Memaparkan catatan dengan label KENAPA JOIN SHAKLEE. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KENAPA JOIN SHAKLEE. Papar semua catatan

Khamis, 16 Mac 2017

Suplemen Shaklee Merbahaya Sehingga Boleh Jejaskan Buah Pinggang

MAKAN SUPLEMEN BOLEH JEJASKAN BUAH PINGGANG!!

Saya pernah diajukan soalan oleh officemate mengenai suplemen yang saya makan setiap hari..

"Atun you makan suplemen tu you tau ke ia berkesan..you tak takut ke ada kesan nanti dalam badan you"
"I tak berani nak makan suplemen yang tak tau kesan effectnye,takut woo ada chemical ke racun ke...I lebih suka mkn healthy food dan herbs yang buat sendiri"



Rupanya masih ramai lagi rakyat Malaysia yang takut-takut untuk mengambil suplemen. Faktanya suplemen tidak akan menyebabkan kesan atau effect pada tubuh badan atau organ kita. Sebab itulah kita perlu bezakan antara suplemen semulajadi dan suplemen sintetik.

Ini kerana suplemen semulajadi lebih mudah diserap dan digunakan oleh tubuh kita berbanding sintetik.

Manakala suplemen sintetik mengandungi kandungan logam berat yang boleh menyebabkan masalah buah pinggang. Suplemen sintetik ini jika diambil dalam tempoh yang panjang, ia akan terkumpul dibuah pinggang dan merosakkan fungsinya.

Jadi sangat penting mencari suplemen yang benar-benar terbuktu selamat,semulajadi dan berkesan pada tubuh badan kita.

Sebab itulah saya memilih suplemen Shaklee kerana satu-satunya suplemen yang mempunyai kajian saintifik dan Landmark Studynya tersendiri.





Hanya Shaklee sahaja satu-satunya Syarikat Nutrisi yang sanggup melakukan Landmark Study untuk setiap satu suplemen yang dihasilkan. Shaklee sanggup membayar berjuta-juta ringgit dan melantik saintis luar untuk mengkaji tahap keberkesanan suplemennya. 

Kajian yang dilakukan bukan dibuat pada haiwan tau,tetapi dikaji pada pengguna selama 20-30tahun penggunaanya.



Kajiannya merangkumi 3kelompok yang dikaji, iaitu kelompok  bagi mereka yang tidak mengambil suplemen,kelompok yang mengambil suplemen bukan jenama Shaklee dan kelompok yang mengambil suplemen Shaklee.





Hasil kajian mendapati golongan yang makan suplemen Shaklee  lebih sihat berbanding dengan mereka yang tidak mengamalkan suplemen.Ini membuktikam suplemen Shaklee langsung tidak mempunyai masalah pada organ tubuh badan jika pengambilannya diambil dalam tempoh yang panjang.

Lagipun,semua hasil kajian yang dibuat oleh para saintis untuk Kajian Landmark Study akan dipamerkan secara umum,jadi tak timbul isu penipuan testimoni untuk melakukan produk.



Sebab itu saya yakin dengan Shaklee sebab keberkesanannya dan ianya merupakan suplemen semulajadi dan selamat digunakan. 

Tugas kami bukanlah untuk mempromosi dan melakukan produk semata-mata tetapi lebih kepada memberi kesedaran tentang kebaikan pengambilan suplemen yang betul-betul selamat untuk tubuh badan kita. Jadi berubahlah kepada suplemen yang sememangnya mempunyai Landmark Studynya yang tersendiri untuk membuktikan suplemen yang kita ambil betul-betul SELAMAT,SEMULAJADI dan BERKESAN.

Segala maklumat lanjut anda boleh layari:
www.landmarkstudy.com
www.phsicians.shaklee.com
https://www.nutritionj.com/content/6/1/30/abstract


SHAKLEE DISTRIBUTOR & BUSINESS LEADER

Rabiatul 012-5584478

pengedarShakleeRawang
pengedarShakleeJalanTARKLCC
pengedarShakleeSelayang

Khamis, 16 Februari 2017

Tips Mengatasi Masalah Kewangan

Masuk je tahun baru, dah ada pengumuman kenaikan harga minyak pula. Bila harga minyak naik,apalagi segala barang keperluan harian naik jugalah harganya. Zaman sekarang ni gaji RM 6000.00 seorang pun dah tak mencukupi untuk menampung keperluan perbelanjaan family kita.

 

Memang banyak beza zaman dulu dengan sekarang,jika kita pergi ke pasaraya dengan RM 100.00 boleh dapat penuh troli..ini zaman dululah,TETAPI zaman sekarang, nilai RM 100.00 ni dah macam RM 10.00 je, duit macam air tak nampak nilainye..

Jadi bermulanya tahun baru ni,Kak Tun sarankan pada anda semua jomlah kita merancang perbelanjaan kita sebaik-baiknya supaya kita tidak mengalami masalah ketidakcukupan duit ditengah bulan. 

Disini Kak Tun nak berkongsi beberapa tips mengatasi masalah kewangan yang mudah yang boleh kita praktikkan bersama-sama demi kebaikan kita juga.

Antara tipsnya:- 

🔖Buatkan satu buku perbelanjaansetiap tahun.Tuliskan semua senarai perbelanjaan kita setiap bulan. Kalau boleh berbincang dengan pasangan dengan merujuk pada buku perbelanjaan untuk kita ketahui senarai perbelanjaan yang perlu kita wajib diutamakan dahulu.

🔖Tuliskan dan rekodkan semua hutang yang ada.
Bila tulis nampaklah yang kita ni memang serious nak bayar hutang. Bila kita rekod segala aktiviti perbelanjaan kita,dati situ kita boleh tahu flow aliran keluar masuk duit kita setiap bulan.Jadinya tak derlah masalah ketidakcukupan duit dipertengahan bulan.

🔖 Elakkan membeli segala keperluan harian dengan menggunakan kad kredit. Sebaliknya biasakan diri dengan membayar dengan kaedah tunai.Dengan cara sebegini,kita tak der terlebih berbelanja.

🔖Latih diri untuk menyimpan sekurang-kurangnya 10%  - 20% duit gaji bulanan kita untuk keperluan kita dimasa akan datang. Kita tak akan tahu apa yang bakal terjadi dimasa akan datang,jadinya simpanan yang ada ni dapatlah membantu masalah kita nanti.

🔖Kekalkan hubungan baik dengan ayah dan ibu .Jaga silaturrahim kekeluargaan kita inshaallah  akan mendatangkan rezeki yang tak disangka. 

🔖Masalah kewangan berpunca dari diri sendiri yg dibuat berbulan lepas atau setahun lepas..So,kawal dan rancang dari sekarang supaya sebulan lagi atau beberapa tahun lagi korang tidak dibelenggu dengan masalah hutang. Kalau tak korang akan pening kepala untuk menyelesaikan masalah hutang.

🔖Buat business yang tak perlukan modal besar.Ketahui kelebihan diri sendiri yg boleh dijadikan perniagaan. Zaman sekarang ni kena pandai cari dan rebut peluang di depan mata.. 
Carilah biz sambilan yang boleh dibuat dari rumah tanpa perlu memikirkan masalah urusan anak-anak.

Macam Kak Tun pun buat biz partime juga, hanya buat dirumah aje, modal pun tak besar cuma RM 79.00 aje.

Lagi satu, kalau kita betul-betul dah buntu, tertekan dan tak tahu bagaimana  nak selesaikan masalah kewangan kita,nasihat Kak Tun, kita kembalilah kepada sang pencipta. Cubalah mulakan solat diawal waktu, perbanyakkan sedekah,walaupun waktu tu kita memang menghadapi krisis kewangan,sedekah dengan nilai yang sedikit pun tak ape,kerana nilainya disisi Allah adalah besar.

Amalkan zikir ni sebanyak yang mungkin setiap hari tak kiralah dimana korang berada untuk bebas masalah kewangan :

 🔷 Ya Fattah , Ya Razzak " - 111 kali
🔷kalau  mampu , buat lah 1000 kali .

Inshaallah korang akan perolehi rezeki yang tidak disangkakan oleh Allah swt..

Shaklee Distributor & Shaklee Business Leader
📱RABIATUL 012-5584478


pengedar Shaklee Rawang 
pengedar Shaklee Jalan TARKLCC 
pengedar Shaklee Selayang

Khamis, 8 Mei 2014

SHAKLEE OH SHAKLEE:KENAPA SAYA SUKA JOIN SHAKLEE



Bila Bermula?
Sebenarnya pertemuan saya dengan Shaklee adalah secara tidak dirancang pun.Semuanya berlaku bila hasrat saya dan tekanan dari keadaan sekeliling yang mahukan saya dapatkan anak kedua, setelah mengalami keguguran hampir 2 tahun. Kisahnya bila adik ipar saya Ainul Malik memerangkap mommy saya dalam Shaklee telah pregnant anak kedua setelah mencuba set kesuburan.

Saya pun tidak ketinggalanlah mencuba set kesuburan bajet yang dicadangkan oleh ain. GLA + Alfalfa dan Vitamin E + Zink. Walaupun sehingga kini belum lagi diberi rezeki untuk mengandung lagi, tapi saya masih lagi mengamalkan set kesuburan shaklee sehingga kini. Saya redha, kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan segalanya.


Kenapa Saya Masih Lagi Setia Dengan Shaklee?

Sebabnya walaupun hasrat mengandung belum lagi tercapai tapi ada pula kebaikan lain yang saya dapat hasil daripada saya amalkan supplimen Shaklee ni. Antaranya, Sejak saya amalkan GLA ni saya dah tak rasa sakit di bawah ari-ari lagi.Sebenarnya lepas melakukan D&C semasa keguguran, saya selalu saje rasa sakit di bawah ari- ari. Dah jumpa pakar O&G tapi tiada apa-apa kesan,tapi alhamdulillah 2 minggu mengamalkan GLA memang dah tiada rasa sakit sampailah sekarang.

Alfalfa? Kesannya pada saya memang nampak ketara, air susu saya makin menjadi pula..lagi seronoklah Haziq dapat menyusu, Haziq memang bertuah sebab dia memang 100% susu badan dari saya, kalau nampak botol susu awal-awal lagi dah ada signal geli.Sudahnya jadi ketagih pula si haziq ni sampai sekarang..huhu

ESP?Esp ni saya dah amalkan setahun untuk kuatkan rahim tapi alhamdulillah dapat pula extra kesan pada kulit muka saya, ramai yang tegur kulit saya makin cerah dan berseri-seri.. Yerlah saya bekerja di sektor pembinaan selalu masuk site dan kena panas selalu, memang ketaralah belangnye, tapi bila dah amalkan ESP, belangnya jarang ada.


Kenapa Jatuh Cinta Dengan Bisness Shaklee?

Sebenarnya saya join Shaklee ni langsung tiada niat nak berniaga maybe saya tidak nampak lagi kelebihan yang ada pada Shaklee ni, lama jugalah hampir setahun setengah juga saya makan sendiri baru berjinak-jinak dengan bisness Shaklee setelah saya nampak Shaklee ni tidak seperti MLM yang lain. Yang banyak memberi semangat dan dorongan sape lagi kalau bukan mommy saya Ainul Malik. Terima kasih membuka pandangan saya untuk mencuba dan merasai kenikmatan berbisness Shaklee.

Ada Apa Dengan Bisness Shaklee?

1. Keyakinan Diri Yang Tinggi
Perasaan MALU, BOLEHKAH, KALAU untuk berniaga kian menghilang dalam diri saya. Untuk berjaya saya mesti kena lawan perasaan negatif ni..Jangan bagi bersarang dalam fikiran ni. kalau tidak saya tidak akan kemana pun. Ini semua berkat hasil dari sokongan dan dorongan daripada ahli kumpulan GROUP yang sentiasa memberi kata-kata semangat untuk saya memotivasikan diri. Saya ingin membuktikan yang saya boleh berjaya kepada mereka yang selalu berkata negatif terhadap apa yang saya lakukan ini.Bukan itu saja dapat pula kawan-kawan baru dari latar belakang yang berbeza membuatkan saya kagum dengan kebolehan mereka berjaya dalam bisness Shaklee ni.







2. Sokongan Dari Group yang sememangnya Owesome!!
Alhamdulillah saya dapat Group yang mempunyai upline yang banyak membantu dan semuanya mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk berjaya dalam bisness Shaklee ni. Bukan itu sahaja rakan-rakan seperjuangan yang menasihati dan saling mengingati antara satu sama lain membuatkan saya tidak rasa ketinggalan jauh daripada mereka. Tidak kira pangkat yang meraka ada masing-masing boleh memberi pandangan dan bimbingan pada saya sebagai rujukan saya jika saya kekurangan maklumat tentang ilmu supplimen Shaklee ni.



3. Dapat Ilmu Business Shaklee
Bila saya dah jatuh cinta dengan produk Shaklee, dah dapat menguasai ilmu setiap supplimen ini, perasaan untuk berbisness itu membuak-buak. Upline dari Group saya ni memang tidak lokek untuk memberi tunjuk ajar pada sesiapa ahli baru yang ingin berbisness. Syukur dan beruntung saya dapat susur galur dari mereka yang sudah berjaya, tanpa erti penat,putus asa dalam membimbing saya dah ahli lain untuk berjaya seperti mereka juga.



4. Amalan Rohani Yang Berterusan
Percayalah! Bisness Shaklee tidak seperti bisness MLM yang lain, Saya dikelilingi oleh aura positif dan fikiran yang positif untuk berjaya. Amalan kerohanian seperti zikir, solat tahajud, taubat,solat sunat dhuha dan  juga amalan sentiasa bersedekah   selalu dititip beratkan dalam Group untuk mendapat keberkatan dari ALLAH SWT. Sebabnya Setiap rezeki yang datang kepada kita adalah dari ALLAH SWT Sang Pencipta Alam Semesta ini. Nak berjaya kena yakin setiap rezeki itu datang dariNYA. Dia yang menentukan segalanya.sebab itulah saya diajar untuk sentiasa dekat dan yakin dihatiNya untuk mendapat keberkatan dalam perniagaan.



5. Peluang Menjana Pendapatan Bersama Shaklee.
Dalam banyak-banyak business, hanya Shaklee je menawarkan business yang bermodalkan RM65.00 untuk pendaftarn ahli seumur hidup. Tiada yuran tahunan yang dikenakan untuk setiap tahun..memang berbaloikan!! Bukan itu saje saya dan anda juga berpeluang menikmati pelbagai insentif yang ditawarkan oleh shaklee. "Dengan izin Allah akanku gagah dan berusaha untuk mendapatkan apa yang diidamkan oleh semua ahli Shaklee yang berbisness!!! SEMUANYA DALAM GENGGAMANKU, AMIN "


BONUS PRESTASI - Bonus peribadi setiap bulan
BONUS KEPIMPINAN - Bonus leadership
BONUS SUBSIDI KERETA 
INSENTIF COORDINATOR
KONVENSION PELANCONGAN




Kenapa Saya Perlukan Semua INSENTIF diatas?


SEBAB :
  1. Saya ingin bebas daripada hutang piutang - financial freedom terutama skali hutang belajar PTPTN dan hutang kereta
  2. Saya nak jadi WAHM - Nak BEKERJA DARI RUMAH supaya anak saya tidak terabai dari segi pelajaran dan sosial.
  3. Saya nak perbanyakkan SEDEKAH DAN ZAKAT pada mereka yang memerlukan
  4. Saya nak MEMBAHAGIAKAN mak dan abah
  5. Saya nak jejakkan kaki saya ke KOTA SUCI MEKAH
  6. Saya nak buka KELAS TAHFIZ sendiri
  7. Saya nak memberi PENDIDIKAN yang sempurna pada anak saya
  8. Saya nak KUMPUL HARTA sendiri



"Ya Allah kau permudahkan segala urusanku, lancarkan perjalanan bisness Shakleeku demi keluargaku dan agamamu...amin"

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11

Firman Allah SWT.yang bermaksud : 

"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya." 

(Surah At-Talaq ayat 2-3)