Memaparkan catatan dengan label KENCING TIDAK LAWAS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KENCING TIDAK LAWAS. Papar semua catatan

Jumaat, 10 Januari 2014

PETUA ALTERNATIF UNTUK ATASI KENCING TAK LAWAS

Masalah kencing tak lawas atau tersekat-sekat ni selalunya terjadi kerana anda kurang meminum air putih. Ataupun anda sering menahan atau menangguhkan kencing. Walhal pada masa tu memang dah sampai waktu untuk melepaskannya.

Tapi, usahlah anda terlalu bimbang. Mesti ada cara untuk mengatasi dan seterusnya menyembuhkan masalah tersebut.


1.BUAH NENAS UNTUK ATASI KENCING TIDAK LAWAS

Apa yang anda perlukan adalah 1 biji buah nanas yang belum masak betul. Bagaimana caranya? Ikuti langkah sejurus selepas gambar hiasan di bawah:



Gambar hiasan - Wikimedia

1.  Memula, buangkan kulit nanas tu dan seperti biasa, bersihkanlah dulu

2. Seterusnya, potong nanas secara memanjang. Lebih kurang macam "style" orang jual buah kat kedai tu. Tapi buat masa sekarang nie, anda perlukan 2 potong saja. Selebihnya boleh simpan.

3. Lepas tu, kisar potongan nanas tadi bersama-sama dengan 2 gelas air putih. Kemudian, tapis dulu air tu sebelum diminum.

4. Amalkan meminumnya sebanyak 2 kali dalam sehari. Lakukan secara berterusan sehingga masalah kencing tak lawas anda tu berkurangan dan sembuh.



2. AIR BASUHAN BERAS


Begini petuanya;

1. Semasa anda nak masak nasi, jangan lupa menyimpan air basuhan beras yang terakhir.

2. Kemudian, tuangkannya ke dalam sebiji gelas.

3. Selepas anda selesai menikmati hidangan makan tengahari, minumlah air basuhan beras tadi.


Amalkan setiap hari sehinggalah masalah kencing tak lawas anda tu sembuh.


KAEDAH TRADITIONAL ATASI MASALAH KENCING TAK LAWAS

Sejak kebelakangan ini, ramai benar yang mencari petua kencing tak lawas di sini. Mungkin masih ramai yang mengalaminya dan belum jumpa jalan penyelesaian. Justeru itu, saya ambil kesempatan ini untuk berkongsi satu petua tradisional untuk melawaskan kencing.


Bahan utama yang anda perlukan adalah rumput sambau. Nama saintifiknya ialah "Eleusine Indica". Di sisi penanam padi, ia dikenali sebagai rumput perosak. Namun bagi anda yang mengalami masalah kencing tidak lawas, ia boleh dijadikan ubat.


Anda boleh lihat imej di bawah untuk mengenali rumput sambau secara lebih dekat.




Rumput Sambau



Jika masih kurang jelas, sila lihat pula gambar berikut;



Rumput Sambau 2



Baiklah, sekarang kita beralih pula kepada cara-cara menggunakan rumput sambau bagi mengatasi masalah anda ya;



1. Pertama sekali, dapatkan 3 rumpun akar rumput sambau.



Akar Rumput Sambau


2. Seperti biasa, anda perlu bersihkannya terlebih dahulu.


3. Kemudian, rebuskan akar tersebut sehinggalah paras airnya tinggal kira-kira sepertiga daripada paras asal.


Akhir sekali, anda tuang dan tapis air rebusan tadi dalam cawan. Minumlah secara perlahan-lahan. Amalkannya sehingga masalah anda beransur pulih.



Selain untuk melawaskan kencing, amalan di atas boleh juga digunapakai bagi mengatasi masalah cacing, demam kuning dan melegakan kembung perut.



Selamat Mencuba ya!




P.S: Banyak juga khasiat rumput sambau ni. Jika diizinkanNya, nanti saya kongsikannya lagi dengan anda.

ATASI MASALAH KENCING TAK LAWAS


KEBAIKAN  DAUN SIREH UNTUK KENCING TIDAK LAWAS



Jika anda mengalami masalah kencing tidak lawas, mudah sahaja cara untuk mengatasinya. Rebus beberapa helai daun sirih dan minum air rebusan sirih berkenaan dua kali sehari.


1. Menghilangkan sakit tekak, bengkak dibahagian tekak dan batuk berkahak.


2. Sebagai bahan pencuci dibahagian vagina bagi merawatkan keputihan untuk wanita, menghilangkan bau, gatal-gatal atau dijangkiti bakteria.


3. Membantu menyejukkan badan dan mengecutkan saluran peranakan untuk ibu -ibu didalam pantang


4. Menghalang dan menghentikan dari berlakunya hidung berdarah.


5. Daun sireh mengandungi antiseptik yang dapat menghilangkan gatal – gatal kulit seperti kurap dan kayap.


6. Dapat menghilangkan bisa dan bengkak gigitan serangga dan tebuan.


7. Dapat menhilangkan atau meneutralkan bau badan, bau mulut, bau bahagian alat sulit yang tidak menyenangkan.


8. Dapat mengurangkan demam panas serta kembung bagi kanak-kanak.


9. Dapat menghilangkan sakit kepala, menghilangkan gatal dan kelemumur.


10. Dapat digunakan untuk kecantikkan seperti menghilangkan parut jerawat, jeragat, menegangkan kulit, mencerahkan kulit, melembabkan kulit, melebatkan bulu kening dan digunakan sebagai masker.


11. Dijadikan bahan pembalut untuk tangan terseliuh atau patah.


12. Merawat penyakit sendi dan bisa – bisa tulang.


13. Digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit resdung, penyakit malaria dan sakit mata

Anda selalu mengalami kencing tidak lawas???

Bagaimana boleh terjadi?




Rata-rata ramai tidak sedar diri kita mengalamai masalah kencing tidak lawas tidak kira lelaki ataupun wanita..

Ada pelbagai punca yang menyebabkan masalah kencing tidak lawas dan kencing malam. Jika anda masih muda, maslah yang anda hadapi bukanlah berpunca daripada masalah pembesaran kelenjar prostat (untuk lelaki). Kerap kencing pada waktu malam atau nokturia berpunca daripada pengambilan air yang banyak sebelum tidur terutama minuman berkafien. Ini kerana kafien mempunyai kesan diuretik iaitu suatu kesan yang menghasilkan air kencing yang banyak. Ketika ini, cuba kurangkan pengambilan minumam terutama yang mengandungi kafien seperti kopi sebelum tidur.

Masalah seperti penyakit kencing manis dan diabetes insipidus boleh menyebabkan seseorang kerap kencing waktu malam.

Kencing tidak lawas boleh terjadi akibat jangkitan saluran kencing terutama golongan muda.

Penyakit OVERACTIVE BLADDER juga kerap menyerang golongan muda. Seseorang yang mengalami masalah ini akan merasa KENCING TIDAK PUAS; KENCING TIDAK HABIS; KERAP BERKUNJUNG KE TANDAS HINGGA PADA KADAR LEBIH 10 KALI SEHARI; TIDAK DAPAT MENAHAN KENCING DAN KADANG KALA BERLAKU KEBOCORAN JIKA DITAHAN LAMA.
--------------------------------------------------------------------------------------------------
TANDA - TANDA KENCING TIDAK LAWAS AKIBAT JANGKITAN SALURAN KENCING 


** Kerap ke tandas
** kencing tidak puas
** Tidak dapat menahan kencing
** Kencing terasa panas dan pedih
** Sakit pada bahagian ari-ari
** Kadang kala alami kencing berdarah
** Demam

TANDA-TANDA PUNDI KENCING LEBIH AKTIF (OVERACTIVE BLADDER)


** Kencing tidak puas
** Kencing tidak habis
** Kerap berkunjung ke tandas hingga pada kadar lebih 10 kali sehari
** Kadangkala berlaku kebocoran kencing ditahan lama.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk atasi masalah kencing tidak lawas cuba amalkan ALFALFA + GARLIC SHAKLEE. Inshaallah keadaan kencing tidak lawas boleh diatasi.







Untuk sebarang pertanyaan atau konsultasi supplimen SHAKLEE boleh WHATAPPS/SMS/CALL : 012-5584478
Email: atulrazali@yahoo.com

COD : BANDAR COUNTRY HOME RAWANG, BATU CAVES, PURTAJAYA, ULU YAM

KENCING TIDAK LAWAS BAGI WANITA





Mengapa Wanita sering mengalami kencing tidak lawas ?

 Pundi Kencing Wanita dan bagaimana ia berfungsi

Saluran kencing wanita adalah berbeza dengan lelaki kerana kedudukannya yang lebih dalam. Walaupun ini kadang kala membawa kebaikan, ia juga menyebabkan kedudukan struktur otot pundi kencing wanita lebih dalam. Ini bermakna masalah lemah kawalan kencing boleh disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti mengandung, beranak, sakit dan infeksi, serta menopaus.

Masalah lemah kawalan kencing yang kerap berlaku dalam kalangan wanita disebabkan oleh otot lantai pelvik, yang terletak di bawah pundi kencing di sekeliling uretra, yang lemah dan tidak cukup kuat untuk mengawal pengeluaran air kencing.

Untuk memahami masalah yang dihadapi, kita harus memahami bagaimana pundi kencing berfungsi:

~ Buah pinggang menapis air kencing dari darah dan ia akan disimpan didalam pundi kencing.

~ Pundi kencing adalah satu organ berongga dan berotot yang boleh menyimpan kencing sehingga kita berasa penuh (lebih kurang 300ml).

~ Di tandas, kita mengendurkan otot lantai pelvik dan otak anda akan memberi isyarat untuk otot pundi kencing mengecut lalu memerah keluar air kencing melalui uretra – tiub dari pundi kencing ke luar badan.

~ Apabla otot pundi mengecut, otot yang mengawal uretra supaya sentiasa tertutup ketika menyimpan air kencing (dipanggil otot sfinkter), akan berada dalam keadaan rileks untuk membenarkan air kencing keluar melalui tiub uretra.

~ Seluruh sistem ini disokong oleh otot-otot lantai pelvik yang menganjur dari hujung tulang belakang melalui tulang pubik (tulang di hadapan pelvis).

~ Wanita dengan masalah lemah kawalan kencing mempunyai otot lantai pelvik yang lemah atau rosak dan tidak mampu untuk mengawal pengeluaran air kencing ketika melakukan aktiviti-aktiviti fizikal (bersenam, batuk dan mengangkat barangan).

Wanita yang mempunyai otot lantai pelvik yang lemah atau rosak, menyebabkan mereka tidak dapat merasa pundi kencing telah penuh dan ini menyebabkan masalah untuk mengawal otot sfinkter di sekeliling uretra. Hal ini menyukarkan pengawalan air kencing dan air kencing boleh keluar tanpa disedari dengan kerap atau banyak.

Rujukan : http://www.poise.com.my/

KENCING TIDAK LAWAS



BAGI GOLONGAN LELAKI

Pernahkah anda mengalami titisan air kencing yang keluar secara tidak sengaja walaupun sudah kencing? Atau anda terasa mahu kencing walaupun sudah beberapa kali ke tandas dalam tempoh waktu yang terdekat? Sebenarnya hampir semua kaum lelaki, pernah mengalami situasi sedemikian. Situasi ini dipanggil sebagai kencing tak lawas.





Kencing tak lawas atau urinary incontinence merupakan situasi tanda penyakit yang dihadapi oleh kaum lelaki. Namun, kencing tak lawas ini bukanlah satu penyakit.


JENIS-JENIS KENCING TIDAK LAWAS

1.Kencing tak lawas secara berterusan berlaku tanpa sebarang keinginan untuk membuang air kecil.

2. Kencing tak lawas atau menitis ketika meneran.

3. Kencing tak lawas dengan keinginan yang kuat untuk membuang air kecil.

4. Kencing tak lawas akibat terlalu banyak air kencing.




PUNCA - PUNCA KENCING TIDAK LAWAS


1. Pembesaran kelenjar prostat
Kencing tak lawas boleh berlaku sekiranya seseorang lelaki itu mempunyai penyakit pembesaran kelenjar prostat ( Benign Prostatic Hyperplasia atau BPH ). Kebiasaannya berlaku kepada golongan lelaki yang usianya menjangkau 50 tahun.

Pembesaran kelenjar prostat merupakan satu penyakit yang menyerang golongan lelaki yang berumur 50 tahun dan ke atas dan ia bukanlah penyakit barah. Pembesaran kelenjar prostat akan menimbulkan masalah gejala urinari, mengganggu serta menjejaskan gaya hidup dan corak tidur. Komplikasi kerosakkan buah pinggang akan berlaku, sekiranya penyakit ini tidak dirawat.



Urinary bladder carcinoma


2. Barah pundi kencing
Barah pundi kencing turut menyebabkan berlakunya kencing tak lawas. Dalam situasi ini, pesakit biasanya menghidapi gejala seperti kencing tak lawas, kencing berdarah, kerap kencing, sakit ketika kencing, kencing malam dan juga mengalami sakit di bawah bahagian abdomen.





3. Kencing manis ( diabetes )
Masalah kencing tak lawas merupakan komplikasi daripada penyakit kencing manis. Kencing manis yang tidak terkawal boleh mengakibatkan kegagalan atau kerosakan pada sistem saraf autonomi. Manakala gejala yang biasanya berlaku adalah kencing tak lawas, sembelit atau cirit-birit, masalah seksual, tekanan darah rendah dan juga pitam.


LANGKAH - LANGKAH PENGAWALAN 





1. Hadkan air minuman dalam sehari

Walaupun kita digalakkan untuk minum lapan gelas air sehari, tetapi sebenarnya lebih banyak anda minum lebih kerap anda perlu membuang air kecil. Oleh itu, bagi mereka yang menghidapi gejala kencing tak lawas, minum air hanya apabila anda haus.




2. Elakkan minuman keras
Ini penting kerana alkohol adalah stimulus yang kuat untuk menggalakkan anda membuang air kecil ( diuretik ). Selain itu, alkohol juga dapat mengganggu kesedaran anda apabila perlunya anda ke atas.





3. Elak pengambilan kopi
Elakkan pengambilan kopi kerana ia mengandungi kafein yang juga stimulus untuk kencing. Bertukar kepada teh atau kopi tanpa kafein juga dapat membantu. Tetapi terdapat bahan lain dalam minuman ini yang mengakibatkan iritasi kepada pundi kencing.
4. Elakkan pengambilan makanan atau minuman yang menyebabkan pH air kencing lebih rendah ( asidik ).


Antara makanan tersebut adalah buah-buahan sitrus seperti anggur, tomato, oren dan juga lemon. Minuman bergas juga perlu dielakkan kerana kandungan karbon dioksida yang tinggi dalam minuman tersebut.






5. Hindari makanan yang mengandungi asid oxalik
Antara makanan yang mengandungi asid oxalik adalah sayur bayam, rhubarb, dan coklat. Selain itu, asid oxalik juga boleh ditemui dalam kandungan rokok. Jadi, ini merupakan alasan yang baik bagi lelaki yang ingin berhenti rokok.




Amalkan yogurt atau minuman yogurt
Pengambilan yogurt penting untuk menggalakkan pembiakan bakteria baik
( lactobaccilus acidophilus ) dalam sistem urinari manusia dan bertindak sebagai pertahanan yang baik untuk badan. Ini penting jika anda sedang mengambil antibiotik untuk rawatan jangkitan kuman kerana antibiotik biasanya membunuh bakteria termasuk bakteria yang baik untuk badan.



Amal teknik buang air kecil dua kali
Selain daripada pengawalan makanan, anda juga boleh mencuba untuk mengamalkan teknik buang air kecil dua kali. Setiap kali anda selesai membuang air kecil, berdiri dan duduk semula. Kemudian cuba untuk membuang air kecil sekali lagi. Teknik ini dipanggil sebagai ‘ double voiding’.