuk elak dari berlakunya susu tersumbat terutama sekali untuk breast sebelah kanan Kak Tun ni.

Nak tau hasilnya? Alhamdulillah breast sebelah kanan ni mampu menghasilkan kuantiti susu sebanyak 5-6oz sekali pam dalam masa 5minit saje. Masa Hannah dulu memang susah sangat nak dapat kuantiti susu sebegitu.. 

Kekerapan direct breastfeeding pun menjadi punca pengeluaran susu menjadi banyak..mana taknya bila dirumah seorang melekat disebelah kiri, seorang lagi melekat disebelah kanan..

Dan yang paling bestnya walaupun kakak dan adik menyusu bersama, tidur memang sah-sah tak cukup ler, lepas turn adik menyusu, baru lelap 10minit, kakak pula nak menyusu.

Tapi Kak Tun rasa syukur sangat badan tak terasa penat  dan letih yang terlampau, sebabnya set penyusuan Shaklee memang banyak membantu memberi tenaga yang cergas sepanjang hari, ESP memang Kak Tun amalkan supaya perut tak terasa lapar bila 2orang anak memerlukan serentak.

Bukan aje kesihatan Kak Tun bertambah baik, malah anak-anak Kak Tun juga dapat manfaat bersama.

Bekalan susu pun makin meriah dan pekat, pendek kata cepat kenyanglah..

Tau tak berat badan Kak Tun pun dah makin menunjukkan penyusutan juga. Kak Tun suka!!  

Nak tahu apa yang Kak Tun amalkan?
Set Penyusuan yang lengkap seperti B Complex, Vitamin C, Vitalea,Alfalfa, ESP, Lecithin dan Ostematrix add on Omega Guard.


Buat ibu-ibu yang ingin menyusukan anak secara eksklusif, sememangnya terbaiklah dan disyorkan bagi ibu-ibu yang ingin mencuba untuk memperbanyakkan susu untuk anak yang dicintai. 

Berjuang sebelum mengalah, berusaha selagi terdaya.. Carilah ilmu penyusuan supaya kita dapat memberi yang terbaik untuk anak kita..

Rabiatul
SID SHAKLEE
012-5584478

Pengedar Shaklee Rawang ( cod Bandar Country Homes)
Pengedar Shaklee Jalan TAR / KLCC
Pengedar Shaklee Selayang


Khamis, 12 Disember 2013

DOA MEMPERBANYAKKAN SUSU IBU

Anda boleh amalkan doa di bawah yer semasa sesi mengepam... Sambil berusaha membuat stok susu sambil berdoa untuk yang terbaik bagi anak kita. Sebagai umat islam doa adalah senjata untuk memberi kita lebih kekuatan & semangat terus berjuang. InsyaAllah...




Di sini juga saya ingin menerangkan serba sedikit cara penyimpanan susu ibu dengan cara yang betul


CARA PENYIMPANAN SUSU IBU





TIPS PENYUSUAN IBU


KAEDAH PENYUSUAN YANG BETUL




CARA YANG BETUL PENGHASILAN SUSU 



FAEDAH PENYUSUAN IBU



LATIHAN PEMBERIAN SUSU IBU










PENYUSUAN ESKLUSIF DARI SHAKLEE

Penyusuan susu ibu telah dipratikkan sejak zaman jahiliah lagi dan Rasulullah SAW telah disusukan oleh Ibu susuan baginda iaitu Halimatun Saadiah.

Susu ibu merupakan makanan, kasih sayang dan perlindungan untuk bayi.Penyusuan susu ibu dapat memenuhi segala keperluannya.

Menyusui bayi adalah ibadah yang perlu dilaksanakan oleh setiap ibu yang melahirkan bayi. Namun begitu, ibu - ibu yang menyusukan bayinya sering berhadapan dengan cabaran yang boleh mengundang kepada kegagalan menyusuan.

Sistem sokongan yang kuat memainkan peranan yang penting untuk membantu mereka menjayakan penyusuan ibu.

Di Shaklee set yang laris dipasaran setiap tahun adalah SET PENYUSUAN.



Terdapat 4 set dalam Set Penyusuan Shaklee ni.



1. SET B - BASIC SETTerdiri daripada: Vitalea multivitain with iron formula, B Complex, Chewable Vitamin C dan Alfalfa Complex.


SIAPA YANG MEMERLUKAN SET B:
Set ini buat ibu-ibu yang tidak mempunyai masalah penyusuan. Set ini bertujuan untuk memperkayakan nutrisi dalam susu ibu. Set ini juga sesuai bagi ibu yang mengalami masalah sembelit,keputihan dan juga membantu sekiranya bayi mempunyai masalah Eczema.Alfalfa membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu.


2. SET E - MEDIUM SET
Terdiri daripada: Vitalea multivitain with iron formula, B Complex, Chewable Vitamin C, Alfalfa Complex dan Ostematrix


SIAPA YANG MEMERLUKAN SET B:
Set ini disyorkan pada ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid. Juga sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu dan alah kepada laktosa. Ostematrix merupakan formula lengkap kalsium dengan magnesium, vitamin dan lain-lain mineral. Set ini akan membantu para ibu kekal cergas bertenaga walaupun kekurangan waktu tidur.

3. 3M - OPTIMUM SET
Terdiri daripada: Vitalea multivitain with iron formula, B Complex, Chewable Vitamin C, Alfalfa Complex,Ostematrix dan Energizing Soy protien (ESP)

SIAPA YANG MEMERLUKAN SET B:
Set ini sangat disyorkan bagi para ibu yang mempunyai masalah penyusuan. Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah dari segi penghasilan susu (walaupun pam setiap 3 jam + minum air 3 liter sehari); maka set ini membantu memenuhi dan memperbaiki mana-mana kekurangan zat dalam tubuh si ibu supaya dapat berfungsi dengan lebih baik. Set yang paling sesuai bagi para ibu yang mengalami stok yang sedikit / tiada stok langsung dan juga bagi para ibu yang mahu mula menyimpan stok susu. Set ini juga amat sesuai bagi ibu yang mahu relaktasi/ induce relactattion.


4. SET EU FOUR PACK
Terdiri daripada: Vitalea multivitain with iron formula, B Complex, Chewable Vitamin C, Ostematrix dan Energizing Soy protien (ESP)

SIAPA YANG MEMERLUKAN SET B:
Set ini sangat sesuai untuk ibu yang menyusu anak yang mengalami masalah G6PD. Selain itu set ini sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS). Set ini sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat. Sangat Sesuai juga bagi para ibu yang tidak minum susu,kerana Ostematrix Shaklee mempunyai kalsium harian yang diperlukan oleh tubuh dan membantu ibu cergas,bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil.


KELEBIHAN SUSU BADAN



MENYUSU BADAN MEMBUATKAN KANAK-KANAK LEBIH CERDIK




Memberi susu badan boleh menyebabkan kanak-kanak lebih cerdik, menurut penyelidikan terbesar penyusuan badan. Walaupun sudah terdapat beberapa kajian sebelumnya yang mengaitkan susu ibu dan IQ tetapi ia diterima secara ragu-ragu kerana perbandingan dibuat diantara ibu yang memilih untuk menyusu badan dan tidak, dan ia lebih bergantung kepada faktor sosial dan intelektual ibu dan bukan dari kebaikkan susu badan itu sendiri.

Sekarang, faktor tersebut sudah dapat disangkal dalam penyelidikan saintifik terbesar pernah dilakukan dengan menunjukkan, menyusu badan meninggikan IQ kanak-kanak.
“Penyelidikan kami menunjukkan bukti yang kuat yang menyusu badan secara ekslusif dan dalam jangka masa yang lama (sekurang-kurangnya 6 bulan) mampu membuatkan kanak menjadi lebih bijak’ kata Prof Michael Kramer dari Universiti McGill, penyelidik utama yang percaya penemuan ini akan meninggikan usaha untuk mengalakkan, melindungi dan menyokong penyusuan badan.

Kajian awal dikritik kerana cara ia dibuat tetapi untuk membuat penyelidikan secara saintifik yang hanya boleh diterima pakai iaitu kajian secara terkawal dan rawak dikatakan tidak beretika kerana ia bermakna separuh dari bayi tidak berpeluang untuk menyusu badan.

Untuk mengatasi masalah ini, Prof Kramer dan rakan-rakannya pergi ke Republic of Belaurus dimana mereke mengkaji apa yang berlaku kepada ibu yang menyusukan badan yang di pilih secara rawak dengan mengalakkan mereka menyusu badan secara eklusif dan lebih lama.

Dalam majalah Archives of General Psychiatry, Prof Kramer menunjukkan keputusan setelah mengkaji 14,000 kanak-kanak selama 6.5 tahun.

Ini memberi peluang kepada penyelidik untuk membuat ukuran kesan menyusu badan keatas perkembangan kognitif (otak) tanpa diberat sebelah oleh perbezaan dari segi kebijaksaan ibu.

Kajian yang di biayai oleh Institutes of Health Research menunjukan yang jumlah bayi berusia 3 bulan yang di berikan susu ibu secara eksklusif adalah 7 kali lebih tinggi dari kumpulan control dimana galakan tidak diberikan.

Prof K membuat evaluasi ini pada 31 buah hospital dan klinik di Belarusian.

Keupayaan kognitif kanak di analisa dengan ujian IQ yang di kendalikan oleh doktor dan guru berdasarkan pencapaian akademik dari segi pembacaan, penulisan, matematik dan subjek yang lain.

Pada usia 6.5, kanak-kanak dari susuan ibu memperolehi secara purata 7.5 point lebih tinggi dalam intelek verbal dan 2.9 point lebih tinggi dalam ujian bukan intelek verbal. Guru-guru juga mendapati kanak-kanak ini mencapai kecemerlangan akademik lebih signifikan dari segi pembacaan dan penulisan.
“Kesan penyusuan badan terhadap perkembangan dan kecerdasan otak sudah lama popular dan menjadi topik hangat. Sementara kebanyakkan kajian awal lebih kepada kaitan sampingan, kajian kami adalah lebih random dan berupaya membuat kesimpulan diantara penyusuan dan intelektual disebabkan oleh susu ibu”, kata penyelidik itu.
“Walaubagaimanapun, ia masih tidak dapat menerangkan dengan jelas samada kebaikan menyusu badan disebabkan oleh kandungan susu atau berkait dengan fizikal dan interaksi sosial semasa menyusu”, kata penyelidik itu lagi.

Long-chain fatty acids utama dan kompaun yang dikenali sebagai insulin-like growth factor I, yang didapati didalam susu ibu mungkin bertanggung jawap terhadap perbezaan ini. Kemungkinan lain pula ialah komponen fizikal dan emosi semasa menyusu yang menjurus kepada perubahan kekal pada perkembangan otak. Menyusu badan juga meninggikan interaksi diantara ibu dan anak, dimana ini juga mungkin memberikan kesan positif terhadap perkembangan kognitif kanak-kanak.